Pahang Daily Online |
- Presiden PAS Menyangkal "Khabar Angin" Yang Mengatakan Dr.Lo'Lo Ghazali Meninggal Dunia !!
- Kontroversi: Siapa Punya Angkara, Paparan Mesej Twitter Anwar 'Di Pertikai' Gara-Gara Mengatakan Dr.Lo Lo Telah Meninggal Dunia Awal Petang Tadi
- Chegubard: Skandal "Tanpa Cukai" Cincin Berlian RM70 Juta, Adanya Cubaan Bagi Rekayasa Bukti !!
- Perdana Menteri Malaysia Ajak Semua Selesaikan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Kerajaan Melalui Pilihan Raya Dan Bukan Ikut Demotrasi Jalanan !
Presiden PAS Menyangkal "Khabar Angin" Yang Mengatakan Dr.Lo'Lo Ghazali Meninggal Dunia !! Posted: 17 Jul 2011 03:38 AM PDT PETALING JAYA, 17 Julai - PAS menyangkal khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali meninggal dunia hari ini. Khabar angin mengenai berita yang tersebar sejak tengah hari tadi menerusi laman Twitter disangkal Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media berhubung isu penutupan pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan di sini. "Berita beliau meninggal dunia hanyalah khabar angin...ia tidak benar,"kata Abdul Hadi Ketika dihubungi, panggilan ke telefon bimbit beliau tidak dijawab. Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) menafikan berita itu diterima dari ahli keluarga beliau. Mesej itu menyebut: Berita yang mengatakan bahawa Dr Lo'Lo' telah meninggal dunia adalah tidak benar. Doakan semoga beliau terus diberikan kekuatan dan rahmat Allah swt. Pemimpin wanita PAS itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal kerana menghidap barah paru-paru. Beliau kini menerima rawatan di Hospital Selayang. [Apa yang terjadi hari ini sungguh mengelirukan kerana khabar angin berkenaan bukan sahaja disebarkan oleh rakyat biasa, malahan melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya. Apakah mereka tidak berhubung antara satu sama lain bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang seseorang. Kenapa harus menyebarkan berita yang mereka sendiri tidak sahih dan yakin dengannya. Kini, semakin ramai yang keliru dan panik dengan apa yang terjadi. Semoga perkara ini tidak menjadi fitnah buat mereka yang terbabit. Sepatutnya dalam keadaan kritikal seperti ini, Pakatan Rakyat harus ada satu sumver maklumat yang tepat antara satu sama lain. Jika tidak, inilah yang berlaku apabila khabar angin disebarkan]. |
Posted: 17 Jul 2011 02:35 AM PDT Berita paling panas dan menggemparkan diterima hari ini ialah mengenai perkabaran Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS, Dr.Lo Lo Ghazali (foto) dikatakan meningga dunia awal petang tadi. Kami turut mendapat panggilan yang bertalu-talu daripada orang ramai yang mahu mengesahkan berita ini. Malah, terdapat banyak SMS dan mesej twitter yang menyebut Dr.Lo Lo telah pun meninggal dunia. Paling mengejutkan ada juga twitter daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengesahkan Dr.Lo Lo telah meninggal. Kecoh dibuatnya bila laporan dan maklumat tersebut dikeluarkan bertalu-talu oleh orang ramai dan termasuk juga pemimpin pembangkang sendiri. Anwar dalam twitter mesejnya menyebut "Al-Fatihah kehilangan sahabat, pejuang. Al-Fatihah buat Ali Parlimen Titiwangsa Dr.Lo Lo yang ..". Namun, selepas disiasat ternyata maklumat terkini yang diterima Dr.Lo Lo tidak meninggal dunia sebenarnya. Semua maklumat termasuk yang disebarkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri adalah palsu belaka. Sebelum ini terlihat twitter Chegubard salah seorang pemimpin PKR yang menyatakan Dr. Lo Lo sudah meninggal dunia, namun begitu beliau kemudiannya telah memohon maaf kerana tersalah menerima maklumat. Malah difahamkan anggota keluarganya kini berkumpul menemani beliau. Khabarnya beliau masih dirawat dan berada dalam keadaan kritikal. Mesej yang disiarkan dalam laman Facebook Dr.Lo Lo juga menyatakan "beliau masih dalam rawatan di Hospital. Berita yang mengatakan bahawa Dr.Lo Lo' telah meninggal dunia adalah tidak benar. Doakan kesihatan beliau". Ini bermakna beliau sebenarnya masih hidup dan tidak seperti yang dilaporkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. [Dr. Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, kini beliau banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa yang dimenanginya dalam pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Kami mendoakan semoga beliau sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa. Kepada pihak yang sengaja menyebarkan SMS dan mesej yang mengatakan beliau meninggal dunia mereka haruslah memohon maaf kepada keluarga Dr.Lo Lo. Apa yang menghairankan kita ialah kenapa pemimpin seperti Anwar Ibrahim juga tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu ini. Sedangkan dia adalah Ketua Pembangkang di parlimen?. Soalnya, siapa yang memaparkan mesej pada twitter beliau itu agaknya?. Bukankah ini menimbulkan kontroversi kerana gara-gara mesej Twitter ia akan menimbulkan berbagai spekulasi. Sebelum ini mesej Twitter Anwar juga menimbulkan kontroversi apabila keluarnya isu video seks. Bukankah ini akan tmbulkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap pemimpin terbabit]. |
Chegubard: Skandal "Tanpa Cukai" Cincin Berlian RM70 Juta, Adanya Cubaan Bagi Rekayasa Bukti !! Posted: 17 Jul 2011 12:41 AM PDT SHAH ALAM 17 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor. Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (foto), SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan. SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer. "(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu," kata Chegubard. Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu. "SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja," katanya. Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan 2011 yang lalu. [Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York. Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia. Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76. Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah di Dubai hanya untuk semalaman]. sumber |
Posted: 16 Jul 2011 11:12 AM PDT LONDON 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin akibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. "Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang buat keputusan. "Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata PM ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom semalam. Majlis itu menjadi penutup tirai lawatan rasmi beliau selama empat hari ke sana atas undangan PM Britain David Cameron. Kata Najib "Kita tidak perlukan demonstrasi. Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita. "Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia. "Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayang apa yang terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan buahkan keganasan," tambahnya. [Kenyataan PM ini mungkin tidak bersesuai dengan kehendak rakyat sebenarnya. Memang benar cara untuk menukar kerajaan adalah menerusi pilihanraya, tetapi apalah gunanya jika pilihanraya itu sendiri adalah tidak bersih dan penuh dengan penipuan belaka. Inilah yang terjadi sejak sekian lama sebenarnya. Malah, Najib sendiri dimenangkan menerusi satu kemusykilan ketika PRU-10 dulu. Selepas itu dimasukkan kem tentera dalam daerah Kuantan ke dalam parlimen Pekan hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kini , khabarnya kawasan Pekan dipenuhi dengan warga asing dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Mereka dikatakan diberi hak seperti rakyat tempatan dengan syarat mengundi BN. Bukankah ini satu bentuk penipuan dan penyelewengan yang nyata. Maka itu, apakah rakyat boleh percaya pilihanraya itu bersih jika ini keadaannya. Rakyat hanya boleh terima cadangan Najib itu jika pilihanraya itu dibersihkan terlebih dahulu. Tapi, apakah PM Najib berani melakukannya?. Jika tidak, pasti tragedi di Perak pasti akan berlaku lagi]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan