Sabtu, 2 Julai 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Setelah 20 tahun, akhirnya Mat Sabu dipertemukan dengan adiknya.

Posted: 02 Jul 2011 04:00 AM PDT

Lokasi majlis di Komplek Purnama, Pengkalan Chepa.



Cerita gua : Forum tertutup BERSIH Mat Sabu - Mahasiswa.

Posted: 02 Jul 2011 12:12 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Hari tu gua umum gua ada program kemasyarakatan di Chekok. Sabtu, 2 Julai 2011. Tapi sebenarnya gua ada forum tertutup BERSIH bersama mahasiswa. Di Komplek Purnama, Pengkalan Chepa. Antara panelnya Mat Sabu. Ingat ulama jer boleh bohong sunat?

[1]

Isi penerangan macam biasalah. Tak berapa menarik gua nak kongsi dalam blog cabuk gua nih. Ramai yang dah sedia tahu. Cuma ada cerita menarik la dari Mat Sabu tentang hujah dia berhadapan dengan polis.

Mat Sabu dipanggil polis secara berasingan seperti AJK2 Bersih lainnya. Seperti semua sedia maklum, persepsi kita ni, Timbalan Ketua Polis lebih UMNO dari Ketua Polis Negara. Antara hujah polis bersama Mat Sabu ialah :

Polis : Pavalion meminta PDRM membuat kawad berduri dari menghalang orang ramai masuk ke premisnya. Ini adalah sabotaj ekonomi.

Mat Sabu : Kalau sediakan laluan, tak payah kawad duri. Kita selesaikan secara aman, hanya 2-3 jam. Kalau sediakan kumpulan provokasi, sediakan asap, sediakan air kimia, jangankan kawad duri, kandang babi pun kami masuk.

Dan bagitau Pavalion, kalau nak berniaga tempat takda orang, pindah kat Ulu Tembeling. Mana ada peniaga tak nak berniaga tempat ratus ribu orang? Ini bohong.

[2]

N3 ni berlabel peribadi. Gua just nak share untuk anak2 gua nanti. Insyaallah. Ada 1 panel, peguam hak asasi. Dia berlainan upaya penglihatan dari kita. Tapi hujah dan penjelasan sangat baik.

Apabila settle forum, mahasiswa dan krew serbu Mat Sabu untuk bergambar. Panel peguam tadi terperangkap. Nak turun bawah tak boleh. Ramai yang mahu bergambar dengan Mat Sabu. Tapi brother lawyer ni terperangkap dan tersisih. Sabar berdiri menunggu semuanya selesai. Gua rasa sedih sangat.

Dari tak mahu bergambar, gua pun masuk campur. Gua bergambar dengan peguam ni. Suruh Jeming dengan Hjosama ambilkan. Masalahnya peguam ni paling tempat lain, sebab tak tau kedudukan kamera. Takan gua nak sentuh kepala dia dan betulkan muka. Ah.. lantak la..

[3]

Walaupun open pertanyaan tadi, dan memang ada soalan gua nak tanya Mat Sabu, tapi gua tak ambil bahagian. Gua nak tanya soklan off rekod. Gua tunggu Mat Sabu kat bawah.

Mat Sabu turun tanpa bodiguard. Keseorangan. Rakan/ pemandu sudah ada dalam kereta. Gua sapa Mat Sabu dan salam.

"Assalamualaikum, Bang Mat."

"Waalaikumussalam."

"Nak tanya soalan off rekod sket."

"Ha.. apa dia?"

"9 Julai ni, dari 3 port, Sogo, Kg Baru dan DBKL, Abang Mat ambil mana?"

"_____________. Kemungkinan besar Abang Mat di situ."


SB - UMNO yang menyamar peserta BERSIH.

Posted: 01 Jul 2011 11:41 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

SB - UMNO yang menyamar peserta BERSIH.

Memang ramai yang sedar sejak awal lagi. memang ramai yang bimbang. Tetapi ini bukan PAS era rudum selepas Ostad Fadhil. Ini PAS pra baru. Sedikit gerakan lagi diperlukan untuk tajdid sepenuhnya. Insyaallah.

Jika dulu Presiden PAS lembab, Timbalan lambat, kini kita ada Mat Sabu. Mat Sabu telah counter perkara ini di muka depan Sinar Harian, Jumaat 1 Julai 2011.

Apakah kaedah penyelesaian SB dan UMNO yang menyamar peserta BERSIH?

KUALA LUMPUR - Pas tidak akan membela ahlinya yang dikenakan tindakan melakukan provokasi pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak memberikan bantuan guaman atau sebagainya kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.

"Kita tidak akan bertanggunjawab terhadap mereka. Polis boleh ambil tindakan sewajarnya. Peguam kita tidak akan bela ahli yang timbulkan provokasi semasa perhimpunan Bersih," katanya.

Bagaimanapun kata Mohamad, pihaknya boleh beri jaminan 100 peratus bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan.

"Ahli kita akan berkelakuan baik dan patuhi undang-undang. Itu janji saya," katanya.


UG : BERSIH hari ini Allah tunjukkan ijtihad Hadi Awang adalah bodoh.

Posted: 01 Jul 2011 11:35 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Bodoh Tahap Merah.

Melayu PAS yang menyembah Hadi melebihi motif mencilok sistem Islam, menentang perbahasan mengenai keperluan menjatuhkan Hadi Awang.

Di TKO, mereka menggunakan pendekatan ala SPR apabila berhadapan dengan hujah. Di Rusila, mereka menggunakan pendekatan ala FRU apabila berhadapan dengan hujah. Hadi Awang sendiri pula menggunakan pendekatan pelari pecut Husain Bolt apabila berhadapan dengan gua.

Bila gua salam, perkenalkan diri, mohon 5 minit, Hadi Awang bergegas keluar, mencapai payung dan menuju ke rumahnya. Panik. Gua tak tau jantungnya berdegup berapa kali dalam seminit dan berapa ml adrenalin yang dihasilkan badannya ketika itu. Blogger mereka pula menggunakan pendekatan tanpa identiti, pelbagai ID.

Ini adalah sejarah yang ditakdirkan. Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu sia2 dan just seronok2.

Bodoh Tahap Jingga.

Melayu PAS yang menyembah Hadi melebihi motif mencilok sistem Islam, menentang perbahasan mengenai keperluan menjatuhkan Hadi Awang.

Merka yang up dari Bodoh Tahap Merah, sedikit sebanyak faham. Tapi sembahan mereka terhadap Hadi Awang masih tinggi berbanding motif mencilok sistem Islam. Jadi di tahap ini, mereka mengkambinghitamkan.

Mereka menyalahkan penasihat Mustapa Ali.
Mereka menyalahkan Nasharudin Mat Isa.

(Banyak orang mengkambinghitamkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Hampa ingat dia berani buat gitu tanpa naungan, dorongan dan restu beria-ia Presiden PAS?)
Memang Allah yang membolak balikkan hati gua. Tapi setakat ini, gua adalah orang mengatakan merah kepada merah. Jingga kepada jingga. Jika gua mengatakan masalah pokok ialah Nash, gua akan langgar Nash. Jika gua mengatakan masalah pokok ialah Hadi, gua akan langgar Hadi.

Golongan Bodoh Tahap Biru Gelap.

Golongan ini berdiam diri ketika ini. Malu dalam ego. Malu menjilat muntah sendiri, ego untuk berhenti muntah. Ada pula yang mengisytiharkan diri bercuti sambil melihat matahari.


Tiada ulasan: