MiLo SuaM |
BERSIH 2.0, Pegawai kanan Polis ditolak sehingga jatuh (video) Posted: 25 Jul 2011 12:17 PM PDT ORANG ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) lapor akhbar pengampu nombor wahid kerajaan Rosmah Mansor, Utusan Malaysia [Utusan]. Mengapa orang ramai diminta menonton video tersebut? Jawapannya, berhubung isu BERSIH 2.0, kerajaan Rosmah Mansor mahu rakyat fikir Polis baik. Bila Polis difikir baik, maka rakyat akan jadi jahat. Malangnya, video tersebut sekadar memburukkan lagi imej Polis yang sudah sedia buruk di mata rakyat. Sebelum ini pihak Polis telah dikesan memutar belitkan isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Waja Polis, rujuk link-link berikut [Putar belit Polis], [Berita bercanggah] dan [Salinan Report]. Satu lagi penipuan terang-terangan dikesan dilakukan oleh pihak Polis, semasa mendedahkan video untuk membuktikan kononnya Polis baik, rakyat jahat. Tanpa rasa bersalah, Polis mendakwa salah seorang pegawai kanan Polis telah ditolak sehingga terjatuh di stesen KTM pada 9 Julai lalu. Apa yang melucukan, tanpa perlu kita meneliti secara terperinci pun sudah jelas bahawa pegawai kanan Polis itu ditolak oleh anggota Polis sendiri. Apa yang cuba disampaikan? Adakah bila Polis jatuh ditolak oleh Polis sendiri maka rakyat yang salah? Kah kah kah gila gila... Saksikan sendiri dengan mata kepala anda video di bawah ini. ReJaM© "Kambing pun tahu, yang pakai vest polis tu adalah Polis hohoho..." |
SPR akui terdapat Klon dalam daftar pengundi! Posted: 25 Jul 2011 01:53 AM PDT WALAUPUN Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR selama ini bersungguh-sungguh dan bermati-matian mendakwa bahawa mereka bersih dan telus, serta tidak terdapat penyelewengan dalam daftar pengundi yang dikendalikan oleh mereka, ternyata semua itu pembohongan yang terang lagi nyata. Laporan akhbar The Star memetik kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengakui bahawa memang terdapat kewujudan "klon" di dalam pengkalan data SPR. Selepas beratus kali penyelewengan daftar undi didedahkan, pelbagai bantahan dibuat, malah perhimpunan aman diadakan (BERSIH 2007 dan BERSIH 2.0). Akhirnya SPR mengakui kewujudan daftar undi "klon". "We have never denied the existence of clones" [The Star] Kerana penyelewengan beginilah menyebabkan rakyat Malaysia pelbagai kaum berhimpun dalam Perhimpunan Aman BERSIH 2.0, di ibu negara pada 9 Julai 2011 tempoh hari. Kerajaan Rosmah Mansor menggambarkan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil sebagai melakukan dosa besar. Kerajaan Rosmah mansor menggambarkan seolah-olah semua peserta perhimpunan aman itu sebagai gerombolan orang-orang bodoh yang berbuat kerja sia-sia. Rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan telus dikasari, dipukul, ditangkap, ditembak dengan meriam air, dilontar dengan bom pemedih mata. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan