Rabu, 27 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Transformasi Ala Najib.. 28,588 kontraktor Kelas F bakal gulung tikar

Posted: 27 Jul 2011 08:32 AM PDT

Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus 'ikat perut' kerana tiada projek baru untuk mereka.

Itulah yang dikatakan Transformasi sebagaimana yang diwar-warkan oleh Najib.. Asal senang jadi susah..Transformasilah tu...


Jual rumah, ikat perut tiada projek

GEORGETOWN: Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru.


Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan 'hidup segan mati tidak mahu.'

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamad Fadzill Hassan, berkata masalah kekurangan projek amat ketara sejak dua tahun lalu dan ia makin terasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, khususnya Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F, merayu kerajaan prihatin dengan nasib kontraktor Kelas F yang majoritinya menyokong kerajaan.

"PKMM amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing," katanya kepada Berita Harian.

Mohamad Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus 'ikat perut' kerana tiada projek baru untuk mereka.

"Persatuan amat berharap agensi ditubuhkan oleh kerajaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melihat masalah dihadapi kontraktor Kelas F ini," katanya.

Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.

Katanya, walaupun ada komitmen untuk memberi peratusan tertentu kerja bagi projek berkenaan kepada kontraktor Kelas F, ia tidak menjadi kenyataan.

Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.

Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.

Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di Raub, Pahang, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.

"Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik," katanya ketika dihubungi.

Bekas kontraktor kelas F, Sarizat Mohd Nor, 39, dari Seberang Prai di sini, pula terpaksa menjual kuih selepas syarikatnya ditutup kerana kekurangan projek beberapa tahun lalu.

Sarizat yang memiliki Alternative Telecomunications and Construction, menutup syarikatnya selepas kerugian akibat tidak mendapat projek kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

"Lazimnya ada kontraktor berpakat semasa sendiri menentukan jumlah harga sesebuah projek. Mereka bermain dengan harga dan pihak yang meluluskan projek hanya memilih kontraktor berkenaan.

"Ini menyebabkan kontraktor baru susah mendapat projek dan ada yang gulung tikar seperti saya. Kebanyakan kontraktor Kelas F juga tidak mampu membuat pusingan modal mereka dan pihak memberi pinjaman seperti bank pula mengenakan syarat ketat.

"Mungkin kerajaan boleh meminta bank melonggarkan syarat pinjaman dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menghulurkan bantuan," katanya.


Berita Harian Online

Ramainya sambut Najib.. err.. budak-budak PLKN la.. (Video Inside)

Posted: 27 Jul 2011 06:00 AM PDT



Najib dan rombongannya telah menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini dan ketibaannya pada 2.10 petang dikatakan disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.


Gambar diatas adalah sekeping gambar yang membuktikan Najib masih mempunyai sokongon yang kuat dari Rakyat Malaysia… tapi jika diperhatikan betul-betul yang menjadikannya ramai adalah Pelatih PLKN . lebih ramai kelihatan diawal rakaman video di bawah..

Demi menggembirakan Najib, pelatih-pelatih PLKN telah diangkut dan dibariskan bagi menyambut ketibaannya disepanjang laluan untuk beliau merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di KL Sentral..


OBJEKTIF PLKN

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

1.Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
2.Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
3.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
4.Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
5.Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Tak ada pun dikatakan Program Khidmat Negara akan dilatih untuk menyambut kenamaan..

Video BERSIH Versi PDRM tak laku..

Posted: 27 Jul 2011 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.


Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.


Harakahdaily

10 ditangkap Polis kerana Laporan Ketua Polis ?

Posted: 27 Jul 2011 04:43 AM PDT



Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

"Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

"Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.


Malaysiakini

Video : 10 ditangkap kerana menyambut Najib.

Posted: 27 Jul 2011 02:44 AM PDT

Video diakhir entry..


Malaysiakini melaporkan - Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak.



Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.


10 AMK menyambut Najib di KL Sentral ditangkap..

Posted: 27 Jul 2011 01:04 AM PDT

Sebab apa?? tak pasti.. apa yang pasti ialah tujuan mereka berkumpul bukan mahu memohon Biasiswa dari Najib tapi untuk menyerahkan memorandum mendesak Najib membebaskan Tahanan Ordinan Darurat..

Beberapa orang dari mereka memakai 'T' Shirt berwarna Kuning, mereka ditangkap ketika sedang berkumpul di hadapan Mc Donald, KL Sentral.

Jika ditahan kerana berpakaian Kuning.. sejak bila Malaysia mengharamkan pakaian berwarna Kuning lagipun selepas Najib berjumpa Queen Elizabeth bukankah Pihak Polis sendiri telah megatakan berpakaian Kuning tidak menjadi kesalahan?


KUALA LUMPUR: Polis Di Raja Malaysia menahan tujuh anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di KL Sentral tanpa sebarang sebab pada kira-kira jam 2.30 petang.

Perkara itu diberitahu kepada KeadilanDaily oleh Exco AMK, Zulfikar Ali Ariffin yang kini berada di Balai Polis Jalan Travers bersama enam yang lain menunggu untuk diambil keterangan.

Turut ditahan bersama beliau adalah Zaki Yamani, Rozan Azen Mat Rasip, Sacchinathan, Fareez Kamal Intidzam, Cikgu Sekar dan Mannivanan Gowindasamy.

"Kami ditahan tanpa diberikan sebarang sebab penahanan oleh seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Tuan Edmund," kata Zulfikar.

Tarikh PRU 'Terlalu Dekat' - Muhyiddin

Posted: 26 Jul 2011 11:53 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 JULAI : Selepas membayangkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bahawa tarikh itu 'terlalu dekat'.

Portal The Malaysian Insider yang memetik seorang ahli parlimen yang turut menghadiri majlis makan malam tahunan yang diadakan di PWTC malam kelmarin berkata, Muhyiddin mahu mereka menganggap seolah-olah "pilihan raya boleh diadakan hujung minggu ini."


"Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan kecuali meminta kami agar bersiap sedia sepanjang masa, menganggap bahawa pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini... itu sahaja bayangan beliau, tiada bayangan lain," kata ahli parlimen itu.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh ahli-ahli parlimen kalangan anggota BNBBC dan timbalan-timbalan menteri.

Spekulasi terbaru menyebut kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri, pada Oktober dan November ini, meskipun khabar angin sebelum ini mengatakan parlimen mungkin dibubarkan tahun depan.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Pertemuan ini diadakan tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan bahawa tinggal beberapa bulan sahaja lagi pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung.

Justeru itu, beliau menggesa semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional merapatkan barisan menjadi satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit itu.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibu negara minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan kerana ia boleh memberi kesan kepada PRU.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini.

Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.


TVS News

SPR akan batal penggunaan Sistem Biometrik?

Posted: 26 Jul 2011 10:09 PM PDT

Sasarannya ialah 2 Juta PATI yang mahu dibersihkan oleh UMNO/BN.. kesemua mereka akan didaftarkan melalui Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.. tapi malangnya hingga sekarang hanya 390,404 yang mendaftarkan diri..

Ketika 1.75 juta pekerja asing mahu diputihkan dengan mendaftarkan mereka menggunakan sistem Biometrik.. SPR juga bersungguh-sungguh mahu menggunakan sistem tersebut..


Adakah ianya kebetulan atau telah dirancang? Adakah korang yakin tidak ada satu pun data PATI itu akan diserap kedalam pengkalan data milik SPR?

Biometrik: 1.3 juta belum daftar

PUTRAJAYA 26 Julai – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.

Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan 'keistimewaan' kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.

"Saya sedang mempertimbangkan bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal.

"Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya, ia mempunyai agenda yang lebih besar terutamanya dalam menjamin keselamatan negara.

Katanya, program transformasi besar-besaran Jabatan Imigresen itu juga dapat menangani pelbagai masalah dan cabaran, antaranya mengatasi situasi kemungkinan pekerja sah lari meninggalkan majikan asal untuk menyertai Program Pemutihan, membendung isu pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga dapat mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, yang kemudiannya akan disalurkan ke sektor-sektor tertentu mengikut jumlah keperluan mereka.

"Bagi pekerja asing yang masih mempunyai permit yang sah dan lari daripada majikan, kita akan senaraihitamkan mereka dan tidak akan dibenarkan menyertai Proram Pemutihan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan itu untuk mengaut keuntungan kerana ia boleh menjejaskan nama negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun jumlah yang mendaftar masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.

Katanya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu di kesemua 37 pejabat imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing hanya mengambil masa dua minit sahaja.

"Secara umumnya saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil?

Posted: 26 Jul 2011 08:11 PM PDT

Kata Puad Zarkashi Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Bagi aku lebih baik dilabelkan sebagai jahil dari dikatakan bijak tapi dalam masa yang sama sedang melangkah masuk kedalam perangkap UMNO/BN..


Selain dari boleh dimanipulasi (lihat video di SINI)sistem Biometrik yang dicadangkan itu juga merupakan satu lagi peluang perniagaan yang bakal melahirkan beberapa orang lagi jutawan Melayu.. maksud aku Jutawan Melayu dari kalangan pemimpin UMNO atau kroninya lah.. pencacai, korang salak sajalah..


Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil?

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik.

Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: