Sabtu, 2 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini dia kepala putaq alam UMporNO P. Pinang ... mai tengok ramai2

Posted: 02 Jul 2011 10:06 PM PDT

Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi Umno Pulau Pinang berbohong- Guan Eng

PULAU PINANG: Tindakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menafikan Umno Pulau Pinang terlibat dengan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai lalu adalah pembohongan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang," kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.

Beliau berpendapat Umno Pulau Pinang bersikap pengecut apabila menafikan penglibatan mereka sedangkan Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat sama dalam demonstrasi itu.

"Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, "baling batu sembunyi tangan"," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Zainal sepatutnya bersikap berani dan memohon maaf daripada orang ramai kerana penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas itu.

Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng turut menyelar tindakan Umno yang merestui Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan Guan Eng demonstrasi jalanan.

"Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?" kata Guan Eng.

Guan Eng turut menyatakan kekesalan beliau kerana akhbar arus perdana seperti New Straits Times (NST) bersubahat dengan Umno kerana langsung tidak melaporkan tangkapan terhadap Ezam Mohd Noor kerana terlibat dalam demonstrasi ganas itu.

"Tiada langsung berita oleh NST tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu," kata Guan Eng.

Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.

Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16411

STONE : Orang Tanjung jangan dok pecaya kat mamat  sekoq ni, kaki putaq, macam-macam depa putaq.

BERSIH 2.0 : TERKINI - Ahli Parlimen Bakri dan 5 yang lain ditangkap

Posted: 02 Jul 2011 09:23 PM PDT

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-t BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

- malaysiakini

Lim Guan Eng zalim

Posted: 02 Jul 2011 08:53 PM PDT

2 JULAI – Sekumpulan penyokong UMNO, Perkasa dan segolongan India Muslim telah mengadakan demonstrasi haram di ibu negeriPulau Pinang pada petangJumaat laludi mana mereka turut menyerang dua jurugambar.

Tujuan mereka mengadakan perhimpunan haram berkenaandengan membawa sepanduk "Pulau Pinang Hak Kami", "Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu" dan "Jangan Berani Bangkitkan Komunis", adalah membantah dan mengecam pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Selain mengadakan perarakan dalam bandar ke pejabat KetuaMenteri di Komtar, Georgetown, mereka juga berarak hingga ke Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan kesesakan lalulintas serta kedai-kedai di bandar ditutup.

Sepanjang demonstrasi haram itu, pihak polis hanya membiarkan sahaja mereka yang terlibat bermaharajalela di jalanan.
Hanya selepasia berakhir, barulah polis menahan lapan orang termasuk Senator EzamMohd Nor, bekas KetuaPemuda PKR yang sudah kembali menyertai UMNO, atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Perhimpunan haram itu adalah bertujuan mengecam "kezaliman" Guan Eng serta "mempertahankan Malaysia daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara".

Mungkin mereka yang berdemonstrasi itu menganggap Guan Eng telah menzalimi rakyat kerana:

•Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang Berjaya mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turutsejak 2008 atas amalan bebas rasuah dan urustadbir yang berasaskan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT);
•Kejayaan ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara di mana Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut. Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan negeri atau negara yang telah dipuji oleh Tranparency International di Malaysia kerana Berjaya memerangi rasuah;
•Melalui pengurusan kewangan yang baik membolehkan kerajaan negeri Pakatan mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, SekolahMubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh;
•Prestasi kewangan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tetapi juga telah menyelamatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang daripada menjadi muflis, malah mencatatkan sedikit lebihan pada 2008 dan seterusnya untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu lebihan RM3 juta pada 2008, RM15 juta (2009) dan RM23 juta (2010);
•Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarah dengan menduduki tempat pertama di Malaysia sebanyak RM12.2 bilion;
•Penurunan indeks jenayah yang tertinggi di Malaysia adalah di Pulau Pinang dengan penngurangan sebanyak 27 peratus;
•Pulau Pinang menduduki tempat pertama dalam sector pelancongan kesihatan dan pertumbuhan penumpang udara sebanyak 25 peratus di Negara ini;
•Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang membelanjakanRM20 juta untuk pemberian RM100 setiap seorang untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU);
•Waris si mati pula diberikan RM1,000 untuk jenazah. Program ini yang mendapat sambutan yang begitu popular di kalangan 115,000 daripada 130,000 warga emas atau 88 peratus di Pulau Pinang akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal;
•Kerajaan Pakatan dengan tajaan percuma syarikat swasta telah menyediakan 750 lokasi hot spot internet WiFi percuma di tempat awam. Kemudahan ini akan diperluaskan ke 750 lokasi lagi dengan bayaran kerajaan negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,500 lokasi demi mencapai hasratPulau Pinang sebagai negeriWiFi yang pertama di Malaysia;
•Dasar-dasarseperti No Free Plastic Bag Day dan mempergiatkan kempen kitar semula menunjukkan komitmen kearah menjadikan Pulau Pinang negeri hijau yang pertama di Malaysia. Pengurangan sisa pepejal sebanyak 175 tan metric sehari di kawasan MPSP adalah satu tanda kejayaan;
•Demi mengatasi masalah kesesakan trafik, satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sedang disediakan oleh perunding pakar trafik dengan kos RM3.2 juta. Ia akan merangkumi system jalanraya terowong; antara cadangannya telah pun dicatat dalam Memorandum Of Understanding yang ditandatangani oleh BUCG dari Beijing dan Guan Eng pada 28 April 2011 dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri China Wen Jia Bao;
•Projek jalan dan terowong itu adalah:
a) Gurney Drive menghubungkan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km.

b) Bandar Baru Air Itam menghubungkan Lebuhraya TunDr. Lim Chong Eu sepanjang 4.6 km.

c) Terowong Pulau Pinang – Butterworth sepanjang 6.5 km.

Pembinaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan pulau tetapi juga akan memacu pembangunan ekonomi di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Butterworth.

•Kesemua 1,500 guru Kafa tahun akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang. Bayaran RM 100 one-off ini memakan perbelanjaan RM150,000;
•Pada 2010, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya untuk menyambut Hari Raya Puasa.
•Sebagai tanda simpati, kerajaan Pakatan Pulau Pinang juga memberi RM25,000 kepada semua 25 orang mangsa malapetaka tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor.
Inilah antara "kezaliman" Guan Eng yang menjadi punca demonstrasi ganas kumpulan-kumpulan UMNO, Perkasa dan segelintir India Muslim yang mahu "menyelamatkan" Malaysia. – Roketkini.com

BERSIH 2.0 : Garam untuk dimakan, bukan untuk disapu

Posted: 02 Jul 2011 08:16 PM PDT

BERSIH 2.0 : Pengharaman Tak Sah, Hashamuddin salah guna kuasa - Surendran

Posted: 02 Jul 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein yang mengharamkan sekretariat Bersih, tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

"Seksyen 5 Akta Pertubuhan bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat," katanya pada kenyataan media hari ini.

Surendran menyifatkan Hishammuddin menyalahgunakan kuasa apabila mengeluarkan perintah itu berikutan tindakan berkenaan bermotif politik bagi mengekang kritikan terhadap kerajaan Umno Barisan Nasiona (BN).

"Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan?

"Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?" katanya.

Surendran juga menuntut perintah itu dibatal dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

Semalam, kerajaan mengisytihar Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16399

BERSIH 2.0 : Mat Sabu nasihat Najib jangan ‘kelirukan’ rakyat

Posted: 02 Jul 2011 07:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Mohamad Sabu menegaskan PAS hanya menyokong Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mahu "memperbodohkan" rakyat dengan mengaitkan parti Islam itu bekerjasama dengan penganjur semata-mata untuk menawan Putrajaya.

Sebaliknya, tegas Timbalan Presiden PAS ini, beliau secara peribadi tidak mempunyai apa-apa kaitan atau jawatan dalam Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Jelas Mohamad yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu"(gambar), PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Saya timbalan presiden PAS, saya tidak berada dalam jawatankuasa Bersih... PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih, jadi tidak timbul soal kita mahu menawan Putrajaya bersama Bersih.

"Dulu pada himpunan Bersih kali pertama ia dipengerusikan Syed Shahir Syed Mohamud, kita sokong tuntutan Bersih bukan ketuanya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, Najib cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS mahu menawan Putrajaya dengan apa jua cara termasuk melalui demonstrasi.

"Najib nak kelirukan orang ramai, memang kita (Pakatan Rakyat) mahu menawan Putrajaya dan ia memang cita-cita parti politik.

"Tapi kita mahu tawan Putrajaya melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil, ini yang kita mahukan dan kita tidak mahu menang melalui pilihan raya yang kotor," katanya.

Justeru tambah Mohamad, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan palsu yang dilemparkan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu.

"Itu hanya rekaan untuk kelirukan orang ramai, dia (Najib) sekadar nak perbodohkan rakyat... kita sokong tuntutan Bersih dan kalau selepas ini ada perhimpunan lain dan tuntutannya kita tidak setuju, kita tidak akan sokong Bersih.

"Sebab itu, saya kata PAS dan Bersih tidak ada apa-apa hubungan, Bersih adalah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan kita sokong tuntutan mereka, sudah-sudahlah kalau nak buat tuduhan yang bukan-bukan," katanya.

Semalam, Najib mengecam Ambiga dan PAS bahawa Himpunan Bersih 2.0 mahu diadakan untuk merampas kuasa Putrajaya.

Beliau berkata Ambiga adalah individu yang pernah menggugat kedudukan Islam dan Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1991.

Bersih, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan akan meneruskan Himpunan Bersih 2.0 walaupun polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

BERSIH 2.0 : Erti ancaman atas Ambiga -

Posted: 02 Jul 2011 06:23 PM PDT

OLEH : Subky Latif

July 03, 20113 JULAI — Jisteru peguam Ambiaga yang mengepalai rapat perarakan Bersih bertegas untuk meneruskan perhimpunan 9 Julai ini, maka dia dan rakan-rakannya menerima ugutan mengancam keselamatan jiwa melalui SMS yang tidak dapat dikesan pengirimnya.

Dia juga menerima isyarat berupa amaran dari polis jika bertegas untuk meneruskan juga rancangan turun padang itu.

Macam-macam tafsiran boleh dibuat dari isyarat polis itu, seperti suasana menuju kearah negara polis atau polis bertindak berlebihan atas nama menjaga keselamatan. Apa pun polis adalah bertanggungjawab menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Apa pun tindakan polis adalah dalam lengkongan peruntukan undang-undang tidak kira apa jua bentuk undang-undang itu disenangi oleh keadilan atau sebaliknya. Isyarat itu dapat diketahui dari siapa, iaitu dari polis. Maka ada akauntibilinya yang boleh didebatkan.

Ada pun SMS ancaman terhadap peguam Ambiaga dan beberapa lagi dari siapa? Belum dan tiada dapat dikesan pengirimnya. Hanya bergantung kepada kecekapan polis bagi mengesannya. Dan tentulah ia satu lagi ujian kepada kecekapan polis kita dan menambah lagi kerja polis.

Apa pun ia adalah reaksi dari mereka yang tidak senang dengan hasil positif gerakan turun padang itu. Objektif Bersih adalah ditujukan kepada SPR, kepada kerajaan, kepada UMNO dan kepada Perdana Menteri Najib.

Ia menuntut supaya dilakukan reformasi terhadap perjalanan pilihan raya supaya ia telus, bersih dan adil.

Semua reaksi yang tidak seronok dengan cadangan rapat turun padang Bersih itu adalah bagi membela SPR, membela kerajaan, membela UMNO dan membela Perdana Menteri Najib. Kejayaan Bersih itu nanti sudah tentu menguji wibawa dan nasib Perdana Menteri Najib.

Adalah biasa apabila ada aksi, nescaya adalah reaksi. Pengirim SMS sama ada bertujuan main-main atau bersungguh, tetapi ia dilihat serius.

Sama ada ia dibuat oleh orang gila atau penyokong tegar UMNO atau orang bebas yang tidak mahu kekacauan, maka anggapan mudah dan senang terhadap SMS itu adalah bagi mempertahankan kuasa UMNO dan kuasa kerajaan yang ada.

Yang paling susah hati dengan kesan dan kejayaan Bersih itu nanti ialah UMNO. Juka SPR dapat dibebaskan dari UMNO/BN dan kerajaan, maka yang terancam ialah UMNO.

Maka pihak yang terpaksa menerima tanggungjawab dari ancaman SMS itu ialah Najib dan UMNO.

Tidak penting apakah Najib dan UMNO tahu atau tidak cerita pengiriman SMS itu, tetapi ia datang dari pihak yang membela SPR, UMNO dan Najib. Maka natijah dari kejadiaan pergi kepada UMNO dan Najib.

Boleh jadi SMS itu dibuat oleh pihak ketiga yang bertujuan bagi mengapi-apikan antara Bersih yang disokong penuh oleh pembangkang khususnya Pakatan Rakyat supaya berlaga terus dengan kerajaan Najib dan UMNO. Bukan mustahil musuh dan batu api mengambil kesempatan bagi menegangkan lagi keadaan.

Apa pun perbuatan itu seperti memihak kepada Najib. Maka Najib terpaksa menerima tempelak dan tohmah daripadanya.

Amat malang bagi Najib dan UMNO terpaksa menerima tempelak atas kejadian yang dia dan sekutunya tidak lakukan. Tetapi itu risiko dan beban yang terpaksa dipikul oleh ketua kerajaan dan ketua parti yang memerintah. Apa saja yang berlaku dalam negera, beban dan pertanggungjawaban itu terpaksa dipikul olehnya.

Amat malang juga jika ia dibuat oleh seorang UMNO yang sayang kepada partinya, kepada Najib yang memimpin partinya dan dia adalah penyokong tegar parti dan Najib, maka ia dilakukan atas tujuan membela dan mempertahankan parti, kerajaan dan Najib.

Sekali pun ia adalah bagi mempertahankan Najib dan partinya, tetapi dengan membuat SMS mengugut Ambiaga itu, adalah tindakan yang tidak betul dan salah. Ia menyusah dan menambah beban Najib.

Apabila ia dirasakan dibuat oleh UMNO, maka ada yang akan berfikir, bahawa begitu sekali teruknya UMNO hingga ia sanggup mengancam keselamatan orang yang tidak sealiran dengannya.

Kemungkinan perhimpunan besar-besaran Bersih itu akan menimbulkan huruhara dan penyusahkan adalah satu pandangan yang bersifat kebarangkalian.

Belum tentu persepti itu berlaku.

Jika betul negara ini aman, rakyatnya terbuka dan bertoleransi, bertamaddun, berpegang kepada amalan demokrasi, dan kerajaannya disokong penuh orang rakyat, maka tiada apa yang dibimbangkan dengan demonstrasi aman. Apa lagi ia dijaga oleh polis yang cekap bertaraf dunia dan kerajaan yang pintar yang berfikiran maju, maka tidak wajar panik dan gelabah atas amalan yang biasa dalam masyarakat dan negara maju.

Tetapi bagi negara dan masyarakat yang bertaraf konggo dan gurka, tidak sedia membiarkan tunjuk perasaan aman. Ketakutannya lebih teruk dari hasil tunjuk perasaan itu.

Jika pengirim SMS itu bagi memela dan menyokong Najib, ternyata tindakan itu betul-betul seperti pribahasa sokong membawa rebah.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO nampak kesan nagatif dari SMS itu, maka ada juga SMS sama mengugut keseslamatannya dan rakan-rakannya. Ia ada satu perang saikologi terhadap penganjur Bersih dan pembangkang. Seolah- olah penyokong pembangkang pun sama gila dengan pengampu kerajaan.

Itu yang dapat difahami atas SMS beracun itu.- TMI

Najib umPORno politikkan "Larian 1Murid 1Sukan ........ "

Posted: 02 Jul 2011 08:20 AM PDT

Hari ini adalah hari yang kononnya akan mencipta rekod dan sejarah bila semua sekolah di seluruh Malaysia dipaksa untuk menjayakan program "Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia " yang kononnya akan melibatkan sejumlah 5.5 juta pelajar sekolah dan akan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Record (MBR).

Dengan jarak larian cuma 1.5 km MBR akan dicipta pada hari ini.

Lucunya pegawai, guru dan kakitangan sekolah juga terlibat untuk berlari sama. Paling mengejutkan lagi saya menerima laporan dari ibu bapa ada sekolah yang mengeluarkan peliling yang meminta ibu bapa, waris dan keluarga pelajar untuk keluar beramai-ramai untuk terlibat sama dengan program tersebut.

Program ini semacam dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Juga yang paling menyusahkan adalah setiap sekolah dikehendaki menghantar laporan beserta gambar/video sebagai bukti yang sekoah tersebut telah melaksanakan program yang saya tidak pasti apakah misi, visi dan matlamat.

Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang dasar 1murid 1sukan ini. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.

Dasar 1Murid 1Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar ini juga menetapkan semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Namun apa bila melihat kepada realitinya, sebenarnya dasar ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah di semua peringkat.

Pengalaman saya hampir 10 tahun sebagai guru di empat sekolah di lokasi yang berbeza seingat saya telah berhasil melaksanakan dasar ini sekian lama.

Kecualilah murid yang tidak sihat dan menginap penyakit kronik dihalang dari terlibat dengan sukan dan jumlahnya dalam peratus yang sangat kecil

Kerana itu bila saja program yang akan di lancarkan di Padang Esplanade Taiping pada hari dan semua sekolah pada hari ini juga memaksa muridnya berlari sejauh 1.5 km saya mula memikirkan betapa Menteri Pelajaran yang ada sekarang jelas "kurang berpelajaran" tentang kegiatan sukan di sekolah.

Penulis adalah ADUN Titi Serong dari parti PAS

BERSIH 2.0 : Satu lagi tuntutan Bersih ... Bubarkan SPR

Posted: 02 Jul 2011 06:53 AM PDT

Pada pendapat saya, satu lagi tuntutan untuk perhimpunan BERSIH amat penting iaitu bubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum parlimen dibubarkan! Rombakan SPR diperlukan untuk memastikan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang kita perhatikan, kata-kata dan karenah pengerusi dan timbalan SPR baru-baru ini, nyata sekali SPR sekarang tidak dapat mengendalikan pilihan raya secara adil dan saksama.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar mendakwa Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik dalam BERSIH 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kenyataan Timbalan SPR telah menimbulkan kemarahan rakyat yang ingin melihat pilihan raya dijalankan secara profesional. Banyak komen yang mengesyaki kenyataan Timbalan tersebut telah disuarakan di Internet terutamanya facebook dan blog. Sikap berkecuali SPR juga menjadi persoalan.

Masalah kepincangan SPR telah berakar umbi dan jauh mendalam daripada yang kita dapat melihat secara teknikal seperti tuntutan-tuntutan yang dicadangkan oleh BERSIH. Berikut adalah tuntutan BERSIH yang dicadangkan:

•Bersihkan senarai undi
•Mereformasikan undi pos
•Gunakan dakwat kekal
•Akses media bebas & adil
•Masa berkempen minima 21 hari
•Kukuhkan institusi awam
•Hentikan rasuah
•Hentikan politik kotor
Salah satu masalah yang utama dalam kepincangan SPR adalah ahli-ahli panel sendiri. Jika diteliti latar belakang ahli-ahli panel SPR, dapatlah kita menyimpul bahawa sidang panel adalah tidak berkecuali malah hanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Oleh demikian, sifat panel SPR untuk melantik pegawai-pegawai kerajaan mungkin menjadi halangan besar dalam mereformasikan SPR supaya ianya lebih profesional. Ini disebabkan kecenderungan pegawai- pegawai tersebut untuk menyokong BN lebih daripada menguruskan segala urusan pilihan raya secara lebih sensitif dengan mengimbangi permintaan-permintaan, kehendak-kehendak dan kepentingan-kepentingan semua pihak, baik BN ataupun Pakatan.

Timbalan Pengerusi SPR yang mengutuk permintaan BERSIH telah memberikan gambaran kepada umum bahawa SPR seakan-akan penyokong BN. Mungkin tidak adil dalam mengutuk mereka semuanya adalah penyokong BN. Mereka mungkin mempunyai pendirian politik sendiri. Walaupun demikian, sebagai penjawat awam, mereka perlu menunjukkan sikap yang saksama kepada semua dan bukannya mengelurakan kenyataan-kenyataan yang bersifat politik yang memihak kepada mana-mana pihak. Walaupun mempunyai pendirian politik, setidak-tidaknya, mereka patut neutral dan melaksakan segala dengan lancar dan memberikan perkhidmatan yang diterima oleh semua pihak. Permintaan sedemikian adalah tidak melampau. Malangnya mereka tidak mampu mencapai permintaan paling asas ini.

Jikalau ahli-ahli panel adalah tidak berkemampuan dalam mengimbangi dan menjaga kepentingan semua, siapakah yang dapat melaksanakan pilihan raya yang adil? Maka pembubaran SPR adalah perlu untuk melaksanakan permintaan-permintaan BERSIH.

Bagaimanakah SPR dapat ditubuhkan secara ideal? Mungkin ini adalah penting dalam mengejar kesempurnaan sistem pilihan raya yang menjamin perjalanan demokrasi negara. Kajian perlu dijalankan untuk penstrukturan semula SPR yang berkemampuan memuaskan segala permintaan mahupun daripada BN atau daripada Pakatan.

Untuk memulakan perubahan tersebut, saya mencadangkan supaya pegawai-pegawai yang terlalu dekat dengan menteri-menteri atau mana-mana parti politik patut dielak. Ahli-ahli panel SPR yang lebih berkaliber diperlukan. Untuk mencapai matlamat ini, saya yakin pencalonan daripada sektor swasta termasuk masyarakat sivil mungkin akan membantu.

Pada masa sekarang, yang penting ialah pembubaran SPR untuk mengukuhkan institusi pilihan raya. Selepas pembuburan SPR, rasanya pengerusi BERSIH, Ambiga Sreevenasan perlu dilantik sebagai salah seorang ahli panel SPR yang mewakili calon masyarakat sivil. Bagaimanakah rombakan SPR dapat dijalankan masih memerlukan kajian yang mendalam termasuk perubahan akta-akta yang memungkinkan SPR menjadi lebih berautonomi daripada kongkongan mana-mana pihak?

Mengapakah sistem pilihan raya dianggap begitu penting pada kanca mata masyarakat umum? Ini adalah kerana pengundi-pengundi Malaysia masih percaya bahawa segala perubahan politik perlu dijalankan menerusi pilihan raya. Rakyat Malaysia juga tidak senang dengan penggunaan keganasan untuk menggulingkan kerajaan. Ini bukan budaya Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan semasa krisis politik berlaku pada tahun 1998. Pada waktu tersebut, wujud perdebatan sama ada kaedah pilihan raya atau kaedah jalan raya patut digunakan untuk perubahan politik. Akhirnya, kaedah pilihan raya digunakan.

Tindakan polis menahan aktivis-aktivis yang masih percaya dan yakin dengan perubahan politik dapat dan patut dilakukan menerusi pilihan raya adalah sangat bahaya terhadap sistem demokrasi Malaysia. Aktivis-aktivis tersebut patut dilindungi supaya tidak mendesak mereka menggunakan kaedah jalan raya untuk melakukan perubahan politik seperti yang berlaku di Timur Tengah. Negara-negara di Timur Tengah yang dilanda revolusi politik kerana mereka kekurangan saluran perubahan politik seperti Malaysia yakni pilihan raya yang wujud sejak Merdeka.

Perubahan dan pembersihan SPR perlu dijalankan secepat yang mungkin supaya negara kita dapat mengelak dari revolusi politik yang berlaku di negara Timur Tengah. Sebelum terlambat, seruan-seruan perubahan politik harus disambut dengan hati yang terbuka oleh semua pihak terutamanya BN dan jentera kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia. Daripada pengalaman-pengalaman yang kita saksikan beberapa bulan yang lepas di negara-negara Islam, apabila kekurangan saluran untuk mengeluarkan ketidakpuasan secara berkesan dan diredai oleh semua pihak, akhirnya polis dan tentera juga tidak dapat menahan kemarahan rakyat.

Ubahlah sebelum diubahkan.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

Hishamuddin isytihar Bersih NGO haram

Posted: 02 Jul 2011 05:12 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

"Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam)," kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.

Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Semalam polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat pertubuhan Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.

Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada hari yang sama di ibu negara.

BERSIH 2.0 : Jika Himpunan Bersih gagal diadakan ...........

Posted: 02 Jul 2011 01:50 AM PDT

2 JULAI — Jika berjaya pihak Polis menghalang berlakunya perhimpunan anjuran Bersih ini, ia tidak menjejaskan usaha Bersih untuk meminta rakyat membuktikan yang mereka (rakyat) adalah serius mahu melihat pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan saksama.

Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak kita yang berkuasa ini untuk menghadapi rally anjuran Bersih ini. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.

Ssungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang "transparent" ini. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita.

Pada pandangan saya jika Bersih ingin juga mahu menyampaikan "message" kepada ramai apa yang perlu dilakukan oleh penganjur rally ini supaya meminta semua rakyat menzahirkan sokongan kepada mereka dengan cara lain tanpa melakukan rally yang besar. Beberapa cadangan telah dihantar kepada saya oleh agak ramai orang.

Di antaranya ialah supaya semua rakyat memberikan sokongan moral dengan meletakan apa-apa yang berwarna kuning di pintu pagar rumah-rumah saudara-saudara dan di dalam kawasan rumah anda. Simbolan sokongan ini akan lebih mendalam jika semua pihak melakukannya dengan niat untuk memberikan sokongan terhadap Berih dan mana-mana pihak yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan transparent.

Biarlah pihak Polis dan yang berkuasa yang lain mengambil tindakan menggagalkan rally yang ditakrifkan sebagai perhimpunan haram oleh pihak yang berkuasa. Orang ramai memahami situasi sebenar yang menyebabkan pihak yang berkuasa memilih untuk menekan dengan tangkapan dan ugutan itu.

Rakyat tahu pimpinan pada hari ini begitu lemah dan terpaksa melakukan tindakan "pre-emptive" seperti ini kerana mereka tidak mahu dibuktikan yang mereka sudah tidak mendapat sokongan ramai lagi.

Tetapi jika rakyat sudah tahu yang pimpinan pada hari ini begitu lemah, apa yang dikhuatiri rakyat tidak lagi berkeyakinan untuk memberikan sambungan mandat dalam pilihanraya nanti. Rakyat tidak mahu mereka yang lemah dan fakir jiwa untuk mentadbir mereka kerana sikap pemimpin yang lemah akan membawa kepada pimpinan diktator.

Diktator selalunya akan terjadi apabila pimpinan yang lemah masih ingin berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Pada asasnya semua pemimpin tidak berhasrat hendak menjadi diktator. Semua pemimpin jika boleh inginkan memilih jalan populis kerana jalan ini akan memberikan lonjakan kepada populariti pimpinan itu.

Tetapi jika kita memilih jalan populis ianya merupakan jalan yang mempunyai kepopulariti dalam jangka masa yang terhad. Selalunya pemimpin seperti ini akan mengundurkan diri untuk mengelakan perpecahan rakyat yang dipimpinnya.

Tetapi apabila kita masih mahu berkuasa sedangkan kita sudah tidak popular lagi maka pemimpin seperti ini dan kerajaan pimpinannya akan melakukan penekanan dengan pindaan undang-undang ketat satu demi satu dan dalam masa yang tertentu pemimpin seperti ini akan secara beransur-ansur menjadi pemimpin yang diktator. Rakyat akan beransur-ansur kehilangan suara dan mereka akan ditekan dengan undang-undang yang ketat itu di atas nama menjaga keselamatan rakyat.

Dalam isu rally Bersih ini usaha untuk menghalang rakyat melahirkan manifestasi mereka merupakan salah satu elemen pimpinan yang autokratik. Semasa rakyat Britain bercadang untuk berdemonstrasi terhadap kerajaan British dalam isu peperangan Iraq, Tony Blair telah mempengaruhi kabinet Britain untuk membenarkan rakyat Britain berdemonstrasi dalam keramaian yang mencecah jutaan orang.

Rally yang dilakukan oleh rakyat Britain itu dilindungi oleh Polis dan Polis telah memastikan yang tidak ada elemen yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik semasa rally tersebut. Di hampir seluruh Britain rakyatnya telah berdemonstrasi dengan membantu demonstrasi itu untuk menuruti laluan yang dipersetujui di antara rakyat yang hendak berdemonstrasi itu dengan pihak Polis.

Rally itu berjalan dengan aman dan apabila sampai sahaja di Hyde Park, mereka di benarkan berucap dan terus bersurai selepas itu tanpa menembak dengan "water canon" dan sebagainya. Pendek kata pihak Polis dan peserta demonstrasi itu telah bekerjasama dengan baik. Dengan cara itu rakyat dipenuhi hajat untuk berdemonstrasi dan Polis pula dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dalam mengawal keselamatan mereka yang berdemonstrasi itu.

Di sini pihak Polis sebaliknya melakukan apa sahaja untuk menggagalkan rally Bersih dengan membuat tangkapan terhadap mereka yang memakai baju berwarna kuning serta apa-apa pakaian yang mempunyai warna kuning. Belum pun demonstrasi itu berlaku lebih seratus orang telah ditangkap dan ini merupakan satu tindakan penekanan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Timbalan Ketus Polis Negara telah berkata tidak ada apa-apa rundingan lagi dengan pihak penganjur rally ini. Katanya, Polis tidak bersetuju, oleh itu jangan adakan rally ini. Kalau di adakan juga mereka akan ditangkap dan dilokap. Katanya Polis tidak menolak kemungkinan menangkap penyokong rally ini secara besar-besaran.

Polis mungkin berjaya menghalang rally ini untuk berlaku, tetapi Polis tidak dapat mengekang pemikiran mereka yang tidak berpuas hati. Maka mahu tidak mahu mereka akan menzahirkan bangkangan terhadap Polis dan pihak yang memerintah di dalam pilihanraya nanti.

Elok diulangi yang Bersih telah pun berjaya dalam misinya untuk membentuk persepsi yanh pilihanraya kita tidak begitu telus dan adil serta membawa rakyat untuk mendesak pihak berkuasa untuk melakukan transformasi dalam sistem melaksanakan pilihanraya.

Jika penyokong NGO Bersih ini tidak dapat menunjukan lautan manusia yang memberikan sokongan itu, mereka akan bertindak di dalam hati. Ramai yang telah mencadangkan supaya rakyat yang selari dengan tuntutan Bersih ini, mereka boleh melambangkan sokongan mereka dengan melekatkan apa-apa bentuk benda pun yang berwarna kuning di pintu pagar serta pagar disekeliling rumah mereka. Atau setidak-tidaknya di dinding rumah masing-masing untuk memberikan sokongan psikologi terhadapa tuntutan ini.

Sesungguhnya di dalam isu apa yang dilakukan oleh Polis ini tidak akan membantu apa-apa terhadap parti pemerintah di dalam pilihanraya nanti. Malahan ianya lebih cenderung untuk memalingkan sokongan dari parti pemerintah dan sebaliknya memberikan sokongan kepada parti alternatif.

Pendeknya apa yang dikhuatirkan ialah, tindakan Polis ini adalah sokongan kepada parti-parti pembangkang kerana merekalah (pembangkang) yang akan menerima keuntungan semasa pilihanraya yang akan datang.

Bagi saya jika rally ini digagalkan juga oleh pihak yang mempunyai "muscle" yang kuat seperti Polis penyokong terhadap Bersih maka mereka mungkin boleh menzahirkan sokongan itu tanpa rally jalanan. Jika Pihak Polis memberikan alasan yang rally itu akan mengganggu lalu lintas dan sebagainya, maka mereka boleh lakukan di rumah masing-masing.

Seperti yang dinyatakan di atas lakukan dengan cara aman, iaitu menggantungkan symbol sokongan dengan kain-kain yang berwarna kuning di kawasan rumah masing-masing. Dengan cara ini mereka tidak mengganggu lalu-lintas dan itu lebih "effective" lagi.

Nampaknya keamanan hanya boleh terlaksana jika kita tunduk kepada pihak berkuasa yang boleh melakukan apa-apa yang mereka suka walaupun tanpa keadilan. Keadilan hanya ada pada mereka. Keadilan tidak ada kepada pihak yang tertekan.

Jika kita tentang apa yang tidak adil itu, ianya dianggap sebagai menentang keamanan. Rupa-rupanya keamanan hanya wujud jika pihak yang otokratik begitu aman melakukan perkara yang tidak secocok dengan kehendak rakyat.

Tujuan Bersih untuk mengadakan rally yang aman sekarang ini dimomokan sebagai rusuhan oleh pemimpin-pemimpin serta media masa perdana. — aspanaliasnet.blogspot.com

Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap

Posted: 02 Jul 2011 12:19 AM PDT

Nazri Abdullah

BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.

Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.

Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.

Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.

Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.

Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini - HD

BERSIH 2..0 - 14 ditahan polis di Alor Setar

Posted: 02 Jul 2011 12:08 AM PDT

ALOR SETAR, 2 Julai — Seramai 11 lelaki dan tiga wanita ditahan di sini pagi tadi kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur hujung minggu depan.

Kesemua mereka ditahan pada kira-kira pukul 9.30 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan tersebut dan membantah tindakan polis menahan aktivits Bersih di sebuah restoran di Pekan Koboi di sini.

Laporan Berita Harian menyebut antara mereka ditahan ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu Saari Fadzil Hud.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua mereka ditahan ketika cuba mengadakan sidang media bagi menyeru orang ramai supaya menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang tidak mempunyai permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana bersubahat untuk mengadakan perhimpunan tidak sah dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram

Tiada ulasan: