PERAKITE |
TG Nik Aziz berehat di Hospital USM Posted: 18 Jul 2011 04:11 AM PDT Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian. Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut. "Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad. "Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain," katanya di sini. Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah. Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam. Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi. "Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya. |
KARNIVAL HARMONI: NIZAR DAN LGE DI SPG 4 PMTG BULUH, AHAD INI Posted: 18 Jul 2011 04:02 AM PDT Rakyat Pulau Pinang seharusnya merebut peluang untuk beramai-ramai menghadiri Karnival Harmoni Rakyat anjuran kerajaan negeri yang akan berlangsung di tiga daerah pada hujung minggu ini, khusus untuk memartabatkan maklumat kerjabuat Pakatan Rakyat. Bagi kawasan Seberang Perai Tengah, karnival akan berlangsung di padang awam Taman Semilang,(hadapan Tesco) Seberang Jaya (23hb Julai/Sabtu, manakala bagi Seberang Perai Utara di dewan Simpang Empat Permatang Buluh (24hb Julai/Ahad). Program berkenaan telahpun diadakan dik Seberang Perai Selatan dan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri1 Dato Mansor Othman pada Sabtu lepas. Ia mendapat sambutan baik. Pelbagai acara diatur semasa karnival berkenaan termasuk pameran oleh bank, klinik khidmat guaman, pemeriksaan kesihatan dan permainan tradisional, manakala pada sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah penerangan. Satu lagi majlis akan diadakan di Balik Pulau juga pada Ahad, 24 Julai, dengan majlis penerangan pada malamnya akan disampaikan Mansor dan Ketua Penerangan Sekretariat Pakatan Rakyat Perak Khalil Idham Lim dan Anggota Parlimen Balik Pulau Sdra Yusmadi. Pada 23hb Julai, Mansor dijadual menyampaikan penerangan mengenai program kerjaan negeri di Padang Semilang itu bersama-sama Anggota Parlimen Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa dan Drs Khalil Idham Lim. Pada 24hb Julai, Ketua Menteri Lim Guan Eng dijadualkan menyampaikan ucapan perasmian penutup dan penerangan di Simpang Empat Permatang Buluh, bersama-sama dengan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat Dr Hatta, dan AJK PAS Pusat Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan