Muslimeen United |
- Hormati titah Agong, polis perlu henti tangkapan
- Gambar ini memang tak boleh dipercayai..... BOHONG...
- Haramkan Perkasa, Tangkap Ezam Dan Ketua Pemuda Umno
- BERSIH 2.0 : Polis Geledah Rumah di Bukit Beruntung?
- Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong
- Kantoii...Apa Umno Nak Kata,Anak Pemimpin Mereka Sokong Bersih..??
- Bersih 2.0 berusaha menghadap Agong
- Sah! SPR alat UMNO, BN
- Peringatan untuk BN: Pembangkang Menang Besar di Thailand
- BERSIH 2.0, APA YANG TAKUT SANGAT ???
- BERSIH 2.0: Tok Guru & Pimpinan Tertinggi PAS Hadir
- PAS Akan Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - Nyatakan Hasrat Rakyat Berhubung Tuntutan BERSIH
Hormati titah Agong, polis perlu henti tangkapan Posted: 04 Jul 2011 07:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pihak polis perlu menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan tangkapan ke atas orang ramai berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Sehingga kini pihak polis telah menangkap 100 orang hanya disebabkan mereka memakai baju kuning Himpunan Bersih 2.0, manakala tindakan itu pula jelas bertentangan dengan undang-undang. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Ahad lalu, 3 Julai, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah khas yang antara lain menyebut yang Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Baginda Tuanku. Menurut beliau, Baginda Tuanku turut menyebut bahawa Baginda Tuanku sendiri turut mengikuti perkembangan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Katanya, Baginda Tuanku menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana kerana Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. "Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu ternyata tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia adalah hasil keperihatinan dan perhatian Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulatnya negara kita ini. "Jadi kepada pihak Umno, Kerajaan BN, pihak polis, jika mereka menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, mereka mestilah menghentikan segala provokasi dan tangkapan ke atas orang ramai. Jika tidak, bermakna mereka tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini. Selain itu, Baginda Tuanku bertitah, setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena amat kesal kerana pihak Umno BN kini terlalu banyak melakukan provokasi mengenai rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sehingga menimbulkan kekeliruan hasil liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman itu. "Antaranya, pihak polis sendiri awal-awal lagi telah menutup pintu rundingan dengan Bersih. Ini jelas merupakan satu tindakan provokasi. Sedangkan polis sepatutnya berkerjasama dengan Bersih dengan mengadakan rundingan bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan dengan sempurna. "Kini setelah pintu rundingan ditutup dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri pula mahukan rundingan diadakan, apakah pihak polis akan membuka pintu rundingan kembali dengan Bersih? "Jika polis menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, polis mestilah mengadakan rundingan dengan Bersih, bukannya menjadi alat Umno BN," tegasnya. Terdahulu dari itu, pada sidang media yang diadakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di tempat yang sama yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Salahuddin Ayub, beliau berkata, dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda Tuanku tidak langsung menyebut tentang Himpunan Bersih 2.0 yang patut dihalang. "Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap Bersih kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap Bersih. Malah, Baginda menyeru kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada Bersih," katanya. Jadi titah Baginda Tuanku itu, katanya, perlu difahami dengan jelas oleh pihak Umno BN dan polis. Ia tidak dirujuk kepada Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti. Selain itu, tidak dinafikan niatnya baik. Jadi jika niat baik, ia tentunya menjadi baik. "Ini samalah juga dengan himpunan-himpunan aman lain yang pernah diadakan oleh PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO sebelum ini. "Semuanya baik kerana niatnya sememangnya baik. Ia menjadi buruk disebabkan pihak polis yang mencetuskan provokasi. Jika tidak kerana polis yang memburukkannya, ia tetap menjadi baik kerana niatnya memang baik," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap kesemua pihak menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu kerana titah Baginda Tuanku itu adalah untuk kesemua pihak. -Hrkh |
Gambar ini memang tak boleh dipercayai..... BOHONG... Posted: 04 Jul 2011 07:16 AM PDT Salam Sejahtera, Lihat dan sila baca pada tajuk dalam gambar tu... bayangkan sepanjang usia kehidupan hidup dalam dalam suasana berpolitik dan menjadi pemimpin, tup-tup hari ini nak jadi tukang rumah.... Nak panjat tangga naik keatas untuk nak jengoi kepala suruh cameraman ambik gambaq pun dah ketaq kepala lutut... kalau tak berbohong tak sah UMNO ni.....,Manjung Mari |
Haramkan Perkasa, Tangkap Ezam Dan Ketua Pemuda Umno Posted: 04 Jul 2011 04:13 AM PDT Adakah Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berani untuk mengharamkan PERKASA sebagaimana beliau telah mengharamkan BERSIH atau menangkap Senator UMNO, Ezam Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Orninan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan "double-standard" atau pilih kasih? DAP mempersoal desakan Hishammuddin bahawa pihak berkuasa akan bertindak adil dalam menghentikan semua perhimpunan walaupun hanya mengaharamkan kumpulan reformasi pilihanraya BERSIH, apabila tiada tindakan diambil terhadap UMNO dan PERKASA yang menganjurkan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Mengapakah Hishammuddin tidak menahan Ezam di bawah Ordinan Darurat atas ancaman beliau bahawa tidak perlu tunggu pilihanraya umum dan beliau mahu mengadakan lebih banyak bantahan bagi memaksa saya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri? Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas salah seorang wartawan, jurugambar dan juruvideo oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan ganas dan haram yang diadakan di pusat Bandar George Town dan di atas Jambatan Pulau Pinang. Pewaju mempersoalkan kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan undang-undang dan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghentikan demonstrasi walhal mereka telah maklum akan hal tersebut sehari sebelumnya. Persoalan juga timbul kenapa pihak polis begitu berwaspada dalam mengetatkan kawalan di perhimpunan BERSIH 2.0, yang belum berlaku, dan tidak cekap dalam menghentikan perhimpunan haram oleh UMNO dan PERKASA yang telahpun berlaku. Apa yang mengejutkan adalah kenyataan Pewaju bahawa serangan ke atas wartawan tersebut berlaku di hadapan mata pihak polis, tetapi malangnya penguatkuasaan undang-undang tidak berdaya dan tiada harapan untuk menghentikan serangan tersebut. Ketidakcekapan pihak polis dipersoalkan di mana integriti, kecekapan dan kreadibiliti mereka untuk melindungi rakyat Malaysia menjadi persoalan. DAP menyokong demonstrasi aman tetapi mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi ganas. Kegagalan pihak polis untuk bertindak ke atas demonstrasi ganas oleh UMNO dan PERKASA, menberi tanggapan bahawa jelas terdapat "double-standard" dan pilih kasih. Penangkapan Jeyakumar dan lima ahli PSM yang lain di bawah Ordinan Darurat adalah tidak adil kerana kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa dia telah melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan negara. Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila Malaysia sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam. Jika tidak mahu Khairy Jamaluddin ditahan dan didakwa kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China). Ketua Pemuda Barisan, Khairy Jamaluddin berkata sekretariat tetap adalah untuk memudahkan hubungan dua hala yang berterusan dan menggalakkan ikatan yang lebih kukuh antara kedua-dua entiti. Jelas sekali, penyokong BERSIH yang ditahan minggu lalu dan serbuan sekretariat pada Rabu lalu hanya dijadikan mangsa Kerajaan BN, apabila mereka tidak menganjurkan sebarang demonstrasi walhal demonstrasi UMNO dan PERKASA dibenarkan berlangsung tanpa sebarang hukuman. Tindakan ini adalah tidak adil dan hanya mencemari imej Malaysia di mata dunia dan rekod kerana tidak mengamalkan apa yang dipegang dalam menghormati hak asasi kemanusiaan. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiauasaha Agung DAP. |
BERSIH 2.0 : Polis Geledah Rumah di Bukit Beruntung? Posted: 04 Jul 2011 04:11 AM PDT Yang Dipertua PAS kawasan Hulu Selangor (Paling kanan) turut hadir menyatakan sokongan kepada 'mangsa'. Bukit Beruntung - Tidak cukup kedai diperiksa, rumahnya juga turut digeledah oleh pihak Polis untuk mencari bukti keterlibatan beliau dengan BERSIH 2.0. Inilah yang dialami oleh pemilik sebuah kedai buku disini hari ini. Natijahnya, kesemua pekerja beliau dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa sebermula jam 10 malam sehinggalah jam 5 pagi untuk memberi keterangan kepada pihak Polis. Hampir 30 orang ahli-ahli PAS kawasan Hulu Selangor termasuk pimpinan seperti YDP PAS Kawasan,Tn Hj Idris, Mohd Nizam Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan dan ramai lagi saf pimpinan kawasan telah turut hadir memberikan bantuan dan sokongan moral kepada mangsa,ahli keluarga dan para pekerjanya. Turut hadir wakil daripada PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful dan Cikgu Nasarudin serta beberapa orang yang lain. Kesemua mereka dibebaskan pada jam 5 pagi Isnin 4 Julai setelah pihak Polis berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan. -Rakyat Marhaen |
Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Posted: 04 Jul 2011 01:28 AM PDT Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini. Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa. PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 4 Julai 2011 / 2 Syaaban 1432 H |
PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong Posted: 04 Jul 2011 01:26 AM PDT PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu BERSIH bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil. Namun rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai akan diteruskan, kata timbalan presiden Mohamad Sabu. "(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab BERSIH tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh BERSIH berhubung perhimpunan berkenaan, katanya lagi ketika ditanya. Katanya lagi, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH. Mohamad yang turut membacakan kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan dengan baginda tuanku juga bagi "menjelaskan kekeliruan yang timbul hasi dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini." "Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa," katanya. Tambahnya, kerajaan perlu menyelidik sebab bantahan berkenaan dengan "terbuka dan penuh keikhlasan", selari dengan titah baginda supaya kerajaan "melaksana amanah dengan adil dan bijaksana." Dalam kenyataan berkenaan, Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa bantahan berkenaan dicetuskan ke atas kelemahan dalam pilihan raya "dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik." Dalam pada itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata polis perlu menghentikan penangkapan terhadap individu kerana Yang Di-Pertuan Agong telahpun menyarankan supaya rundingan diadakan. "BERSIH sedia berunding tetapi polis yang menutup pintu rundingan," katanya lagi dalam sidang media sama. Tambahnya, Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap BERSIH kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap BERSIH". "Malah (baginda menyeru) kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada BERSIH," katanya lagi. Turut hadir dalam sidang media itu ialah seorang lagi naib presiden, Salahuddin Ayub serta setiausaha agung Datuk Mustafa Ali. -M'kini |
Kantoii...Apa Umno Nak Kata,Anak Pemimpin Mereka Sokong Bersih..?? Posted: 04 Jul 2011 12:16 AM PDT |
Bersih 2.0 berusaha menghadap Agong Posted: 04 Jul 2011 12:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu. Bantah tahan PSM Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat. Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan. Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu. "Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam. "Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu. Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. "Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat. "Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain -Hrkh |
Posted: 03 Jul 2011 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR, – Tidak mengejutkan jika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional cuba membohongi rakyat dengan mendakwa Bersih 2.0 adalah alat Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan. Tetapi amat mengejutkan apabila dakwaan seperti itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang kini dengan jelas mendedahkan bahawa SPR bukan sebuah badan yang bebas Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan Wan Ahmad telah mendedahkan tembelang SPR yang tidak bebas, tidak adil dan tidak berwibawa serta melanggar peranannya yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Katanya, tembelang Wan Ahmad dan SPR kini menjadi bukti jelas melalui kecaman terhadap Bersih 2.0 dalam forum "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO di sini semalam. Laporan media memetika Wan Ahmad sebagai Pakatan Rakyat mula risau dengan kebangkitan BN yang telah menang dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu, dan dengan itu Pakatan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan sokongan rakyat. Wan Ahmad juga dipetik sebagai berkata: "BN sudah mula menang… (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN)." Sikap berat sebelah SPR yang dilihat menyokong UMNO dan BN telah menyebabkan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenavasan perlu meneruskan dengan usaha mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih pada 9 Julai ini. Menurut Kit Siang, jika SPR benar-benar bebas, semua pesuruhjaya SPR perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak Wan Ahmad meletak jawatan kerana telah berpihak kepada UMNO dan BN. "Jika ini tidak dilakukan, kenyataan Wan Ahmad hanya mengesahkan apa yang memnag terbuku dalam fikiran rakyat – SPR hanyalah alat BN, menjadi orang suruhan BN dan bukannya melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata kenyataan Wan Ahmad yang tidak bertanggungjawab itu menunjukkan watak sebenar beliau yang selama ini menjadi alat kepada UMNO dan sistem politik negara yang rosak. "Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas," katanya. Beliau mahu Wan Ahmad menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. "Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai pilihan raya umum ke-13," tambah beliau. – Roketkini.com |
Peringatan untuk BN: Pembangkang Menang Besar di Thailand Posted: 03 Jul 2011 07:09 PM PDT Puea Thai rampas 260 daripada 500 kerusi Parlimen dipertandingkan BANGKOK: Parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memenangi pilihan raya umum Thailand semalam dengan majoriti kerusi di Parlimen, membuka jalan kepada kemungkinan kembalinya Thaksin yang digulingkan tentera pada 2006. Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Yingluck, 44 yang akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama negaranya.Selepas 92 peratus undi dikira, Puea Thai memenangi 260 kerusi daripada 500 yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum semalam. Parti Demokrat pimpinan Abhisit memenangi 163 kerusi, menurut suruhanjaya pilihan raya. "Keputusan pilihan raya adalah jelas, Puea Thai memenangi pilihan raya dan Demokrat kalah, kita perlu hormati keputusan yang dibuat dalam pilihan raya," Abhisit memberitahu penyokongnya di ibu pejabat parti kerajaan itu di sini malam semalam. Pilihan raya umum berkenaan adalah ujian pertama bagi kerajaan Abhisit yang disokong tentera selepas bantahan rakyat tahun lalu menyaksikan penunjuk perasaan yang menyokong Thaksin melumpuhkan ibu negara sehingga tentera menyuraikan mereka dengan tindakan ganas yang menyebabkan lebih 90 orang terbunuh. Yingluck memberitahu penyokongnya di ibu pejabat Puea Thai di sini: "Saya mempunyai tugas yang berat pada masa depan." "Terima kasih kepada rakyat yang keluar mengundi," kata Yingluck yang baru menceburi diri dalam politik dan digelar Thaksin sebagai klon beliau. Di sebalik kebimbangan kemenangan Puea Thai akan mencetuskan huru hara atau rampasan kuasa baru, Thaksin menyeru semua pihak menghormati keputusan pilihan raya. "Semua pihak mesti menghormati keputusan ini sekiranya rakyat mahu menyaksikan Thailand mengecap keamanan," kata hartawan yang memilih untuk hidup dalam buangan di Dubai berikutan didapati bersalah atas kesalahan rasuah. Thaksin disokong kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar kebanyakannya rakyat miskin berikutan dasar kerajaannya yang popular seperti penyediaan perkhidmatan kesihatan yang murah serta memperkenalkan skim kredit mikro. Bagaimanapun beliau dibenci golongan elit yang melihatnya sebagai pemimpin yang korup, kuku besi dan menjadi ancaman kepada institusi raja di negara berkenaan. – AFP |
BERSIH 2.0, APA YANG TAKUT SANGAT ??? Posted: 03 Jul 2011 07:08 PM PDT Keadaan sudah macam kelam kabut dan hingar bangar. Suasana tidak semena-mena sudah menjadi tegang. Sana sini orang bercakap pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9hb Julai nanti. Belum apa-apa lagi pihak polis sudah memulakan siri tangkapan. Ramai aktivis dan ahli-ahli politik khususnya pembangkang telah ditahan. Dipihak kerajaan pula, ramai ahli-ahli politik yang sudah bersiap untuk bersilat dan bergusti. Semuanya bertujuan hendak menggagalkan perhimpunan itu. Apa yang ditakuti sangat sebenarnya tentang perhimpunan itu? Penganjur BERSIH 2.0 telah berulang kali menyatakan perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Mereka akan berarak secara aman. Tujuannya hanya untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong berkaitan ketidakpuashatian rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR kini. Itu saja. Tidak lebih dari itu. Tapi, kenapa Kerajaan, khususnya UMNO/BN takut sangat? Sampai mengelabah dan meroyan tak tentu pasal. Ibarat 'kucing mati anak' kata pepatah Melayu, 'berlari kesana tak kena, berlari kesini juga tak menjadi.' Apakah BERSIH 2.0 itu laksana 'lembaga hodoh' atau 'hantu' yang paling digeruni? Sampai segala macam cara telah mula dibuat untuk menghalangnya? Tidak cukup dengan asakan dari media arus-perdana agar rakyat menjauhi perhimpunan ini, berbagai kempen 'memomokkan' perhimpunan ini juga telah dilancar. Pihak polis pula terus beraksi menangkap dan menahan aktivis-aktivis perhimpunan yang rata-rata hanya memperjuangkan kebersihan dan reformasi pada sistem pilihanraya yang ada. Itu saja. Paling terakhir kini, mereka yang pakai baju kuning pula menjadi sasaran. Seolah-olah kerajaan 'fobia' dengan warna kuning yang menjadi lambang gerakan BERSIH!. Bagi saya, perhimpunan ini hanyalah sekaadar suatu manifestasi suara rakyat yang ingin berarak menunujukkan rasa tidak puashati terhadap Kerajaan, teutamanya SPR tentang sistem perjalanan pilihanraya dinegara ini. Ianya tidak lebih dari itu. Ianya dianjurkan oleh sebuah NGO yang non-partisan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politi. BN juga telah dijemput untuk turut serta, tetapi telah menolak jemputan tersebut dan kini nampak seolah-olah hanya disertai oleh parti-parti politik pembangkang sahaja. Kerana matlamatnya baik kepada semua pihak, ianya sudah tentu mendapat sokongan hebat dari parti-parti i pembangkang. Matlamatnya tidak lain dari menyatakan rasa tidak puashati rakyat agar dilakukan reformasi segera keatas perjalanan sistem piliharaya dinegara ini yang harus lebih bebas, adil dan telus. Sebanyak 8 perkara dasar di perjuangkan, antaranya reformasi undi pos; penggunaan dakwat jari kekal bagi pengundi,, agihan peluang akses kepada media yang lebih bebas dan telus, dan beberapa tuntutan lagi. Semua tuntutan ini adalah bersifat universal. Ianya bukan sesuatu yang luar-biasa atau bermotifkan politik seperti didakwa oleh Keajaan. Jadi apa yang kita takutkan. Kita patut sokong, asal saja semua tuntutan ini memang sesuatu yang fitrah dan patut sangat diadakan dari dulu lagi. Kenapa kita mesti berhempas pulas menentangnya? Kenapa kita mesti desak agar perhimpunan ini dibatalkan kalau ianya adalah demi kebaikan bersama? Tak perlulah PERKASA melalak tak tentu pasal menentang perhimpunan ini. Begitu juga Pemuda UMNO tak perlu bersilat sakan untuk menyatakan penentangan terhadap gagasan ini. Maha Guru Omar Din juga tidak perlu mengeluarkan ugutan dan ancaman yang berbaur hasutan, kononnya akan ada 'darah mengalir' jika perhimpunan ini diteruskan. Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang, berpendirian dan berpengetahuan luas, saya rasa kita patut menyokong gerakan yang dibuat oleh BESIH. Memang menjadi matlamat kita selama ini pun ingin agar piliharaya diMalaysia diadakan dalam keadaan yang telus, bersih dan adil. Bila pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih dan telus, pemilihan kepimpinan yang dibuat menerusi pilihanraya itu akan lebih 'legitimate' dan berintegeriti. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini ada pemimpin yang hanya menang'melalui saluran undi pos' yang entah dari mana datangnya. Tidak ada lagi apa yang kita lihat hari ini setiap kali piliharaya diadakan, penyalahgunaa kuasa oleh pihak parti pemerintah mengekspolitkan jabatan-jabatan Kerajaan melobi undi dari rakyat. Hampir semua akses kepada media perdana dibolot oleh parti kerajaan sedangkan parti pembangkan g tidak langsung diberi peluang bercakap dan menyampaikan matlamat perjuangan mereka kepada rakyat walau dengan sebaris ayat pun menerusi media perdana yang dibiayai wang cukai dari rakyat.. Ugutan, rasuah dan sogokan mejadi teras dimana-mana pilihanraya. Parti politik pemerintah dengan sewenang-wenangnya menawarkan habuan dan janji manis bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat. Ini belum termasuk bab memperbaikki jalanraya, membersih longkong, membaikpulih bangunan dan mendiriaan surau dan masjid pun dibuat waktu nak pilihanraya..... Rakyat sedang memerhatikan ini semua. Rakyat bukan lagi bodoh macam rakyat ditahun-tahuan 50an dan 60an dulu. Rakyat kini terdedah kepada maklumat, berilmu dan sudah boleh menilai apa yang betul dan apa yang salah. Ketakutan yang melanda kerajaan berkaitan isu perhimpunan ini sebenarnya menampakkan yang banyak sangat 'kotoran' yang sedang berlaku setiapkali pilihanraya diadakan. Kalau boleh 'kekotoran; ini mahu dikekalkan demi kesimbungan kuasa politik mereka. Tapi sampai bila ? Seperti kata pepatah: "Berani kerana benar, takut kerana bersalah". Jelaslah yang pihak keajaan BN sekarang merasa atkut kerana "bersalah". Fikir-fikirkan lah............ sallehhashim-klang |
BERSIH 2.0: Tok Guru & Pimpinan Tertinggi PAS Hadir Posted: 03 Jul 2011 05:14 PM PDT Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan andaian bahawa beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai Himpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. Julai, 2011 ini. Katanya tidak timbul soal beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan Himpunan BERSIH 2.0 itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai bagi menunjukkan sokongan dalam menuntut Pilihan Raya yang Bersih dan Adil di Negara ini. "Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melakukan ibadat," katanya. Baginya himpunan untuk menuntut supaya diadakan Pilihan Raya yang Adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau. "Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, selalu berat sebelah," katanya. Dengan penjelasan itu tidak timbul soal Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini. Beliau sekali lagi menyeru orang ramai yang berupaya untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 tanpa merasa takut dan gerun kepada polis. "Yang menangkap (polis) itu manusia dan yang kena tangkap pun manusia. Semuanya akan mengadap Allah", tegasnya. Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t. Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan. |
Posted: 03 Jul 2011 04:57 PM PDT KUALA TERENGGANU - PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai. "Hadirin sekelian, sekarang kita dengar hasutan itu, hasutan ini, keadaan kita tengok sini kena tangkap, sana kena tangkap, "maka kami (PAS Pusat) memutuskan telah hantar berita awal, iaitu (Dato' Seri) Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya, Dr. Syed Azman (dan) mungkin dicadang beberapa orang (pemimpin) akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (SPBYDPA),"ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin. Menurutnya, rombongan dari PAS itu akan mengadap dalam masa yang terdekat. Beliau berkata, pandangan SPBYDPA, sebagaimana titah baginda yang dikeluarkan pada hari ini adalah amat baik. "(Baginda) minta jaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan rakyat, dan jangan menimbulkan sebarang kerosakkan harta benda dan keamanan, "inilah Raja Berperlembagaan, yang betul-betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,"jelasnya. Katanya, permohonan awal dari PAS telah pun dihantar kepada pihak SPBYDPA dan maklum balas akan diketahui samada esok atau lusa. Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah baginda setelah berlaku penangkapan beramai-ramai rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan. Berikut adalah teks titah penuh baginda yang dikeluarkan semalam 3 Julai. TEKS PENUH TITAH YANG DIPERTUAN AGUNG Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. Sebelum itu, Haji Mohamad Sabu telah menghuraikan satu persatu tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 sebagaimana dibawah; Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:- Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka. 6. Kukuhkan institusi awam Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 7. Hentikan rasuah Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 8. Hentikan politik kotor BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam ceramah mega diatas adalah YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu serta Azan Ismail, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu. Semua Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu juga turut bersama. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan