Selasa, 5 Julai 2011

PERAKITE

PERAKITE


Zambry dah pulas telinga Cina dan India Perak ?

Posted: 05 Jul 2011 05:30 AM PDT


Dulu depa hentam  MB DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina. Depa pulas telinga  dia kuat-kuat dan depa sepak terajang Pakatan Rakyat Perak.
Nizar parah dikerjakan balaci Umno kononnya lebih menjaga Cina dan menganaktirikan bangsa sendiri.
Nah hari ini Zambry Abdul Kadir dengan bangganya menyalurkan bantuan seumpama itu. Kau ada Pakatan Rakyat..
Kerajaan negeri Perak bawah MB lantikan rampasan kuasa itu memberi bantuan RM2 juta dan mengiktiraf sekolah beraliran dan mubaligh yang beroperasi di Perak kononnya bagi meringankan beban pengurusan sekolah berikutan peruntukan terhad.
Sebanyak 18 smjk  dan 17 sekolah mubaligh menerima peruntukan itu.
Kau ada beri... La... mana pergi orang peghak... tak nampak ka .. tepuk lah tangan .

BERSIH 2.0 BESAR KEMUNGKINAN DI SEBUAH STADIUM DI SHAH ALAM

Posted: 05 Jul 2011 04:08 AM PDT

Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan di stadium, tetapi belum pasti di stadium mana. Demikian diumumkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
(Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini)

Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, Pakatan Rakyat menyeru pihak berkuasa membebaskan kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.
"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat  ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan  menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

snippets: pencacai Umno Astro Jabat kalah

Posted: 04 Jul 2011 10:22 PM PDT

Bekas wartawan Utuse, Asae Toramae atau lebih dikenali sebagai pencacai Umno.. Astora Jabat kalah dalam pilihan raya umum Thailand yang menyaksikan Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva tumbang. 

Pencacai Umno -Astora Jabat Kalah.
Malas nak ulas panjang-panjang.. tuan-tuan pikirlah sendiri .. di negara sendiri tak laku, tapi laku jual minyak di Malaysia sebab Umno dok kutip puak hok tak berapa boleh pakai. Umno memang suka kutip hok ore tokse.. pak katok puru dan pok katok kembong ada banyok lah dalam gerombolan ahli dia.

Tiada ulasan: