A Mum Of Three Mohd |
| Posted: 26 Jul 2011 09:00 AM PDT |
| Posted: 26 Jul 2011 06:37 AM PDT ![]() Ini.... kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semasa debat dengan Ambiga ajuran Kumpulan Media Karangkraf siang tadi. SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. "SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa. [Lagi di sini] Hmmm... kalau udah kena mintak angguk daripada Putrajaya, maknanya SPR ni bukanlah sebuah badan yang bebas. Mengkalor udah macam tu.... badan yang hidungnya kena cucuk ler. Sah ler jadi lembu@barua kerajaan UMporNO@BN. Sebagai badan pelaksana pilihan raya yang di bawah KUASA kerajaan yang diterajui UMporNO, sah ler kerja mereka ikut arahan tuan politik mereka. Arahannya..... buat apa saja helah, guna apa saja trik... lakukan apa jua muslihat.... asalkan UMporNO@BN dapat terus berkuasa. So, SPR merancang strategi.... tuan politik gunakan kuasa mereka untuk meng-legalise-kan segala yang dirancang dan SPR akan melaksanakannya. Ada yang dibuat secara senyap-senyap, ada yang dibuat secara terang-terang, ada yang dibuat secara berhelah... pendekkan cerita, macam-macam cara ada!! Dengan mengguna kuasa yang ada pada kerajaan , pelbagai agensi diperalatkan untuk berkerjasama dengan SPR bagi memudahkan kemenangan UMporNO@BN dalam pilihan raya. Itu namanya.... menggunakan kuasa untuk melakukan salah guna kuasa bagi mencapai matlamat tertentu untuk survival politik agar dapat terus berkuasa. Ringkasnya.... MENIPU untuk terus berkuasa!! Now.... pastilah bahawasa-nya selama ini SPR itu menjadi alat kepada UMporNO@BN. Ini sudah menjadi alasan yang cukup kuat, bertapa relevennya tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Oooo.... sebab itulah kerajaan 1Malaysia beriya-iya menentang tuntuan BERSIH 2.0. Jika BERSIH2.0 berjaya.... mereka pasti kecundang!! Weh... satu lagi sebab mengapa rakyat kena bangkit untuk melakukan perubahan. Ubah. Selamatkan Malaysia. Besides that, SPR juga mesti kita selamat dan bebaskan sepenuhnya dari cengkaman UMporNO. Barulah pilihan raya boleh adil, bebas dan telus. Caranya.... SAY NO to UMporNO@BN dalam PRU13 nanti!! Bye...bye... UMporNO. Go... masuk kubor!! |
| Posted: 25 Jul 2011 09:00 PM PDT ![]() UMpoNO bergolak!! UMporNO bergolak!! UMporNO sedang bergolak dari dalam. Banyak sudah mula berani. Banyak yang sudah tak boleh tahan lagi. Geram dalam hati tak elok disimpan-simpan. Luahkan!! Cakap!! Hentam!! Bantai!! Ku Li sudah bersuara!! Anak Pak Syeikh sudah berbunyi!! Saifuddin sudah mula berkata-kata!! Aha.... Munkee pun sudah tunjuk kejantanannya. Ini semua petanda. Ini semua indikator. Ha ha ha....Petanda, sign dan indikator yang tag team Najib-Rosmah-Hisham sudah goyang. Kerajaan ' Laki-bini Sepupu-sepapat' dah nak kena henyak turun!! Yeah....!! Yahooo!!! Go munkee go....!! KUALA LUMPUR, 25 Julai — Khairy Jamaluddin mahu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka. Ketua Pemuda Umno ini menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri. "Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah," kata Khairy dalam kenyataan menerusi blognya malam ini. Khairy (gambar) berkata beliau sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya MKN, semasa mesyuaratnya yang telah diadakan pagi tadi, telah mengenal pasti Asri dan beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul. Laporan itu dibawa oleh beberapa media petang tadi. Ini bukan kali pertama dakwaan sedemikian dikenakan ke atas Asri dan telah dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah, beliau tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas. "Pada pendapat saya, sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas," katanya. Oleh itu tegas Khairy, beliau mahu MKN memberi penjelasan berhubung laporan media yang berkenaan dan sekiranya benar memberi Asri dan mana-mana tokoh agama Islam yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas peluang untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.-MI |
| Posted: 25 Jul 2011 06:52 PM PDT ![]() Ini dia baru dikatakan anak jantan. Mungkin satu-satu anak jantan yang tinggal dalamUMporNO. Hat lain-lainnya pondan. Ada pondan Siam. Ada pondan Indon dan banyaknya pondan Mehsia. Ha ha ha ha... Pondan yang mempunyai lara si burung kakak tua. Suka mengangguk beb!! Tapi... Saifuddin Abdullah ni tidak. Dia ada pendirian dan dia ada mind of his own. Dia berani menyuarakan pendapatnya, especially..... sejak dua menjak ni. Apabila kita berkata benar dan mengeluarkan pendangan yang waras dan make sense, orang akan respek. Isunya sekarang.... jangan cuba alihkan isu dengan isu tang lain, tetapi berdepan dengan isu. Jadilah anak jantan yang bertanggung jawab. Jangan berdolak-dalik atas isu yang terang lagi bersuluh dan yang semua orang dah sedia maklum. Dan... jangan cuba create isu lain untuk tenggelamkan isu yang masih tergantung!!! Jangan potong stim!! Wahabi ler.... Terroris ler..... Keganasan polis macam mana?? Nak dialihkan begitu saja.... Nak dikaburi negitu saja... Nak rakyat lupa begitu saja..... Weh , rakyat bukan bodoh lagi dan jangan fitnah orang sesuka hati. Allah s.w.t. memerhati tau, tak?? KUALA LUMPUR, 26 Julai — Tindakan melabel kumpulan atau individu tertentu termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengamalkan Wahabi, dengan aktiviti terorisme hanya akan memecahbelahkan umat Islam negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah. Justeru tegas ahli Majilis Tertinggi Umno ini, beliau (gambar) tidak bersetuju dengan tindakan melabelkan orang tertentu sebagai pengamal Wahabi dan kemudian merumuskan mereka sebagai pengganas. "Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris (pengganas). "Langkah melabelkan ini hanya memecahkanbelahkan umat Islam...dalam Islam ada adab berbeza pendapat, tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada The Malaysian Insider. Ia dilihat sebagai pandangan susulan mempertahankan Asri daripada label sedemikian. [ Terus baca di sini] |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan