Selasa, 19 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kerajaan penakut, tapis laporan berita

Posted: 19 Jul 2011 11:04 PM PDT

Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran berkata bahawa hanya negara yang dikuasai polis akan bertindak sedemikian dalam era internet kerana takut rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar.

Malah, katanya tindakan itu kurang cerdik dan tidak berkesan kerana laporan penuh majalah mingguan The Economist boleh diperolehi dengan mudah dari internet.

"Nampaknya kerajaan BN masih terikat dengan zaman kongkongan media dan menghidap sindrom menafikan kebenaran," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Para penganalisis laman-laman web yang membuat perbandingan di antara versi cetak yang ditapis dengan versi penuh di internet telah mendapati bahawa bahagian-bahagian yang dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah:

* "…dan seorang lelaki mati akibat sakit jantung" (…and one man died of a heart attack);

* "Perhimpunan itu kemudian diharamkan, walau pun pihak berkuasa menawarkan Bersih sebuah stadium untuk berhimpun – tetapi kemudian menarik balik tawaran itu" (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in – and then withdrew the offer);

* "Taktik keras polis mencetuskan kemarahan; kerajaan kemudian mengalah dengan membenarkan satu siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (yang dirakamkan melalui filem) polis kelihatan seperti menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital di mana peserta perhimpunan sedang berlindung daripada serangan cota polis" (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge). –

Pihak berkuasa masih menafikan mereka bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Polis juga enggan mengakui mereka telah menembak gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin walau pun beratus-ratus saksi termasuk doctor-doktor yang bertugas ketika itu telah tampil untuk mengesahkan kejadian itu. – Roketkini.com

BERSIH 2.0 : Ku Li sokong tuntutan Bersih

Posted: 19 Jul 2011 07:06 PM PDT

PETALING JAYA: Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah backed Bersih 2.0′s call for electoral reforms, describing them as "fair demands".

This puts him on collision course with the party's official line, which deems the polls watchdog as illegal and insisting that the country's election system is clean.

While many of his party members including Prime Minister Najib Razak are hellbent on demonising Bersih, the Kelantan prince said the demands made by the loose coalition of 62 NGOs should be heeded if the present administration genuinely advocates justice and fairness.

"I don't know what their intentions are. I don't know them personally but as a democrat… given that Umno itself had vowed to protect democracy in this country, it is a must to consider all their demands," he told a press conference in Gua Musang on Sunday.

"It is not like they are looking to topple the government," he added, referring to the repeated accusation by government leaders that Bersih's planned rally was a masked coup d'etat attempt.

The Najib administration also accused Bersih 2.0 of being an opposition stooge while Umno-owned Utusan Malaysia had gone as far as accusing the NGO of being "foreign agent" in a Western conspiracy to wrest federal power.

Razaleigh, affectionately known as Ku Li, suggested that it was normal for the opposition to support the group's demands.

"They want to put in their candidates and contest too so let the voters decide. If they decide to vote for the opposition, what can we do? That is the democratic right of the voters."

'How are we developed?'

Razaleigh, the Gua Musang MP, said one of Bersih's demands – a 21-day campaign period to replace the current seven to eight day period – is reasonable.

He cited Sarawak whose interiors are hard to access making campaigning extremely difficult for the opposition given its limited election machinery compared to Umno and Barisan Nasional's powerful resources.

He also said that it is rightful for the opposition to be given a level playing field in media coverage, which is also one of Bersih 2.0′s demands.

The government is forced to be on the defensive over its handling of the Bersih rally. The "heavy- handed" response to the July 9 peaceful gathering has compelled the authorities to go into damage control mode, with Najib himself having to deflect international criticism.

The clampdown on Bersih and opposition leaders received widespread coverage in the foreign media and brought negative international attention. Authorities used what Bersih leaders called "draconian" laws to arrest more than 1,700 Bersih supporters.

While most have been freed and some still being detained, Razaleigh criticised the use of such laws to quell dissent, saying it was a violation of human rights.

"How can we say we are developed when our mentality is not developed? Control here and control there… we can't do this. It is against human rights," he said. - FMT


Santai pagi : Ashraf - Mamat yang nak jadi minah ... Comel rupanya ...

Posted: 19 Jul 2011 05:54 PM PDT


Oleh Satiman Jamin, Zattul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah

KUALA TERENGGANU: "Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini," kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

"Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu," katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

"Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami," katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

"Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

"Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak," katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

"Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya," katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

"Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.
"Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

"Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama," katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

"Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar," katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

"Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf," katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

"Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan," katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

"Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman," katanya- Metro

STONE : Untuk Mak Yah dan keluarga, harap banyak bersabar dalan menghadapi situai sebegini. Ingat lah setiap apa yang berlaku sudah ditentukanNya, kita sekadar melakonkan nya saja ... semoga Mak Yah tabah menghadapi dugaan Nya ...

Catatan Tahanan PSM - Dua Lokap Dua Neraka

Posted: 19 Jul 2011 06:37 AM PDT

Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?

Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang

Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.


"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.

Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal...

*Soh Sook Hwa (gambar kanan) adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. - Merdeka Review

UiTM, ramai lagi tokoh kalau nak buat anugerah, tolong jangan Anugerah Ibrahim Ali ... apa sumbangan dia? rajin buat repot polis ada la .....

Posted: 19 Jul 2011 03:51 AM PDT

Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dibidas pelbagai pihak.

Penubuhan anugerah itu datang daripada Datuk Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA itu. Ia dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga adalah bekas pelajar UiTM dan menuntut dari tahun 1971 hingga 1974.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.

"Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!" kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.

Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

"Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal," katanya.

Berkongsi pendapat yang sama adalah setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan UiTM.

Katanya, Ibrahim tidak layak mendapat pengiktirafan seumpama itu.

"Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: