Rabu, 20 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : FRU guna gas pemedih mata Israel, Latheefa pertahan dakwaan

Posted: 20 Jul 2011 10:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan yang diperolehi ketika serangan gas pemedih mata itu dilakukan pada himpunan Bersih 2.0.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

"Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

"Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.

Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu yang dikeluarkan Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17182

Facebook : Dah lebih 200 ribu mahukan Najib letak jawatan ... tapi hahaha hanya 122 org yang mahu Najib tunggu

Posted: 20 Jul 2011 07:20 AM PDT

Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011) ... seterusnya

Peguam Peranchis bakal dedah pembunuhan Altantuya

Posted: 20 Jul 2011 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

"Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.







Serangan kanister gas : Percubaan untuk membunuh DSAI

Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry Jaafar Sidek membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD).

Laporan itu berhubung serangan kanister gas pemedih mata yang dilakukan polis terhadap Anwar dan Fayyadh ketika mereka berada di KL Sentral semasa perhimpunan aman Bersih 2.0.

Fayyadh mengalami kecederaan teruk dengan retak di tulang pipi sebelah kiri kerana cuba melindungi Anwar dalam serangan tersebut.

Menurut Surendran, tindakan polis itu susulan dari cubaan membunuh terhadap Anwar sejak 1998, termasuk usaha mensabotaj kereta yang dinaikinya bagi mengakibatkan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu.

"Sebab itu kita minta KDN dan kerajaan segera menyiasat perkara ini," kata Surendran.

Pada 10 Mei lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis berhubung insiden pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah menerima ugutan SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Anwar berundur dari politik.

Sumber :  http://www.keadilandaily.com/?p=17136

Ambiga - Wan Ahmad debat 26 Julai

Posted: 20 Jul 2011 12:36 AM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.

[Baca berita penuh]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thank уou for sharing your thoughtѕ.
I really appreciate your efforts and I will be wаiting
for youг next wrіte ups thanκ yοu once
agaіn.

my web site payday loans