A Mum Of Three Mohd |
- Anugerah sang BUTAK
- Selamat Tinggal Srikandiku
- Majulah Maksiat Untuk Melaka!!
- Latih Tubi membaca: Mat Tempek
- - Guts - Telor = Auwww!!
- Aku sokong Pak Din Pagoh
Posted: 18 Jul 2011 02:00 AM PDT Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya. [Lagi di sini] Kah kah kah kah... Anugerah Ibrahim Ali?? Lawak... Lawak... Amat lawak.... Apakah ini caranya sang BUTAK mahu meninggalkan legasinya?? Woit...!! Siapa punya idea bangang ni?? Ayoyo.... Bikin malu UiTM jer!!! Nauzubillah... Ya Ampooon....!! Banganglah sesiapa yang hadapkan anugerah binawe seperti di atas. Ha ha ha... Selepas ini pasti ramai yang tak mengaku mereka graduan UiTM. Malu, beb!! [Sumber juga dari sini] |
Posted: 18 Jul 2011 12:00 AM PDT Titiwangsa MP Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali was laid to rest at Datuk Keramat Muslim cemetery in Kuala Lumpur at about 11.10am today. The 54-year-old former PAS central committee member died of cancer at 10.13pm yesterday at Selayang Hospital in Kuala Lumpur. Lo' Lo', the daughter of former Perak mufti Mohd Ghazali Abdullah. had been suffering from lung cancer since late July 2009. She leaves behind her husband, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim, and four children - two sons and two daughters.-Mkini [Lagi di sini] Takziah daripada M3M sekeluarga buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo'Lo'. Kami doakan semoga segala perjuangan beliau diberkati Allah swt. Doa kami juga, agar roh beliau dirahmati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh. Amin... |
Majulah Maksiat Untuk Melaka!! Posted: 17 Jul 2011 10:30 PM PDT Tahniah Ali al-Ketam kerana telah berjaya menjadikan Melaka negeri yang 'maju'. Yeehaahh!! Melaka semakin 'maju'. Maju ke depan lagi. Maju sampai ke angka 3. Yes.. pukul 3 pagi beb!! Majulah maksiat untuk Melaka!! Inilah contoh pemimpin UMporNO yang hidup dan mati mereka, memperjuangkan MAKSIAT!! Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka. Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja. "Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. "Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya. Ditentang pelbagai pihak Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat. Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri. Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan. "Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi. "Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya. Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja. "Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. -Mkini |
Latih Tubi membaca: Mat Tempek Posted: 17 Jul 2011 09:30 PM PDT Mari membaca: Mat Tempek sudah tak laku. Mat Tempek cuba cari publisiti murahan. Mat Tempek cuba menempek populariti BERSIH 2.0 Mat Tempek kata BERSIH 2.0 gagal. 15 000 orang saja yang hadir BERSIH 2.0 Kah kah kah kah.... Lawaknya!! Mata Mat Tempek sudah keliru Mata dia sudah rabun Hati dia sudah buta Mat Tempek sudah banyak defect Orang tua ini tak boleh pakai lagi Pedulikan dia!! Pedulikan dia!! Kecacatan Mat Tempek ialah kegagalannya. Mat Tempek, orang tua yang GAGAL!! Suruh saja Mat Tempek berambus. Mat Tempek.... POOORRAAAHHH!! [sumber] |
Posted: 17 Jul 2011 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai: "Jika Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihan raya adil dan terima tuntutan Bersih," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib mengatakan demo bukan budaya kita, justeru sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan. Beliau berkata, Najib juga tidak boleh mendabik dada kononnya BN kuat, jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata. "Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihan raya berjalan dengan adil, bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. "Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti," ujarnya. Tambahnya, berikan peluang kepada Parakan Rakyat (PR) untuk menggunakan televisyen bagi membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara. Beliau menambah, demonstrasi aman yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai lalu setelah usaha perundingan dan perbincangan yang telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwat kekal. Rakyat, ujarnya tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal sedsngkan sebelum pilihan raya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya. "Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil seolah-olah kita minta teh tetapi yang dibawanya kopi," ujarnya. -HarakahDaily Aha, sifirnya mudah jer. Dia... Mereka... - GUTS - TELOR = AUWW!!! Sudah ler auwww, bangang pulak tu. Kita nak dakwat kekal, dia beri biometrik. Sebabnya, senang mereka nak trick kita lagi. Lagi-lagi nak bodohkan rakyat. Lagi-lagi nak menang cara menipu. Dia tahu.... Mereka tahu.... Tarak tipu kalu, susah mau menang. Tarak menang kalu, mereka tumbang. Tumbang kalu...?? OMG!! |
Posted: 17 Jul 2011 05:30 PM PDT Kali ini aku memberi sokongan padu kepada Pak Din Pagoh. Bukan sebab apa... Sebab dia nak mintak keadilan. Dia nak memperjuangkan keadilan untuk anjing-anjing peliharaan UMporNO. Lantaran itu, demi keadilan.... aku menyokong saranannya agar Polis RAJA di Malaysia mendedahkan dengan kadar segera, apa-apa bukti rakaman whatsoever... yang mereka ada untuk mempertahankan diri supaya tidak dilabel lagi sebagai ganas. Ya... buktikan yang anda tidak melakukan keganasan. Sebaliknya... kaum kerabat, sahabat handai BERSIH yang ganas. Pak Din Pagoh merujuk apa yang didakwa oleh Hishamuddin anak Hussein seperti di bawah ini. Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan itu. Oooo.... like that aaa. Ok la. So, what are you wating for?? Dedah cepat. Jangan tunggu-tunggu dan delay-delay lagi. Biar rakyat lihat dan mereka dapat menilai siapa yang benar. Buktikan gambar serta klip-kilp video yang kaum kerabat serta sahabat handai BERSIH paparkan adalah fitnah dan putar belit semata-mata. So, ayuh.... sila buktikan yang BERSIH itu ganas dan Polis RAJA di Malaysia itu baik dan berperikemanusiaan. But.... don't cakap only aaa. Say got bukti and fakta, but tarak dedahkan. Ikut cakap dan nasihat Pak Din Pagoh. Dedahkan!! Buktikan!! Eh eh... betoi ka depa ni ada bukti atau cuba nak kencing rakyat lagi. Dan.... beriya-iya pulak Pak Din Pagoh nyuruh si Hisham dedahkan. Aaaaiii.... macam nak pekena Hisham jer. Betoi ada bukti atau cuba nak main psikologi dengan rakyat?? Tipu, ekkk?? Kalau tak tipu....dedah cepat. Kami tak sabor dah nak nengoknya. Dedah jangan tak dedah?? [sumber] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan