Selasa, 26 Julai 2011

Addin

Addin


Tembelang Shafie Afdal Terbongkar

Posted: 26 Jul 2011 06:00 PM PDT

Akhirnya, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000.   Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (gambar bawah) yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat laporan susulan.

 "Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah," ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk 'Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?' bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. 

BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; "Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. 

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. 

Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu. 

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. 

Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya."/sabahkini

Panas!! Penipuan SPR Terbongkar Lagi

Posted: 26 Jul 2011 08:57 AM PDT

PAS hari ini mendakwa memiliki bukti sebanyak 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih, kesan daripada kegagalan sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat. "Kita juga sudah pergi berjumpa dengan individu yang dikesan terbabit dan mereka turut mengakui nama mereka tersenarai lebih satu kawasan. "Kita telah berjumpa dengan SPR bagi mendapatkan penjelasan dan mereka mengakui kewujudan apa yang ditemui PAS Selangor ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti di pejabat agung PAS di sini hari ini.


Hussam berkata, pihaknya berikrar akan terus membongkar senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih dari semasa ke semasa. "Ini hanya satu permulaan, kita akan dedahkan senarai nama ini pada mesyuarat pimpinan tertinggi PAS pada 7 Ogos depan," katanya.

Beliau berkata disebabkan kelemahan sebegini, pihaknya tetap bertegas menolak cadangan sistem biometrik yang hanya menampakkan lagi kelemahan SPR menangani masalah ini dan menghalalkan penyelewengan yang berlaku sekarang termasuk isu pengundi hantu.

Sistem biometrik

Selain menelan belanja kos yang mahal, Hussam berkata sistem biometrik juga dilihatnya sebagai satu cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa sebagai pemerintah dalam pilihanraya akan datang. "Umno-BN semakin terdesak. Talian hayat mereka kini bergantung kepada pengundian berulang kali melalui penggunaan sistem biometrik," katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menekankan penggunaan dakwat kekal merupakan kaedah terbaik menangani situasi ini, seperti yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). "Kita hairan kenapa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) bertegas mahu guna sistem biometrik dengan kos yang terlalu tinggi berbanding dakwat kekal," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata kawasan Parlimen Titiwangsa yang kehilangan wakil rakyatnya, Almarhum Dr Lo' Lo' Ghazali pada 17 Julai lalu akibat komplikasi kanser paru-paru akan dijadikan kawasan angkat oleh PAS Pusat.

Katanya, Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju memilih ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, dan Hussam bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Manakala bagi isu pembangunan Kampung Baru, pihaknya memberi tanggungjawab itu kepada Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu sebagai penyelaras./fmt


Kenapa Rais Yatim Tidak Saman Rocky's Bru?

Posted: 26 Jul 2011 05:23 AM PDT

Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut 'orang dibelakang' penulis itu. Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter. 


Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizuddin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais atas dakwaan memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. "Rais takut. Lihat siapa dibelakang mereka. Kalau dia betul serius, dia akan saman semua pihak," kata Nik Nazmi. 

"Mungkin kerana Amizuddin ahli KEADILAN dan mereka (Rocky Bru) bukan, maka tindakan tak diambil. Kita tak boleh halang seseorang hanya kerana dia ahli KEADILAN. Perkara pokok adalah kejujuran. Jelas tindakan Rais ini berkepentingan politik," ujar Nik Nazmi. 

Dalam pada itu, Nik mendakwa penubuhan Majlis Media sebagai 'dua langkah mundur kebelakang kerana pembabitan menteri seperti Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. "Sepatutnya tiada pembabitan eksekutif dalam Majlis ini. Kalau majlis media itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Informasi dan Menteri Dalam Negeri, ia bererti dua langkah mundur ke belakang, daripada satu langkah ke depan," kata Nik.

Dalam konteks media Malaysia yang masih dikekang Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran dengan permohonan media berlesen sebagai suatu halangan. Majlis itu dilihat tidak berperanan mengangkat martabat kebebasan media kerana kekangan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Penyiaran.

"Kalau masih tak bersedia untuk majlis media, sepatutnya hanya ditubuhkan satu jawatankuasa media untuk menggariskan syor untuk membebaskan media dari cengkaman kerajaan, dalam masa yang sama bertanggungjawab dalam laporan. Media yang harus tentukan," kata Nik Nazmi.


Timbalan Pengerusi SPR Kena "Booo"

Posted: 26 Jul 2011 05:03 AM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.Beliau juga diejek 'bu' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.


Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. "Jangan anggap SPR sebagai musuh," rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk. "Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersama anda," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin. Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.

Addin :

Itu yang selayaknya untuk SPR.. Suruhanjaya Penipu Rakyat..


Siapa Agen Yahudi, Kini Sudah Terjawab?

Posted: 26 Jul 2011 03:45 AM PDT

Berapi-api Umno BN dan pencacainya mengatakan PR agen Yahudi selama ini.. akhirnya tahi tersebut terpalit ke muka Umno BN sendiri. Dimana perjuangan Islam yang kamu laungan selama ini?? Sanggup mengupah blogger yang anti Islam.. kenapa tidak upah blogger kesayangan kamu Papagomo dan Parpukari untuk memulihkan imej kamu,?? Kenapa, blogger pencacai dan penfitnah ini sudah tidak laku?? Kerana ahli Umno pun menolaknya.. baca sini. Di mana pak-pak menteri dan media pencacai Umno BN, kenapa diam seribu bahasa? kenapa tidak menjawab isu ini, ataupun memang tiada jawapan? Ataupun tengah mereka-reka jawapan bangang untuk orang bangang seperti kamu??


KEADILAN DAILY - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengupah blogger Amerika pro-Israel, mencerminkan sikap sebenarnya terhadap Islam. Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today semalam mendakwa Najib dan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan blogger berkenaan bagi memperbaiki imej masing-masing. "Jika benar dakwaan tersebut, ini jelas menunjuk sikap sebenar Najib dan Umno yang tidak mementingkan Islam tapi berkepentingan politik," kata Nik Nazmi ketika dihubungi Keadilandaily.



"Saya minta Najib perjelaskan kerana selama ini mereka lantang dalam perjuangan mempertahankan Islam. Menuduh Pakatan mengunakan agen asing, Yahudi tapi dia (sendiri) yang menggunakan blogger pro-Israel," katanya. Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mempersoalkan sikap membisu Utusan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa dalam hal itu. 

"Jelas sebelum ini Utusan Malaysia dan Perkasa yang pernah memfitnah Pakatan Rakyat sebagai anti-islam tapi bila isu upah blogger pro-israel ini timbul, mereka diam membisu," kata Nik Nazmi. Semalam, sebuah portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Najib dan Taib mengupah sekumpulan blogger Amerika pro-Israel yang dikesan menjalankan kempen memfitnah Islam. 

Salah seorang blogger tersebut, Caleb Howe, sebelum ini pernah membangkitkan kata-kata bersifat kebudak-budakkan di halaman sosial twitter, 23 April tahun lepas dengan memburukkan Islam. Howe dan pasukannya telah terlibat dalam beberapa kempen yang dilihat sebagai anti-Islam di Twitter mereka, termasuk mempersenda Nabi Muhammad.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, blogger sayap kanan Amerika di belakang 'Red State', blog 'New Ledger' dan sebuah syarikat Perhubungan awam bernama Strategik Rogue Services. Perkhidmatan Rogue didakwa telah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Slogan "Rakyat Di Dahulukan" Semakin Hancur

Posted: 26 Jul 2011 01:30 AM PDT

Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan masalah inflasi akan membawa kesan kepada keluarga dan golongan muda, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Katanya, keputusan itu dijangka meningkatkan bebanan hutang, sekiranya tidak disusuli dengan bantuan khusus kepada golongan itu. "Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda. Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Pada tahun lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan sebanyak tiga kali kenaikan OPR pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan 2.0 % kepada 2.75 %. Kenaikan OPR ini berkait langsung dengan kenaikan Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30% pada Julai 2010.

Menurut Rafizi, mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 misalnya akan menanggung hutang sekurang-kurangnya RM50 sebulan dengan kenaikan 25 mata asas OPR.

Kesan berganda daripada peningkatan itu katanya, termasuk peningkatan bil elektrik, harga minyak, kos persekolahan dan sebagainya, benar-benar membebankan golongan muda, sedangkan gaji tidak meningkat.

Tambah beliau, walaupun tindakan konvensional bank pusat dalam keadaan inflasi adalah menaikkan kadar pinjaman, pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) wajar mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

"Ini termasuklah mengkaji semula pemotongan peruntukan kepada sekolah-sekolah sehingga menyebabkan kos persekolahan naik mendadak apabila ibu bapa terpaksa menyumbang kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti dan mengambil langkah lebih proaktif menyelesaikan masalah harga rumah yang terlalu tinggi bagi golongan muda di bandar dan separa bandar.

"Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini./kd


Kanak-Kanak Di Culik, Kemudian Di Kisar Sebelum Di Buang Ke Sungai

Posted: 25 Jul 2011 10:59 PM PDT

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun diculik kemudian tubuhnya dicincang oleh penculiknya menggunakan mesin pengisar daging lalu membuangnya ke sungai. Demikian dilansir IANS, Isnin (25/7/2011). Kini tiga tersangka menghadapi tuduhan penculikan dan pembunuhan. Kanak-kanak bernama Zhang Shihao bertemu lelaki bernama Liu Zhiwei pada 2 November 2010 di Zhengzhou, Provinsi Henan, China. Liu meminta Zhang membantunya mengambil yoyo untuk anak perempuannya dan kemudian membawanya lari.


Liu kemudian meminta wang tebusan kepada keluarga Zang sebesar 100 ribu yuan. Orangtua Zhang kemudian memberitahu polis dan kemudian ke bank untuk membayar si penculik.

Dua hari kemudian, Liu kembali meminta wang sebesar 100 ribu yuan dan memperingatkan agar orangtua Zhang tak melapor ke polis. Tak berapa lama kemudian polis meminta orangtua Zhang agar tak mengirimkan wang tebusan.
Hasil penyelidikan menyebutkan jika Liu dan dua kaki tangannya bertanggung jawab atas pembunuhan yang dilakukan terhadap Zhang./tribunnews


UMNO Adalah Wahabi?

Posted: 25 Jul 2011 07:00 PM PDT

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan sebarang tindakan Majlis Keselamatan Negara mengaitkan beliau dan ulama lain kepada fahaman Wahabi dan aktiviti keganasan sebagai tuduhan sempit dan tidak berasas serta hanya mencerminkan ruang demokrasi yang semakin terhad di negara ini. Beliau berkata kerajaan sepatutnya menerima kepelbagaian pandangan dan tidak bingkas membuat tuduhan melulu sebagaimana yang dizahirkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Dr Asri berkata jika benar MKN membuat dakwaan sedemikian, beliau tidak terkejut kerana "sekarang ini orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".




Beliau berkata pihak yang menunding jari kepada beliau dan rakan ulamanya sebagai pengikut Wahabi dan mengaitkan mereka kepada keganasan harus bermuhasabah. "Apa fahaman Wahabi yang difahami oleh Barat? (Mengikut Barat ia adalah) satu fahaman yang sempit...menerusi pandangan tidak demokratik, maka bagi saya antara pandangan yang dipelopori oleh kelompok yang dianggap sebagai wahabi ini ialah mereka ini mengharamkan demokrasi, kebebasan bersuara, demonstrasi aman dan perkara terbuka. 

Ini adalah yang ditakrifkan wahabisme oleh Barat," kata Dr Asri. Beliau menegaskan trend kerajaan ketika ini seperti 'mengharamkan' perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sendiri adalah mirip aliran pemikiran Wahabi ala Barat. Justeru itu, kata beliau, tidak wajar kerajaan melontar tuduhan itu kepada individu lain. 

"Pelbagai maklumat yang diputar-belitkan, walaupun media antarabangsa menunjukkan baru0baru ini banyak ketidakadilan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada mereka yang hadir dalam perhimpunan 9 Julai, tetapi maklumat di pihak kerajaan menyatakan mereka diberikan layanan yang baik, bahkan orang awam pula dikatakan sebagai pengganas," kata beliau kepada TvSelangor. 

"Saya rasa (tuduhan) ini bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu yang pelbagai kemudian bawa rakyat bincang isu yang lain, sedangkan kita ada banyak isu yang lain yang lebih utama," tambah beliau. MKN hari ini dilaporkan mendakwa beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk Dr Mohd Asri sebagai mendokong fahaman Wahabi yang menurut kerajaan mempunyai kaitan dengan aktiviti terorisme. 

Menurut sumber yang dipetik oleh Malaysiakini, MKN mendakwa seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan dengan fenomena itu, malah mereka dikatakan disokong oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain. Dr Asri berkata MKN melakukan silap besar mengheret kerajaan Arab Saudi dalam isu itu, memandangkan implikasi antarabangsanya. 

"Kerajaan telah mengambil risiko yang bahaya kerana mengaitkan Arab Saudi. Saya juga bimbang ini akan membawa hubungan yang buruk antara Malaysia dan Arab Saudi sedangkan kita memerlukan mereka dalam kuota haji dan seumpamanya."/tvsnews

 
Addin :

Aku bukan nak spin apa yang di perkatakan oleh Dr. Asri.. cuba lihat di atas. Kesimpulannya UMNOadalah wahabi yang ditafsirkan oleh barat..


Tiada ulasan: