Selasa, 12 Julai 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar cincin 24.5 juta, Rosmah Mansor malam BERSIH 2.0

Posted: 11 Jul 2011 11:25 PM PDT

DALAM artikel lalu di MiLo SuaM, telah didedahkan kisah seorang makhluk yang bersenang lenang, bermewah-mewahan dengan duit yang datang bukan dari titik peluhnya sendiri, rujuk sini [Cincin Rosmah 24.5 Juta].

Hal ini telah dibongkarkan sendiri oleh "orang dalam" yang mempunyai akses kepada data-data di dalam sistem kastam. ReJaM© dimaklumkan oleh blogger edyesdotcom bahawa Chegubard juga turut sama mendedahkan tentang hal ini. Malah beliau lebih awal mendedahkan perkara ini iaitu di malam sebelum perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang mencipta sejarah kebangkitan rakyat di ibu negara.

Saksikan video rakaman pendedahan Chegubard di Markas PAS Taman Melewar di hadapan ribuan hadirin yang hadir.



Imelda Marcos, Laila Trabelsi adalah contoh-contoh isteri pemimpin negara yang bermewah-mewahan dengan cara merompak wang rakyat. Perompak-perompak wang rakyat ini terbukti telah berjaya dimasukkan ke penjara dengan kebangkitan rakyat menumbangkan regim suami-suami mereka.

ReJaM© "Pilihan di tangan anda! Andalah yang akan memasukkan perompak ini ke penjara!"

Cincin Rosmah Mansor berharga 24.5 Juta?

Posted: 11 Jul 2011 02:22 PM PDT


SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri.


Pendedahan "dalaman" sistem kastam membongkarkan bahawa pembelian sebentuk cincin mewah yang berharga RM 24.5 Juta ada kaitan dengan Datin Paduka Rosmah Mansor, suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak merangkap presiden United Malays No Otak, UMNO. Rujuk printscreen di atas.

Jenis cincin yang dibeli pula adalah sebentuk cincin mewah, Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring [Forbes]


Akal yang waras tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa Rosmah Mansor si "kaki shoping" ini mampu dan tergamak membeli sebentuk cincin berharga RM 24.5 Juta. Dari manakah dia dapat wang sebanyak itu?

Adakah isterinya si Najib mampu dan sanggup memberikannya wang sebanyak itu hanya untuk membeli sebentuk cincin? Adakah suami Najib ini telah menyalah gunakan peruntukan RM111 Juta yang diberikan oleh isterinya pada bajet 2011 yang lalu?[Harakah]

Di dalam paparan print screen tersebut tertulis no kad pengenalan 720413-08-5731 milik individu yang bernama, A. KRISHNAN, atau nama sebenarnya KRISHNAN A/L AIYAVOO jika disemak melalui website daftar pemilih SPR [Daftar pemilih].


Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM benar-benar telus dan berani untuk menyiasat kes ini, sila ke alamat yang tertera di atas untuk memulakan siasatan. Jika SPRM tidak berani, tak mengapa ayuh tumbangkan Regim Rosmah Mansor, sejarah membuktikan Imelda Marcos, Laila Trabelsi ke penjara selepas regimnya tumbang!

ReJaM© "Undi anda akan membuka pintu penjara bagi pencuri wang rakyat!"

Ustaz Zamri Mari Mengaji TV9 turut sertai BERSIH 2.0

Posted: 11 Jul 2011 01:27 AM PDT


PEMINAT rancangan Mari Mengaji TV9 tentu tidak asing dengan nama Ustaz Zamri yang mengendalikan rancangan tersebut. Beliau bukanlah ahli politik, bukan penyokong mana-mana parti pembangkang secara jelas. Tetapi beliau seorang warganegara yang mahukan pilihanraya yang bebas dan adil.

Meskipun menerima pelbagai ugutan daripada pihak Polis yang menjadi alat kerajaan United Malays No Otak, UMNO. Ustaz Zamri tidak gentar dengan ugutan dari pemerintah yang zalim. Kami rakyat cintakan tanah air, cintakan kedamaian, kami berhimpun secara aman menuntut demokrasi yang adil dan bersih.

Di bawah ini gambar beliau yang sempat dirakamkan di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Beliau sanggup basah kuyup bersama peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lain.


Media arus perdana kawalan gerombolan songkok tinggi bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memburukkan imej BERSIH 2.0. Mereka berusaha menggambarkan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan ganas, komunis, murtad, kristian, lawan agung dan sebagainya.

ReJaM© "Adakah Ustaz Zamri juga dianggap komunis, kristian, ganas dan murtad kerana menyokong BERSIH 2.0?"


Sebelum ini turut disiarkan di MiLo SuaM, gambar Marina Mahathir anak kepada Tun Mahathir yang turut menyertai Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 klik sini [Marina Mahathir BERSIH]

Tiada ulasan: