Addin |
- Agong Tegur Najib
- Bukti Agong Iktiraf Tuntutan BERSIH
- UMNO Makin Di Timpa Bala
- Tsunami Politik Thailand Akan Melanda Malaysia
- Panas!! Presiden Barack Obama Terbunuh?
- Inkues : Sarbani Jatuh Ketika Lari Ikut Tingkap?
- Hasil Kajian 10% Ikan Laut Mengandungi Bahan Plastik
Posted: 05 Jul 2011 09:03 AM PDT Edisi ke 23 Suara Keadilan kali ini tampil melaporkan reaksi pimpinan KEADILAN atas titah khas Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung himpunan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.Edisi 'kuning' buat kali kedua berturut-turut ini didedikasikan khas sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan NGO berkenaan bagi mendesak kerajaan melaksakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya kotor. Antaranya, kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali yang mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjunjung titah YDP Agong yang menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana. Selain itu, gesaan Ahli Dewan Negara dan pimpinan Pakatan Rakyat lain antaranya Senator Saiful Idzham dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menuntut kerajaan melaksanakan tuntutan Bersih sekiranya serius menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong. Suara Keadilan edisi terbaru ini juga tampil dengan tetamu Istimewa, Sasterawan Negara iaitu Datuk A Samad Said dalam temubual q&A di muka surat 10 dan 11. Mesra dengan panggilan Pak Samad, sasterawan rakyat ini bingkas menyeru golongan karyawan dan budayawan menyatakan sikap dan pendirian mereka. "Bagi saya kita harus jujur dan rasuah harus dibendung atau dihapuskan terus. Bila wang masuk dalam pilihan raya, ia menjadi tidak sihat. "Sesiapa yang punya banyak wang akan berkuasa, sedangkan kemerdekaan dan demokrasi itu hak umum, bukan hak untuk yang punya wang sahaja," katanya dalam temubual itu. Antara yang menarik ialah cerpen 'Hikayat penyakit kuning' hasil nukilan kartunis dan penulis Ronasina. Karya yang sarat dengan tema dan subjek sinikal itu pasti membuat pembaca tidak kering gusi. Pada muka surat 32 pula lebih mengujakan apabila Suara Keadilan melaporkan pandangan anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir mengenai tindakan kerajaan Najib ke atas Bersih. Dengan tajuk 'Najib lebih teruk dari bapa saya' Marina merujuk reaksi keras kerajaan Barisan Nasional terhadap aktivis NGO, Pakatan Rakyat dan penyokong himpunan aman itu. Manakala, kepada peminat ruangan pojok pula pasti rasa 'dibakar' apabila membaca ruangan 'Dari Brickfields' karangan pengamat dan pengkritik sosial, Hishamuddin Rais. Rangkuman berita, analisis dan ulasan berani politik negara mutakhir ini hanya boleh didapati dari Suara Keadilan. Bersempena minggu memBERSIHkan negara dari kebobrokan sistem pilihan raya dan politik yang kotor, anda disaran untuk mendapatkan naskhah terbaru ini di pasaran. Dapatkan sebelum diborong KDN !! Addin : Pasti Najib tak tidur malam.. |
Bukti Agong Iktiraf Tuntutan BERSIH Posted: 05 Jul 2011 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR - Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota. "Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai," kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang. Lapan tuntutan itu adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor. Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan satu titah agar pendekatan perbincangan digunakan kerajaan Umno BN dalam menghadapi tuntutan Bersih yang menuntut agar reformasi pilihan raya dilakukan. Lanjutan dari itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, hari ini mengadap Yang Di Pertuan Agong bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Ismail dan Presiden Jamaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin untuk mendapatkan nasihat baginda secara khusus. Ia adalah ironi apabila Tuanku perkenan bertemu dengan NGO itu, yang sebelum ini dakwa dan dilabel oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram. Selesai mengadap, Ambiga mengumumkan Bersih akan berhimpun di stadium pada 9 Julai ini namun stadium yang khusus belum lagi ditetapkan untuk perhimpunan itu. Sehingga kini lebih seratus aktivis Bersih, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap kerajaan, termasuk aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan idealogi komunis kerana mempromosikan himpunan Bersih. Pejabat Bersih turut digeledah manakala mereka yang memakai baju T Bersih dan kuning turut ditahan polis. Justeru pimpinan Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta./KD |
Posted: 05 Jul 2011 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Keghairahan Umno BN "membeli" ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mula memberi padah kepada parti pemerintah itu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, perkara itu terbukti apabila seperti diakui sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan kelmarin. Najib dalam ucapannya itu menyeru ahlinya di cawangan dan bahagian mengelakkan berpuak-puak dan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri jika mahu menang pada pilihan raya akan datang. Beliau melahirkan kebimbangan jika perkara itu berlaku, sejarah sama kekalahan teruk pada PRU 2008 bakal berulang. Namun kata Riduan, perdana menteri itu perlu sedar dengan satu lagi kelompok yang telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini berada dalam Umno, yang tentunya akan juga menuntut habuan khususnya sebagai calon pilihan raya. "Orang bermasalah ini memainkan peranan penting dalam mengucar kacirkan umno dengan menuntut jawatan lebih tinggi dan melobi menjadi calon pilihanraya. "Malah ada kalangan mereka yang masuk Umno selepas dibayar dengan wang jutaan ringgit hingga mampu membina rumah banglo, selesaikan hutang dan lain-lain, sedangkan ahli Umno seumur hidup masih ramai hidup susah dengan hutang keliling pinggang. "Kini mereka sudah dalam Umno, perlu teruskan survival. Maka apa sahaja peluang mereka akan ambil walau sampai mengucar kacirkan Umno," kata Riduan. Kelompok ini ujarnya, akan bertarung habis-habisan dalam melobi pemimpin parti itu untuk menjadi calon kerana mahu "cepat kaya" dan mengaut projek manakala ahli umno lain pula akan berpecah mengikut pemimpin yang mampu memberi mereka duit dan kemewahan. Sehubungan itu, Umno kini katanya terpaksa menanggung padah akibat tindakan mereka sebelum ini./hrkh Addin : Tanda-tanda akhir hayat UMNO makin jelas.. padah dan bala yang menimpa UMNO adalah kesan dari dosa-dosa yang telah dilakukan.. dosa-dosa pada Allah S.W.T dan dosa-dosa pada rakyat Malaysia.. |
Tsunami Politik Thailand Akan Melanda Malaysia Posted: 05 Jul 2011 01:25 AM PDT Mungkinkah 'Tsunami' keputusan Pilihanraya Thailand 2011 yang telah berpihak kepada Parti Pembangkang, Pheu Thai akan merebak ke Malaysia pada pilihanraya umum akan datang; di tengah-tengah riak kebangkitan rakyat melalui 'BERSIH', setelah cuba dipecahkan ombaknya oleh penguatkuasa undang-undang; sedangkan Istana Negara memberi nasihat yang cukup mengesankan. Lantunan riak gelombang demokrasi rakyat yang membuak dalam senyap, berjaya menyusur istana dan mencemar kasih Duli Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang bertitah agar Kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. "Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran," titah Baginda yang mengingatkan agar Kerajaan harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Titah Baginda lagi,"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran Negara." Persoalannya, kenapa Ambiga dan pemimpin politik mahu mengheret DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam kancah sengketa politik tanpa tujuan khusus, apatah lagi untuk kedaulatan negara, sedangkan segala isu yang dibangkitkan boleh diselesaikan secara saksama di Dewan Rakyat dan Dewan Negara? Mungkinkan ahli politik di Malaysia sudah kehilangan visi, tidak punya rasa dan tidak punya reti sehingga mencemar institusi 'Raja Berperlembagaan' di Malaysia ketika masing-masing hilang punca kerana mabuk kuasa dan ingin merampas kuasa di luar perlembagaan? Tidak tahu di mana silapnya, isu sekecil ini sebenarnya boleh dilentur atau dijinakkan ketika masih dalam keadaan 'rebung'; sama ada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berlembut dan mendengar tuntutan serta keluhan rakyat; atau Perdana Menteri sendiri turun gelanggang menemui 'Kumpulan Pendesak' ini kerana beliau adalah Idola 1Malaysia yang tidak ada 'Batas Sempadan' kerana Malaysia Negara selamat. Sekalipun Perdana Menteri asyik dengan Twitter dan Facebook, namun jangan lupa 80 peratus rakyat Malaysia belum kenal Twitter dan Facebook dan hanya kenal lambang parti dan kebaikan YB Masing-masing. Tidakpun berkurang 'bisa' dan 'wibawa' Perdana Menteri jika melayan pandangan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai Twitter dan Facebook, namun punya hati dan perasaan untuk menyuburkan demokrasi dan keamanan. Menolak permintaan 'Bersih' umpama menggoncangkan 'Coca-Cola' dalam keadaan mulut botol yang tertutup telah menyebabkan rakyat marah kerana mereka tidak dapat melaksanakan hak Perlembagaan dan tidak mempunyai cara menegur kerajaan; sehingga menyebabkan mereka memprotes dengan ancaman berarak di jalan raya. Jika di peringkat awal, Kerajaan menyediakan sebuah tempat khusus seperti Stadium atau Dataran Merdeka dan memberi mereka permit untuk berhimpun dengan sempurna atau menganjurkan forum terbuka atau Program Sambutan Hari Demokrasi; maka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet boleh hadir bersama seperti Perhimpunan Sejuta Belia; alangkah indahnya? Namun masih belum terlambat bagi Kerajaan bertindak secara holistik dengan mengambil nasihat DYMM Yang Di Pertuan Agong kerana rakyat Malaysia masih sayang dan hormat Duli Tuanku. Gelombang demokrasi di negara Gajah Putih itu mungkin tidak ada asasnya untuk merebak ke Malaysia kerana acuan politik dan budayanya tidak sama, sekalipun satu ketika dahulu di ambang huru-hara; namun kembali berpadu setelah melalui pengalaman pahit ketika di ambang sengketa. Sekalipun Pilihanraya Umum Ke-12, BN hilang majoriti dua pertiga, namun jika suara hati rakyat tidak didengar, titah Sultan diengkar; maka apalah ertinya sebuah kerajaan yang tidak mempunyai jiwa rakyat, meneruskan retorik tetapi memerlu undi rakyat untuk menang pada Pilihanraya Umum Ke 13 kelak. Ucapan Tahniah Mantan Perdana Menteri, Abhisit Abhisit Vejjajiva kepada bakal Penggantinya, Yingluck Shinawatra adalah wajah demokrasi yang paling manis di rantau ini sebagaimana nostalgia ketika Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan menyerahkan kuasa pemerintahan kerajaan negeri kepada Tun Sakaran setelah PBS hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 1994. Jika Pilihanraya Malaysia dilakukan secara saksama; rakyat diberi peluang seadilnya untuk menyuarakan isi hati mereka; pemerangan terhadap rasuah berterusan; pembangunan seimbang; jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan dan pelbagai usaha kea rah memperkukuhkan Malaysia sebagai sebuah Negara maju di masa hadapan; sudah pasti isu 'Bersih' ini hanya carik-carik bulu ayam/Sabahkini |
Panas!! Presiden Barack Obama Terbunuh? Posted: 04 Jul 2011 11:34 PM PDT WASHINGTON – Secret Service Amerika Serikat (AS) mengaku sedang menyelidiki akun Twitter resmi Fox News. Pasalnya, akun ini mengirim pesan palsu berisi Barack Obama terbunuh. Media itu memastikan adanya pengiriman sejumlah pesan 'berbahaya dan palsu' mulai pukul 02.00 dini hari waktu setempat dan terus berlanjut hingga beberapa jam kemudian. "@BarackObama baru saja meninggal. Presiden itu tewas. 4 Juli yang menyedihkan. Presiden Barack Obama meninggal," isi pesan yang dikirim ke situs blog mikro itu seperti ditulis Strait Times. Tepat sebelum pesan-pesan palsu itu muncul, hacker (peretas) nampak mengumumkan berhasil mengambil kendali akun media itu, "Baru saja mendapat akses penuh Twitter dan emailnya. "Sontak, pesan ini merebak luas di situs blog mikro itu dan menjadi berita utama di seluruh dunia. Pesan terbaru yang dikirim mengklaim, Obama 'tertembak dua kali di restoran Ross di Iowa' selama kampanye. Faktanya, pemimpin AS itu berada di Washington, bukan Iowa saat itu. Obama merayakan libur 4 Juli bersama keluarga dan keluarga militer. "Presiden @BarackObama terbunuh, dua tembakan membunuhnya. 4 Juli yang menyedihkan bagi #america. #obamadead RIP," lanjut pesan yang dikirim di Twitter itu. Fox News mengaku sedang menyelidiki perihal ini dan mengaku 'menyesal atas ketegangan yang timbul'. Juru bicara Secret Service Edwin Donovan mengatakan, badan penegak hukum federal akan memastikan keamanan presiden dan sedang menyelidiki perihal pesan palsu yang dikirim ke blog mikro tersebut./inilah.com |
Inkues : Sarbani Jatuh Ketika Lari Ikut Tingkap? Posted: 04 Jul 2011 07:30 PM PDT Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap. DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu. Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid. "Saya percaya si mati terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap," kata beliau. "Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat. "Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton)," katanya. Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter. Ditanya bagaimana Sarbaini cuba meninggalkan bilik pantri itu, Sharul Othman berkata kemungkinan bapa kepada lima anak itu bertenggek di atas sinki dalam bilik itu."Si mati keluar dengan bertenggek (atas sinki) dan menghulurlkan kaki ke luar tingkap, mungkin kaki kiri atau kaki kanan," katanya. Dalam prosiding itu, sebanyak 13 sampul mengandungi bahan bukti termasuk sepasang selipar, sebelah kasut kaki kiri, tali pinggang, bingkai cermin mata yang patah, jam tangan tanpa tali, cermin mata tanpa bingkai sebelah kanan dan tali jam kulit. Selain itu, antara bahan bukti lain adalah kad pelawat SPRM, sampel di bahagian bawah tingkap (di bilik pantri), sampel di bahagian atas tingkap (bilik pantri), sampel cat kawalan (di bahagian luar bilik pantri), sampel serpihan dari kepala tali pinggang dan dompet Sarbaini. Dalam siasatan forensik yang dilakukan Sharul Othman juga berkata pasukannya turut menemui kesan geseran pada kaki lima tingkap bilik pantri dipercayai daripada kepala tali pinggang Sarbaini. "Pemeriksaan yang dibuat pada kaki lima tingkap yang terbuka terdapat kesan geseran sepanjang empat inci dan kita telah buat perbandingan dengan kaki lima di tingkap yang bersebelahan. "Kesan geseran itu dipercayai daripada kepala tali pinggang si mati," katanya. Menurut Sharul, siasatan yang dilakukan pada 6 April itu turut dilanjutkan ke bilik pegawai penyiasat Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di mana Sarbaini berada di sana sebelum insiden berlaku. "Kemudian saya buat pemeriksaan di bilik pegawai SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad kerana si mati berada dalam bilik itu sebelum ditemui mati. "Kami dapati bilik kemas dan tiada tanda pergelutan, kami juga buat tinjauan di aras dua dan aras empat namun tiada bahan bukti yang diambil," katanya. Turut dipaparkan gambar-gambar yang menimpa Sarbaini sehingga menyebabkan ahli keluarga terutamanya anak-anak menitiskan air mata. Sharul Othman yang lengkap beruniform berkata pihaknya juga telah menemui kesan cap jari di tingkap yang terletak di bilik pantri dipercayai milik Sarbaini. "Siasatan forensik di bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM kita telah menemui empat kesan cap jari di bahagian bawah tingkap berhampiran sinki dan satu cap jari dan satu cap tapak tangan di bahagian atas tingkap."Kami juga menyiasat tempat pegang tingkap untuk kesan DNA tapi kita mendapati tiada kesan tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki," katanya. Katanya, siasatan juga menemui serpihan tulang di lantai gelanggang badminton. Sahrul Othman juga berkata lakonan semula insiden itu yang dilakukan pelakon lagak ngeri Hasni Razif Ramley pada 13 April menunjuk ia tidak menepati kedudukan mayat Sarbaini. "Kami telah meletakkan tanda di atas tilam udara dan pelakon itu jatuh berhampiran tanda," katanya. Inkues yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ditangguhkan sehingga esok dan akan melawat tempat kejadian pada pukul 10 pagi esok. Seramai 30 orang akan dipanggil untuk memberi keterangan. Inkues yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga 15 Julai ini. Balu Sarbaini, Maziah Manap merupakan saksi pertama inkues. Addin : Inkues ini mungkin hanya sekadar untuk menutup mulut masyarakat umum, akhir sekali keputusannya sama seperti kes Teoh Beng Hock.. Perubahan hanya sebut di mulut tetapi tidak ada 'political will' untuk membuat perubahan yang sebenar-benarnya.. akhirnya SPRM menjadi satu liabililiti atau kuda tunggangan kepada pentadbiran kerajaan UMNO BN. |
Hasil Kajian 10% Ikan Laut Mengandungi Bahan Plastik Posted: 04 Jul 2011 07:00 PM PDT JAKARTA - Ilmuwan menemukan plastik pada 10% ikan kecil yang dikumpulkan di utara Samudra Pasifik. Ikan ini ditemukan saat ilmuwan mempelajari reruntuhan laut yang masuk rantai makanan. Peneliti di Scripps Institution of Oceanography di University of California, San Diego, memperkirakan ikan di Pasifik utara menelan sebanyak 24.000 ton plastik tiap tahunnya, seperti dilaporkan Los Angeles Times. Hasil studi menunjukkan, ikan memakan limbah laut yang sebagian besar merupakan bintik-bintik kecil dari plastik yang dibuang yang kemudian terakumulasi menjadi besar dan bergerak lambat di arus laut yang disebut gyres. Para peneliti menemukan plastik di 10% ikan yang dikumpulkan saat penelitian. Namun, peneliti meyakini, proporsi sebenarnya dari ikan yang mengkonsumsi plastik secara signifikan jauh lebih tinggi. "Kami tak bisa mengatakan seberapa banyak ikan yang makan plastik dan mati serta cara ikan memuntahkannya keluar dari usus," ujar peneliti Rebecca Asch dan kandidat doktor di Scripps Oseanografi Biologi. Ikan-ikan kecil dalam penelitian ini disebut lanternfish. Ikan ini merupakan sumber makanan umum untuk ikan lebih besar. Peneliti khawatir, plastik dan polutan yang dikandung ikan ini bisa membuat zat-zat berbahaya itu masuk rantai makanan yang kemudian dikonsumsi manusia. "Kami terus mencari seberapa besar kandungan plastik saat ini dan angka yang diperoleh harus nol," tutup Asch./inilah.com |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan