Rabu, 20 Julai 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam

Posted: 19 Jul 2011 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon.

"Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain.

"Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani," kata Edmund kepada Keadilandaily.

Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.


"Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat.

"Persoalannya, mengapa tahanan ini disoal berhubung aktiviti politik parti termasuk penyumbang dana, hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim?," soal beliau.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan 'Habeas Corpus' iaitu perintah mahkamah untuk membawa keenam-enam aktivis PSM membela diri bagi mendapatkan perbicaraan adil.

"Kita akan failkan Habeas Corpus pada hari Jumaat jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ini kerana Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir.

"Kepada simpatisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu meneruskan tekanan bagi pembebasan mereka," kata Edmund.

Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut menerusi – http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program 'Udah lah..bersaralah', menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

- Keadilan Daily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: