Selasa, 26 Julai 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Rais rogol amah....NGO indon tuntut keadilan....

Posted: 26 Jul 2011 09:15 AM PDT

 

Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Indonesia, akan menangani kes rogol seorang amah Indonesia berusia 46 tahun yang melibatkan seorang menteri Kabinet Malaysia.


Ketua BNP2TKI, Jumhur Hidayat menugaskan Kepala Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), unit pelayanan teknis di bawah BNP2TKI, Jawa Tengah, AB Rochman, menemui keluarga mangsa di rumahnya, Banjarnegara, Jawa Tengah.


“Kami akan tangani kes ini. Jika benar, kami mengkedepankan pemulihan hak-hak mangsa,” kata Jumhur dalam satu kenyataan media kepada VIVAnews.com, hari ini.


Jumhur berkata, BNP2TKI akan berkoordinasi dengan KBRI Kuala Lumpur dan pihak terkaitan untuk menyelesaikan kes berkenaan.
“Pemerintah wajib memberi perlindungan terhadap tenaga kerja Indonesia walau manapun berada. Kerana itu, jika mangsa merasa rugi, BNP2TKI sedia menyelesaikan kes itu sesuai dengan undang-undang,” katanya.


Isu itu didedahkan WikiLeaks melalui Rocky Bru tetapi Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim menafikan terlibat dalam kejadian itu selepas memdiamkan diri sejak hal itu didedah kepada umum.


Rais juga hari ini mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selama ini gagal membersihkan namanya dari kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.

amah indon di dahulukan...syok di utamakan...rais perogol amah kecut telor nak saman ROCKY BRU...

Posted: 26 Jul 2011 09:07 AM PDT

 

Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut ‘orang dibelakang’ penulis itu.
Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.

Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizuddin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais atas dakwaan memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

“Rais takut. Lihat siapa dibelakang mereka. Kalau dia betul serius, dia akan saman semua pihak,” kata Nik Nazmi.
“Mungkin kerana Amizuddin ahli KEADILAN dan mereka (Rocky Bru) bukan, maka tindakan tak diambil. Kita tak boleh halang seseorang hanya kerana dia ahli KEADILAN. Perkara pokok adalah kejujuran. Jelas tindakan Rais ini berkepentingan politik,” ujar Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik mendakwa penubuhan Majlis Media sebagai ‘dua langkah mundur kebelakang kerana pembabitan menteri seperti Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Sepatutnya tiada pembabitan eksekutif dalam Majlis ini. Kalau majlis media itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Informasi dan Menteri Dalam Negeri, ia bererti dua langkah mundur ke belakang, daripada satu langkah ke depan,” kata Nik.
Dalam konteks media Malaysia yang masih dikekang Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran dengan permohonan media berlesen sebagai suatu halangan,

Majlis itu dilihat tidak berperanan mengangkat martabat kebebasan media kerana kekangan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran.


“Kalau masih tak bersedia untuk majlis media, sepatutnya hanya ditubuhkan satu jawatankuasa media untuk menggariskan syor untuk membebaskan media dari cengkaman kerajaan, dalam masa yang sama bertanggungjawab dalam laporan. Media yang harus tentukan,” kata Nik Nazmi.

guna blogger yahudi tonjol perangai pukimak najib terhadap islam...

Posted: 26 Jul 2011 08:47 AM PDT

 

Dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam.Mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing.

Ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik,..Najib kena  perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel..


Sikap membisu Utusansek 1 Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkosa dalam hal itu. sangat sangat di kesali.Jika sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu..

.Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam.


Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter, 23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam.


Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk mempersenda Nabi Muhammad.


Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang ‘Red State’, blog ‘New Ledger’ dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services.


Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tiada ulasan: