BRIGED MP SEGAMBUT |
- ALTANTUYA:MATIPUN MASIH MERIBUTKAN POLITIK MALAYSIA,BAYANGKANLAH KALAU DIA HIDUP
- BUKAN KOMUNISLA...
- SEORANG TERPENJARA,UMNO KEHILANGAN 5000 UNDI:LIHATLAH
ALTANTUYA:MATIPUN MASIH MERIBUTKAN POLITIK MALAYSIA,BAYANGKANLAH KALAU DIA HIDUP Posted: 20 Jul 2011 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang. Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang. Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya. Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana. Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu. Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika. Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini. Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya. Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas. Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda. Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti. Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis. Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini. Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini. Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang. Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini. "Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi. Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ. Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera. Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam. "Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad. Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu. "Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu |
Posted: 20 Jul 2011 08:17 AM PDT Satu afidavit yang difailkan oleh pihak polis mengesahkan bahawa enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan peranan mereka dalam BERSIH 2.0, dan bukannya kerana aktiviti yang berkaitan dengan komunisme. Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut. Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat. Ia adalah jawapan kepada afidavit yang dikemukakan oleh ahli keluarga PSM6 untuk menyokong permohonan habeas corpus mereka, yang akan didengar pada hari Jumaat. Dokumen tersebut dengan jelas menyatakan sebab-sebab penahanan enam aktivis PSM itu. "...kerana saya percaya terdapat alasan-alasan bahawa pemohon pertama, pemohon kedua, pemohon ketiga, pemohon keempat, pemohon kelima dan pemohon keenam terlibat sebagai penggerak kepada pertubuhan tidak berdaftar BERSIH yang telah menggerakkan gabungan kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya orang ramai hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011," kata ACP Kamarul Zaman Mamat. Afidavit Kamarul juga berkata perhimpunan itu harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan harian masyarakat yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sehingga ramai orang awam membuat laporan polis menyatakan kegusaran mereka. Bagi menyokong dakwaannya itu, ACP Kamarul berkata, perhimpunan pertama Bersih pada November 2007 telah mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta benda dan memudaratkan ketenteraman awam. Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebelum ini berkata enam aktivis PSM itu disyaki bertindak untuk memulihkan komunisme. Bon berkata, afidavit itu membuktikan bahawa kenyataan Nazri adalah satu pembohongan. "Semua ini adalah pembohongan kerana pihak polis sendiri tidak menyebut satu perkataan pun tentang komunisme, Chin Peng atau semua perkara mengenainya (dalam afidavit tersebut)," kata peguam tersebut. Bon mendakwa, kerajaan menggunakan BERSIH 2.0 sebagai sebab yang mudah dan enam tahanan PSM itu sebagai kambing-hitam, hanya untuk mewujudkan keadaan seolah-olah darurat, untuk tidak menggalakkan orang ramai menyertai (perhimpunan) 9 Julai. |
SEORANG TERPENJARA,UMNO KEHILANGAN 5000 UNDI:LIHATLAH Posted: 19 Jul 2011 08:37 PM PDT Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar. "Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun. "Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini. Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat. tanpa mementingkan dirinya. Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama. "Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik,," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama. Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya. Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan