Jumaat, 15 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


16 Pengundi berdaftar Cina, India, Melayu tinggal serumah?

Posted: 14 Jul 2011 12:35 PM PDT

SEBELUM ini MiLo SuaM telah mendedahkan banyak penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR. Terlalu banyak penyelewengan yang berlaku sehingga tak cukup tangan untuk didedahkan. Bagaimana pun, ReJaM© akan cuba mendedahkan satu persatu secara perlahan-lahan.

Kali ini ReJaM© ingin mendedahkan satu lagi penipuan yang berjaya dikesan. Sebuah rumah yang terletak di alamat Nombor 26 JLN 14/20 Jalan Semangat, Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan dikesan melalui sistem daftar pengundi SPR sebagai memiliki 16 pengundi berdaftar pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu.

Berikut nombor-nombor kad pengenalan mereka:

730211065002, 730422085898, 730814105544, 631109107583, 610117106334, 620112085721, 620130045002, 571211105005, 580715106401, 590409086042, 470930105244, 471225055151, 480510075172, 390407085023, 410908085211, 430416105130.

Anda boleh mengesahkan maklumat ini dengan cara menyemak sendiri semua nombor-nombor kad pengenalan tertera di website rasmi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR klik sini [Daftar Pemilih].








Kerana penipuan dan penyelewengan seperti inilah kita rakyat Malaysia turun berhimpun secara aman melalui Perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari. Kami mahu penipuan dan penyelewengan seperti ini dihapuskan, kami mahu pilihanraya yang bersih dan adil!

ReJaM© "Jika SPR masih berdegil, kami rakyat akan turun ke jalanraya melalui BERSIH 3.0!"

Big Boss TV3, Farid Ridzuan penasihat Najib rupanya

Posted: 14 Jul 2011 05:23 AM PDT

TIDAK hairanlah semua Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad termasuklah TV3 sentiasa menjadi alat propaganda Rosmah dan pemimpin-pemimpin gerombolan songkok tinggi. Setiap hari rangkaian media-media di bawah Media Prima tidak henti-henti mengampu kerajaan Rosmah Mansor.

Hasil siasatan perisik sukarela yang menghantar maklumat kepada MiLo SuaM, mendedahkan bahawa Chief Executive Officer, CEO Media Prima, Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan dilantik oleh Najib menjadi penasihat komunikasi isteri Rosmah. Gambar signboad berikut diambil berdekatan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.



Big Boss Media Prima ini dilantik sebagai penasihat komunikasi Najib Razak, isteri Rosmah Mansor. Dengan jawatan bertaraf timbalan menteri itu, maka tidak hairanlah semua rangkaian media di bawah Media Prima menjadi alat propaganda kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Kalau lawan tokey (Rosmah) nanti kena buang kerja..."

Terbongkar! Gelang Rosmah Mansor berharga RM1.65 Juta

Posted: 14 Jul 2011 02:08 AM PDT

SATU persatu tabiat boros isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak berjaya dibongkarkan. Kalau sebelum ini sistem kastam telah menunjukkan bahawa Rosmah Mansor ada membeli cincin mewah ""Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring", yang berharga USD 24.5 Juta (RM73 Juta) rujuk sini [Cincin Rosmah].

Kali ini wartawan Free Malaysia Today telah mendapat pengesahan melalui email daripada syarikat yahudi Jacob & Co's bahawa harga gelang yang dipakai oleh Rosmah lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta)[FMT].



Gambar berikut menunjukkan Rosmah Mansor sedang bergaya dengan gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle].


Para pembaca yang dihormati sekalian, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perangai buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Duit rakyat dilakukan seperti duit bapak dia.

Bayangkan, RM1.65 Juta yang boleh digunakan untuk membina sebuah sekolah, dihabiskan sekelip mata untuk membeli gelang Bik Mama. RM73 Juta yang boleh digunakan untuk manfaat beratus-ratus malah beribu rakyat, dibelanjakan habis sekelip mata hanya untuk membeli cincin permata mewah bik Mama.

ReJaM© "Lady Gajah sudah setaraf dengan Lady Gaga..."

Tiada ulasan: