PERAKITE |
- Tok Jib tertipu lagi di Kelate...
- Wartawan kutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno
- Aduhai provokator pro Umno ..lihatlah sendiri
Tok Jib tertipu lagi di Kelate... Posted: 02 Jul 2011 06:37 AM PDT Tok Jib sukacita sengoti dan yakin sungguh boleh tawan Kelate bila tengok kononnya 20,000 ore adik kakok negeri Taman Serendah Sekebun Bunga itu tubik ramai-ramai jumpa mata. Ramai sungguh weh (kata Utusek Meloya) pakat tubik jumpa Tok Jib pada majelis perhimpunan dengan rakyat jelata di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Putih. Oh aloh la, ambo rasa hok pakat gi tu 80 peratus ore PAS. Abe aji memang gi kalu ore jemput. Boleh kain sarung sehelai sorang jadi lah, muge takdok nok jejas gapa satupun. Hak penting ngundi esok pakat PAS atau Pakatan Rakyat. Dato Seri Dano Menteri Najib kato, rakyat Kelate la ni sokong Umno dah weh kerana 2,800 ahli Pas masuk parti tu. Oh aloh la, sapo la hok bodo tok berlagu tu mudah kena tipu tu. Kalu seghamai tu lah, abe aji raso tak jejas apopun sokongan pada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Silap hari Tok Jib kena goreng hidup-hidup kerana hok ramai masuk Umno tu sebenarnya ore Umno doh. |
Wartawan kutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno Posted: 02 Jul 2011 05:40 AM PDT Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang "menyerang dan mengancam" wartawan semalam. Dua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis. Pewaju juga meminta polis membuat siasatan segera dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis. "Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Pewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. "Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?" soal pertubuhan itu. Menurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat. Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum. "Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?' "(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut," dakwa pertubuhan itu. Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera. "Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama," dakwa kenyataan itu lagi. Berunsur ganas Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan. Selain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini. "Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik "Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?" Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung, "Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan," akhir kenyataan itu. |
Aduhai provokator pro Umno ..lihatlah sendiri Posted: 02 Jul 2011 03:04 AM PDT Inilah antara provokator pro Umno yang dikatakan hebat berdemonstrasi haram jalanan di Komtar semalam. Mereka memakai lilit kepala berkalimah Lailahaill Allah. Lihatlah perempuan ini salah seorang daripada mereka. Foto ini tidak membohongi anda (gambar atas)... lihatlah kalimah itu juga terbalik kedudukannya. Anda fikirlah sendiri.Perempuan Melayu provakator pro Umno ini juga tidak menutup aurat sepertimana dikehendaki syarak. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan