Kelab Greenboc |
- Siapa Yang Tidak Hormat Suruhanjaya Diraja Kalau Bukan Kerajaan UMNO BN Sendiri?
- Tiada Sambutan Di Himpunan BERS✔H: Ibrahim Ali Akur Selangor & Perak Kekal Bawah PR
- Ngeri: Guru Tercampak Keluar Dari Kenderaan Dalam Kemalangan
- [Video] Fenomena Ganjil: Air Terjun Bergerak Ke Udara
- Kezaliman Berakhir Hanya Selepas BN Berkubur
- Isu Langgar Mat Sabu : Video & Salinan Laporan Polis Ini Bukti Polis Berbohong !
- Kelantan Dahului Perkenal Hari Hiburan Islam
- Kes Teoh: Nazri Akui SPRM Pincang, Kit Siang Dakwa Kerajaan Tidak Serius
- Kerajaan Bermadah Helah Guna Biometrik Tolak Dakwat Kekal
- Lepas Geram Tak Dapat Masuk KL 9 Julai, Aktivis Berarak Semula Untuk BERS✔H
- Muhyiddin Cuba Paksa Rakyat Terima Video PDRM Yang "Very Low Class" Itu
Siapa Yang Tidak Hormat Suruhanjaya Diraja Kalau Bukan Kerajaan UMNO BN Sendiri? Posted: 25 Jul 2011 01:00 AM PDT Pihak Tidak Terima Keputusan Beng Hock Bunuh Diri Ibarat Cuba Perlekeh Suruhanjaya Diraja KUALA LUMPUR: Pihak yang tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor itu membunuh diri, dilihat seolah-olah cuba memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut. Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syed Akhbar Ali berkata tindakan itu juga boleh dianggap seperti tidak menghormati segala undang-undang yang terdapat di negara ini. "Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh terima keputusan tersebut pada hal suruhanjaya itu ditubuhkan atas kehendak orang ramai dan mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan negara. "Sekiranya mereka terima keputusan bila suka dan tolak keputusan apabila ia tidak berpihak kepada mereka, maka mereka tidak memberi penghormatan kepada penubuhan suruhanjaya," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa majlis itu tidak bersetuju dengan keputusan suruhanjaya yang mengatakan bahawa Teoh didapati membunuh diri kerana ia tidak disokong dengan bukti-bukti. Ketika ditanya mengenai kenyataan Lim yang mahukan penguatkuasa SPRM yang terlibat dengan kematian Teoh itu dikenakan tindakan, Syed Akhbar yang juga Presiden Blog House berkata adalah tidak wajar untuk menuding jari mencari kesalahan orang lain. "Kalau nak tuding jari pada orang lain susahlah ini kerana keputusan mendapati Teoh bunuh diri dan bukannya dibunuh. Malaysia sebuah negara yang bebas dan demokrasi jadi kita kena terima keputusan tersebut," katanya. Beliau berkata terpulang sama ada Majlis Peguam ingin merayu atau mencabar keputusan itu di mahkamah kerana ia merupakan hak mereka, bagaimanapun sekiranya keputusan itu tetap tidak berubah, maka mereka perlu menerima dengan hati yang terbuka. Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Profesor Madya Abd Halim Sidek berkata siasatan perlu dijalankan mengenai dakwaan Majlis Peguam bahawa Teoh mati akibat kecuaian pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan berkenaan. "Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya betul Teoh bunuh diri akibat salah laku pegawai SPRM dan seterusnya mereka perlu disabitkan kesalahan di mahkamah. "Saya fikir kenyataan presiden Majlis Peguam itu adalah terlalu awal dan dia tidak perlu terus memberikan keputusan, mereka perlu bersabar dan tunggu (siasatan dijalankan)," katanya. Abd Halim yang juga Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa, Institut Pemikiran dan Kepimpinan UiTM berkata pihak berkenaan juga tidak seharusnya meyangkal keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja memandangkan ia ditubuhkan atas permintaan mereka. "Suruhanjaya ini ditubuhkan atas permintaan keluarga, badan bukan kerajaan, peguam dan Majlis Peguam sendiri dan kerajaan telah beri pertimbangan yang amat prihatin mengenai isu berkenaan. "Anggotanya yang dilantik Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) terdiri daripada mereka berpengalaman luas serta pakar dalam bidang tertentu. Jadi mereka tidak boleh menyangkal dan perlu terima hakikat," katanya.- BERNAMA Ulasan GB Siapa yang selama ini tidak menghormati Suruhanjaya DIraja jika bukan Kerajaaan UMNO BN sendiri? Di dalam kes Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan didapati TIDAK MELAKSANAKAN 7 cadangan yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya. Bukankah itu bererti memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya tersebut? Begitu juga di dalam kes Suruhanjaya Diraja Siasatan kes VK Lingham. Kerajaan juga dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak terikat untuk bertindak terhadap hasil siasatan dan cadangan Suruhanjaya berkenaan. Kini di dalam kes Siasatan Kematian Teoh, mengapa anda hendak mengikat pihak lain sedangkan kerajaan UMNO BN sendiri telah melanggar Suruhanjaya berkali-kali? Jangan hanya pandai menuding ke arah orang lain sednagkan empat jari menuding kepada pihak sendiri. Ini buktinya: |
Tiada Sambutan Di Himpunan BERS✔H: Ibrahim Ali Akur Selangor & Perak Kekal Bawah PR Posted: 25 Jul 2011 12:05 AM PDT Himpunan 9 Julai, Ibrahim Ali kecewa "Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya," katanya SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali melahirkan kekecewaan kerana kehadiran anggotanya ketika perhimpunan di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu adalah kurang menggalakkan. "Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir. "Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa. "Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya," katanya katanya dalam majlis penutup Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2010 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam. Pada perhimpunan 9 Julai lalu Perkasa memutuskan untuk bersiar-siar di Tasik Titiwangsa setelah permit mereka ditolak pihak polis. Menyentuh mengenai kegagalan itu Ibrahim Ali berkata sekiranya perkara tersebut masih berterusan di kalangan anggota Perkasa tidak hairan sekiranya dua negeri iaitu Perak dan Selangor akan kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Politik Melayu Menurut beliau kehadiran anggota Perkasa bagi kedua-dua negeri itu memberi makna besar kepada kelestarian kuasa politik Melayu. "Kita tidak pandai putar belit seperti mereka…sampai akhirnya polis kena tayang video. Dulu mereka minta Suruhanjaya Diraja untuk kes Teoh Beng Hock, tapi bila dah tubuh mereka kata Suruhanjaya tidak betul. "Jika dilihatlah peringkat bawahan keadaan seperti ini saya tidak taruh harapan terhadap Selangor. "Kehadiran anggota di Perak dan Selangor memberi makna.. tidak perlu saya ulas kerana Perak dan Selangor kita perlu kuat untuk mendukung kuasa politik kekal terhadap orang Melayu. "Tetapi jika ini keadaannya..saya tidak menaruh harapan malah Selangor akan jadi seperti Pulau Pinang dalam proses. "Kalau Selangor gagal kita ambil alih, satu penggal lagi ia akan jadi pintu masuk kepada Pakatan… pada masa itu 23 tahun pun belum tentu kita dapat tawan maka memekiklah kita," katanya kepada kira-kira 500 anggota yang hadir. -FMT |
Ngeri: Guru Tercampak Keluar Dari Kenderaan Dalam Kemalangan Posted: 24 Jul 2011 10:55 PM PDT Guru maut SUV bertembung pikap KOTA TINGGI: Dua saudara angkat tercampak keluar dari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki selepas bertembung sebuah pikap Toyota Hilux, menyebabkan seorang daripada mereka maut di Kilometer 33.7, Jalan Johor Bahru-Mersing, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Nor Zakiah Umar, 29, yang baru selesai menghadiri kursus di Sekolah Kebangsaan Alai, Merlimau, Melaka, dalam perjalanan ke Johor Bahru bersama adik angkatnya, Azuanurhuda Abd Rahman, 24, juga seorang guru. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan ke Kota Tinggi untuk membeli belah, namun apabila tiba di tempat kejadian Toyota Rush dipandu Zakiah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung Toyota Hilux berkenaan. -BH
|
[Video] Fenomena Ganjil: Air Terjun Bergerak Ke Udara Posted: 24 Jul 2011 09:30 PM PDT Sydney - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu. Gambar: PERCIKAN air terjun yang bergerak ke udara akibat tiupan angin kencang di Sydney pada minggu lalu. Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube. Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan. Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara. Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam. Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita. "Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Agensi |
Kezaliman Berakhir Hanya Selepas BN Berkubur Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT Isteri kepada salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr D Jeyakumar, R Mohana Rani menyifatkan hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan. "Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional,"kata beliau dalam satu ceramah di Ipoh. Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah". Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong. Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif. Walau bagaimanapun, peguam kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu. Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan. Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan. "Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan, angkat tangan anda (sebagai sokongan),"kata Kit Siang. -tvsnews Ulasan GB Semakin ramai yang menyedari bahawa polis dan kerajaan BN itu kejam dan zalim. Selepas perhimpunan Bersih tempohari yang turut berkata demikian ialah sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, yang secara tajam menyatakan Najib memang kejamlah... Polis, Najib dan UMNO nak nafi apa dan bagaimana lagi? |
Isu Langgar Mat Sabu : Video & Salinan Laporan Polis Ini Bukti Polis Berbohong ! Posted: 24 Jul 2011 05:50 PM PDT Pembohongan pihak polis dalam isu langgar Mat Sabu terbongkar lagi.Dalam kenyataannya pada Suhakam (rujuk video di bawah) dan loporan polis yang dibuat sebelum video polis dikeluarkan Mat Sabu dengan jelas menyatakan bahawa beliau dilanggar proton waja polis. Sedangkan dalam video yang dikeluarkan pihak polis (rujuk video di bawah), polis menyatakan bahawa Mat Sabu mendakwa dilanggar pajero, sedangkan video itu menunjukkan beliau tidak dilanggar. Mat Sabu tidak pernah menyebut beliau dilanggar oleh Pajero samada dalam kenyataannya pada Suhakam atau laporan polis yang dibuat. Apa yang beliau nyatakan adalah "DILANGGAR OLEH PROTON WAJA." Apakah pihak polis tidak melihat laporan polis yang dibuat oleh Mat Sabu ??? nampaknya mereka kantoi lagiii !!!! -malaysiaberih blog Kenyataan Mat Sabu kepada Suhakam sebelum video polis dikeluarkan Video yang dikeluarkan Polis yang menyatakan Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero polis seperti yang didakwa Salinan laporan polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 13/7/2011 (untuk besarkan klik pada imej) Petikan dari laporan polis yang dibuat dengan jelas menyebut Mat Sabu dilanggar oleh Proton Waja bukannya Pajero (Untuk besarkan klik pada imej) Ulasan GB Yang ketara ialah penipuan polis iaitu memusingkan cerita dengan berkata: Mat Sabu tak dilanggar oleh PAJERO polis. Memanglah demikian sebab Mat Sabu dilanggar oleh kereta WAJA, bukan PAJERO. Saat untuk UMNO dan para pencacainya bergembira hanyalah beberapa ketika. Lepas itu semuanya bakal bermuram durja! |
Kelantan Dahului Perkenal Hari Hiburan Islam Posted: 24 Jul 2011 03:15 PM PDT Kelantan pertahan hiburan berkonsep Islam KOTA BHARU, 24 Julai: Sebelum ini orang ramai tidak pernah disajikan dengan program hiburan berkonsep Islam, sehingga generasi muda lebih terdedah kepada hiburan diimport dari barat. Kesannya budaya hiburan dimanifestasikan dalam kehidupan rakyat Malaysia lebih terarah kepada unsur-unsur negetif. Menyedari kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu berusaha merintis hiburan berkonsep Islam untuk dihidangkan kepada rakyat. Pelbagai usaha dilakukan bagi melahirkan hiburan berkonsep baru yang lebih mementingkan nilai timur dan agama. Kini program itu mulai subur dan berupaya menarik minat generasi muda. Persembahan diadakan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998, di antara kriterianya mengasingkan penonton lain jantina dan artis perempuan tidak dibenarkan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan Kelantan berusaha membawa perubahan dengan memperkenalkan hiburan berkonsep Islam. "Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen. Program-program hiburan berbentuk Islam sudah acap kali diadakan di sini. "Dan menjelang Ramadan ini program tayangan filem Dalam Mihrab Cinta dan Bicara Selebriti pula akan diadakan di Balai Islam Lundang," katanya di sini. Tayangan filem Dalam Mihrab Cinta akan diadakan pada jam 9 pada 29 Julai ini. Manakala malam keesokannya pula program Bicara Selebriti bertajuk "Indahnya HidayahMU" akan menampilkan pensyarah USM, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selebriti tanah air, Wardina Safiyyah, pemuzik, Sham Kamikaze dan pendakwah, Ustaz Hasrizal Jamil. Amin Idris iaitu selebriti TV Al-Hijrah akan bertindak sebagai moderator. Program berkenaan dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd dan Al-Quds Travel Sdn Bhd. Ahmad Baihaki yang Adun Pasir Tumbuh berkata, program berkenaan dilihat berupaya memberi ketenangan, mendidik jiwa dan merapatkan tautan hati generasi muda dengan Allah SWT. |
Kes Teoh: Nazri Akui SPRM Pincang, Kit Siang Dakwa Kerajaan Tidak Serius Posted: 24 Jul 2011 08:15 AM PDT Nazri: 'Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard' KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidak mati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian. Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada. Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada. Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan. "Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan," kata Nazri sambil menambah, "saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja." "Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu," katanya lagi. Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan. "Ikut dan contohilah mereka," kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini. "Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik," kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini. Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa. "Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku. "Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan," katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri. "Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah," katanya lagi. Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan. "Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah," katanya. -TMI
Ulasan GB GB sudah menyatakan sebelum ini, sekalipun agak sukar diterima kenyataan Teoh Beng Hock membunuh diri seperti yang diutarakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, namun faktanya bahawa Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Bunuh diri" hanyalah andaian. Itu kata GB, disokong oleh kenyataan dari Majlis Peguam yang menyatakan bahawa "membunuh diri" sebagai penyebab kematian Teoh Beng Hock tidak disandarkan kepada fakta. Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim (dari Majlis Peguam) juga berkata penemuan suruhanjaya itu (mengenai kejadian membunuh diri") juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan. -mk Tetapi penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan Teoh tertekan lantas perlu menyelamatkan diri, bukan membunuh diri.
Lim Kit Siang mahu kesemua pegawai SPRM yang terlibat menyoalsiasat Teoh dikenakan tindakan bukan sekadar 3 orang kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Beng Hock di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu. Ia bertepatan dengan permintaan GB sebelum ini. Dari awal lagi GB sudah suruh siasat pegawai-pegawai SPRM itu di bawah tajuk entri berbunyi Pegawai SPRM Ditegur Suruhanjaya, Siasat Lelaki Ini! dan tajuk entri Pegawai SPRM Berambut Panjang Ini Hanya Mengandaikan Teoh Yang Berbaring Di Sofa. Lebih tertolak ialah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis. Hal yang sama juga patut dilihat di dalam kes kematian Ahmad Sarbani. Kerana sudah ada beberapa bukti bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak menyatakan hal sebenar dan siapa yang musnahkan rakaman cctv sewaktu soal-siasat Sarbani dijalankan perlu dikenakan tindakan. Dan seperkara yang perlu diberi perhatian ialah berapa perbelanjaan yang dikeluarkan membayar ahli-ahli patologi (termasuk dari Amerika) dan peguam SPRM oleh kerajaan. Hal ini perlu didedahkan kerana ia membabitkan wang rakyat. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu mendesak kerajaan menjawabnya di Parlimen. |
Kerajaan Bermadah Helah Guna Biometrik Tolak Dakwat Kekal Posted: 24 Jul 2011 06:00 AM PDT Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal? -IDEAS SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai. Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini. "Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal. "Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan," katanya kepada Tv Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13. Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat. "Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata. Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan. "Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi. Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini. "Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian," tegas Wan Saiful. "Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi. Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya. Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih. Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. -tvsnews Ulasan GB Sebentar tadi GB sudah ulas hal ini. Petikan: SISTEM BIOMETRIK boleh dianggap sebagai langkah penipuan tahap tertinggi. Kerana tidak mustahil sesorang pengundi itu boleh mengundi LEBIH DARI SEKALI. Biometrik hanya mengesahkan data pengundi. Malah pemprogramman untuk mesin biometrik itu juga boleh dibuat untuk MENIPU sepertimana "salami slicing" boleh dilakukan oleh pemprogrammer bank untuk mencuri duit bank (ingat kes Aman Shah!) Tiada JAMINAN sistem biometrik itu tidak boleh dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan. Justeru itu kaedah BIOMETRIK yang cuba dilaksanakan perlu dilakukan semakan oleh sebuah badan bebas oleh panel pakar terlebih dahulu sebelum ianya digunakan selain daripada pilot testing sebelum ia menemui kebuntuan dan kegagalan semasa ia digunakan. Walaupun kaedah dakwat kekal dikatakan kaedah "terkebelakang" sedangkan ianya lebih effektif dan effisyen maka tiada sebab ia tidak boleh digunakan. Pengenalan BIOMETRIK hanyalah helah pihak SPR untuk mengelak dari penggunaan dakwat kekal yang menjamin pilihanraya yang lebih telus, bersih dan adil. |
Lepas Geram Tak Dapat Masuk KL 9 Julai, Aktivis Berarak Semula Untuk BERS✔H Posted: 24 Jul 2011 04:20 AM PDT Aktivis 'kembali semula' ke laluan perhimpunan 9 Julai Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai. Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO). Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock". Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna - menarik perhatian orang ramai dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan. Kira-kira lima kereta peronda dan sembilan motosikal polis memantau perarakan selama dua jam itu, yang dibenarkan bergerak tanpa halangan. Perarakan 'mini' itu adalah satu penghormatan kepada semua mereka yang ditahan atau gagal memasuki bandaraya pada 9 Julai disebabkan oleh sekatan polis, kata Fui Lien Cheng (kiri) dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH). Hampir 1,700 orang ditahan pada hari Sabtu lebih dua minggu lalu apabila kira-kira 50,000 berhimpun di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menuntut pembaharuan pilihan raya. -mk Ulasan GB Melayukah mereka? Bukan! Rata-rata mereka berbangsa Cina. Terhapuslah tuduhan menyatakan hanya bangsa Melayu yang sibuk-sibuk hendak berdemo pada 9 Julai lalu. Kedua, jika tiada sekatan dan kacauganggu oleh pihak polis, suasana perhimpunan adalah aman. Perarakan mini tersebut adalah replika kepada perhimpunan aman 9 Julai lalu. Ketiga, jika BERSIH 3.0 dilancarkan, bukan 5 ribu, bukan 50 ribu tetapi 500,000 pun boleh turun dan berhimpun menuntut pilihanraya BERSIH. Perlu diingat, jika tekanan dan penipuan pihak kerajaan dan polis sudah berada pada tahap "amat melampau", GB rasa rakyat sudah tidak lagi takut dengan apa juga kemungkinan walaupun dihalakan meriam berpeluru ke arah mereka. |
Muhyiddin Cuba Paksa Rakyat Terima Video PDRM Yang "Very Low Class" Itu Posted: 24 Jul 2011 01:30 AM PDT Video PDRM Paparkan Situasi Sebenar Perhimpunan Haram 9 Julai – Muhyiddin MELAKA: Rakaman video pada perhimpunan haram 9 Julai lepas yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu. "Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh di sini Sabtu. Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye. "Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. Beliau berkata berbeza dengan pembangkang, polis menyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau diceduk dari mana-mana pihak kerana sekiranya polis berbuat begitu akan ada pihak-pihak yang mempertikai video polis itu. Katanya video itu menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda kerana kononnya dilanggar oleh van polis semasa perhimpunan haram itu. "Jadi kalau ketua parti PAS (Mohamad Sabu) berbohong, bagi PAS pembohongan itu halalkah," tanya Muhyiddin. Katanya pemimpin PAS itu mungkin terjatuh atau sebagainya tetapi ianya tidak sama sekali kerana tindakan polis. Mengenai laporan bahawa Mohamad Sabu akan memfailkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kekasaran pihak polis terhadapnya, Muhyiddin berkata "itu merupakan hak dia". Timbalan Perdana Menteri berkata video itu juga menjawab tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shin yang dijadikan isu sesetengah pihak serta insiden kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad. Sementara itu, Ismail ketika ditemui pemberita berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3. "Kita dah bagi dan serah kepada TV3 dan RTM dan kini terpulang kepada mereka (televisyen) untuk menyiarkan video itu kepada orang ramai," katanya. Beliau berkata tuduhan pembangkang terhadap polis berhubung isu perhimpunanharam itu bukan satu budaya yang baik untuk menjaga keamanan negara. – BERNAMA
Ulasan GB Kelakar Muhyiddin ni. Video yang diambil spontan kemudian dimuatnaik beberapa mnit selepas kejadian sudah tentulah lebih authentik dan asli daripada video PDRM yang telah disunting dan diedit kemudian setelah dua minggu kejadian baru dipertontonkan. Apa punya mentaliti menteri yang bertaraf guru tadika ini? Kalau nak menipu pun biarlah ada ilmu sedikit kerana nampak sangat hujjah TPM tersebut dangkal dan cuba nak memperbodohkan rakyat sepertimana UMNO telah memperbodohkan ahlinya selama ini. Rakyat kini sudah celik, pak menteri oi. Ini bukan zaman Tuanku Abdul Rahman jadi PM. Bukan zaman bapak Muhyiddin, Mohd Yassin namanya, membuka sebuah sekolah swasta di Muar, bukan zaman Datuk Senu menelefon Saadon Zubir bertanya "apa kau buat dalam pejabat kau hah?" Golongan menteri bermentaliti rendah dari kalangan UMNO/BN termasuk PM/TPM yang cuba memperbodohkan rakyat yang dah celik ini akan dibungkus oleh tsunami politik yang bakal melanda negara pada PRU13 akan datang ini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan