Rabu, 27 Julai 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Video Debat: Apa Selepas 9 Julai?

Posted: 27 Jul 2011 09:24 AM PDT



















- Media Rakyat

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Bersih tuntut maklum balas SPR

Posted: 27 Jul 2011 02:10 AM PDT

SHAH ALAM – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan terus menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi maklum balas terhadap tuntutan dikemukakannya sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, meskipun memorandum yang mengandungi lapan tuntutan telah diserahkan kepada Istana Negara, pihaknya mahu perbincangan bersama SPR tetap diteruskan.

"Perbincangan itu boleh membawa titik tolak kepada perubahan dalam memastikan tuntutan yang dikemukakan dapat dilaksanakan," katanya selepas ketika ditemui ketika menghadiri Wacana Sinar Harian, semalam.


Mengulas wacana itu, Chin Huat berkata, rancangan ilmiah anjuran Sinar Harian ini memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan daripada SPR mengenai banyak perkara berbangkit.

Justeru, beliau melihat keperluan bagi SPR untuk mengadakan forum terbuka seperti ini bagi menjelaskan banyak kemusykilan rakyat terhadap kepada badan pengurusan pilihan raya itu.

Chin Huat juga mencadangkan supaya SPR memfokuskan perbincangan mengikut topik tertentu kerana lebih mudah difahami dan diperjelaskan kepada rakyat.

- Sinar Harian

Pengawal peribadi Anwar beri keterangan susulan keganasan polis

Posted: 27 Jul 2011 01:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Datuk Seri Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry tiba di balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan susulan laporan yang dibuatnya minggu lalu.

Ia berhubung tindakan ganas polis yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada perhimpunan aman Bersih 2.0, 9 Julai lalu..

Fayyad yang kelihatan tenang dan memakai kemeja hitam tiba kira-kira jam 2.40 petang dengan diiringi peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Beliau sebelum ini mengalami kecederaan teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan polis tepat ke arahnya.


Tembakan gas itu dilepaskan Sentral Kuala Lumpur.

Latheefa di perkarangan balai polis ditemui berkata, Fayyad sepatutnya tidak perlu hadir kerana masih dalam tempoh rawatan. Namun, polis mengeluarkan notis 111 yang mengehendakinya untuk memberi keterangan.

"Notis 111 kebiasannya diberi kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah.

"Tapi, beliau tiada pilihan dan terpaksa memberikan keterangan dan kami datang atas asas notis tersebut. Polis macam tak boleh bersabar," kata Latheefa.

- Keadilan Daily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: