Kerabu Bersuara ® |
- Bola Sepak Kelantan: Anuar Musa Tolong Sedar Diri! Jangan Hina Penyokong Kelantan! Boikot Team Kelantan?
- Ambiga 'Jantan', Najib Dan Ibrahim Ali 'Pondan'
- Macam Ni Kerja Polis Malaysia?
- Siapa Yang Tidak Hormati Titah Agong? Umno Laknat!
- Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium
- 4 Sasterawan Negara gesa kerajaan bebaskan tahanan Bersih
- Pakatan mesyuarat tergempar esok bincang isu Bersih 2.0
- Kenyataan Media AMK Rembau
- Adakah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa?
- GERAKAN Parti Bodoh?
- Komentar: Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib
- Mai Dengar Anak Mahathir Cakap Apa
- Muhyiddin Lebih-lebih!
Posted: 05 Jul 2011 03:00 PM PDT macam mana kalau rakyat kelantan yang sayangkan pasukan bola sepak memboikot perlawanan sebagai membantah tindakan kurang cerdik dan bodoh anuar musa? ajar nuar biar dia tahu yang banyak memberi sokongan kepada team kelantan adalah rakyat kelantan sendiri! |
Ambiga 'Jantan', Najib Dan Ibrahim Ali 'Pondan' Posted: 05 Jul 2011 04:10 AM PDT Najib sedia temu Bersih bincang lokasi stadium himpunan 9 Julai Oleh Clara Chooi PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat. "Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman. "Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan," kata beliau. Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya, yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih. Bagaimanapun Najib enggan menyatakan sama ada beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini meskipun wujud spekulasi sedemikian, tetapi mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas campur tangan. "Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri, saya ketua penasihat kepada Agong," katanya. Najib berkata disebabkan campur tangan Agong kesemua tiga penganjur perhimpunan telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka. "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang memutuskan untuk akur dengan kehendak baginda dan dengan ini tidak akan ada demonstrasi jalanan pada 9 Julai," katanya. mana ibrahim ali? terpekik macam beruk je selama ni. semua dah kenal. ambiga jugak yang pergi jumpa. |
Macam Ni Kerja Polis Malaysia? Posted: 05 Jul 2011 02:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai — Polis menemui tiga jenis senjata berdekatan kompleks membeli-belah Sogo di sini dipercayai untuk digunakan ketika Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Antara senjata itu ialah tiga parang, lapan Molotov koktail, 41 mercun, lapan topeng perlindungan pernafasan dan kemeja-T. Polis menemui barang-barang itu kira-kira 6.30 pagi semalam. Senang betul polis malaysia buat kerja. |
Siapa Yang Tidak Hormati Titah Agong? Umno Laknat! Posted: 05 Jul 2011 01:53 AM PDT Henti provokasi, hormati titah Agong Aziz Muda KUALA LUMPUR, 5 Julai: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dikeluarkan menerusi Datuk Abdul Rahman Othman yang menyatakan bahawa Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram yang bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kenyataan itu jelas berbaur fitnah dan cuba mengelirukan rakyat tentang objektif sebenar Bersih 2.0. Ugutan Menteri Dalam Negeri yang ingin menggunakan ISA bagi menghalang Bersih 2.0 juga dilihat melampaui batas-batas negara demokrasi apabila perhimpunan rakyat secara aman dilabel sebagai gerakan subversif yang ingin menggulingkan kerajaan. Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, mahasiswa meyakini kenyataan itu dikeluarkan oleh menteri berkenaan bagi menakutkan rakyat agar tidak turut serta dalam himpunan aman tersebut. Menurut beliau, namun mahasiswa juga cukup yakin bahawa rakyat sudah maklum mengenai objektif Bersih 2.0 yang hanya mahukan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya dan tidak sedikitpun membawa motif politik. Katanya, mahasiswa percaya sekiranya pihak kerajaan sanggup menunaikan harapan rakyat ini, himpunan 9 Julai tidak akan berlaku. "Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam titah Baginda tidak melabelkan Himpunan Bersih 2.0 sebagai perhimpunan haram, tetapi hanya mencadangkan agar semua pihak mencari jalan penyelesaian yang terbaik. "Pihak kerajaan juga perlu memandang serius terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang meminta pihak kerajaan menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Titah Tuanku Mizan Zainal Abidin, menurut beliau, dilihat oleh mahasiswa sebagai titah yang penuh harapan agar tuntutan rakyat didahulukan oleh pihak kerajaan tanpa mengira sempadan politik. Katanya, dengan perkembangan terbaru ini, Menteri KDN seharusnya memohon maaf kepada pihak Bersih 2.0 kerana telah mengeluarkan kenyataan melulu dan berbaur fitnah. Mahasiswa juga mengecam tindakan keras pihak Polis yang menahan aktivis Bersih 2.0 biarpun pihak Bersih 2.0 telah berulang kali memberi jaminan bahawa perhimpunan 9 Julai ini akan berlansung dalam keadaan aman. Jaminan itu bagi mahasiswa adalah cukup rasional apabila Himpunan Bersih 2.0 yang pertama telah terbukti berlangsung dalam keadaan aman dan hanya menjadi kecoh apabila pihak polis memulakan provokasi dengan tembakan gas dan semburan air pemedih mata. "Bagi mahasiswa, pihak polis sepatutnya memberi peluang untuk rakyat berhimpun secara aman dan hanya perlu bertindak sekiranya peserta himpunan melanggar syarat yang ditetapkan. "Mahasiswa juga ingin mempersoal tindakan pihak polis yang menahan mana-mana pihak yang menjual baju Bersih 2.0 kerana tindakan tersebut dilihat lebih bermotif politik," tegasnya. Bersih 2.0 tidak langsung menggambarkan mesej negatif, bahkan sudah difahami umum bahawa Bersih 2.0 adalah gabungan gerakan rakyat yang menuntut pembaikpulihan sistem pilihanraya di Malaysia. Tindakan pihak polis itu jelas memperlihatkan bahawa pihak polis menjadi alat dalam melindungi pihak tertentu yang sebenarnya terlalu alergi dengan perkataan Bersih 2.0. "Oleh itu, mahasiswa menuntut agar pihak polis menghentikan sebarang penahanan atas nama Bersih 2.0 kerana tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan," katanya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, menurutnya, seharusnya mengambil iktibar daripada kepimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Tindakan Tun Abdullah yang telah mengisytiharkan perang terhadap himpunan Bersih 2007 dalam Perhimpunan Agung Umno telah menyebabkan imej kepimpinan beliau yang dikenali sebagai Mr Clean telah tercalar. Akhirnya rakyat telah menolak kepimpinan beliau yang diterjemahkan melalui Pilihan Raya Umum (PRE) Ke-12 lalu. Beliau menegaskan, mahasiswa berpendirian untuk menyokong sepenuhnya 8 tuntutan Bersih 2.0 yang antara lain meletakkan matlamat untuk menuntut pihak kerajaan melakukan transformasi sistem pilihanraya melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keengganan kerajaan melaksanakan tuntutan rakyat itu menyebabkan rakyat terpaksa memilih jalan raya untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan memberi perhatian yang lebih serius terhadap 8 tuntutan Bersih itu. Selain itu, ujarnya, mahasiswa juga berpendirian untuk terus menyokong usaha rakyat dalam menuntut penambahbaikan sistem pilihanraya yang selama ini disifatkan sebagai berat sebelah. "Oleh itu, sekiranya Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan rakyat pada 9 julai ini, mahasiswa telah sepakat untuk menyumbang 1,000 botol air mineral, 1,000 bungkus garam dan 1,000 helai tuala tangan. "Sumbangan ini akan disalurkan terus kepada rakyat sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 berjaya dijalankan. Sumbangan ini sebagai tanda bahawa mahasiswa sentiasa mendokong perjuangan rakyat yang mahukan suasana demokrasi yang lebih baik melalui pilihanraya yang bersih dan adil," katanya. Beliau turut menegaskan bahawa kebersamaan mahasiswa dalam himpunan aman 9 Julai ini bukan atas dasar sokongan kepada Datuk Ambiga ataupun mana-mana pihak lain yang terlibat. "Bagi mahasiswa, sekiranya rakyat tidak tampil dan bersuara, Himpunan Bersih 2.0 pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, solidariti mahasiswa bersama Bersih 2.0 adalah atas dasar menyokong penuh 8 tuntutan rakyat sekali gus ingin bersama rakyat dalam himpunan aman 9 Julai ini," ujar beliau. Kenyataan beliau itu turut disokong oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Malaysia Youth and Democratic Students Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Aksi mahasiswa Peduli (AKSI), Sister In Movement (SIM) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). |
Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium Posted: 05 Jul 2011 01:50 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra July 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Julai — Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Terlebih dahulu Ambiga yang turut diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Samad dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin memasuki Istana Negara kira-kira pukul 1.55 petang dan keluar pukul 3.15 petang. "Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini," kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara. "Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan." |
4 Sasterawan Negara gesa kerajaan bebaskan tahanan Bersih Posted: 04 Jul 2011 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Empat sasterawan negara hari ini menggesa agar kerajaan membebaskan semua aktivis Bersih yang ditahan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dengan segera. Petikan dari laman portal Malaysiakini, dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan, berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka. "Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka. Tambah mereka, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejateraan awam dalam sebuah negara yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik. |
Pakatan mesyuarat tergempar esok bincang isu Bersih 2.0 Posted: 04 Jul 2011 09:06 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan isu Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, dijangka akan membincangkan tentang nasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan itu. "Saya paling tertarik dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong apabila Baginda berkata pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan 'yang pentingnya', saya sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merancang untuk mengadakan satu perhimpunan aman Sabtu ini untuk menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang mendapat sokongan rakyat negara ini. "Sokongan rakyat mengatasi agama, kelas, jantina dan umur... ia akan menjadi satu sambutan dalam semangat demokratik di Malaysia serta menjadi ilustrasi slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Himpunan Bersih 2.0 bukan untuk menjadi ancaman kepada mana-mana kaum, agama, kelas, jantina atau umur dan hanya kerajaan yang 'bijak' tidak akan membenarkan ia berlaku dengan Menteri Dalam Negeri dan polis berada dalam khayalan dengan mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan komunisme serta subversif oleh kuasa-kuasa asing," katanya. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, pihaknya berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian. Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan ekoran titah Yang di-Pertuan Agong. "Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya. "Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia," kata beliau dengan membacakan kenyataannya. Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong. |
Posted: 04 Jul 2011 08:38 PM PDT Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau. Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu. Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung. Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai. Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan. AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan. Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ? Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih. Sekian. Md Sani Mohd Shah, Ketua AMK Rembau. |
Adakah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa? Posted: 04 Jul 2011 07:26 PM PDT Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4hb Julai 2011: Adakah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa? Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berani untuk mengharamkan Perkasa sebagaimana beliau telah mengharamkan Bersih atau menangkap Senator UMNO, Ezam Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sepertimana juga polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.Michael Jeyakumar Devaraj di bawah Orninan Darurat bagi membuktikan pihak polis tidak mengamalkan 'double-standard' atau pilih kasih? DAP mempersoal desakan Hishammuddin bahawa pihak berkuasa akan bertindak adil dalam menghentikan semua perhimpunan walaupun hanya mengaharamkan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih, apabila tiada tindakan diambil terhadap UMNO dan Perkasa yang menganjurkan demonstrasi ganas di Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Mengapakah Hishammuddin tidak menahan Ezam di bawah Ordinan Darurat atas ancaman beliau bahawa tidak perlu tunggu pilihanraya umum dan beliau mahu mengadakan lebih banyak bantahan bagi memaksa saya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri? Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas salah seorang wartawan, jurugambar dan juruvideo oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan ganas dan haram yang diadakan di pusat Bandar George Town dan di atas Jambatan Pulau Pinang. Pewaju mempersoalkan kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan undang-undang dan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghentikan demonstrasi walhal mereka telah maklum akan hal tersebut sehari sebelumnya. Persoalan juga timbul kenapa pihak polis begitu berwaspada dalam mengetatkan kawalan di perhimpunan Bersih 2.0, yang belum berlaku, dan tidak cekap dalam menghentikan perhimpunan haram oleh Umno dan Perkasa yang telahpun berlaku. Apa yang mengejutkan adalah kenyataan Pewaju bahawa serangan ke atas wartawan tersebut berlaku di hadapan mata pihak polis, tetapi malangnya penguatkuasaan undang-undang tidak berdaya dan tiada harapan untuk menghentikan serangan tersebut. Ketidakcekapan pihak polis dipersoalkan di mana integriti, kecekapan dan kreadibiliti mereka untuk melindungi rakyat Malaysia menjadi persoalan. DAP menyokong demonstrasi aman tetapi mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi ganas. Kegagalan pihak polis untuk bertindak ke atas demonstrasi ganas oleh UMNO dan Perkasa, menberi tanggapan bahawa jelas terdapat 'double-standard' dan pilih kasih. Penangkapan Jeyakumar dan lima ahli PSM yang lain di bawah Ordinan Darurat adalah tidak adil kerana kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa dia telah melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan negara. Tuduhan menyebarkan fahaman komunis adalah tidak masuk akal apabila Malaysia sememangnya telah lama mengadakan hubungan akrab dengan negara-negara komunis seperti Cuba, China dan Vietnam. Jika tidak mahu Khairy Jamaluddin ditahan dan didakwa kerana cuba menghidupkan semula fahaman komunis dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tetap pada 12 Oktober 2009 untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (Communist Youth League of China). Ketua Pemuda Barisan, Khairy Jamaluddin berkata sekretariat tetap adalah untuk memudahkan hubungan dua hala yang berterusan dan menggalakkan ikatan yang lebih kukuh antara kedua-dua entiti. Jelas sekali, penyokong Bersih yang ditahan minggu lalu dan serbuan sekretariat pada Rabu lalu hanya dijadikan mangsa Kerajaan BN, apabila mereka tidak menganjurkan sebarang demonstrasi walhal demonstrasi UMNO dan Perkasa dibenarkan berlangsung tanpa sebarang hukuman. Tindakan ini adalah tidak adil dan hanya mencemari imej Malaysia di mata dunia dan rekod kerana tidak mengamalkan apa yang dipegang dalam menghormati hak asasi kemanusiaan. *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan |
Posted: 04 Jul 2011 06:36 PM PDT Guan Eng pilih kasih - Gerakan Oleh LEE HOOI BOON pengarang@utusan.com.my PULAU PINANG 4 Julai - Gerakan membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengamalkan sikap 'pilih kasih' apabila mengutuk perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Jumaat lalu sedangkan pada masa sama menyokong perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pulau Pinang, Guan Eng sepatutnya membantah perhimpunan haram Bersih demi menjamin keamanan dan keharmonian negara. Perhimpunan yang diadakan di Komtar pada Jumaat lalu adalah bagi membantah pentadbiran Guan Eng. "Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, dia (Guan Eng) sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah. Kalau tidak mampu bersikap sedemikian, lebih baik letak jawatan," katanya. Hock Nan berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra dengan penduduk Batu Maung anjuran Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, hari ini. Pada program tersebut, mereka mengedarkan beg kitar semula bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar. Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. |
Komentar: Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib Posted: 04 Jul 2011 06:20 PM PDT Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama. Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0. Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik. Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab. Titah baginda: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik". Tersasar hayati ucapan Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda. Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini. Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH. Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR. Apabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH. Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy. Mencetuskan ketegangan PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan. Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0. Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0. Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan. Rakyat terima padah Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH. Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini? Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu? Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa. Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0. Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan "patriot-patriot" lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain. Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid. Aktivis tersohor Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0? Harus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan. Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat. Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang. Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan. Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya. Tawaran jengkel Namun beliau memilih jalan mudah untuk "melepaskan" segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu. Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya. "Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara," itu antara teras titah Tuanku Mizan. Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu: "Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah" Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. |
Mai Dengar Anak Mahathir Cakap Apa Posted: 04 Jul 2011 06:10 PM PDT |
Posted: 04 Jul 2011 05:40 PM PDT Muhyiddin gesa himpunan 9 Julai dibatal sebelum temu Agong ALOR GAJAH, 5 Julai — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pengerusi penganjur Himpunan Bersih 9 Julai ini, Datuk S. Ambiga, supaya membatalkan terlebih dahulu rancangan itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu (perhimpunan haram) sebelum menghadap. "Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula," katanya dipetik Bernama Online. Semalam, Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Tuanku Mizan. Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan untuk menghadap Seri Paduka Baginda dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin. Muhyiddin berkata perhimpunan hujung minggu ini boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat berbilang kaum selama ini. Beliau berkata pembangunan dan kemajuan negara yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat bersama-sama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan