Khamis, 14 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Gambar terbaru mangsa bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri

Posted: 13 Jul 2011 11:35 AM PDT

MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.


Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital.


Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.




ReJaM© "Kata Polis, mereka telah menjalankan tugas secara profesional, betul ke...?"

Penipuan jijik Akhbar Mingguan Malaysia terbongkar!

Posted: 13 Jul 2011 04:02 AM PDT

Laporan Harakahdaily ada menyebut tentang penipuan sebuah akhbar arus perdana kawalan gerombolan songkok tinggi baru-baru ini. Akhbar pengampu United Malays No Otak, UMNO itu dilihat secara terang-terangan menyebarkan fitnah apabila memaparkan gambar seorang peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang membawa pisau, padahal peserta itu sebenarnya memegang bendera [Harakahdaily].


Hasil dari penelitian yang dibuat terhadap gambar yang dipaparkan pada akhbar tersebut, jelas sekali tujuannya untuk menipu makcik dan pakcik FELDA serta orang kampung yang tinggal di pedalaman.

Pihak yang mengubahsuai gambar tersebut sengaja menghilangkan imej bendera di tangan peserta tersebut, dan hanya memaparkan hulu bendera bagi meyakinkan pembaca bahawa peserta itu memegang pisau. Seterusnya tanpa rasa bersalah menulis caption "SEORANG perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram"


Sifirnya mudah, tugas akhbar pengampu United Malays No Otak ini ialah untuk mencari seberapa banyak kesalahan yang boleh terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. Mereka mahu menggambarkan keganasan, kekacauan, dan kerosakan yang terhasil dari perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu, namun mereka tak jumpa. Maka mereka terdesak dan terpaksa mencipta cerita serta gambar tipu untuk memperbodohkan orang kampung terutama penyokong dan pengikut United Malays No Otak, yang tiada otak.

ReJaM© "Nak muntah tengok gelagat akhbar pembohong..."

Tiada ulasan: