Khamis, 14 Julai 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Kasi Panass..Segera Adakan Ceramah Besar-besaran Di Stadium - Khalid

Posted: 14 Jul 2011 03:49 AM PDT

PAS Selangor percaya bahawa satu ceramah besar-besaran di stadium di sini akan membolehkan semangat Bersih 2.0 dikekalkan dan oleh itu, mahu Pakatan Rakyat menganjurkannya dalam waktu terdekat.

Malah PAS Selangor juga mahu tokoh agama dipanggil memberi penjelasan bahawa perhimpunan Sabtu lalu adalah halal dan tidak bertentangan dengan agama.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tindakan itu penting bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan apa yang berlaku pada 9 Julai dan menjawab maklumat tidak tepat disiarkan media arus perdana.

"Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang mungkin, kami mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam.

"Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih. Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan adil tidak berakhir pada 9 Julai, ia perjuangan berterusan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menjemput personaliti seperti Datin Paduka Marina Mahathir yang menghadiri perhimpunan tempoh hari.

"Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya," kata Khalid.

Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu walaupun berhadapan dengan siri tekanan dan halangan pihak berkuasa sejak sebulan lalu.

Ia mendakwa berjaya menarik 50,000 tetapi dinafikan oleh pihak polis yang mengatakan bahawa hanya 6,000 orang hadir.

Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Posted: 14 Jul 2011 03:44 AM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.


A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

Adnan Yaakob Bengang Dengan FB '100,000'

Posted: 14 Jul 2011 01:57 AM PDT



Akibat bengang dengan Facebook berkaitan dengan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation", Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan... - Adnan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan aman Bersih di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, Adnan turut mempertikaikan kesahihan wujudnya FB itu kerana terlalu ramai yang menyokong Perdana Menteri sedangkan program yang dijalankan sebelum ini mendapat sambutan. Nampak gayanya pemimpin BN cuba menipu lagi rakyat dengan mengampu pemimpin tertinggi mereka.


Jenis penipuan oleh pemimpin tertinggi BN

Perdana Menteri - Berjanji akan menyediakan stadium untuk peserta demonstrasi

Menteri Dalam Negeri - Polis bertindak lembut ke atas peserta demonstrasi

Menteri Kesihatan - Tiada sebarang pelepasan Tear Gas dan semburan dari meriam air

Menteri Penerangan - Media melaporkan dan membuktikan bahawa tiada kekerasan ke atas peserta demonstran

Menteri Besar Pahang - Menafikan kewujudan FB menyeru PM letak jawatan

Ketua/ Timbalan Polis Negara - Memberi makan nasi beriani kepada peserta himpunan BERSIH sebaliknya nasi putih yang sedikit dan bukannya yang digembar-gemburkan oleh media dan mengatakan yang turun berdemonstrasi adalah 6,000 orang sedangkan yang hadir adalah sekitar 80,000 orang.

Perdana Menteri Britain, David Cameron batalkan jamuan tengahari bersama Najib

Posted: 14 Jul 2011 01:56 AM PDT

KerajaanRakyat : Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Najib Altantuya, lapor seorang wartawan dari Filipina di London!!

Adalah dipercayai Cameron sendiri yang membatalkan jamuan tersebut susulan daripada tindakan ganas polis yang menyuraikan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.


Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut...

Dalam kejadian berasingan, Najib dan Rosmah dimalukan oleh Kerajaan Britain dengan tidak menyediakan Karpet Merah (RED CARPET) semasa turun dari Airport sebagai tanda Kerajaan Britain tidak menerima tindakan Najib terhadap BERSIH 2.0

Semalam Amnesty International meminta kerajaan Britain untuk tidak memberi carpet merah kepada Najib kerana membuat kezaliman pada rakyat sendiri semasa Bersih 2.0.

Seorang rakyat Malaysia mahu Najib berundur setiap 5 saat

Posted: 14 Jul 2011 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5(refresh) ditekan.


Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.

Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.

Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya.

Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa.

Angkuh Betul Manusia Yang Seorang Ini...

Posted: 14 Jul 2011 01:52 AM PDT

Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar jangan terlalu angkuh.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu.

Katanya, kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih.

Menurutnya, jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding.

"Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

"Saya kira soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya.

Mohd Yusof juga menyanggah kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu.

"Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu," katanya.

Tambahnya, tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar. -Hrkh


PAS sifatkan pengerusi SPR angkuh

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan bagi menambahbaik sistem pilihan raya negara ini disifatkan angkuh dan tidak rasional.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata ia bukan sahaja menunjukkan bahawa SPR tidak bebas malah mengesahkan mereka bertindak demi kepentingan parti politik tertentu.

"Belum apa-apa dia kata tak nak tunduk desakan, ini satu kenyataan angkuh dan tidak rasional.

"Tuntutan yang dibuat bukan tak asas, malah kita kemukakan beberapa bukti manipulasi yang sudah berlaku," katanya.

Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam berkata beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak termasuk 8 tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang berhimpun 9 Julai lalu.

Katanya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pun tidak boleh memaksanya untuk melakukan reformasi pilihan raya.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang juga ketua dewan pemuda PAS Johor berkata, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri sebelum ini mengakui sistem pilihan raya yang sudah lama dipakai sekarang ini perlu kepada penambahbaikan.

"Kita pun bukan suruh dia terima bulat-bulat, kaji la dulu pandangan dari rakyat.

"Sekurang-kurangnya bagitahu la akan tubuh jawatankuasa untuk mengkaji tuntutan Bersih tu ke. Ini tidak, terus kata tak boleh paksa saya," tegasnya lagi.

Bersih dalam tuntutan mereka mahu SPR membersihkan senarai daftar pemilih, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, dan memanjangkan tempoh berkempin kepada 21 hari.

Dalam tuntutan itu juga mereka mahu SPR memastikan akses media yang bebas dan adil kepada semua parti yang bertanding, memperkukuh institusi awam agar tidak diperguna untuk kepentingan mana-mana parti politik, memantau rasuah politik sewaktu berkempen dan menghentikan politik kotor dalam pilihyan raya. -Hrkh

PAS sambut baik Suhakam adakan siasatan awam

Posted: 14 Jul 2011 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Suhakam itu dan bersedia memberikan segala kerjasama yang diperlukan.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar Suhakam memainkan peranan lebih berkesan termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perkara itu.

Katanya, setelah siasatan awam diadakan, Suhakam perlu memainkan peranan di PBB bagi membawa Malaysia keluar dari keadaan primitif terutama berhubung pengendalian perhimpunan aman.

"Sebelum ini, Suhakam telah pun mengadakan beberapa siasatan awam yang melibatkan beberapa perkara lain, tetapi tetap juga tidak diendahkan oleh kerajaan.

"Sekarang diharap Suhakam akan turut memainkan peranan berkesan di PBB untuk meminta Malaysia keluar dari keadaan primitif," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau turut hadir bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi membuat pengaduan kepada pihak Suhakam berhubung keganasan polis dalam menyuraikan perhimpunan aman pada 9 Julai lalu.

Dalam pengaduannya yang didengar oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhajaya Suhakam, Muhammad Sa'ani Abdullah itu, beliau antara lain meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis yang melanggar motosikal yang ditumpanginya pada hari perhimpunan itu, sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk.

Akibatnya, beliau terpaksa berkerusi roda dan akan menjalani pembedahan esok di sebuah hospital di Petaling Jaya bagi memulihkan kembali lututnya, tetapi terpaksa memakan masa agak lama dan mengganggu kehidupan hariannya.

Sebelum itu, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut mendengar aduan dari pihak Bersih 2.0, Suaram dan beberapa orang saksi yang menjadi mangsa kekerasan pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu.

Beberapa hari lalu, pihak Suhakam turut mendengar aduan dari beberapa pihak lain berhubung tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis dalam menyuraikan perhimpunan itu termasuk dari Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sekitar jam 12.15 tengah hari tadi, Khaw Lake Tee dan Muhammad Sa'ani turut menerima memorandum dari peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Selepas itu, Khaw Lake Tee mengumumkan akan mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menangani perhimpunan tersebut Sabtu lalu.

Bagaimanapun, pihak Suhakam masih belum bersedia untuk memperincikannya pada hari ini, sebaliknya sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian. -Hrkh

BERS✔H: Dr Asri Libas Hujjah Ulamak Muda UMNO

Posted: 13 Jul 2011 07:27 PM PDT

Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."

"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

"Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya,"
katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya.

"Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri."

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.


Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas."

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

"Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

"Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu,"
katanya. -TMI

Gambar terbaru mangsa bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri

Posted: 13 Jul 2011 04:07 PM PDT


MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital.


Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.




ReJaM© "Kata Polis, mereka telah menjalankan tugas secara profesional, betul ke...?"

Kes Cincin RM74 Juta, Laporan SPRM Dibuat

Posted: 13 Jul 2011 04:05 PM PDT

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM telah dilakukan hari ini terhadap cincin yang bernilai RM74 juta yang didakwa telah dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Laporan tersebut telah difailkan oleh Badrul Hisham Shaharin, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO pro-Pakatan Rakyat.

Badrul berkata SPRM mempunyai tanggungjawab awam untuk mempastikan rakyat Malaysia teraniaya hasil dari sindrom "Imelda Marcos" Malaysia ini.

Beliau turut mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap laporan tersebut, menambah "terdapat banyak bahan bukti".

"Kita tidak mahu perulangan fiasco Filipina dimana Wanita Pertama Imelda menyalahgunakan wang rakyat untuk memenuhi nafsu belanja besarnya," kata Ketua PKR Bahagian Rembau berkenaan.

Semalam, bologger pro-Pakatan mendakwa cincin yang dikenali sebagai "Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring" telah dihantar kepada Rosmah oleh sebuah syarikat permata yang berpusat di New York, Jacob & Co pada bulan April tahun ini.

Cincin tersebut didakwa melepasi operasi pihak kastam KLIA dan telah dilepaskan olhe Pengurus Operasi Kastam dikenali sebagai A Krishnan.

Cekupan skrin terhadap paparan komputer kastam juga menunjukkan cincin berkenaan tidak dikenakan duti impot ke atasnya. Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin berkenaan ialah US$24.4 juta (RM74 juta).

Hari ini, seorang lagi blogger menyiarkan foto-foto Rosmah memakai gelang yang rupanya sama dengan yang dikeluarkan oleh Jacob & Co, yang pakar industri mendakwa konon ia boleh mendatangkan nasib yang baik kepada pemakainya.

'Jangan sapu ke bawah karpet'

Sementara itu, Badrul mencabar Rosmah untuk menafikan secara terbuka tuduhan tersebut. "Dari mana beliau memperolehi wang yang sebegitu banyak? Beliau mesti membersihkan namanya," tambah Badrul.

Beliau turut mempersoalkan samada suaminya, Najib Tun Razak, "menyalahgunakan" kedudukannya selaku Menteri kewangan untuk mengecualikan cincin berkenaan dari terkena duti impot.

Badrul mendakwa siasatan mendedahkan bahwa Rosmah menggemari barang-barang Jacob & Co seperti emas-permata, bag tangan dan pakaian.

"Rosmah keliahatan menggunakan barangan ini di dalam banyak acara," dakwanya.

Timbalan Ketua AMK Syed Mikael Rizal Aidid berharap SPRM "tidak menyapu kesemua ini ke bawah karpet".

Beliau menyatakan SPRM selalu berdalik dan mendiamkan diri terhadap laporan-laporan ke atas kes-kes berprofil tinggi.

Dengan mengambil contoh siasatan Perancis ke atas skandal kapalselam Scorpene, beliau berkata SPRM hanya bergerak untuk menjalankan tanggungjawabnya apabila pihak luar mula menyiasat ke atas kes berkenaan. -ZFMT/Terjemahan bebas: GB


cincin rosmah - RM20 juta atau RM60 juta? -semutmalaysia





sumber asal : chegubard
kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!

bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'. nah amik!

RM ke USD? gua nampak USD pada gambar ke-4 di atas. tak jumpa pun RM. maaf la kalau tersilap.

program permata dia dapat RM111 juta kan?

nama cincin

tarikh dan masa register, approved, dan released. kalau tak silap la

cari punya cari, eh kebetulan pulak april 2011 memang najib ada pergi amerika dengan rosmoh

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.




Meet Jacob the jeweller

PETALING JAYA: The founder of Jacob & Co, for whose luxury merchandise Rosmah Mansor allegedly has a soft spot for, is as colourful as his clientele.

Among foreign celebrities, Jacob Arabo, an Uzbekistan-born Jew, is a household name and those who flock to his lavish outlets range from the likes of Beyonce Knowles to David Beckham.

The other prominent individuals on Jacob's glittery list were renowned rappers 50 Cent, Diddy, Kanye West and other celebrities such as Jennifer Lopez and Naomi Campbell.

Arabo is so popular that in the video game "Def Jam: Fight for NY" part of the prize awaiting thugs who collect the most cash, was a choice to purchase jewellery from him. Apart from this, his name had also cropped up in numerous rap songs.

Famed for his opulent diamond-encrusted wrist watches and chunky jewellery, Jacob & Co, with outlets in 46 countries, was for those with very deep pockets.

Arabo had moved to the United States at the age of 14, and had dropped out of high school to enrol in a six-month jewellery design course.

By 21, he had opened a kiosk in the Kaplan Jewelry Exchange. Beginning in the 1990s, he started designing pieces for hip-hop artists.

Criminal record

But behind all the glitz and glamour, there was also a dark side to Arabo's story. He had been accused of many crimes including money laundering and possession of stolen property.

In June 2006, he was arrested by the FBI over allegations that he laundered millions for members of a notorious Detroit-based drug gang, Black Mafia Family, and that he failed to report large cash purchases to the US Internal Revenue Service.


Arabo, who also has an outlet in the upscale Star Hill shopping complex here, landed in the limelight in Malaysia after several pro-opposition bloggers claimed that Rosmah had acquired a diamond ring worth a whopping RM73 million from his outlet in New York.

When the report was published in FMT and found its way to numerous blogs, there were some commentators who claimed that Jacob & Co's website had removed Rosmah's photograph from its list of celebrities, but this could not be verified.

Today, another blogger published photographs of Rosmah sporting a set of bangles which looked strikingly similar to Jacob's "Zebra Safari" diamond bangles, which industry experts claimed could be worth a fortune.

A pro-Pakatan Rakyat NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) filed a report over the diamond ring with the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Rosmah, and her husband, Prime Minister Najib Tun Razak, are currently in the UK. -FMT

Sebelum ini GB pernah mengulas di entri : Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah

Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Sebelum ini banyak hal tentang Najib diperkatakan. Kisah mengenai beliau menyalahgunakan lawatan rasmi ke Kazhastan untuk pertunangan anaknya, kes kos tinggi bil elektrik PM, TPM berjumlah RM160,000 sebulan untuk kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya dan kes hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya dan berbagai-bagai kes lagi yang lansugn tidak dijawab oleh Najib.

Ya, Najib di ambang kejatuhan!

BERSIH 2.0 -Tahniah Kepada 11 Doktor Kerana Kantoikan Menteri Kesihatan

Posted: 13 Jul 2011 04:02 PM PDT


Tahniah kepada 11 doktor kerana kantoikan Menteri Kesihatan -Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Mereka menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina, Jalan Pudu di sini ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

Kita dengar apa pula pembohongan Menteri Kesihatan selepas ini!! Tahniah sekali lagi, kerana mereka tidak sanggup menjadi pak sanggup UMNO!!

Nik Abduh ucap tahniah kepada pemuda kampung

Posted: 13 Jul 2011 04:00 PM PDT

KEMAMAN - Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkantahniah kepada pemuda-pemuda kampung yang ramai menghadirkan diri ke dalam program BERSIH 2.0.

Menurutnya, golongan tersebut adalah yang paling ramai menyertai Himpunan Aman BERSIH baru-baru ini dengan begitu berani.

"Saya ucap tahniah kepada pemuda-pemuda daripada kampung, kerana saya rasa mereka lebih banyak (ramai) hadir dalam program dua, tiga hari lepas

"berbanding dengan setengah-setengah pimpinan (pemuda) yang memang tak hadir semata-mata kerana gerun dengan ugutan-ugutan daripada pihak kerajaan,"katanya sewaktu berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Pelancaran Dana PRU-13 Pemuda DUN Chukai dekat sini semalam, 13 Julai.

Beliau mengingatkan, tidak ada ummah yang mampu mengubah negara, kcuali mereka terlebih dahulu membuangkan sifat takut dari jiwa mereka.
.
Para pemuda yang takut, tegasnya, bukan golongan yang layak untuk duduk di saf hadapan

Katanya, antara pemuda yang hadir dalam Himpunan BERSIH 9 Julai lalu adalah para pemuda 'punk' yang telah mengubah 'selera nafsu' mereka.

Mereka, kata Nik Abduh, kini melihat jalan perjuangan sebenar yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpinj PAS.

"Mereka (pemuda Punk) sudah mula melihat bukan cerita soal nafsu, (dulu) pakaian mereka dan tubuh mereka pelik, kerana matlamat mereka nak jamu nafsu,

"tetapi selepas 10 tahun mereka 'jamu hafsu' mereka tengok tak ke mana, tak selesai, akhirnya, mereka melihat orang-orang yang mulia, pejuang-pejuang agama,"jelas Nik Abduh.

Naib Presiden PAS Sallehuddin turut berucap dan merasmikan Palancaran Dana PRU-13 Pemuda DUN Chukai tersebut.

Turut hadir adalah, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun

Makan Malam tersebut berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM10,000 sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti pemuda Chukai dalam usaha PAS Ganti Umno di negeri Terengganu. -BO


Tiada ulasan: