Selasa, 26 Julai 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


DR.ASRI : Warkah buat saudaraku anggota polis

Posted: 26 Jul 2011 07:52 AM PDT

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

PRU 13 DIRAMAL SEPTEMBER?

Posted: 26 Jul 2011 04:30 AM PDT

Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September.

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu 'misteri' itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily


Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...

wow!!Honda Civic baru generasi ke-9 bakal dilancarkan!!

Posted: 26 Jul 2011 01:00 AM PDT

Honda telah pun membuat pendedahan berkaitan rupa bentuk rasmi jentera baru Civic generasi ke-9 namun dikatakan ada persamaan dengan Civic generasi ke-8



Pendedahan gambar rupa bentuk rasmi Civic generasi ke-9 itu turut ditampilkan info rasmi berkaitan varian dan enjin model berkenaan.

Dipetik dari web arenakereta.com, gambar dan info berkaitan jentera baru Honda Civic itu dikeluarkan oleh American Honda Motor Co., Inc. Dengan kata lain dan lebih tepat lagi, kesemua varian yang dipertonton Honda Amerika itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat (US) sahaja

Seperti model sebelumnya, Civic generasi ke-9 untuk pasaran rantau asia termasuk Malaysia mempunyai beberapa perbezaan (reka bentuk depan dan belakang) berbanding model untuk pasaran US.

Pasaran di AS menyaksikan Honda Civic generasi ke-9 tampil dengan beberapa varian seperti Sedan dan Coupe. Versi sedan terbaru sepenuhnya HF berenjin petrol (bukan hibrid) tetapi mempunyai tahap penjimatan petrol mengkagumkan.

Varian Si pula merupakan jentera berprestasi tinggi bagi model ini. Varian lain ialah hibrid dan varian bahan api alternatif gas asli.

Menurut Honda, walaupun tanpa bantuan sistem hibrid, varian terbaru HF merupakan model baru yang mempunyai sasaran untuk penjimatan penggunaan bahan api dengan hanya enjin petrol, dengan sasaran "EPA-estimated fuel-economy rating" kepada 14.5km/l atas lebuhraya.

Varian sporty dan berprestasi tinggi Si ditawarkan dalam dua versi sedan dan coupe. Varian ini didatangkan dengan enjin 2.4 liter i-VTEC yang menghamburkan kuasa 200hp dan 230Nm tork di samping bersama kotak gear manual 6 kelajuan.

Varian Si dan coupe sudah tentu tidak akan memasuki pasaran Malaysia, cuma kita mungkin boleh berharap versi Type R sedan sekali lagi akan dipasarkan di sini.

Model Civic Si dikatakan menampilkan kejuruteraan paradox, di mana penampilan enjin berkuasa disusuli dengan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan menjimatkan. Kesemua varian dan versi Civic generasi terbaru ini menonjolkan rekaan diperbaharui, prestasi dan pembakaran bahan api lebih cekap serta menjimatkan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, anda boleh melihat dengan lebih dekat gambar rasmi yang disiarkan oleh Honda US, dan model itu akan dijual di sana pada musim bunga akan datang (Spring Season).

Untuk pasaran tempatan (Malaysia) pula, ,model terbaru ini dijangka akan tiba bermula awal 2012, dengan hanya varian sedan dan hibrid sahaja akan dibawa masuk.

Klik gambar untuk saiz besar





Biar betul?Perempuan kencing berdiri....

Posted: 25 Jul 2011 10:00 PM PDT

Jika selama ini hanya lelaki sahaja yang kencing berdiri, sekarang perempuan pun boleh. Ciptaan yang mengarut ini memblehkan perempuan kencing berdiri tak kira di mana mereka berada. Kepada orang melayu, tak payah la nak pakai benda macam ni. Kencing duduk/mencangkung adalah lebih baik-

Kenapa kami tak percaya Teoh Beng Hock bunuh diri. Tuesday, July 26, 2011 Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/kenapa-kami-tak-percaya-t

Posted: 25 Jul 2011 07:00 PM PDT

Artikel neh bukan nak kutuk suruhanjaya siasatan diraja ke, polis ke, sprm ke, kerajaan ke ataupun mana2 pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak secara langsung dengan kes neh. Cuma aku rasa sebagai rakyat malaysia yang merdeka wajib bagi mereka yang berkaitan terutamanya pihak penguatkuasa untuk faham kenapa rakyat macam aku dan aku percaya majoriti rakyat malaysia berfikiran macam aku menolak andaian bahawa TBH [ringkasan kepada nama mendiang teoh beng hock] bunuh diri.

1. TBH mati sehari sebelum pendaftaran perkahwinan.

Orang nak kahwin. Orang nak timang anak. [Tolong jangan main sentimen status anak mendiang disini. Tolong hormati hak orang yang berbeza agama disini] Macam mana mungkin dia bunuh diri beb? Ko, hari neh nak kahwin, semalam ko bunuh diri ka? Tension macam mana sekalipun mesti lah ko fikir bahawa ko bakal berkahwin dan bakal mendapat cahaya mata. Dan andai dia tension, mesti lah dia luahkan dulu perasaan dia sebelum nak bunuh diri [andai kemungkinan neh benar].

2. Tiada tanda-tanda nak bunuh diri.

Bukan boleh main mendadak bunuh diri. Menerusi pembacaan aku, aku dapati orang yang nak bunuh diri akan hadirkan tanda2 sebelum mereka bunuh diri beb. Akan berlaku perubahan sikap dan psikologi mereka sebelum mereka bertindak memutuskan untuk bunuh diri. Contohnya menderma semua barangan kesayangan mereka kepada orang tertentu. Perubahan selera makan. Perubahan dari segi pergaulan dan tingkah laku. Seseorang itu akan kemurungan sebelum mencapai kemuncak untuk membunuh diri. Berdasarkan kepada kronologi kematian TBH neh, dia tidak menghadapi sindrom2 bunuh diri.

Alasan tekanan perasaan akibat disoal siasat punca dia bunuh diri adalah alasan lepas diri. Ya, memang ada kemungkinan dia tertekan akibat disoalsiasat sehingga memaksa bunuh diri tetapi kenapa tanda2 bunuh diri tidak wujud? Nak bunuh diri bukan macam makan nasi. Arhh aku nak makan nasi. Dan terus makan. Orang yang tertekan sehingga memaksa nak bunuh diri akan berfikir macam2 sehingga perasaan mereka berkecamuk.

Sebab tue aku cakap kes neh menimbulkan keraguan yang munasabah. Lihat bawah ;

- TBH bunuh diri = alasan bunuh diri = tertekan dengan siasatan sprm = kenapa tertekan? adakah disabitkan bersalah? tidak kan? = menimbulkan persoalan = menghasilkan persepsi serong masyarakat. <-- situasi sekarang.

Andai begini ;

- TBH bunuh diri = alasan bunuh diri = tertekan dengan siasatan sprm = kenapa tertekan? Sebab bersalah = bimbang akan dihukum berat = menyesal akan perbuatan = tanda2 bunuh diri = bunuh diri. <-- situasi yang boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat malaysia.

Tetapi pada zaman sekarang bunuh diri bukan option bagi mereka yang berpelajaran sebab mereka faham bahawa sebelum satu2 hukuman itu dimuktamadkan ia harus dibicarakan terlebih dahulu di dalam mahkamah. Mana mungkin TBH bodoh2 nak pergi bunuh diri sedangkan dia belum pun didapati bersalah apatah lagi kes belum dibicarakan di mahkamah, so takde kes. Bila takde kes, apa sebab dia nak rasa tertekan?

Mungkin benar cara siasatan sprm kejam. Tapi ikut pemerhatian aku yang suka tengok rancangan penyiasatan aku dapati bahawa ;

- nak soal siasat orang yang lemah = mudah.

Hanya perlu ugut/gertak sedikit, mereka dah kecut dan terus dedahkan semua sekali. Menurut laporan siasatan diraja mendiang TBH mempunyai daya tahan yang lemah. So, kalau dah lemah = mudah dimanipulasikan oleh sprm bagi mencungkil maklumat. Boleh tahu tak apa maklumat yang sprm berjaya cungkil untuk lengkapkan kes siasatan rasuah yang membabitkan ronnie liu? Ada ke takde?

Orang lemah = penakut. Dan orang penakut = tidak cenderung bunuh diri = sebaliknya cenderung untuk selamatkan diri [hasil drama criminal minds] Ini sudah tidak konsisten lagi dari segi psikologi beb. Nak bunuh diri terjun dari bangunan tinggi? Lagi lah tak konsisten dengan sikap TBH yang konon nya lemah. Melainkan dia telan pil banyak2 untuk bunuh diri. Tapi macam aku cakapkan tadi, orang lemah TIDAK CENDERUNG untuk bunuh diri. Mereka cenderung untuk selamatkan diri.

Orang yang membunuh diri ialah jenis orang yang sudah hilang harapan @ tekanan melampau @ tak nampak matlamat hidup @ tiada lagi keceriaan dalam kehidupan dia @ di timpa kegagalan yang berturut2 dan besar @ tiada sokongan hidup [macam tiada ahli keluarga yang memahami, rakan2, kerjaya yang stabil]. @ halusinasi @ sakit macam kemurungan yang berpanjangan / mental disorder [macam meroyan] / hidap penyakit kronik.

Tanda2 neh takde satu pun kat mendiang TBH. Sebab tue orang persoalkan kematian dia. Sama macam orang persoalkan cara kematian arwah adik aminulrahsid dan arwah sarbani. Bukan pasal nak suka2 hentam sprm ataupun kerajaan. Tapi kalau dah tiba2 orang yang kita kenal tiba2 mati dan dikatakan bunuh diri walhal kita cukup2 kenal dan tahu bahawa dia tiada ciri2 nak bunuh diri, boleh kah kita terima alasan itu?

3. Mayat teoh beng hock tidak kelihatan seperti jatuh dari tempat tinggi.

Aku ada baca banyak artikel pasal laporan bedah siasat TBH neh. Tapi aku belum lagi menemui berita yang jelas bahawa kepala tbh hancur ataupun sekurang2nya retak [bukan mendoakan kepada ahli keluarga TBH jangan salah faham]. Tulang2 dia pun banyak yang masih elok sedangkan kalau jatuh dari tempat tinggi bukan kah majoriti tulang2 dia sepatutnya patah? Gigi dia pun masih elok terlekat lagi di rahang. Ada ke laporan bahawa gigi dia terkeluar/pecah/retak/gores? Yang neh aku siyes tak pernah baca lah.

Kecederaan yang dia alami sebenarnya tidak konsisten tentang kecederaan yang sepatutnya terjadi apabila jatuh dari tempat tinggi. Kalau tengok dari laporan berita, tiada pun dilaporkan terdapat kesan tompokan darah yang banyak akibat terhentak dari tempat tinggi.

Mudah je. Cuba korang amek batu. Dan ikatkan pada batu tue seplastik air. Dan jatuhkan batu tue. Korang akan tengok kat mana air tue terpercik.Macam tue juga dalam kes TBH. Sepatutnya bila kepala dia menghentak ke lantai, mesti wujud kesan percikan darah.

Semakin kuat kepala dia menghentam lantai, maka semakin tinggi lah lonjakkan darah yang memercik. So ada ke korang terbaca laporan forensik di tempat kejadian yang menyatakan wujud tompokan darah dan percikan di sekitar kawasan mayat TBH ditemui? Aku mengikuti kes neh hampir 90% isu2 penting terutamanya dalam bab forensik dan hasil bedah siasat. Aku belum pernah baca lagi pasal neh.

Tapi kalau ikut hasil laporan bedah siasatan memang menyatakan dengan jelas bahawa dia mati akibat terjatuh dari tempat tinggi. Kecederaan yang dia alami konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi. Apa ada ke kemungkinan dia nyawa2 ikan sebelum terjatuh tue? Mungkin kah dia sempat berpaut pada beberapa bahagian tingkat bangunan sebelum betul2 tak larat dan akhirnya jatuh secara berperingkat sehingga menyebabkan kematian. Adakah itu sebab nya mayat nya tidak kehilangan banyak darah? <-- pertanyaan [bukan tuduhan @ fitnah]

4. SPRM berdolak dalik.

Sebelum neh SPRM pernah memberitahu bahawa TBH ada meninggalkan nota bunuh diri. So apa kandungan nota tue? Apasal kes neh senyap dan lenyap begitu sahaja? Semasa mendiang TBH mula2 ditemui, sprm juga mengelabah semacam. Statement dorang banyak yang lari. Walaupun berbekalkan laporan forensik dorang juga semacam tidak yakin TBH bunuh diri bila membuat pc bagi mengumumkan punca kematian TBH pada awal kes neh baru berlaku.

Bila dorang sendiri pun macam tak yakin nak berhujah bahawa TBH memang bunuh diri, macam mana orang lain nak rasa yakin pula? Bukan nak letak kesalahan 100% ke atas bahu SPRM. Kita pun faham SPRM jalankan tugas. Cuma mungkin kah memang terjadi sesuatu yang tidak di ingini ketika sesi soalsiasat? Jika tidak kenapa SPRM menghukum 3 pegawai yang menjalankan siasatan ke atas TBH baru2 neh? Hukuman itu seolah2 mewujudkan persepsi bahawa mereka bersalah dan terlibat dalam kematian TBH.

Ataupun nak redakan persepsi masyarakat? SPRM kena ingat teoh beng hock bukan lah satu2 individu yang mati ketika dalam siasatan. Kita ada arwah sarbani yang sedang menanti untuk mendapat keadilan disini. Bagi aku tidak sepatutnya ruang untuk mendapat keadilan ditutup semata2 kerana mereka sudah tiada lagi di dunia.

Dan bagi aku ruang keadilan juga tidak patut dinilai dari segi agama dan bangsa ataupun status seseorang. Banyak kali aku baca penulisan bloggers umno yang menyatakan bahawa sarbani makan rasuah sebab itu dia bunuh diri. <-- Amat tidak baik. Mentang2 arwah dah takde, korang suka2 hukum dia sedangkan tiada bukti bahawa dia bersalah. Apatah lagi dia difitnah dan digambarkan kaya raya padahal itu semua hanya helah media untuk mewujudkan persepsi serong terhadap arwah sarbani.

Sama juga dengan kes TBH. Hanya semata2 dia cina dan bukan islam, bloggers umno meroyan mengatakan lantaklah si cina mampos tue. Apa yang orang pas kesah sangat. <-- jawapan bangang. Keadilan bukan untuk orang islam je beb. Keadilan tak kira bangsa dan agama. Pun tak pandang jantina, status dan harta. Mendiang TBH berhak mendapat keadilan kerana banyak perkara yang diragukan dalam kes kematian dia.

Tapi aku tidak meletakkan andaian bahawa sprm terlibat secara langsung dalam kematian dia. Aku memang percaya dia kena bunuh. Soalnya siapa bunuh dia? Dan kenapa mesti bunuh dia di bangunan SPRM? Adakah kecuaian dari pihak kakitangan SPRM yang "terlebih sudah" dalam menjalankan siasatan sehingga mengakibatkan kematian ataupun ada orang yang mahu imej SPRM dipandang buruk? Hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Apa yang penting kat sini ialah majoriti rakyat malaysia memang tak percaya bahawa mendiang TBH bunuh diri. Sama juga dengan arwah sarbani. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada SPRM sehingga menyebabkan 2 kematian dalam tempoh yang singkat. Renungkan...sumber

Nah!!!! Ini Semuanya Berlakon dan Di Buat-buat Sendiri!!!

Posted: 25 Jul 2011 03:34 PM PDT

Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati...



Semalam di TV3 suku Najimah dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati...

Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya...

Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz....

Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...Sharpshooter juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ketika kes fairus mantan tkm 1 Pulau Pinang....tak ada pula rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno..

Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan...

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati...

Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco...

Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta najimah lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya najimah langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut najimah dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya kepada najimah..

Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa..

Tiada ulasan: