PENYAPU SIAL |
- mak ooii...dasyattttt....taraf bangsat tuh...gajah lebih mulia dari penyokong UMNOPORNO
- BERSIH 2.0 meriah di london...Penunjuk Perasaan Sambut Bapak Anjing 1 Malaysia Di UK
- hey taib bangsat...mungkin lu talak simpan uang dalam itu bank maaa...tapi lu jangan tipu...lu punya uang banyak simpan itu lain bank punya.. baik .kasi mampos sama lu !!!!
- pusat hiburan...UMNOPORNO dan PERKOSA ( PERPONDAN ) diam membisu tak ada KOTE...bila MCA melalak bagai anjing gila...!!!
- tindakan ringan sampai hilang nyawa dan patah kaki...najib pundek cuba tipu dunia....!!!!
- hey anjing siau liow....wa sudah cakap lu lagi langsi lu lagi mati ...lu mau juga kasi bikin panel khas siasat itu kes Hospital Tung Shin ka.....masih mau cuba pow itu doktor kasi lawan gomen ka.....lu tatak takut tipu rakyat ka ... talak takut jadi itu UMNOPORNO punya budak ka....!!!!
- UMNOPORNO kasi KOTOR sama BERSIH....Jom kasi BERSIH dia punya kantung ...kempen saman kerajaan haramjadah bermula...!!
- padan muka najib jantan pundek kena kencing queen elizabeth....muakakakaka...depa sokong BERSIH 2.0 nampaknya...!!!
- Xantho Phobia de amor...muakakaka UMNOPORNO goyang beb dengan demam kuning....tapi hotak kuning dalam kepala depa...depa tak peduli...baghal punya mahaluk lahanat...!!!
- Mengapa kejam pada rakyat sendiri
- KOTOR tak salah BERSIH lagi lah salah ....undang undang PORNO 1 malaysia....punca ahli parlimen Bakri di tangkap sekali lagi
- mau lawan lagi ka...???...lu lawan lu langsi maa...lu lagi lawan lu mati maaa...bedil hospital...para doktor akan beri banyak bukti jika di cabar...!!!
mak ooii...dasyattttt....taraf bangsat tuh...gajah lebih mulia dari penyokong UMNOPORNO Posted: 15 Jul 2011 09:24 AM PDT Penyokong Umno digesa agar membandingkan keadaan hidup mereka dengan keadaan hidup pemimpin mereka yang diibaratkan bagai langit dengan bumi. Kadangkala penyokong Umno terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, sedangkan pemimpin mereka hidup dengan penuh kemewahan sehingga adakalanya kemewahan itu diluar jangkaan akal yang waras. Sebagai contoh, isteri Perdana Menteri ketika ditinggal di Dubai,beliau dilaporkan telah menetap di hotel yang sewaannya mencecah seratus ribu ringgit semalaman. Kini ada laporan pula terhadap Rosmah berkenaan harga cicin yang ada dalam simpanannya, dikatakan berharga RM24juta dan tidak dikenakan cukai.Ini sudah tentu sekiranya benar, satu pengkhianatan terhadap rakyat. Secara berseloroh wa cuba membandingkan nasib gajah di Santuari Gajah di Kenyir adalah lebih baik berbanding nasib penyokong Umno di Terengganu. Gajah di Santuari tu makan RM1000 sehari.Penyokong Umno? Maknanya gajah di Terengganu makan sedap lagi dari penyokong Umno di Terengganu... Justeru itu wa mengajak semua terutama penyokong Umno memikirkan dengan mendalam akan perkara itu yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini dan mengajak mereka berubah demi kebaikan mereka juga. Mengambil contoh solat yang telah diwajibkan , walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah. Begitulah juga apabila hak kita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin.Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan. Inilah perkara utama yang ditekankan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini iaitu meminta kembali hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan dan sekutu-sekutu mereka. |
BERSIH 2.0 meriah di london...Penunjuk Perasaan Sambut Bapak Anjing 1 Malaysia Di UK Posted: 15 Jul 2011 06:30 AM PDT Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain. Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Daripada gambar-gambar diatas, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya. |
Posted: 15 Jul 2011 06:14 AM PDT "Saya Tidak Ada Sebarang Akaun Sulit Di Switzerland" - Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau tidak memiliki sebarang akaun di mana-mana bank di Switzerland dan akan bertindak menggunakan saluran undang-undang untuk membersihkan namanya. Malah kata Taib, beliau telah menulis secara formal kepada Presiden Switzerland,Micheline Calmy-Ray bulan lalu untuk mendapatkan pengesahan apakah benar presiden itu mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas akaunnya itu sebagaimana yang didakwa oleh Dana Bruno Manser. Dan jika benar terdapat dakwaan sepertimana yang dibuat ke atasnya, Taib turut meminta Kerajaan Switzerland agar mengirim kepadanya satu salinan agar beliau dapat bertindak mengikut saluran undang-undang. Dana Bruno Manser mendakwa Kerajaan Switzerland telah mengarahkan agensi yang berkaitan supaya menyiasat apa yang didakwa kononnya aset Taib yang disimpan di bank-bank di negara berkenaan. Taib menegaskan bahawa beliau tidak memiliki apa jua akaun sulit atau aset yang tersimpan di Switzerland sebagaimana yang didakwa oleh Bruno Manser. ”Malah saya telah membuat perakuan bahawa saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Switzerland untuk menegakkan kebenaran dan membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas saya adalah satu fitnah semata-mata,” katanya pada Dewan Undangan Negeri pagi Rabu bagi menjelaskan isu di sebalik dakwaan tersebut. Tegasnya, segala-galanya bermotivasikan politik. Malah kata Taib, Dana Bruno Manser mempunyai rekod yang panjang dalam membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan berbaur fitnah ke atas kerajaan negeri pimpinannya. ”Jadi apa yang mereka buat dalam dakwaan terbaru ini mengenai aset saya di Switzerland adalah kesinambungan kepada dakwaan palsu dan fitnah untuk mencemarkan nama baik negeri ini, kerajaan negeri dan juga kepimpinan negeri ini," kata Taib. |
Posted: 15 Jul 2011 05:54 AM PDT Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Umno dan Perkasa agar menyatakan pendirian mereka mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah yang memutuskan untuk mengharamkan sepenuhnya operasi pusat hiburan ketika Ramadan — yang mendapat tentangan hebat rakan komponen Barisan Nasional (BN), MCA. Menurut Exco Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar, tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu adalah satu perkara wajar dan mengikut lunas Islam. "Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti kafe siber, boling dan pusat snuker dibenarkan termasuk persembahan budaya agama masyarakat bukan Islam. "Dalam hal ini mengapa MCA harus melenting dengan larangan ini?" kata beliau dalam satu kenyataan. Katanya, larangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan hak asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi," katanya lagi. Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN. Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Azizan berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam. Selain MCA, rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP berkata penguatkuasaan enakmen itu harus dibatalkan sepenuhnya. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya. Mohd Firdaus menegaskan, MCA sepatutnya melihat implikasi baik ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan bukan bertindak secara melulu. "Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambah gejala sosial seperti zina, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini? "Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. kami menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya. Justeru kata Ahli Parlimen Jerai ini, pihaknya kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang tidak mengeluarkan sebarang respons terhadap serangan dilakukan MCA. "Dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Perkasa dan Umno sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN sendiri. "Ini adalah akibat apabila Umno yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih 'terkapai-kapai' dalam hendak memahami Islam. "Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya di bibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama," katanya. Oleh itu kata Mohd Firdaus, beliau menggesa Umno agar menasihati MCA untuk mengormati agama Islam. "Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit Umno tidak berani menegur rakan komponennya. "Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara," katanya. |
tindakan ringan sampai hilang nyawa dan patah kaki...najib pundek cuba tipu dunia....!!!! Posted: 15 Jul 2011 05:45 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya. Najib (gambar) juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk "mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik." Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari. Ia temu bual pertama Najib dengan media asing sejak perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Sebelum ini, Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan tindakan polis. Pihak penganjur mendakwa telah mengumpulkan kir-kira 50,000 peserta meskipun berhadapan dengan halangan polis di hampir seluruh negara. Polis menafikan angka itu dengan berkata hanya 6,000 orang berhimpun. penyapu sial Ringan apanya jantan sial.... sehingga nyawa Baharuddin melayang tanpa perikemanusian, ramai yang dipukul sewenang wenangnya, apakata kita rakyat cuba pada kamu dan polis. Cakap depan penyokong sendiri boleh la,cuba cakap ditengah rakyat la. PEMBOHONG BESAR. Bukan rakyat tak nampak bagaimana polis bertindak GANAS ke atas masyarakat. satu kl dia arah kunci,rampas baju kuning,ugut rakyat,masa demo kena sepak terajang dan di tangkap..itu tindakan ringan?..lahabau punya pm..ingat ini zaman bangsawan bugis ke? PRU13, Jatuhkan Barisan Nasional. |
Posted: 15 Jul 2011 05:32 AM PDT Menteri Kesihatan tubuh panel khas siasat kes Hospital Tung Shin lancau punya anjing UMNOPORNO....!!! Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) dalam satu kenyataan malam ini. Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu. "Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital," kata Liow. "Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya," kata beliau. Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting. "Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian," kata Liow lagi. Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu. Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau. Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0. Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. "Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu)," kata mereka. Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian. Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. "Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka dalam kenyataan itu. TMI penyapu sial elooo...ini anjing masih mau kasi muka maaa...kasi mampos lagi baik maa...lu sudah kalah mau lawan lagi...lu tubuh panel...lu lagi langsi lu lagi mati maaa...lu kasi buang itu rakyat punya uang maaa...hey anjing bodoh...itu uang bukan kasi lu makan maa...itu lu punya tuan anjing maaa kasi rembat .... hey siau liow....lu bodoh punya menteli...lu tatak tau ...itu UMNOPORNO mau kasi pancung sama lu...lu memang bodoh ... RESIGN SEKARANG, PENIPU!!!! Berapa bankyak wang nak disorok bila panel ditubuhkan? Bearapa banyak duit RAKYAT akan digunakan untuk panel tipu ini? |
Posted: 15 Jul 2011 05:09 AM PDT Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah." Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan. Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu. Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula. Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil. Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan. Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor. Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya. "Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula. Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama. "Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami," katanya. Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain. Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara. Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu. Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. |
Posted: 15 Jul 2011 04:04 AM PDT
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London nampaknya terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames. Perhatikan siapa yang turut sama dalam kereta Najib Altantuya dan keluar! Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu. Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib Altantuya meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA. Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib Altantuya melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat! Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib Altantuya ke arah mereka. Ada yang menanti Najib Altantuya menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan. |
Posted: 15 Jul 2011 03:59 AM PDT
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang di sifatkan sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning.Ketakutan ini cukup mempamerkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat yang dialami oleh Najib sejak perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas. (Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN) Ini mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini. Yang menimbulkan masalah kepada mereka adalah apabila mereka menetapkan baju T warna kuning untuk penyokong dan baju T warna ungu untuk pesakit kanser untuk yang menyertai larian ini. Menurut Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan, pemilihan warna ini dibuat di peringkat antarabangsa dan ini adalah tahun ke tujuh sambutan sebegini dibuat untuk membantu pesakit kanser. Ekoran larian yang akan dibuat di Stadium UKM selama 16 jam Sabtu ini, pihak penganjur telah menerima pelbagai tekanan ekoran pemilihan warna kuning itu agar menukar warnanya. Namun, NCSM bertegas mereka akan terus menggunakan warna yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa itu. Sabtu lepas, lebih 100,000 penyokong Bersih 2.0 berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupun Kuala Lumpur sudah dikepong oleh pelbagai jenis sekatan polis. Lebih 1600 orang ditangkap dengan pelbagai dakwaan termasuk kerana memakai baju kuning sahaja. Adun Pakatan di Perak ditangkap kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersihkan kawasan kita" pada bajunya menjelang perhimpunan 9 Julai lepas. Dulu mereka marahkan warna hijau pada logo Petronas sehingga terpaksa menukar logonya pada seluruh operasi Petronas termasuk pada stesen pam dan kereta lumba yang ditajanya. Lepas itu, akibat menjatuhkan kerajaan Perak, mereka marah kepada warna hitam kerana ramai pakai baju hitam kerana berkabung.Baru-baru ini, mereka takut kepada warna jingga apabila Pakatan mengeluarkan buku jingga.Kini Xantho Phobia atau penyakit takutkan warna kuning yang telah menyebabkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib dan ia satu disorder dalam bahasa perubatannya.. Kita rasa terkejutnya kerana selama ini Najib sentiasa menyatakan kerajaan BN yang ada sekarang stabil dan berwibawa tetapi apabila lihat baju kuning sahaja takut dan diambhil tindakan yang bukan-bukan hatta selepas perhimpunan 9 Julai. Semalam, tiga hari selepas perhimpunan Bersih 2.0, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis kerana memakai baju kuning bercetak "Bersih 2.0". Kedua-duanya adalah Yang Dipertua PAS Johor Bharu Rosli Kemim dan Naib Yang DiPertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari ketika mereka sedang mengadakan sidang media bersama pemimpin PAS negeri itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa pada perhimpunan Bersih, 9 Julai lalu. Dalam pada itu kita menyambut baik kenyataan dua pemimpin Umno yang mempertikaikan cara pemimpin mereka mengendalikan perhimpunan dan tuntutan Bersih 2.0.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah berkata, pemimpin BN sepatutnya tidak mengambil tindakan bertembung sedemikian tetapi kena 'engage' atau berbincang dan berdialog dengan pemimpin Bersih 2.0. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar pula mencadangkan agar Putrajaya memohon maaf kepada Hospital Tung Shin ekoran tindakan polis menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hopital 9 Julai lepas.Sekumpulan doktor termasuk doktor pakar pula sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan bagi mengesahkan polis memang bertindak demikian pada hari perhimpunan Bersih itu. Seorang peserta pehimpunan, Baharudin Ahmad, 58, seorang bekas tentera meninggal dunia yang pada awalnya disyaki kerana sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada hari perhimpunan itu.
|
Mengapa kejam pada rakyat sendiri Posted: 14 Jul 2011 11:23 PM PDT Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia. Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa. YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya. Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan. Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand |
Posted: 14 Jul 2011 11:09 PM PDT Ekoran memakai baju Bersih, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam tadi. Beliau ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Ketika kejadian, difahamkan Er dan kumpulanya baru sahaja keluar dari Pusat Khidmat DAP Muar menuju ke program itu di mana tiga buah trak FRU sudah pun menunggu di kawasan itu. Ketika itu, polis membenarkan mereka berjalan ke program itu secara berbaris seorang demi seorang. Beliau yang memakai t-shirt Bersih bagaimanapun diarah menanggalkannya oleh seorang pegawai polis. Er bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mengenakan t-shirt merah bertulis "Ubah" yang diberi oleh seorang ahli DAP, sekaligus menutupi t-shirt Bersih di dalamnya. Seorang anggota polis lain bagaimanapun tetap tidak membenarkan Er berbuat demikian. Dia meminta Er agar menanggalkan baju Bersih tersebut, bagaimanapun ahli parlimen itu enggan dan berlaku sedikit kekecohan. Akibat dari itu, Er kemudiannya ditahan. Menurut peguamnya, Er bagaimanapun dibebaskan lewat malam tadi selepas pihak polis mengambil keterangan darinya.
harakahdaily |
Posted: 14 Jul 2011 02:59 PM PDT Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini. "Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan. "Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam. Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia". Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya. "Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus." Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu. Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan. Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai. Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Tahniah 11 doktor berani akui hospital ‘diserang’ KUALA LUMPUR, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian dan kesanggupan kumpulan 11 orang doktor dari Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu untuk tampil menyanggah tuduhan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan hospital tersebut tidak ‘diserang’ oleh pihak polis semasa himpunan Bersih 9 Julai yang lalu. Malahan, kata ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, kumpulan doktor tersebut yang terdiri daripada Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong sanggup mengemukakan afidavit bersumpah jika perlu untuk pertahankan kebenaran. DPPNS, katanya cukup berbangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh para doktor tersebut semata-mata kerana ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan nilai-nilai "integriti moral, maruah, dan ketelusan". “Sudah pasti pendedahan ini memberikan tamparan hebat kepada pembohongan Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang menceritakan perkara sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, ujarnya mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan dan pihak PDRM sebelum ini yang telah membuat ‘pembohongan’dan penafian kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap isu serangan ke atas hospital terbabit sedangkan terdapat pembuktian daripada saksi-saksi yang ditangkap semasa himpunan tersebut, pelbagai rakaman video, pengamatan dan pemantauan daripada Majlis Peguam dan lain-lain pihak menceritakan kisah yang sebaliknya. “Bagaimanakah rakaman kejadian serangan ke atas hospital tersebut telah tersebar luas di laman-laman web dan menjadi tontonan masyarakat sedunia sedangkan pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengatakan pihak polis juga ada merakamkan kejadian pada hari tersebut tetapi tiada serangan yang dimaksudkan berlaku?” soalnya. Ini, katanya merupakan satu bala apabila pemimpin semakin berleluasa melakukan pembohongan dan penipuan semata-mata kerana ingin mempertahankan tampuk kekuasaaan. Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan keberanian kumpulan 11 orang doktor itu untuk mendedahkan kebenaran sebenar kejadian yang berlaku semasa himpunan Bersih tempoh hari tidak akan disusuli dengan tekanan dan ancaman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap mereka. “DPPNS mengharapkan semoga dengan pendedahan ini akan dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa kronik dan rosaknya akhlak pemimpin Umno BN yang sanggup mempergunakan institusi awam dan media massa untuk kepentingan mereka selain berterusan berbohong dan menipu untuk mempastikan rakyat terus diperbodohkan dan dapat dipergunakan di dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti,” katanya. Justeru, tambahnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menuntut supaya Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kesihatan dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan secara bermaruah di atas pertanggungjawaban insiden serangan ke atas Hospital Tung Shin dan Pusat Bersalin Cina semasa Himpunan Bersih 2.0 oleh pihak PDRM pada 9 Julai lalu.-HD |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan