PERAKITE |
Posted: 23 Jul 2011 06:57 PM PDT Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam benar-benar berjiwa Rakyat apabila merendah diri dengan mencemar duli mengutip sampah untuk dicontoh rakyat baginda supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T berwarna merah, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini. Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda. Majlis itu anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dan rakyat. | ||
JKKK kena siap sedia hadapi cabaran Posted: 23 Jul 2011 06:54 PM PDT JKKK Pulau Pinang hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan segala informasi kerjabuat kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya dalam menangani cabaran yang dihadapi, kata Timbalan ketua Menteri Dato Mansor Othman.
Beliau berkata, JKKK adalah sebahagian daripada jentera penting kerajaan negeri dalam menyalurkan maklumat, serta input rakyat . Mansor berkata demikian kepada lebih 150 pengerusi dan setiausaha JKKK di bahagian Seberang Prai yang menghadiri kem kempimpinan dan motivasi anjuran Jabatan Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang di Butterworth. Beliau juga mengingatkan JKKK agar melaksanakan tugasan penuh amanah dan bertanggungjawab kerana JKKK mencerminkan kewibawaan kerajaan negeri . Pada majlis berkenaan JKKK didedahkan dengan konsep memantapkan pengurusan dan cerminan perpektif politik pakatan rakyat, kaedah berkomunikasi dan melihat ruang keterbukaan yang wujud dalam mengenengahkan diri sebagai pemimpin. Antara penceramah pada majlis itu ialah Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Haji Ismail Yusof dan Pegawai Penerangan, Jabaatan Komunikasi Ketua Menteri Haji Anuar Hashim. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan