Ahad, 17 Julai 2011

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Bersih 2.0 : Generation 709!!

Posted: 17 Jul 2011 04:52 AM PDT



"Here Uncle, take more salt," Nash,my minder urged me as we encountered the 6 blast in quick succession.
"No, I am OK, it is not the tear gas Nash. I am crying," I replied.
"Why Uncle, if you are afraid of an arrest, I will take you back," Nash queried.
"No, I cry because I am so happy to see so many brave YOUNG Malaysians come out today," I assured Nash.
Straight out of Amarjit's mouth, on 14 July at Devi's corner when I returned him his donation he gave to bail out RPK's son who is now acquitted: "Zorro, I cried on 13 May 1969 when I was in the Special Branch and saw the savagery of the riots. On Saturday (9July) I cried when I saw the support of Malaysians, especially the youth, stand for their rights."

16 year old schoolgirl told her CEO father on Friday night: I want to go join Bersih at the stadium. "No, you are still in school. No way! Don't go out tomorrow." 

Saturday morning, father leaves for golf and our 16 year old went out to meet her friends. When papa came back at 4:00pm he asked mama where their girl was. 

"She left without my knowing." Mama volunteered. Papa waited for the return of his prodigal child. At 5:00 something she walks into the house still chatting on her mobile, and Papa was ready to raise hell.
 
"Why did you disobey me?" he barked.
"For my future, Daddy," was her spontaneous reply.

Which caring and honest father would raise hell if confronted with such an honest statement of fact?
Baca Selanjutnya.....

Bersih 2.0 : Negara kita ini ketandusan bakat ke?

Posted: 17 Jul 2011 02:21 AM PDT



Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Bersih dalam Bahasa Inggeris. Inginlah saya membuat suatu artikel dalam Bahasa Melayu pula supaya mudah mudahan isi sebenar nya dapat di fahami.

Semua orang mahukan PRU yang bersih. PM Najib pun besyarah berapi rapi sehingga merah padam dan bersembur air liur, dia tidak mahu menang dengan cara tipu dan muslihat. Kita mengalu ngalukan keberanian PM kita. Tabik! 

Sebab itu, 8 tuntutan yang di pelopori oleh Bersih, kita sokong. Kita bukan sokong siapa disebalik gerakan Bersih tersebut. Perkara yang di majukan itu kita sokong. Penglibatan parti pembangkang dalam gerakan Bersih jangan di jadikan alasan tuntutan tersebut tidak boleh di terima. Come on lah- takkan ini jawapan dari pengerusi SPR. Standard lah sikit Tan Sri. 

Tuntutan Bersih tidak perlu di takuti. Hanya orang yang mampu menang dengan cara kotor sahaja yang takutkan PRU yang bersih. 
Baca Selanjutnya.....

Bersih 2.0 : Adakah salah atau tidak?

Posted: 17 Jul 2011 01:32 AM PDT

Boleh buka pusat hiburan, tapi hanya untuk pelanggan bukan Islam ..

Posted: 16 Jul 2011 11:09 PM PDT


ALOR SETAR, 17 Julai 2011 – Demi menjaga kepentingan bersama dan untuk membolehkan penyelesaian 'menang-menang' dicapai mengenai isu larangan pusat hiburan  beroperasi di bulan Ramadhan baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka sepanjang Ramadhan tetapi bersyarat.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, operasi pusat hiburan dapat diteruskan seperti biasa jika beberapa syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi antaranya tidak membenarkan orang Islam memasuki premis berkenaan dan ianya juga adalah demi menjaga kepentingan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis penyerahan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan oleh Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah kepada beliau di Seri Mentalon.

"Bagi mendapatkan persetujuan bersama dalam soal penetapan syarat, kita telah mengarahkan pentadbiran kerajaan negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berjumpa dengan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

"Selain itu, mengenai penetapan syarat, kita lihat bagaimana perbincangan di antara SUK dengan pengusaha dan mungkin beberapa syarat berat diletakkan seperti menarik balik lesen operasi sekiranya pengusaha membenarkan orang Islam memasuki pusat hiburan mereka," terangnya.

Katanya lagi, walaubagaimanapun terpulang kepada kerajaan negeri untuk menentukan syarat-syarat yang sesuai memandangkan ianya dibuat untuk menyelesaikan masalah dan bukan untuk menambah masalah.

Demi menjaga kesucian bulan Ramadhan, umat Islam sememangnya tidak dibenarkan memasuki pusat hiburan yang mempunyai arak.

Turut hadir, Penasihat Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah, Tan Sri Wiliam Chek Lin Kwai, Timbalan Pengerusi, Dato' Tan Son Lee dan Bendahari DPC Kedah, Oon Pheng  Khoon.

"Untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai maka kerajaan negeri turut mengarahkan SUK dan pentadbiran kerajaan negeri untuk menyenaraikan jenis pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

"Selain itu, sebelum ini ramai orang kata cyber kafe, bowling dan pusat snuker tidak dibenarkan sedangkan ianya lebih kepada sekadar pusat rekreasi berbanding pusat hiburan," katanya.

Tambah Dato' Azizan, penguatkuasaan Enakmen 1997  juga memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk membanteras kewujudan pusat hiburan haram dan tidak berlesen yang banyak beroperasi terutamanya di luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi DPC Dato' Cheng Lai Hock menafikan bahawa ada pengusaha yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dan menganggap keyataan itu hanya dikemukakan pemimpin parti politik tertentu.

"Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana melonggarkan syarat penguatkuasaan Enakmen 1997 dan bersedia menerima mempertimbangkan rayuan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.

"Dalam memastikan perniagaan mereka beroperasi di bulan Ramadhan, pengusaha-pengusaha pusat hiburan sudah menyatakan kesediaan untuk memenuhi apa jua ketetapan kerajaan negeri termasuk melarang umat Islam memasuki premis mereka," ujarnya.

Beliau berkata lagi, DPC juga menyerahkan satu memorandum rayuan kepada Dato' Seri Azizan untuk mempertimbangkan nasib pengusaha dan kira-kira 6 ribu pekerja pusat hiburan dan kami amat bebesar hati kerana ianya dapat diselesaikan secara menang-menang.

“Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat”.

Posted: 16 Jul 2011 09:15 PM PDT

 
 
Soalan:
Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan apakah hukum bagi orang bukan Islam menggunakan hadis dalam hujahnya?..cthnya apa yang berlaku pada sidang ADUN semalam..adakah ianya salah??apa pandangan ustaz.?
Jawapannya

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :
  1. Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : "Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan."
  2. Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : "Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa."
  3. Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : "Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."
  4. Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : "Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub."

Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi "Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".

Bersih 2.0 : PEMIMPIN IBARAT IMAM DALAM SEMBAHYANG

Posted: 16 Jul 2011 08:50 PM PDT

 
Oleh : rahimothman.
 
Kita wajib mentaati Raja, selagi baginda seorang yang adil dan tidak menzalimi rakyat. Kita wajib mentaati Perdana Menteri selagi beliau seorang yang baik, berakhlak, tidak munafik, tidak kufur atau melakukan kemungkaran !.

Tak ada bezanya seorang perdana menteri dengan seorang imam dalam sembahyang! Dalam sembahyang imam adalah seorang pemimpin, dan makmum pula adalah sebagai rakyat. Selagi imam menjadi imam dengan betul, mematuhi syarat dan hukum, maka seluruh makmum wajib mentaatinya
 
Sebaliknya kalau imam telah membuat kesilapan atau kesalahan,  makmum wajib menegurnya!  malah kalau imam menyedari "wuduk" nya terbatal, beliau wajib berundur dari menjadi imam,  lalu diganti oleh orang yang berada di belakangnya. Begitulah cara yang telah diajar oleh Islam !  Islam itu benar,  Islam itu mudah, cukup mudah. Selagi kita berpegang dengan Islam semestinya patuhi dan taatilah hukum Islam,.. ini termasuklah dalam soal memilih pemimpin!, cara menjadi pemimpin yang sebenar ! dan sikap seorang pemimpin/ imam yang bertanggung jawab!

Menurut akal yang waras rasanya tak salah, kalau rakyat nak berhimpun dimana-mana, demi menuntut hak dan keadilan!. Hak untuk untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan. Hak untuk bersuara dan menegakkan demokrasi sebenar ada dalam perlembagaan,  tetapi malang ! kerajaan UmnoBn mentafsir soal hak, keadilan dan demokrasi itu cuma dari sudut pandangan mata UmnoBn sahaja!. Jika ia menguntungkan Umno,.. itulah kebenaran !!

Mereka terlalu taksub!  Bangsa Melayu mahu dianggap bangsa termulia di Malaysia!  Melayu mesti menjadi "tuan"  dan banyak lagi fahaman yang karut marut , hingga sampai ketahap khurafat !! .. antaranya Hanya Umno saja yang mampu dan berhak memerintah !.   MasyaAllah!  cukup keterlaluan!  Islam tak ajar pun begitu.  Nampaknya corak pemikiran mereka (Melayu Umno) tidak berubah ! masih seperti 50 tahun dulu,  sedangkan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya sudah pun berubah dari segi pemikiran dan budaya.

Hari ini rakyat Malaysia tak kira apa bangsa sudah hilang kesabaran!  Dari awal lagi melalui "BERSIH" mereka sudah pun mengatur langkah demi langkah,  berunding, mematuhi syarat dan peraturan.   Perdana Menteri. orang yang paling berkuasa di Malaysia sepatutnya membenarkan saja permintaan "BERSIH" untuk berhimpun di stadium secara aman sebagaimana PM pernah berjanji. PM tak sepatutnya menghalang dengan memberi  berbagai alasan!!..  Jadi, tak salahlah kalau rakyat berkata PM mungkir janji. PM pembohong !!

Ini yang telah berlaku di bumi Malaysia hari ini!. Pemerintah berkeras hati! angkuh!! Pemimpin nombor satu bersikap dolak dalik, ! hipokrit !  Rakyat terus digula-gula dengan janji manis,  rakyat terus-terusan dibohongi !!  Namun walaupun rejim BN menghalang,.. perhimpunan "BERSIH" tetap sudah berlaku dan berlalu.  Ia berlaku dalam keadaan aman!, tiada rusuhan,  seperti yang dimomok-momokkan oleh pihak kerajaan dan polis !

Berbalik kepada soal pemimpin dan pimpinannya,..Mengambil contoh dalam solat  walaupun kita kena mengikut imam, tetapi apabila imam melakukan kesalahan, wajib kita menegurnya dan mungkin sampai ke tahap mufaraqah. Begitulah juga apabila hak kita sebagai rakyat dirampas, maka kita wajib menegur pemimpin. Tiada lagi ketaatan apabila pemimpin melampaui batas yang Allah tetapkan.

Inilah perkara utama yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 minggu lalu iaitu meminta dikembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh pemerintah/ UmnoBn.

Setiap pemimpin, terutama PM, contohilah imam dalam sembahyang. Zaman siapa kuat dialah Raja,.seperti zaman silam, dah pun berlalu! Umno jangan keras hati dan berdegil ! keluarlah dari mimpi !!

PERINGATAN UNTUK PR !!

Posted: 16 Jul 2011 08:10 PM PDT



Penanda-penanda signifikan yang muncul melalui keputusan PRU Ke-12 ialah perpindahan yang amat ketara undi kaum Cina dan India kepada PR.  Secara menyeluruh, orang-orang Melayu, terutama penghuni kawasan luar bandar dan pedalaman masih setia kepada BN.  Namun, trend  perubahan mula kelihatan di Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.

Sehubungan itu, keempat-empat negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN. Angin perubahan yang bertiup kencang termasuk di Sabah dan Sarawak akan mencederakan BN. Situasi inilah yang perlu diambil kesempatan oleh PR untuk mempertingkatkan jumlah sokongan kepada mereka.

Semua pihak perlu sedar bahawa kemerosotan sokongan terhadap BN disebabkan oleh kegagalan mereka membaca kehendak rakyat. Rakyat telah bosan dengan lakonan mutu rendah BN. Setelah menghilang selama lima tahun, mereka muncul menunjuk muka berbekalkan berbagai-bagai bentuk habuan bagi memperbaharui mandat.

Ketika itulah mereka sedar tentang pentingnya merendah diri.  Jika perlu, mereka sanggup tunduk memeohon restu rakyat.  Namun, rakyat pada hari ini bukanlah seperti rakyat tahun 70-an, 80-an, dan 90-an yang belum boleh berdikari, malah amat memerlukan bantuan atau tongkat untuk berjalan.

Harus diingat bahawa golongan daif hanya wujud di kawasan-kawasan pedalaman, sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Sarawak. Mereka ini ketinggalan dalam pelbagai bidang. Mereka tidak memperoleh maklumat selain daripada tv dan akhbar pro-BN. Oleh sebab itu, pemikiran mereka masih tertutup. Golongan inilah yang mudah diperkotakkatikkan oleh BN. Di sinilah letaknya lubuk atau kubu kuat BN.

PR perlu mempunyai strategi khas untuk menguasai pengundi di kawasan-kawasan pedalaman.  Pasukan khas yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat perlu ditubuhkan untuk memberi penjelasan berhemah, panduan, tunjuk cara, dan bersosialisasi.  Dengan berbuat demikian, golongan ini mampu berdikari, terbuka mindanya, dan tidak lagi berserah pada nasib semata-mata.
Baca Selanjutnya.....

Tiada ulasan: