Briged Al-Akhdor LR2 |
- Cincin Rosmah:Rosmah di New York Ketika Itu..
- A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan,selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.
- Koleksi gambar lelaki yang telah menjadi wanita
- Perdana Menteri Britain, David Cameron batalkan jamuan tengahari bersama Najib
Cincin Rosmah:Rosmah di New York Ketika Itu.. Posted: 15 Jul 2011 08:02 AM PDT Rosmah ada kat Amerika semasa hari beli cincin 24juta tuu...!!Bukti Rosmah Ke New York Pada Tarikh Urusniaga(Shopping) Berlaku !!Tarikh dan masa register, approved dan released Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :
Kehadiran Imelda Rosmah ke New York pada minggu tersebut menguatkan lagi hujah bahawa ada alibi yang menunjukkan Rosmah singgah membeli belah di New York, di mana terletaknya salah satu cawangan Jacob & co. Lihat pula printscreen di bawah; Alamt Jacob & Co di New York Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira. Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011. Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu. EDYES @ edyesdotcom |
Posted: 15 Jul 2011 02:00 AM PDT Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang. "Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang Samad Said: Najib 'memang kejamlah' Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi. Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam". "Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. "Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya. Kepimpinan 'bangsawan' Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang. "Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang. NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum". Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu. Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah". "Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat). "Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi. Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya. "Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya. Sumber |
Koleksi gambar lelaki yang telah menjadi wanita Posted: 14 Jul 2011 11:30 PM PDT Dibawah ini adalah koleksi gambar sebenar lelaki yang telah menjadi wanita.Kita boleh lihat gambar mereka sebelum dan selepas menjadi wanita.Ada yang kelihatan cantik dan ada juga yang rupa sama seperti mereka lelaki. Tujuan artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi bertujuan sebagai nasihat supaya janganlah kita mengubah Ciptaan Allah S.W.T N'N:Mengubah ciptaan Allah S.W.T adalah perbuatan yang Haram, dan perbuatan menukar jantina adalah sangat dilaknat Allah S.W.T. Aku terpaksa sensor gambar yang terlampau seksi tu, sebab walaupun mereka lelaki tapi bila dah tukar jantina...nampak macam perempuan tulen, kalau aku tak sensor takut pulak ada yang teransang Nauzubillahiminzalik.............. Sumber |
Perdana Menteri Britain, David Cameron batalkan jamuan tengahari bersama Najib Posted: 14 Jul 2011 06:46 PM PDT Perdana Menteri Britain, David Cameron batalkan jamuan tengahari bersama NajibKerajaanRakyat : Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Najib Altantuya, lapor seorang wartawan dari Filipina di London!! Adalah dipercayai Cameron sendiri yang membatalkan jamuan tersebut susulan daripada tindakan ganas polis yang menyuraikan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut... Dalam kejadian berasingan, Najib dan Rosmah dimalukan oleh Kerajaan Britain dengan tidak menyediakan Karpet Merah (RED CARPET) semasa turun dari Airport sebagai tanda Kerajaan Britain tidak menerima tindakan Najib terhadap BERSIH 2.0 Semalam Amnesty International meminta kerajaan Britain untuk tidak memberi carpet merah kepada Najib kerana membuat kezaliman pada rakyat sendiri semasa Bersih 2.0. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan