Khamis, 14 Julai 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


MESTI TENGOK : Awek FRU Bersih 2.0

Posted: 14 Jul 2011 06:10 AM PDT


Soalan santai malam jumaat, sanggupkah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 ditangkap oleh polis FRU ini? : Author Faethal

Jumlah Peserta Bersih 2.0 Antara 45,000 - 50,000 - PENGANALISIS MATEMATIK

Posted: 14 Jul 2011 04:52 AM PDT

PETALING JAYA: Anggaran bilangan peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih lagi menimbulkan pelbagai pertikaian sebagaimana perhimpunan itusendiri. Pelbagai angka telah dikeluarkan. Semua orang mempunyai anggaran mereka sendiri - pihak penganjur, polis dan media.

Kini, seorang lelaki telah mengeluarkan jumlah peserta itu dengan pengiraan matematik, angka itu adalah sekitar 45,000 dan 50,000. Beliau adalah pengasas Politweet, Ahmed Kamal Zain.

Politweet.org adalah sebuah organisasi penyelidikan yang mengkaji interaksi Twitter di antara rakyat Malaysia dan ahli-ahli politik, telah memetakan bilangan orang yang menghadiri perhimpunan dengan menggunakan poligon.

Tetapi sebelum diteruskan dengan garisan poligon, garis masa peristiwa diperlukan untuk terlebih dahulu.


Ahmed Kamal memberitahu FMT bahawa sumber utama untuk menentukan garis masa peristiwa itu adalah berpandukan tweet dan juga gambar-gambar di dalam Twitter, ia tidak sama seperti gambar-gambar yang dimasukkan di dalam Facebook atau laman web yang lain, ia mempunyai tanda masa penting di atasnya.

"Menggunakan imej dari galeri foto sebagai rujukan, saya mula melukis poligon yang meliputi kawasan di atas peta. Saya menggunakan beberapa foto yang ditemui di dalam talian, jika ia berkualiti tinggi, ia dipadankan dengan garis masa yang saya buat," katanya. Beliau menetapkan bahawa pada kira-kira jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang orang ramai berada pada jumlah yang paling ramai.

"Anggaran orang ramai pada tempoh kemuncak ini adalah bagi kawasan yang berbeza dalam jangka masa yang sama. Ini adalah untuk mengelakkan pengiraan dua kali kerana ramai bergerak, berkembang dan semakin mengecil pada 01:00-04:00," katanya.

"Dengan menggunakan poligon, saya dapat menggunakan alatan khusus untuk menganggarkan kawasan yang diliputi dalam kaki persegi. Dengan faktor-faktor yang dinyatakan di laman web, ia bermungkinan untuk mengukur berapa ramai orang berkumpul."

"Poligon kemudian dijana berdasarkan gambar yang diambil dalam jangka masa itu di bahagian-bahagian bandar yang berlainan," katanya, menjelaskan metodologi yang digunakan pada laman web Politweet.

"Kawasan yang diliputi oleh poligon adalah dikira dengan menggunakan alat yang berasingan, dan kawasan ini kemudiannya dibahagikan dengan faktor berdasarkan kepadatan orang ramai," katanya.

"Jika orang ramai berdiri rapat bersama-sama, faktor untuk seorang untuk setiap 4 kaki persegi (seorang / 4 kaki persegi). Jika orang ramai sedang bergerak, atau gabungan orang ramai yang berdiri dekat dan jauh, maka anggarannya ialah seorang untuk setiap 5 hingga 6 kaki persegi. Faktor-faktor yang digunakan dinyatakan di setiap peta. "

Beliau telah memberi tumpuan kepada tiga kawasan bandar semasa waktu puncak - Puduraya, KLCC dan Sungei Wang Plaza. Kawasan 'panas' lain seperti Pasar Seni dikira sebagai subset ketiga-tiga kawasan atau jatuh di bawah kategori "lain-lain".

"Orang ramai di sekitar Puduraya (seperti di Bank Agro pada 12.30 tengah hari) dianggap telah menyertai orang ramai di Puduraya," katanya.

"Kumpuan yang lebih kecil dicatatkan di kawasan-kawasan lain seperti Jalan Raja Laut, Pasar Seni, dan Jalan Maharajalela dan semua ini berada di dalam kumpulan 'lain-lain' iaitu seramai 2,000 orang. Ini juga termasuk orang-orang berada di belakang Petaling Street apabila majoriti bergerak ke Puduraya pada jam 1 tengah hari," katanya.

Secara rumusannya adalah seperti di bawah:

PUDU 31,884 orang
KLCC 5,105 orang
SG WANG 3,500 orang
KL SENTRAL 5,000 orang
LAIN-LAIN 2,000 orang
JUMLAH 47,489 orang



Kredit : FMT, PoliTweet

Jacob & Co SAHKAN GELANG Rosmah BERNILAI RM1.65 Juta

Posted: 14 Jul 2011 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepasang gelang dengan bertatahkan 3,424 batu berlian, yang didakwa dimiliki oleh Rosmah Mansor bernilai RM1.65 juta menurut pengusaha barangan kemas mewah Jacob & Co.

Dalam kenyataan e-mel kepada FMT, butik barangan kemas yang berpangkalan di New-York berkata harga bagi gelang tersebut adalah AS$ 540,000 (RM1.65 juta).

Jacob & Co berkata setiap gelang emas putih 18k yang bertatahkan dengan 1,712 batu berlian dan beratnya 137.31 gram.

"Setiap gelang disemat dengan 751 batu berlian mewah hitam 30.00ct dan 961 batu berlian mewah putih 34.50ct," kata syarikat itu.



Kredit : FMT

KPN Beri Kebenaran 3 Ahli Parlimen Melawat YB Dr Jeyakumar ESOK

Posted: 14 Jul 2011 12:22 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah memberi kebenaran kepada 3 orang Ahli Parlimen untuk melawat Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Dr Micheal Jeyakumar yang berada di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.

Saya telah mengemukakan permohonan kepada Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar untuk melawat YB Dr Micheal Jeyakumar pada 12 Julai 2011, beliau membalas surat pada 13 Julai 2011 dan memberitahu bahawa YB Dr Micheal Jeyakumar telah pun keluar daripada Institut Jantung Negara pada 13 Julai 2011 jam 2.30 petang.

Dalam suratnya, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga mengatakan bahawa pihak polis membenarkan lawatan ke atas YB Dr Micheal Jeyakumar pada 15 Julai 2011(Jumaat) jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman. Walau Bagaimanapun lawatan ini terhad kepada 3 orang Ahli Parlimen sahaja.

Sehubungan itu, 3 orang Ahli Parlimen yang akan melawat YB Dr. Michael Jeyakumar adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang (DAP), Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub (PAS) dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa (PKR) akan melawat YB Dr Micheal Jeyakumar.

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 14 Julai 2011 di KOMTAR, George Town

Sekitar PENGHANTARAN Memo Keganasan Polis Kepada SUHAKAM

Posted: 13 Jul 2011 09:59 PM PDT

Anak arwah Baharudin bin Ahmad (Wira Bersih 2.0) Nazrul dan pakcik saudaranya Azhar telah hadir bersama BERSIH untuk menghantar memo keganasan polis kepada Suhakam pada jam 11.00 pagi tadi.


Nazrul telah memberikan pengakuan kepada SUHAKAM bahawa ayahnya dalam keadaan sihat dan tiada masalah jantung. Malah mereka mendapati keadaan tubuh Baharudin mengalami kecederaan patah gigi dan patah tulang rusuk.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Gas Pemedih Mata Di HOSPITAL, Kerajaan Kena BERCAKAP BENAR - KJ

Posted: 13 Jul 2011 09:00 PM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya.


"Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu," katanya dalam mesej pada laman mikro-blogging, Twitter.

Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital Tung Shin ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas.

Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua menuduh Liow menipu dalam usaha untuk mempertahankan polis terhadap dakwaan mereka telah melepaskan kanister gas pemedih mata dan menggunakan meriam air kimia untuk menyembur air kimia ke dalam kawasan hospital.

"Liow menipu melalui giginya," kata Pua, yang mengulas mengenai kenyataan Liow bahawa angin yang bertiup menyebabkan gas pemedih mata masuk ke dalam kawasan hospital dan manakala air d kimia hanya terkena dinding hospital.

Liow, yang juga Timbalan Presiden MCA, mempertahankan polis selepas mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa hospital.



Kredit : FMT

Anak ARWAH BAHARUDDIN, BERSIH Hantar Memo Kepada SUHAKAM

Posted: 13 Jul 2011 06:36 PM PDT

Nazrul dan adiknya

Anak arwah Baharudin bin Ahmad (Wira Bersih 2.0) Nazrul akan turut hadir bersama BERSIH untuk menghantar memo keganasan polis kepada Suhakam pada jam 11.00 pagi hari ini. Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

ISTERI Heret, Ikat Suami Sebelum POTONG KEMALUAN

Posted: 13 Jul 2011 04:52 PM PDT

Seorang isteri telah mengheret, mengikat suaminya pada katil dan memotong kemaluannya sebelum dibuang ke dalam gelongsor sampah.

Catherine Kieu Becker, 48, berkata kepada pegawai polis bahawa pasangannya itu 'berhak' diperlakukan sedemikian.

Suaminya yang berusia 51 tahun itu kini di dalam keadaan yang serius  di hospital selepas menjalani pembedahan California, AS.

Becker menghadapi pertuduhan kerana membuat tuduhan palsu dan kerana penderaan pasangan.

Tiada ulasan: