Ahad, 24 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kalau harga TV 5 kupang, dah lama dia hancoq ....

Posted: 24 Jul 2011 10:43 PM PDT

oleh P HAYAT

Hampa menonton Buletin Utama TV3 yang melapurkan perkembangan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada siang hari Sabtu 9 Julai. Kalau 50 sen harga set TV sudah lama ia hancur. Ya, orang veteran yang tinggal jauh di utara tanah air macam saya ni, apa lagi yang dapat dilakukan selain daripada berdoa untuk kesejahteraan anak2 muda yang bersemangat ke KL sekalipun di ugut ditangkap.

Malah di TV sendiri disebut hampir 1,700 orang diheret ke balai. Jika yang ditangkap saja sudah hampir 2 ribu orang, masakan orang yang berhimpun hanya 6 ribu orang. Ha ha ha tergelak saya baca dakwaan sebuah akhbar pengampu.

Jadi, disamping berdoa, TV menjadi sumber maklumat. Memang seharian saya berdebar mengikuti perkembangan itu dengan iringan doa moga ia berupaya menjadi pemangkin ke arah pilihanraya bersih dan adil di negara tercinta ini. Itulah pakcik yang sudah tua ini dapat lakukan. Tapi 'hancus' punya TV, lapurannya buat jantung pakcik yang sudah sakit bertambah sakit.

Bagi rakyat yang mahu membuka sedikit minda agar bebas daripada media kongkongan pemerintah amat mudah membaca modus operandi tindakan polis bagi menggagalkan himpunan aman tersebut.

TV3 melapurkan keluhan warga kota terutama peniaga yang rugi jutaan ringgit kerana tiada pelanggan atau premis terpaksa ditutup, lantas dipersalahkan Himpunan Bersih 2.0 sebagai punca.

Hakikatnya pihak polis lah yang bertindak membabi buta menutup berpuluh2 jalan utama masuk ke KL dan memberi amaran keras untuk menangkap peserta himpunan.

Pengangkutan awam juga diarah menghadkan operasi atau membatalkan seluruh operasinya di pusat bandar KL pada hari itu. Skrin2 digital di lebuhraya juga buat pertama kalinya memaparkan amaran pihak polis agar rakyat tidak pergi ke perhimpunan itu. Ternyata ia adalah ugutan untuk menakut2kan rakyat yang hendak pergi ke perhimpunan tersebut.

Negara tiba2 menjadi seperti negara polis. Apa erti kemerdekaan, demokrasi dan keamanan yang dilaung2kan oleh UMNO BN kalau begini?

Malah dari awal lagi provokasi telah dilakukan kononnya telah dijumpai senjata2 berserta bahan2 untuk membuatnya dan baju T kuning bertulis 'BERSIH' sebagai justifikasi dengan himpunan tersebut.

Kemuncaknya, pastilah dengan mengkaldaikan media massa kongkongannya, khususnya surat khabar harian berbahasa melayu untuk melapurkan secara spekulatif dan provokatif bahawa KL hari itu akan diisytihar darurat. Habis, siapa yang berani bergerak lengang la KL.

Ini entah lah yang ke berapa kali akhbar Utusan Malaysia berani secara membabi buta mengambil risiko membuat berita spekulatif dan provokatif tanpa memikirkan risiko besar yang diundang oleh pemberitaan seperti itu. Etika kewartawanan dan pemberitaan di bakul sampahkan begitu sahaja oleh Utusan hanya semata mata kerana menurut telunjuk Umno BN kini yang sedang sakit tenat menggapai talian hayatnya. Utusan Malaysia hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya kerana ia telah menyebabkan warga KL menjadi panik. Amat wajar tindakan keras dikenakan keatas Utusan Malaysia.

Amat sadis lapuran TV3 menyatakan gedung2 perniagaan, kedai2, warung2 lengang dan rugi jutaan ringgit akibat perhimpunan BERSIH hakikatnya adalah disebabkan oleh tindakan polis yang menutup jalan dan menghalang warga memasuki pusat bandar.

Ia disebabkan juga provokasi melampau media massa sejak awal lagi yang memberi tekanan dan ketakutan keatas rakyat agar tidak menyertai perhimpunan, walaupun telah diberi jaminan oleh penganjur bahawa ia adalah perhimpunan aman seperti mana berjaya dianjurkan ketika BERSIH 1.0 pada 2007 lalu.

Ratusan ribu warga malah jika tiada sekatan matlamat 2 juta rakyat yang pastinya setiap orang membawa sekurang2nya RM100 bersedia untuk berbelanja di KL pada hari itu.

Justeru itu lah penggerak Himpunan Bersih dari awal lagi memberi jaminan  peniaga tidak akan rugi malah perniagaan akan untung berlipat kali ganda hatta yang menjual air sirap di tepi jalan tidak akan menang tangan pada hari itu.

Media tempatan mewawancaralah peniaga yang rugi itu yang sesetengahnya menyalahkan Himpunan Bersih. Ini lah modus operandi bagi mewujudkan situasi berkonflik antara peniaga dan penganjur Bersih, biarpun pencetus situasi  itu adalah pihak berkuasa.

Peniaga dan warga kota dibiarkan memarahi dan memaki hamun penganjur BERSIH 2.0. Lempar batu sembunyi tangan.

Justru tidak keterlaluan jika dikatakan tindakan pihak berkuasa itu mirip tindakan Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Yahudi menggunakan tektik yang sama menyekat, menutup jalan dan membuat tembok, membuat provokasi lalu kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin dipersalahkan keatas rakyat Palestin sendiri.

Apa pun hakikatya Himpunan Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamat secara minimum. Gerakan Himpunan Bersih 2.0 begitu mengggetar perasaan (touching). Ia menyentuh hati nurani rakyat yang cintakan kebebasan dari seluruh negara.

Tinjauan awal akhbar The Star membuat pungutan suara mendapati hampir 1.6 juta rakyat menyokong BERSIH 2.0 berbanding yang menentang hanya 14 ribu. Berhempas pulas pula pihak berkuasa samaada melalui polis atau media massa sejak awal lagi memberi penentangan terhadap Himpunan Bersih sudah cukup membuktikan Himpunan ini mendapat sokongan majoriti rakyat berbilang kaum tetapi disembunyikan.

Reaksi cemas dari awal itu pasti menggambarkan Umno BN begitu takut dan cemas dengan kebangkitan rakyat yang akan mempusarakan UMNO dari tampuk kuasa dalam masa terdekat.

Seperti ungkapan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga menjadi mangsa tangkapan, Himpunan Bersih 2.0 ini hanya mukadimah. Pastinya tsunami hebat akan berlaku bila2 masa bergantung kepada tindak balas pemerintah khususnya berhubung reformasi dalam proses pilihanraya.

Jika Najib Razak dalam kegelabahan boleh memberi ucapan tahniah kepada polis kerana dianggap satu kejayaan operasi mereka, maka rakyat juga boleh memberi ucapan tahniah dan syabas kepada lebih 50 ribu rakan mereka yang kental menyahut cabaran menjayakan perhimpunan tersebut. - Harakah

... biaq pi, baru padan dengan muka ... Air Asia malukan Najib

Posted: 24 Jul 2011 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerima tamparan hebat sekali lagi apabila syarikat tempatan paling terkemuka dan dikenali seluruh negara, Air Asia dilaporkan akan memindahkan pusat pengurusannya keluar daripada negara ke Indonesia.

Selepas memalukan negara di persada antarabangsa dengan cara tidak cerdik pengendalian Bersih 2.0 sehinggalah penahanan peguam hak asasi Perancis William Bourdon, Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib dan negara kini kena terpaksa berdepan pula dengan keputusan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang mengesahkan keputusan untuk memindahkan pusatnya ke Jakarta Khamis lalu, di Tokyo.

Laporan itu memetik Tony sebagai berkata langkah itu adalah untuk menaikkan taraf imej Air Asia sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara dan bukan sekadar syarikat penerbangan Malaysia.

Air Asia berkembang pesat ketika negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan dikaitkan juga dengan menantu beliau yang kini ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

"Saya tak tahu sama ada Najib diberitahu atau tidak. Tapi buat apa Tony harus peduli? Ada asas perniagaan yang cukup untuk berpindah ke Jakarta," kata seorang rakan perniagaan yang rapat dengan Tony.

Asia Sentinel turut menceritakan bahawa lawatan Najib ke tiga negara baru-baru ini hanya untuk memperbaiki imej negara selepas terjejas teruk akibat cara kerajaan pimpinannya mengendalikan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih.

"Seperti yang berlaku 1980-an, Malaysia turut meng'hitam'kan laporan mengenai perhimpunan tersebut dalam majalah The Economist," tulis laporan itu lagi.

Selepas itu, laporan itu berkata pada tanggal 23 Julai yang lalu, negara terpaksa berdepan dengan keputusan Suruhanjaya Diraja yang merumuskan bahawa 'seorang pembantu politik kepada seorang ahli politik pembangkang telah didesak sebegitu teruk dalam satu marathon soal-siasat kerana pembelanjaan pejabat sehingga beliau buang sendiri keluar daripada tingkap dan bunuh diri.'

Ini pula diikuti dengan penahanan Bourdon di KLIA yang akhirnya dihantar pulang ke Paris Jumaat lalu.

"Keputusan Air Asia untuk memindahkan ibu pejabatnya ialah satu propaganda negatif yang serius kepada pelan 1Malaysia Najib, yang merupakan satu usaha intensif untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Pada September 2010, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu pelan agresif untuk menggerakan beratus billion dalam pelaburan swasta untuk membawa negara keluar daripada perangkap golongan pendapatan sederhana, dan melipat gandakan pendapatkan untuk membawa Malaysia ke tahap negara membangun pada 2020," kata laporan tersebut.

Air Asia, kata Asia Sentinel mungkin merupakan syarikat kedua selepas Petronas yang mempunyai impak antarabangsa.

"Petronas telah melakukannya dengan mengiklankan dirinya semasa Formula 1 dan menaja sebuah kereta, di mana Tony juga melakukannya juga," tambah laporan itu lagi.

Air Asia yang dilancarkan pada tahun 2002 dengan hanya dua kapal terbang, kini memiliki 93 kapal terbang yang menakluki seluruh Asia. Selain itu, adanya juga Air AsiaX yang terbang ke Eropah, Jepun dan Korea. Sebelum ini, syarikat tersebut baru sahaja menempah 300 Airbus A30neos untuk mengembangkan penerbangannya ke luar Asia.

"Ini bukan sahaja merosakkan imej awam. Untuk 10 tahun yang lepas, berdasarkan report Reuters, syarikat swasta telah melabur sebanyak RM535 billion, berdasarkan data rasmi. Pelaburan swasta untuk Malaysia hanya 10 peratus daripada GDP, yang terendah di Asia dan satu pertiga daripada apa yang sebelum krisis kewangan Asean 1998. Kerajaan, menurut Reuters, menyumbangkan separuh daripada pelaburan di Malaysia," kata laporan tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah lama dibelenggu pengeluaran modal dari negara, yang sering dilihat sebagai satu indikasi ketidakpercayaan para peniaga terhadap negara, walaupun dalam kes Malaysia mungkin sebahagian besar itu berpunca daripada kecurian balak yang keluar daripada negara melalui Sarawak dan Sabah.

"Walaupun begitu, laporan Global Financial yang berpusat di Amerika Syarikat telah menjangkau dalam satu laporan 2010 bahawa sebanyak RM888 billion telah keluar daripada negara antara tahun 2000 sehingga 2008.

Pengeluaran wang haram secara amnya melibatkan pemindahan wang yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah dan usaha untuk kekayaan tempat perlindungan daripada pihak berkuasa cukai.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat keputusan untuk memindahkan ibu pejabat Air Asia ke Jakarta, ini jawapan Tony.

"Asean berpusat di Jakarta, dan Indonesia bakal menjadi ekonomi terbesar di Asean dalam masa yang akan datang… dan saya suka di sini," kata Tony dipetik Asia Sentinel.

Jawapan Tony, kata laporan itu sudah menunjukkan bahawa beliau telahpun membeli sebuah rumah yang baru di Jakarta. Namun yang lebih penting, adakah ini turut menunjukkan bahawa ekonomi negara semakin malap di bawah kepimpinan Najib?





BERSIH 2.0 : Kau menang kerana kami patuh kepada janji untuk berhimpun secara aman

Posted: 24 Jul 2011 06:55 AM PDT

... Pada ketika ini, seorang pemuda Melayu yang kurus, berbaju belang hitam-kuning, memakai cermin mata, dengan beg merah, dan bekas air berwarna kuning - melangkah ke depan dengan perlahan-lahan. Beliau duduk pada jarak lima meter di depan FRU. Beliau mengangkat tangannya yang sedang menggenggam. Beliau duduk senyap di situ. Genggaman itu bukan untuk protes. Saya yang berada di belakangnya nampak dengan jelas, posisinya itu membawa makna bahawa beliau sedang menunggu polis untuk menggarinya.

Beliau memilih untuk tidak menentang ketika berdepan dengan kekerasan FRU. Beliau berseorangan di situ untuk beberapa minit. Ada orang yang menjerit, "Cepat bawa dia balik, jangan biar dia ditangkap!" Tiga orang kawan Melayu dengan cepat membimbingnya untuk balik ke kelompok manusia. Beliau tidak meronta, beliau menurut saja. - SETERUSNYA


Tiada ulasan: