:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Pemandu Teksi Pasir Puteh: PKINK Tidak Bersalah Posted: 05 Jul 2011 04:22 AM PDT Laporan Sinar Harian, 5 Julai, sebagaimana keratan di bawah adalah amat jelas menunjukkan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri Kelantan merampas dan menjual tapak teksi Pasir Puteh kepada pihak swasta adalah tidak benar sama sekali dan terbukti bahawa PM menggunakan fakta salah. Keghairahan UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas Kelantan dengan cara ini mengakibatkan tercalarnya kredibiliti Perdana Menteri dengan mempersembahkan sumber-sumber palsu yang tidak berasas. Sebagaimana kehendak Kickdefella yang amat berminat dalam isu ini "masa akan mentukannya, segala-galanya akan terdedah juga", justeru, keyakinan kepada Tuhan Yang Maha Adil akan menentukan serta mendedahkan segala-galanya. Tidak ada siapa-siapa yang boleh menutup Bohong dengan Berbohong. [sumber : klik] *** Kickdefella & Perdana Menteri Satu Kategori Kickdefella dan Perdana Menteri adalah dalam satu kategori, apabila sudah berbohong, menuduh orang lain pula berbohong. Disini disertakan attachment (klik sini) cabutan Hak-milik Tanah Tapak Stesen Kereta Sewa Pasir Puteh yang dimiliki Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang didakwa telah dijual kepada Syarikat Swasta bukan Melayu oleh Perdana Menteri dalam satu program di Pasir Putih ketika Lawatan Kerja Sehari Perdana Menteri di Kelantan. Tidak seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kepada orang ramai di Pasir Putih, dengan bukti hitam putih, terbukti tuan-punya yang sah kepada tanah tersebut, masih lagi milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) seperti yang direkod. Tidak ada siapa-siapa yang boleh menutup Bohong dengan Berbohong. [Sumber : sila klik] |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan