Isnin, 25 Julai 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


No to Biometrik.Yes to Dakwat Kekal!!

Posted: 24 Jul 2011 11:30 PM PDT


SHAH ALAM, 25 Julai — Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

"Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik.

Kata beliau, segala aspek berkaitan mengenai keupayaan, aplikasi, teknikal, kesan dan kosnya masih di peringkat kajian.

"Kita bekerjasama dengan pakar yang terlibat bagi memastikan keupayaan sistem ini berkesan apabila dilaksanakan kelak.

"Sistem biometrik yang digunakan imigresen berlainan dengan SPR kerana penggunaan kami adalah untuk pilihan raya," kata beliau lagi.

Wan Ahmad berkata, sistem tersebut telah dikaji sejak 2010 oleh pakar yang dilantik bagi memastikan keupayaan dan tempoh yang dapat digunakan.

Akhbar yang sama memetik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sistem biometrik mampu membuktikan pilihan raya negara ini telus dan adil.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini.

Laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mod Said berkata sistem biometrik jabatannya, yang akan digunakan oleh SPR, untuk pengesahan pengundi kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya. -MI

Fuiyo...!! Zahid Hamidi nak beri Eurofighter Typhoon

Posted: 24 Jul 2011 09:30 PM PDT


Wak Bagan Datok yang jaga Kementerian Pertahanan Kerajaan 1Malaysia telah menghebohkan nak membelanjakan duit rakyat lagi. Bukan sikit duit wooo.... banyak wa cakap lu.

Kali ini, kononnya kerajaan 1Malaysia sedang berkira-kira nak beli Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah untuk Tentera Udara 1Malaysia.

KOTA TINGGI, 24 Julai — Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Kini, TUDM memiliki 10 buah pesawat MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci," kata beliau dipetik Bernama Online. [Lagi di sini]

Peliknya.... ngapa tetiba nak beli daripada negara Eropah pulak. Dedulunya.... asyik nampak Amerika dan Rusia jer. Entah-entah nak psycho negara-negara EU tu jer kot, agar berlembut hati dengan kerajaan 1Malaysia mengenai isu SPR yang mereka lihat tidak berwibawa kerana 'telor'nya dok ada dalam genggaman UMporNO. Weh.... Itu namanya 'rasuah psikologi'.

Ater.... puak-puak gerombolan UMporNO ni, kalau tak rasuah tak sah. Baru cadangan dah ada unsur-unsur rasuah. Parah.... parah....

Lepas tu, sikit dia punya puji ke, pakai terobang-pakai terobang demer tu. Weh.... nak bodek ler tu. Aaaiii... membodek juga bukan ke satu lagi budaya tegar mereka yang dok ada dalam UMporNO. Tak bodek kalu, tak sah!! Ha ha ha ha.... Nak jadi UMporNO totok ni.... banyak syarat sahnya. Tapi, lantak komer la. Mampuih pi la..

Berbalik kepada niat nak beli Eurofighter Typhoon tu... usah labon gah sangat ler. Kerajaan bukannya ada duit. Meminjam duit, lagi ada. Dan.... kerajaan negara-negara EU itu pun bukan bodoh sampai boleh terpedaya dengan permainan psikologi dan angan Mat Jenin, seorang menteri sebuah kerajaan yang sedang pokai dan sedang tunggu masa nak masuk kubor.

Mereka pun tahu bertapa nazaknya kerajaan 1Malaysia, pimpinan Najib Razak. Sebab tu, SPR sedang bertungkus-lumus susun strategi licik dan pakai pelbagai helah untuk memenangkan UmporNO@BN hinggakan dunia luar pun nampak 'zero'-nya kredibiliti dan intergriti SPR.

Kata diplomat-diplomat EU.... SPR tidak berwibawa kerana tunduk kepada UMporNO@BN. It's so obvious. Orang buta pun boleh nampak. Orang moron pun boleh tahu.

Well.... kalau Wak Bagan Datok nak bodek dan nak phycho puak-puak EU ni dengan impian nak beli Eurofighter Typhoon mereka.... ghentikan ler. Mereka takkan terkesan. Buat malu jer.

Uruguay juara Copa America

Posted: 24 Jul 2011 07:30 PM PDT


BUENOS AIRES, 25 Julai — Diego Forlan menyumbat dua gol selepas jaringan pembukaan Luis Suarez bagi membolehkan Uruguay menewaskan Paraguay 3-0 pada perlawanan akhir Copa America di sini semalam.

Dengan kemenangan itu, Uruguay muncul juara kejohanan Amerika Selatan ini buat kali ke-15.

Sebelum ini, piala itu dimenangi oleh Argentina sebanyak 14 kali, Brazil lapan kali, Paraguay dan Peru masing-masing dua kali dan Colombia dan Bolivia sekali.

Suarez, yang dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan, meletakkan Uruguay di depan menerusi jaringan pada minit kelapan.

Forlan, pemain terbaik Piala Dunia 2010, membawa kedudukan 2-0 tiga minit sebelum separuh pertama berakhir dan gol seterusnya pada minit terakhir. — Reuters

[sumber:sini dan sini]

Rais anak Yatim kota apa yang dia kata

Posted: 24 Jul 2011 05:45 PM PDT


Rais anak Yatim akan menayangkan tayangan video tentang BERSIH2.0 versi PRDM di RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya secara berterusan.

Ha ha ha ha... Langkah terdesak untuk psycho para penonton RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya agar termakan dengan pembohongan mereka. Ini juga dilihat sebagai langkah memperbodoh mereka yang memang bodoh. Sebab... yang menonton RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya ialah para penyokong parti gerombolan UMporNO.

Orang lain yang menonton RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya, kalau menonton pun.... hanya untuk menghiburkan hati dan ketawa tengok lagak para badut yang buat 'persembahan'. Ini sebagai satu cara melegakan stress. Selepas bergelak ketawa melihat lawak badut-badut tersebut...... pasti legaaaaa!! Stress tiada lagi!!!

Fuuhh.... Banyak badut-badut yang handal berlakon dalam pentas politik di Malaysia. Mereka berpeluang mempamerkan persembahan dan lakonan mereka di RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya kerana mereka daripada production house yang sama iaitu UMporNO@BN Production House. Mereka ini.... pelawak bodoh first class. Sebab tu, Rais anak Yatim, promote giler-giler.... suruh rakyat tonton.

Setelah proses penggambaran selesai, kini.... RTM dan rangkaian yang sewaktu dengannya akan menayangkan drama berulang bertajuk Perhimpunan BERSIH 2.0 versi PRDM. Tayangan akan dibuat berulang-ulang dan berterusan bagi memperdaya golongan yang boleh diperbodohkan untuk mempercayai propaganda mereka.

Oleh itu, siapa yang menganggap dan rasa diri mereka bodoh dan suka diperbodoh-bodohkan, silalah tonton RTM serta rangkaian-rangkaian yang sewaktu dengannya. Kalau termiss tak per.... kerana tayangan ulangan akan menyusul. Selamat menonton!!

[sumber]

Tiada ulasan: