A Mum Of Three Mohd |
- Kerajaan 1Malaysia agen perosak!!
- Daftar Pemilih Kotor
- Haiyooo.... Gila babi mali!!
- Riaknya dia...
- 'Green' Money
- Hari yang tak syok
- UMporNO's Nightmare
- YES! YES!! YEEES!!!
Kerajaan 1Malaysia agen perosak!! Posted: 01 Jul 2011 09:00 AM PDT Astaghfirullahalazim... baru tingkatan satu dah pandai?? Weh... itu baru satu kes. Sebenarnya, kes berkaitan seks ini sudah banyak berlaku. Lebih menyedihkan, ia melibat para pelajar sekolah. Sekarang ni, bebudak yang masih di sekolah rendah pun dah pandai tentang benda-benda dalam 'kain' ni. Yang dok di sekolah menengah, lagi ler terrer. Serba serbi depa tahu. Advance oooo.... Tak caya... di bawah ini buktinya: KANGAR, 1 Julai — Seorang pelajar tingkatan satu ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pondok kosong di belakang rumah suspek di Kampung Bakong, Jejawi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya. Menurut laporan Bernama Online, suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Arau ditahan malam tadi selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada kira-kira 6.25 petang semalam. Ibu kanak-kanak itu yang berumur 28 tahun dan yang bekerja sebagai tukang cuci membuat laporan itu selepas anaknya menceritakan kejadian itu dengan mengatakan bahawa suspek yang di panggil 'abang' melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya. Katanya, murid prasekolah itu memberitahu ibunya kejadian liwat itu berlaku petang semalam di sebuah pondok kosong di belakang rumah suspek.-MI Aha.... jangan hangpa tak tahu, gejala ini akan semakin menjadi-jadi dengan pemberian netbook 1Malaysia kepada para pelajar. Bukan semua bebudak ini menggunakannya secara positif tetapi lebih menggunakannya untuk meng-surf bahan-bahan pornografik di internet. Selain itu, masa mereka akan terbazir sia-sia dengan ber-facebook. Nak digunapakai dalam kelas pun rasanya tak sesuai. Ada pelajar yang ber-netbook dan ada yang tiada. Nak mengajar macam mana dan nak belajar macam mana?? Tambahan pulak, bukan seluruh pelusuk sekolah yang boleh akses internet, especially di sekolah-sekolah harian biasa di kawasan luar bandar dan spara bandar. Well... what to do, kerana itulah yang kerajaan 1Malaysia pimpinan UMporNO maukan. Lekakan anak bangsa kita dengan gejala seumpama itu. Makin haprak anak bangsa dari kalangan rakyat marhaen... lagi baik untuk UMporNO. Anak-anak yang rosak minda mereka lebih senang di-kunta-kinte-kan dan ini akan memudahkan UMporNO untuk terus berpaut pada kuasa. Pemberian netbook 1Malaysia ini lebih mendatang keburukan daripada kebaikan kerana ia berpotensi menghancurkan masa depan para pelajar. Mana taknya... asyik surf internet jer, belajar ke mana... hapa ke mana. Yang untung, para kroni yang dapat tender supply netbook ni. Banyak untung ooooo.... Kalau nak bagi pun... bagilah pada mereka yang berjaya menyambung belajar ke IPTA atau IPTS atau mana-mana pusat pengajian tinggi selepas SPM atau STPM. Bebudak tu lebih memerlukannya kerana ia sudah menjadi satu keperluan kepada mereka. Emmmm.... Tak tahu ler macam mana akai orang politik dalam kerajaan 1Malaysia ni. Patut ler standard pendidikan di negara ini tak berkualiti. Terlalu banyak politiking... Nampak sangat pemberian netbook ini lebih kepada nak cari publisiti dan untuk memancing undi. Sebabnya.... terhegeh-hegehlah wakil-wakil rakyat UMporNO buat majlis untuk menyampaikannya kepada para pelajar. Masa nak ambik pulak tu... mesti bawak mak ayah mereka. Kononnya... UMporNO@BN ler yang hebat. Ha ha ha ha... Hebat sebat duit rakyat dan hebat merosakkan minda dan moral para pelajar kita. Gilerr.... Gilerrr... Habis semua sistem pentadbiran di negara dipolitikkan. Macam mana ler ia tak rosak teruk. Hancuus...!! Hancuuss!! Itu sebab... kita perlu berubah. Ubah untuk selamatkan Malaysia dari terus parah, dirogol dan diliwat oleh politikus-politikus berjenama UMporNO ni!! Yes... Vote For Change!! Bersama kita kuburkan UMporNO!! |
Posted: 01 Jul 2011 06:45 AM PDT Kah kah kah kah.... Kih kih kih kih.... Ini satu kes lagi... Kalau satu mungkin kesilapan, tetapi kalau sudah banyak, apa lagi...??? Tipu.. Tipu... Tipu.... Woit...!! Mau tipu, ka??? SEBERANG JAYA 1 JULAI : Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India dalam contoh terbaru daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdedah kepada penyelwengan. Pendedahan itu turut sekali gus mengukuhkan keperluan diadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk mendesak SPR dan kerajaan memastikan pilihanraya umum ke 13 dijalankan secara telus dan adil. Seorang bloger bergelar Anak Sungei Derhaka mendedahkan daftar pengundi SPR menunjukkan 88 pengundi Melayu dan India didaftarkan di alamat No 1155, Kampung Bagan Serai. Kesemua mereka didaftar untuk mengundi di kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka turut didaftar untuk mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya. Selain itu, daftar SPR juga menunjukkan 64 pengundi Melayu dan India didaftarkan No 1138, Kampung Bagan Serai. Pemerikasaan Anak Sungei Derhaka mendedahkan dua alamat itu membabitkan dua rumah kecil papan. Gambar-gambar rumah berkenaan disiarkan di laman web darisungeiderhaka.blogspot.com. Bloger berkenaan membidas Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar kerana membidas Bersih tanpa mengakui kepincangan dalam daftar pengundi. "Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu," kata beliau. "Jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi di dalamnya dan bagaimanapun sebuah lagi rumah yang berada di kawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula," tambahnya. Semalam Wan Ahmad mendakwa himpunan Bersih diperalatkan oleh Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mendedahkan rumah emaknya didaftarkan di bawah nama enam pengundi Melayu dan Cina untuk membuang undi pada PRU akan datang. SPR bagaimanapun meremehkan isu "pengundi hantu" walaupun masalah itu telah berlarutan lebih lima dekad. -TVSNews |
Posted: 01 Jul 2011 04:54 AM PDT Aaaikkk.... Senator Senatak al-Sesumpah pun berdemo sama Selangor mari, Penang pergi. Kenapa, ya?? Ha ha ha ha .... Kalau UMporNO@BN kalah, soru miss, you!! Ezam yang dah tak laku, mati kutu ler you... Menangis tak berlagu... Hu hu hu hu.... Mereka ni hal satu lagi.... Amat berbulu sama Guan Eng, wa cakap lu... Guan Eng jahat no. 1 Ha ha ha ha... Lu olang punyia fitnah talak laku UMporNO Penang, olang talak mau Pakatan Lakyat.... Wahh... manyiak best oooo... PRU 13 mali, bye-bye UMporNO!! [Ceritanya di sini] |
Posted: 30 Jun 2011 10:00 PM PDT Piem 1Malaysia yang sedang mengeletaq lutut... cuba talk big dengan mengatakan yang UMporNO pun mampu mengerahkan 3 juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan. Ceeewaahh.... tak nak kalah dia weh!! Don't play-play, 3 juta anggota oooo... wa cakap lu. Tarak tipu punya. Tak caya kalu... lu baca sini. Nak tanya sikit, yang dikerah tu, datang dengan rela hati dan menggunakan ongkos mereka sendiri atau ditaja?? Fuuhhh... pasti banyak ongkosnya, kan?? Maklum ler nak mengangkut anggota mereka dari seluruh pelusuk negara. Makcik-makcik dan pakcik serta atuk nenek, anggota totok yang dah terbongkok-bongkok tu akan turut serta berjuang sama ke?? Ha ha ha.... kesian mereka!! Satu hal lagi, setahu aku ler... puak-puak dan juak-juak mereka ni, kalau fulus tak masuk, tak sior mereka. Got money... got talk, no money... boleh blah!! Pada mereka ... fulus adalah segala-galanya. Ha ha ha... yang bangsat dan kemaruk duit jer yang sanggup jadi barua mereka. Ada habuan... ada pergi. Tarak habuan... lain orang pigi cari!! Betoi tak...??? |
Posted: 30 Jun 2011 08:45 PM PDT Green rainforest.... green... emmmm.. cak!! Emmm cak apa?? Money..!! Money..!! Money...!! Dirty money!! Lots and lots of 'Green' money. No... No.. No... Pulangkan.... Pulangkan semula!! Kah kah kah kah.... [Ceritanya di sini] |
Posted: 30 Jun 2011 07:23 PM PDT Semalam bengang gilerr, sebab tak boleh nak bikin posting. Mula-mula tak boleh nak upload gambar, lepas tu langsung tak boleh nak publish N3. Apabila shut down computer dan nak cuba lagi.... hampeh, dashboard pulak tak boleh nak masuk!! Tak tau ler mengapa... Eeee... bengangnya!! Call 2nd Mohamad untuk minta tolong, tak dapat-dapat. So, call kengkawan. Rupanya, banyak yang menghadapi masalah yang sama. 'Blogger' yang problem kot... So, almost sepanjang hari semalam, nganga ler, takleh nak tulis apa-apa. Then.... malamnya try sekali lagi. Alhamdulillah.... boleh pulak. Dapat ler release 2 N3 yang tertangguh. Then... dia buat hal pulak. Geramnya aku!! Mampuih pi la... Layan pulak movie yang 2nd Mohamad download from internet. Tengah syok-syok tonton movie... F3M bagi tau message yang dia baru terima daripada seorang sahabat. La... Terus call 1st and 2nd Mohamad untuk 'sembang-sembang'. Well... malam pun dah semakin tua... mata pun dah tak larat nak buka, so... terus masuk bum-bum. Pagi ni, apabila bukak laptop dan nak buka blog.... terkejut bosar, blog dah lesap. Apa hal.... Apa nak buat ni?? Aku bukannya terror sangat bab-bab ni.. Call 2nd Mohamad... tak dapat-dapat. Aaaa.... sudah. But, luckily... at last dapat juga cakap dengan 2nd Mohamad dan tau ler sebab mengapa blog lesap. But... now dah ok dah. Thank you anakku... Muuaahh!! Sayang kamu. Itulah pengalaman mengacau fikiran dan mengusik jiwa yang berlaku semalam dan pagi ni. Kepada kengkawan sahabat blogger yang cuba membantu dengan pelbagai info... thank you very much. |
Posted: 30 Jun 2011 06:30 AM PDT Kerajaan 1Malaysia kini sudah tak brapa nak tidur lena kerana sering diganggu mimpi ngeri. Siang keriau.... malam mengingau!! MengGIGIL... keluar peluh jantan, beb!! Aha, mereka diserang, mimpi ngeri... Dalam mimpi tersebut, mereka disiut dengan unggun api yang dipegang oleh jutaan rakyat berbaju kuning yang mengelilingi mereka. Mereka ditolak dan diasak ke arah satu lubang besar. Ohh no... what lubang?? Ha ha ha ha.... LUBANG KUBUR!! Dalam lubang kubur itu ada Mubarak... ada Ben Ali... ada Marcos.. ada Firaun.... dan ada macam-macam malaon lagi. Ngeri... ngeri... tengok keadaan mereka dalam lubang yang gelap gulita itu. Aaaa.... itulah sebabnya sekarang kerajaan 1Malaysia yang diterajui oleh UMporNO, begitu fobia dengan T'shirt kuning yang BERSIH atau apa benda sekali pun yang BERSIH. Lepas tu... mereka juga fobiakan kebangkitan rakyat yang telah menumbangkan beberapa regime perompak harta rakyat iaitu diktator berkuku besi di Timur Tengah. Dulu.... mereka kata apa yang berlaku di sana tidak mungkin akan berlaku di sini. 1Malaysia tidak sama dengan sana. Mulut cakap bukan main macho, tetapi.... dari paras pinggang ke bawah, semuanya kucuutt.... dan menggigil!! Aaaaaa.... sekarang apabila ratusan jutaan rakyat nak berkumpul di Kelumpor, mereka mula teringat dan terbayangkan Mesir... Tunisia... Syria... Libya... Yemen... No, no, no.... this cannot happen here. Something must be done to stop it from happening here in BolehLand!! Sebab tu.... kerajaan 1Malaysia meroyan sakan dan menggunakan semua barua serta balaci ternakan mereka untuk bertindak. Kadang-kadang kesian juga nasib para balaci ini, terutamanya pak-pak dan abang-abang serta adik-adik polis. Mereka kena maki hamun dan yang kena sumpah seranah sedangkan mereka hanya menerima arahan datang dari ATAS. Bukan atas langit, ya?? Dari ORANG ATAS yang kotor, yang duduk nun di Putrajaya. Orang atas yang sedang mengalami fofia terlampau, yang diganggu mimpi ngeri dan yang takut kehilangan kuasa akibat tuntutan rakyat yang maukan pilihan raya yang BERSIH!! Mengapa mereka takut BERSIH?? Ha ha ha .... Sifirnya mudah. Kerana.... mereka KOTOR. Mereka selalu menang dengan taktik KOTOR. Balaci mereka yang merancang taktik dan strategi KOTOR ini ialah.... SPR dan JPN. Itulah persepsi rakyat. Kalau tak main KOTOR dalam pilihan raya, mengapa takut sangat dengan BERSIH dan tuntutan-tuntutannya yang hanya maukan beberapa langkah penambahbaikan dalam sistem, yang kini amat dicurigai. Apabila SPR buat degil.... maka rakyat turun. Mereka turun bukan untuk bikin huru-hara tetapi sekadar untuk menyampaikan hasrat mereka kepada Agong untuk mendapat keprihatinan baginda dalam isu ini. Itu saja... Why make a big fuss.. sampai nak ugut bunuh Pengerusi BERSIH dan kengkawannya?? Orang tua ada kata... Berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi.... orang yang buat salah akan berasa takut. Dalam kemelut BERSIH ini, siapa yang obvious nampak takut? Yang berani ialah BERSIH dan yang gelabah ketakutan ialah UMporNO@BN serta koncu-koncu mereka. Apa maknanya itu...?? Pakai akai... lu pikirlah sendiri. Mengapa meroyan sakan hingga tuduh orang itu dan ini... ugut rakyat... kaitkan pihak itu dan ini dengan komunis dan Kristian. Wei.... tak malu ke?? Astaqfirullahalazim.... Sampai tahap tu korang sanggup memperbodohkan diri sendiri. No maruah betoi ler korang ni. Sebab tu, rakyat tak respek kerajaan pimpinan Najib ni, malah mereka semakin meluat dan menyampah!! Amarah rakyat ini takkan terhenti setakat Himpunan Bersih ni jer, tetapi ia akan berlarutan. Tunggu jer PRU13 nanti... mereka akan translatekan kemarahan ini dalam undi mereka.Yes... the rakyat will VOTE UmporNO@BN out dan campakkannya ke dalam kubur. Bukan rakyat yang gali kubur itu..... tetapi puak-puak lahanat itu sendiri. |
Posted: 30 Jun 2011 05:07 AM PDT Tian Chua is still an MP@YB!! Bravo bro... Lawan Tetap Lawan!! KUALA LUMPUR, June 30 — PKR vice-president Chua Tian Chang will remain as Batu MP after the Dewan Rakyat Speaker said today he will follow a court judgment that wanted to avoid a by-election in the federal seat. Tan Sri Pandikar Amin Mulia told Parliament that he would hold to the doctrine of separation of powers and not deliberate on the judgment passed down by the High Court over Chua's conviction for biting a policeman. "That is the decision of the judge in the appeal. The doctrine of separation of powers clearly differentiates the three branches of government — the Executive, Legislative and Judiciary. Therefore, holding to this principle, this august House holds to the interpretation of the judge," he said. The Court of Appeal had in April rejected Chua's (picture) appeal against the conviction as it was filed after the 14-day window. The decision effectively upholds last year's High Court decision on his conviction and sentence of a RM2,000 fine or two months' jail, thus throwing his seat status into question. Under Article 48 of the Federal Constitution and preceding cases, Chua stands disqualified as an MP because he was fined "not less than" RM2,000. But Pandikar Amin said that according to paragraph 42 of the written judgment, judge Datuk Ghazali Cha had said that the fine of RM2,000 did not cause Chua to lose his seat as he considered a fine of RM2,001 and above only to trigger the clause in the constitution. "That was the judge's intention. Therefore YB Batu remains a member of Parliament," the Speaker said. Chua's status had been in doubt since the middle of last year and after his appeal failed in May, Barisan Nasional (BN) backbenchers had wanted to refer his status to the Dewan Rakyat. But Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said it would be "dishonourable" to disqualify Chua on the basis of the court judgment as it was against the intention of the judge. It was eventually left to Pandikar Amin to decide Chua's fate. -MI |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan