Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Israel within range of Iran’s missiles
- Pemenang Pertama Hiasan Luar Terindah ...?
- Gambar Terkini: Sungguh hebat ...?
- Kakak sendiri ...? Kaaahhhhh, kah kah ...?
- Hilang yang sukar dicari ganti
Israel within range of Iran’s missiles Posted: 01 Jul 2011 07:21 AM PDT "U.S. targets in the region and Israel are within the range of Iran's missiles," Amir Ali Hajizadeh, commander of the IRGC Aerospace Force, told reporters on Tuesday. Iran has repeatedly warned that it will not hesitate for a moment to retaliate forcefully if Israel does any attack against Iran. Hajizadeh said Israel is just 1,200 kilometers away from Iran while range of Iran's missiles is 2000 kilometers and this shows that "we can hit it (Israel) from Damghan or Semnan with our missiles." "The range of our missiles has been designed based on American bases in the region as well as the Zionist regime," Hajizadeh stated." Read more ... |
Pemenang Pertama Hiasan Luar Terindah ...? Posted: 01 Jul 2011 03:34 AM PDT |
Gambar Terkini: Sungguh hebat ...? Posted: 01 Jul 2011 01:33 AM PDT Di sini ... dan di sini ... |
Kakak sendiri ...? Kaaahhhhh, kah kah ...? Posted: 30 Jun 2011 08:00 PM PDT "Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008. Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini. Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali. Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing. "Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad. "Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini. Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka. " Sepenuhnya di sini .... Terbaru di sini ... |
Hilang yang sukar dicari ganti Posted: 30 Jun 2011 04:03 PM PDT Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan, ahli dan penyokong-penyokong PAS tidak gembira dengan Anwar, bagaimanapun, Almarhum dengan pantas dan berani menghulurkan tangan memberi pembelaan kepada Anwar sewaktu ditahan ISA. Mengimbau penglibatan Almarhum dalam politik, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar bersetuju bahawa tanpa pemikiran politik yang dimiliki Almarhum sudah tentu, tidak terbentuk landskap politik seperti mana pada hari ini. "Landskap politik hari ini adalah hasil daripada pemikiran yang jauh dan matang yang ada pada Allahyarham," kata Mahfuz ketika ditemui. Tambahnya, ekoran pemikiran politik Almarhum itu akhirnya terbentuk sebuah gerakan yang menghimpun seluruh badan bukan kerajaan dan parti politik yang dikenali sebagai Gerakan Keadilan Rakyat (Gerak). "Allahyarham telah melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA, bahkan beliau mempengerusikan mesyuarat dengan dihadiri oleh wakil dari PAS, DAP, PRM, ABIM, JIM, Suaram, dan PUM dengan mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA yang merupakan undang-undang mencabul hak asasi rakyat, " jelasnya. Katanya, inilah kejayaan PAS di bawah kepimpinan Almarhum apabila berjaya menggabungkan parti politik dan NGO sebagaimana dilihat pada sekarang." Sepenuhnya di sini ... |
You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan