Sabtu, 16 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar, makcik Suriati boleh undi dua kali!

Posted: 15 Jul 2011 11:30 AM PDT

SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu, 480613105880 dan 480513105568.

Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.







Kilang papan siapalah agaknya yang jadi tempat tinggal makcik ni ye? Anda boleh mengesahkan sendiri kesahihan maklumat ini di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [daftar pemilih]. Ini membuktikan bahawa makcik Suriati ini boleh mengundi sebanyak dua kali. Sebab tulah rakyat Malaysia menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.

Sebab itulah juga salah satu tuntutan BERSIH ialah meminta SPR menggunakan dakwat kekal di jari agar orang seperti Makcik Suriati ini tidak boleh mengundi lebih dari sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang meminta pilihanraya yang bersih dan adil, diputar belitkan jadi perhimpunan haramlah, komunislah, kristianlah. Bengong!

ReJaM© "Jika SPR terus buat bodoh, nantikan BERSIH 3.0!"

Warna kuning terus menghantui Najib di London

Posted: 15 Jul 2011 09:28 AM PDT

KALI pertama di dalam sejarah dunia warna kuning menjadi warna yang digeruni oleh sebuah negara. Warna kuning telah diharamkan dari dipakai oleh rakyat jelata tambah melucukan, perkataan BERSIH menjadi perkataan yang diharamkan oleh pemerintah.

Sungguh pun pemimpin negara yang mengharamkan warna kuning dan perkataan BERSIH itu boleh melakukan apa saja di negaranya, kerana dia ada kuasa, di luar negara dia terus dikejar dengan warna kuning.

Sebelum ini Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor, telah dimalukan di London apabila sekumpulan penunjuk perasaan yang memakai pakaian serba kuning membantah tindakan kejam pentadbirannya terhadap peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara sabtu lalu [Najib di London].


Tidak cukup dengan itu, di dalam keadaan Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor yang sedang phobia dengan warna kuning, beliau terpaksa berhadapan dengan Queen Elizabeth yang mengenakan baju kurung berwarna kuning untuk menyambutnya.


Perang saraf warna kuning terhadap Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor tidak terhenti di situ, Philip Hammond (Secretary of State for Transport) Britain juga nampaknya mengenakan tali leher kuning untuk menyambut beliau. Terpaksalah beliau menyimpan amarahnya di dalam hati, kerana Polis dan FRU yang biasa beliau peralatkan tidak dibawa bersama ke London. Ditinggalkan jauh beribu batu di Malaysia.



ReJaM© "Malu gila beb, dalam negara sendiri bolehlah belasah orang sebab Polis, FRU semua kau pegang..."

Najib dikejar gelombang kuning di London

Posted: 15 Jul 2011 01:28 AM PDT


BIARPUN dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Tambah malang nasib Najib, tidak cukup dengan gelombang kuning yang mengejarnya di luar bangunan, Ratu Elezabeth yang ditemuinya turut memakai pakaian kuning bagi menyambut pemimpin kejam yang membelasah peserta perhimpunan aman di ibu negara tempoh hari.



ReJaM© "Malu beb, malu gila jadi pemimpin kejam, kena hina orang..."

Tiada ulasan: