Selasa, 26 Julai 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kes Liwat: Lima Saksi Utama Termasuk Najib Dan Rosmah Bakal Di Panggil Sebagai Saksi 8 Ogos Ini

Posted: 26 Jul 2011 02:50 AM PDT

SHAH ALAM 26 Julai - Lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diingatkan agar tidak terus mengelak untuk memberi keterangan sekaligus terhindar dari dikenakan sapina oleh mahkamah dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 8 Ogos depan. Peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair berkata, mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan. "Kami boleh memohon sapina dari mahkamah. Sapina ini adalah satu order (kuasa) kepada mahkamah untuk mereka menghadapkan diri di mahkamah. "Permohonan ini adalah untuk memohon supaya pihak pendakwa membekalkan atau mengesahkan kehadiran Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, dua pegawai polis dan Hasanuddin supaya dibawa ke mahkamah untuk di temuramah oleh kami," tegasnya. Hari ini, Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

[Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain. Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof. Sebelum ini, Sankara Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka]. sumber

Dato' Tuan Ibrahim, UMNO BN Diingatkan Supaya Tidak Terus "Perbodohkan Rakyat" Dengan Media Tradisional Yang Di Kuasai Pihak Mereka Hari Ini

Posted: 26 Jul 2011 12:03 AM PDT

UMNO Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak lagi memperbodohkan rakyat hari ini dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto). Malah katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir serta mendapatkan maklumat biarpun ia cuba disembunyikan pentadbiran UMNO BN. "Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya. Justeru itu, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman kebangkitan rakyat dan menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini. Katanya, ia termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu oleh Felda selama bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain. Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus. Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang. "Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu. "Kini, bila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak dan cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta himpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," kata Dato' Tuan lagi.

[Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Dengan semangat slogan 'Malaysia Boleh' kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media. "Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana! "Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara tetapi jangan pula kerajaan salah anggap sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin ego, sombong, tamak, rakus dan zalim," tambah Dato' Tuan Ibrahim lagi]. sumber

Majlis Peguam Mempertikaikan Tindakan Jabatan Imigresen Menghantar 'Peguam Perancis' Pulang !

Posted: 25 Jul 2011 05:38 PM PDT

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Imigrasen menangkap dan menghantar pulang peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon baru-baru ini. Presidennya, Lim Chee Wee (foto) dalam satu kenyataan medianya berkata, alasan jabatan itu kononnya peguam itu melanggar peraturan lawatannya ke Malaysia tidak boleh diterima dan tidak mencukupi. Beliau mengulas tindakan pegawai Jabatan Imigrasen yang menaiki pesawat yang membawa Bourdon dari Pulau Pinang di KLIA Jumaat lepas dan mengiringinya ke pajabat jabatan itu. Ketika itu, Bourdon bersama pengiringnya iaitu seorang pegawai Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cythia Gibrel, dan isterinya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas memberikan ucapannya dalam satu majlis di sana. Bourdon dijadualkan memberikan ucapan di majlis kutipan dana untuk membiayai tindakan Suaram yang membuka satu kes penyiasatan ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Bourdon dijadualkan memberikan ucapan di majlis kutipan dana untuk membiayai tindakan Suaram yang membuka satu kes penyiasatan ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

[
Bourdon adalah salah seorang peguam yang mewakili Suaram. Beliau dijadual berucap di Dewan Sivik MPPJ dan Ipoh keesokan harinya. Tindakan kerajaan ini, kata Lim Chee Wee, menyebabkan rakyat membuat kesimpulan bahawa ia dilakukan ekoran ucapannya di Pulau Pinang sebelum itu, berkaitan dengan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari syarikat Perancis. "Majlis Peguam Malaysia menuntut kerajaan Malaysia memberikan alasan yang munasabah secara terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam Perancis itu untuk menghilangkan keraguan terhadap kes penangkapan dan penghantaran pulang ini. "Kejadian ini memberikan satu lagi kesan negatif kepada nama Malaysia dalam hak asasi manusia yang melibatkan rakyat asing," kata Peguam Lim Chee Wee lagi].

Kontrovesi: Kenapa Perlu Ada "Double Standard" Terima Keputusan Suruhanjaya DiRaja Terhadap Kes Mata Lebam Anwar Dan Kes Teoh Beng Hock !

Posted: 25 Jul 2011 05:08 PM PDT

Keputusan inkues kematinn Teoh Beng Hock yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini telah menjadi kontroversi apabila ramai pihak yang mempertikaikannya. Malah, keluarga mendiang Teoh sendiri tidak menerima keputusan tersebut. Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri. Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengumumkan perkara itu yang dikatakan adalah kata sepakat oleh ahli-ahli inkues tersebut. Suruhanjaya tersebut juga mendapati tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati bersalah kerana melanggar beberapa aturan atau prosedur penyiasatan ke atas saksi itu. Laporan tersebut juga menyarankan pihak polis supaya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ketiga-ketiga mereka. Nazri memberitahu bahawa pihak polis sudah pun dimaklumkan dan akan membuka kertas siasatan dan akan merujuk ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan yang selanjutnya.

[Soalnya sekarang, wajarkah keputusan inkues itu dipertikaikan oleh pihak yang berkenaan sedangkan Suruhanjaya DiRaja itu sendiri ditubuhkan atas perkenan Yang DiPertuan Agong sebenarnya. Maknanya, mempertikaikan keputusan yang telah dibuat itu samalah seperti menderhaka kepada Agong. Apakah kita sedar apa yang berlaku ini?. Maka, oleh itu eloklah segala pertikaian itu dikaji terlebih dahulu sebelum mendabik dada kononnya mahu mencari kebenaran. Sedangkan dalam masa yang sama segala kebenaran yang dibongkarkan itu kita anggap "omongan kosong" semata-mata. Apakah kita sedar bahawa Suruhanjaya DiRaja telah menjalankan bidang kuasa yang diberikan kepada mereka. Kenapa dalam kes siasatan terhadap "mata lebam" Anwar, kita tidak pula mempertikaikan keputusan terbabit. Sedangkan Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat itu juga adalah ditubuhkan oleh kerajaan. Jika mencari alasan maka beribu persoalan boleh kita kemukakan. Namun, kita juga harus berpegang kepada takdir dan berpijak di bumi yang nyata dalam isu ini].

Tiada ulasan: