Ahad, 3 Julai 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung

Posted: 03 Jul 2011 02:41 PM PDT

KUALA TERENGGANU - PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai.


"Hadirin sekelian, sekarang kita dengar hasutan itu, hasutan ini, keadaan kita tengok sini kena tangkap, sana kena tangkap,

"maka kami (PAS Pusat) memutuskan telah hantar berita awal, iaitu (Dato' Seri) Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya, Dr. Syed Azman (dan) mungkin dicadang beberapa orang (pemimpin) akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (SPBYDPA),"ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin.

Menurutnya, rombongan dari PAS itu akan mengadap dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, pandangan SPBYDPA, sebagaimana titah baginda yang dikeluarkan pada hari ini adalah amat baik.

"(Baginda) minta jaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan rakyat, dan jangan menimbulkan sebarang kerosakkan harta benda dan keamanan,

"inilah Raja Berperlembagaan, yang betul-betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,"jelasnya.

Katanya, permohonan awal dari PAS telah pun dihantar kepada pihak SPBYDPA dan maklum balas akan diketahui samada esok atau lusa.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah baginda setelah berlaku penangkapan beramai-ramai rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkait dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan.

Berikut adalah teks titah penuh baginda yang dikeluarkan semalam 3 Julai.

TEKS PENUH TITAH YANG DIPERTUAN AGUNG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sebelum itu, Haji Mohamad Sabu telah menghuraikan satu persatu tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 sebagaimana dibawah;

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam ceramah mega diatas adalah YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu serta Azan Ismail, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu.

Semua Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu juga turut bersama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

Posted: 03 Jul 2011 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

-- BERNAMA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bersih 2.0: Agong mahu isu diselesai secara rundingan

Posted: 03 Jul 2011 06:57 AM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 3 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

"Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda.

"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda dalam kenyataan yang diperoleh dari Bernama Online.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin," titah Tuanku Mizan lagi.

Tuanku Mizan juga bertitah baginda mahu "dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."

"Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan," katanya.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya.

"Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun," titah Tuanku Mizan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat

Posted: 03 Jul 2011 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai — PAS mengingatkan Menteri Dalam Negeri mereka boleh mengarah polis untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara sehingga ia boleh mencetus pemberontakan dalaman.

Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menghayati teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

"Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya 'bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina'," kata beliau.

"Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS juga mengecam tindakan terdesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar enam hari menjelang Himpunan Bersih Julai 9 ini.

Justeru kata beliau Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam hak ssasi manusia, N Surendran.

Menurut Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman, Hishammuddin telah mengarahkan pihaknya untuk mengharamkan Bersih 2.0 atas alasan bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dan menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang dengan menuntut supaya pilihan raya yang bebas dan adil diadakan.

Putrajaya mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri, kata Tuan Ibrahim, pada pandangan PAS adalah semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.

"Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan badan bukan kerajaan yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini," kata beliau.

PAS, katanya juga melihat tindakan Kementerian Dalam Negeri ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.

Tuan Ibrahim berkata Hishammuddin sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihan raya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.

"Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara," tegas Tuan Ibrahim.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Najib Takut Dengan Kebangkitan Rakyat!

Posted: 03 Jul 2011 04:30 AM PDT

Najib: Putrajaya guna Ordinan Darurat elak masalah serius


PEKAN, 3 Julai — Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

"Ada sebahagian daripada rakyat yang mahukan kita (kerajaan) bertindak dengan menggunakan apa juga kuasa yang ada pada kita tetapi saya percaya pihak polis memahami segala implikasi kalau mereka nak mengambil apa-apa tindakan, yang penting sesuatu tindakan itu mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata penganjuran perhimpunan 9 Julai mengundang pelbagai eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

"Ada beberapa elemen bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu juga cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan yang mereka ingin lakukan.

"Mereka akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia... kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka.

"Kebebasan untuk berkumpul ada syarat-syarat sebab kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Kalau kita buat terlalu bebas nanti negara kita ini akan menjurus pada keadaan yang huru-hara dan tidak menentu yang tidak menguntungkan sesiapa sama sekali," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Beringatlah Umno sebelum jadi bahan sejarah

Posted: 03 Jul 2011 04:00 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan perlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram.

Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.

Rakyat marhaen yang ingin berhimpun, ratusan ditahan walaupun 9 Julai belum tiba dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal termasuk ingin melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan barang yang boleh dikategorikan sebagai senjata yang ditemui bersama mereka hanyalah sebilah gunting.

Bagi saya, sekadar sebilah gunting, bukan setakat nak lawan Yang Dipertuan Agong malah nak lawan dengan tukang kebun Yang di-Pertuan Agong, belum tentu boleh. Ini kebodohan yang melampau!

Apakah ada dikalangan kita yang berniat nak lawan Yang di-Pertuan Agong? Ada sesiapa yang nak berlawan dengan Pemuda Umno atau Ibrahim Ali atau ada sesiapa yang nak beradu tenaga dengan anggota keselamatan? Jawabnya, ini bukan agenda kita!

Kami rakyat marhaen berhimpun untuk menuntut pembaharuan yang adil dalam sistem demokrasi berpilihanraya di negara kita. Pilihanraya bukan bermakna sekadar pangkah kertas undi. Tapi pilihanraya juga bermakna, peluang untuk menyebarkan dan mendapat maklumat yang sama.

Peluang untuk bercakap yang sama, peluang untuk berkempen yang sama dan peluang untuk bertarung di atas padang yang sama rata. Jangan dia ikat kaki dan tangan kita, kemudian dia ajak kita lawan lumba lari.

Anggota keselamatan bukan musuh kita. Mereka mungkin kawan kita, warih (saudara) kita, sepupu kita dan mereka juga adalah rakyat marhaen sebagaimana kita.

Apa yang kita perjuangkan juga demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Lalu untuk apa perlunya anjing pengesan, maki hamun, sepak terajang, belantan, gas pemedih mata dan air kimia.

Ingat! Jangan sampai nanti mereka jadi sebagaimana Polis Mesir yang terpaksa melutut memohon maaf kepada rakyat lantaran menjadi anjing kepada Hosni Mubarak sebelum ini, kemudian Polis Mesir sendiri yang turun berdemonstrasi bersama rakyat.

Pemerintah tak akan selamanya di puncak kuasa. Berkonfrantasi dengan hasrat dan kehendak rakyat sendiri akan meletakkan hayat suatu pemerintahan di hujung tanduk. Beringatlah sebelum kita menjadi bahan sejarah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Pegawai merungut dipaksa hadir program PM

Posted: 03 Jul 2011 03:45 AM PDT

Aslani

KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?

Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.

Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.

Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.

Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.

Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.

Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.

Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.

"Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.

"Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah," dakwa seorang penduduk.

Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.

"Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya," kata beliau.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.

Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.

"PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS," katanya.

Sekitar 5,000 hadir



Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.

Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.

Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

"Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

"Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK," katanya di sini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.

"Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

"Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut," ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.

Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Penahanan Senator UMNO, Ezam Mohamad Nor membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang takut untuk menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi

Posted: 03 Jul 2011 03:21 AM PDT

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Ahad, 3hb Julai 2011:

Penahanan Senator UMNO, Ezam Mohamad Nor membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang takut untuk menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terkejut dengan pembohongan terang- terangan dan terbuka oleh Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa UMNO tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1/7/2011 di Komtar dan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10km dan menyerang dua wartawan dari akhbar Cina.

Daripada cuba untuk menafikan dan menutup penglibatan UMNO, Datuk Zainal sepatutnya memohan maaf kepada rakyat di atas penglibatan UMNO ini. Rakaman video perhimpunan haram dan penahanan Senator UMNO, Ezam Mohd Nor oleh pihak polis ketika perhimpunan haram membuktikan UMNO adalah penakut untuk menafikan penglibatan mereka dan mengingatkan kepada pepatah Melayu, "baling batu sembunyi tangan".

Adakah Datuk Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli UMNO dan dilantik oleh UMNO untuk menjadi Senator? Ezam telah mengecam bahawa tidak perlu menunggu pilihan raya dan mahu melakukan lebih banyak bantahan untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri lebih awal. Di mana letaknya kehormatan UMNO terhadap demokrasi dan mandat saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang sah?

Apa yang lebih keji ialah media arus perdana seperti The News Straits Times (NST) terlibat dengan pembohongan UMNO dan tidak menyiarkan berita bahawa Senator UMNO, Ezam telah ditahan oleh polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. NST juga tidak menyiarkan berita 2 wartawan diserang oleh ahli UMNO atau penunjuk perasaan yang telah menghalang lalu lintas di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan hampir 10km. UMNO Pulau Pinang dan Ketua Pemuda UMNO Negeri juga turut hadir dalam perhimpunan haram tersebut.

7 orang yang ditahan bersama- sama dengan Ezam termasuklah Ketua Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin. Ini membuktikan sekali lagi bahawa UMNO bekerjasama rapat dengan perkauman dan anti- bukan Melayu. Gerakan, MCA atau MIC mesti menerangkan mengapa mereka masih menyokong UMNO yang bekerjasama rapat dengan organisasi yang mengamalkan perkauman seperti Perkasa yang melabelkan wanita nenek moyang Cina sebagai pelacur dan nenek moyang India sebagai pengemis dan anjing.

Polis Pulau Pinang mesti mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan serius menyerang dua wartawan yang sedang mengambil gambar. Kedua- dua wartawan tersebut telah membuat laporan polis dan menyediakan bukti orang yang menyerang mereka dan kenderaan masing- masing. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan hanya akan mengesahkan lagi persepsi masyarakat terhadap sikap double- standard yang pihak polis hanya akan bertindak terhadap penyokong PR tetapi tidak mengambil tindakan terhadap UMNO yang berarak dan mengganggu lalu lintas atau memukul wartawan.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Mohd Sabu nafi laporan sedia ditahan ISA

Posted: 03 Jul 2011 12:15 AM PDT

Oleh Abdul Rahim Sabri

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan akhbar Sinar Harian hari inNONEi bahawa beliau bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menyebut bahawa polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja.


"(Laporan) itu tidak betul. Saya sebut polis ada kuasa unutk menahan sesiapa sahaja. Adalah pelik orang yang cintakan demokrasi ditangkap bawah ISA.

"Saya tidak sebut sedia ditangkap ISA, seolah-olah mencabar polis untuk tangkap (saya) bawah ISA... Siapa mahu kena tangkap ISA," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Tegasnya lagi, beliau tidak mencabar polis untuk menahannya, termasuk pemimpin PAS.

Bagaimanapun, katanya, PAS menyokong tuntutan BERSIH pada perhimpunan 9 Julai ini di ibu negara.

Tambahnya, masyarakat dunia akan berasa pelik, orang yang mempertahankan demokrasi ditahan di bawah akta tersebut.

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa jika ditahan ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Mohamad dilapor berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan itu akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Laporan itu juga menyebut beliau berkata, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau dilapor berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar, di Jalan Kubur Maras, Kota Bharu.M/Kini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Manikavasagam ditahan ketika mahu bantu peniaga Melayu

Posted: 02 Jul 2011 11:49 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Setiausahanya Jayachandran ditahan di balai polis Sg Kapar Indah kerana memiliki sembilan helai t-shirt Bersih dalam kereta.

Bercakap kepada KeadilanDaily, beliau berkata, penahanan itu dibuat sekumpulan anggota polis kira-kira jam 1 petang di tapak Pasar Besar Meru walaupun tidak mengedar apa-apa risalah dan t-shirt Bersih.

"T-shirt Bersih hanya ada dalam kereta saya, saya ke pasar untuk bertemu Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tapi sekumpulan polis datang dan terus menahan saya.

"Kereta saya dipandu Setiausaha saya, Jayachandran. Dia pun kena tahan. Polis sedang mengambil keterangan sekarang ini," katanya ketika dihubungi.

Kata beliau, lawatannya ke tapak pasar itu tiada kaitan langsung dengan pengedaran t-shirt mahupun risalah Bersih tetapi polis berkeras menahannya.

"Saya beritahu polis. saya datang berjumpa dengan persatuan itu, tetapi mereka menggeledah kereta dan menjumpai sembilan helai baju t Bersih.

"Ketika berjumpa dengan persatuan itu, saya bersama enam pengikut. Saya dibawa oleh trak polis ke sini," kata beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Kit Siang: Gugur Hisham menteri, tarik balik haramkan Bersih

Posted: 02 Jul 2011 11:34 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin daripada jawatan itu sambil menyifatkan alasan pengharaman pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak munasabah.

Tegas Penasihat DAP, tiga alasan yang diberikan Hishammuddin untuk mengharamkan Bersih 2.0 tidak munasabah kerana gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini dan dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang berkuat kuasa kelmarin.

Tegas Lim, lapan tuntutan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 yang disokong Pakatan Rakyat tidak memberi sebarang ancaman ke atas keselamatan negara seperti mana yang didakwa Hishammuddin.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menggugurkan Hishammuddin dan menarik balik arahan pengharaman Bersih kerana tiga alasan yang diberikan tidak munasabah, malah tiga alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima.

"Bersih tidak bersalah. Yang bersalah adalah Perkasa dan Pemuda Umno, malah mereka turut mengancam dengan menggunakan peristiwa 13 Mei dengan memberi amaran kepada orang Cina agar duduk di rumah dan menyimpan bekalan makanan dan Pemuda Umno pula mengepung pejabat PKR dengan mengancam akan melakukan keganasan dan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas pemimpin veteran ini, sepatutnya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Perkasa dan Pemuda Umno kerana menimbulkan provokasi yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Mengapa Hishammuddin hanya mengambil tindakan terhadap Bersih yang tidak bersalah sedangkan mereka yang menimbulkan huru-hara adalah Perkasa dan Pemuda Umno seolah-olah mereka ini kebal dan bebas untuk melakukan jenayah.

"Soal risalah, adakah kerajaan boleh digulingkan hanya dengan mengagihkan risalah? Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan pihak berkuasa tidak mempunyai bukti untuk menyokong tuduhan itu," katanya.

Lim menambah Bersih tidak sepatutnya dipersalahkan memandangkan gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keadaan tegang dalam negara.

"Sekali lagi sepatutnya Perkasa dan Pemuda Umno yang harus dipersalahkan bukan Bersih. Kini dengan arahan pengharaman yang dibuat Menteri Dalam Negeri membuktikan beliau memberikan imej buruk kepada negara yang akan menyebabkan kehilangan sokongan rakyat selain memberi kesan kepada kepentingan ekonomi dan perpaduan.

"Adakah Hishammuddin akan mengharamkan dirinya kerana memalukan negara?" katanya.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang semalam, Putrajaya mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram — seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

"Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai," kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.

Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Bagaimanapun Ambiga berkata pengharaman itu tidak akan membawa impak sebab pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya itu telah berjaya dalam memikat "hati dan minda rakyat."

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga tidak bersetuju dengan pentadbiran Najib yang memutuskan pergerakan tersebut menyalahi undang-undang sebab Bersih 2.0 adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan didaftarkan dan justeru, ia tidak memerlukan pendaftaran.

Selain itu, pemimpin Pakatan Rakyat juga membantah pengharaman itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Polis teruskan tangkapan, MP Bakri antara lima ditahan

Posted: 02 Jul 2011 11:33 PM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Enam anggota DAP termasuk Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa ditahan polis pagi ini ketika majlis gotong-royong, dipercayai sebahagian daripada aktiviti Bersih 2.0 yang diharamkan dua hari lalu.

Keenam-enam mereka yang mengenakan kemeja-T, yang membawa reka bentuk yang berbeza daripada logo Bersih 2.0, ditahan di pasar Taman Pelangi, Johor Baru ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Meskipun menjelaskan kepada polis bahawa mereka hanya mengadakan program komuniti bertemakan "Negara Bersih, Rakyat Bertuah", tetapi telah dibawa ke balai polis Taman Pelangi.

Enam mereka termasuklah Er, ketua Pemuda Sosialis DAP Johor Tan Hong Pin, naib ketuanya Jason Josob, anggota jawatankuasa DAP Johor Chen Kah Eng, setiausaha DAP cawangan Taman Bukit Indah Yan Boon Meng dan penolong pengarah pendidikan politik DAP Johor Tang Chee Kia.

Polis telah menahan lebih 100 orang di bawah tindakan menjelang Himpunan Bersih 2.0 dan menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat.

Semalam, Putrajaya mengumumkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram berkuat kuasa semalam.

Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

PERKASA?

Posted: 02 Jul 2011 10:03 PM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/261270_184944941560213_180698295318211_421816_3924185_n.jpg

melayu ker ni?

ayooo. muka tarak sama macam iblahim ali pun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Mat Sabu Tidak Takut Ditahan ISA. Umno Jadi Gila

Posted: 02 Jul 2011 09:46 PM PDT

Jika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekalipun, pemimpin Pas tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, beliau dan pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit sebelum perhimpunan berlangsung, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

"Tak apalah kalau pihak berkuasa mahu menahan, mereka memang ada kuasa, inilah dinamakan perjuangan, inilah untuk masa depan negara.

"Pas akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, Pas tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden Pas dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

Mohamad berkata, polis tidak sepatutnya menutup pintu rundingan dengan penganjur Bersih 2.0.

"Sekarang ini kalangan penyokong Bersih 2.0 adalah kumpulan pencinta demokrasi dan jika pihak berkuasa mendakwa mereka menggunakan ISA, dunia akan jadi pelik. Kita tahu kerajaan ada kuasa untuk tahan.

"Ini pencinta demokrasi kalau dahulunya ISA dikenakan kepada militan yang menolak demokrasi dan ini sepatutnya tidak berlaku kerana apa yang berlaku (Bersih 2.0) adalah untuk menuntut keadilan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Gambar Roadtour Pra-Bersih 2.0 Rakyat Malaysia di Mesir

Posted: 02 Jul 2011 08:45 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/262256_10150230263632592_358919387591_7841625_3633102_n.jpg


Roadtour Pra-Bersih 2.0 Rakyat Malaysia di Mesir. 2 Julai 2011. Rumah Kelantan, Kaherah, Mesir.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Macam Ni Rupa Stadium Yang Akan Dibangunkan Oleh Najib Di Kelantan?

Posted: 02 Jul 2011 08:30 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/267504_230321170321751_100000316082057_795185_7543278_n.jpg

minta dijauhkan bencana macam ni

tolak umno dan bn

rakyat akan selamat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Mengecam Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Posted: 02 Jul 2011 08:00 PM PDT

Kenyataan Media

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Dah Habis Ke Melayu Kat Peneng?

Posted: 02 Jul 2011 07:19 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/264759_179325545460675_100001496924440_483987_4309060_n.jpg

melayu ke macam ni?

ayoooo.......

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Macam Ni Ke Cara Pesilat Melayu Bercakap? Gedebe Taik Kucing!

Posted: 02 Jul 2011 06:30 PM PDT

4 juta ahli silat jadi 'perisai negara'

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan, Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Latifah Arifin
bhnews@bharian.com.my


Sedia berdepan tindakan agresif BERSIH

KUALA LUMPUR: Lebih empat juta ahli Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sedia menjadi 'perisai negara' pada perhimpunan haram anjuran BERSIH, Sabtu ini bagi berdepan tindakan agresif yang mungkin dicetuskan ahli gabungan itu.

Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai sebuah gerakan yang berpaksi dan mendaulatkan perlembagaan negara, PESAKA akan sentiasa memastikan Malaysia aman dan makmur.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba atau berniat menghina dan menafikan lima prinsip Rukun Negara yang terkandung dalam perlembagaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

"Pada masa sama, kami makin tidak berpuas hati serta tercabar dengan kebiadapan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang sejak dulu berterusan menghina Melayu dan Islam sehingga berani merancang perhimpunan haram.

"Justeru, PESAKA memberi amaran keras kepada Ambiga supaya menghentikan rancangan menganjurkan perhimpunan haram, Sabtu ini atau berdepan kemungkinan berlakunya kekacauan melampau seperti 13 Mei 1969," katanya selepas menghadiri perjumpaan dan mesyuarat bersama guru-guru silat Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Perguruan PESAKA yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju dan 211 guru silat lincah seluruh negara.
Omardin pula berkata, jika Ambiga berdegil ingin meneruskan perhimpunan haram itu, PESAKA berjanji akan bertindak dan melakukan apa saja untuk memastikan kestabilan negara terpelihara.

"Ambiga perlu bertanggungjawab 100 peratus atas segala implikasi atau kejadian buruk yang bakal berlaku kepada rakyat dan negara akibat perhimpunan haram itu," katanya.

Sementara itu, Persatuan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membantah perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Persatuan yang menaungi lebih 2,000 peniaga di sekitar Jalan TAR sebulat suara menolak perhimpunan itu diteruskan kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusinya, Che Kamarudin Ibrahim berkata, demonstrasi jalanan bukan saja melumpuhkan kerancakan ekonomi malah merugikan golongan penjaja, peniaga dan negara.

Sebelum penyerahan memorandum itu, kira-kira 1,000 tandatangan peniaga dan orang awam berjaya dihimpunkan bagi menyatakan bantahan perhimpunan haram di kawasan terbabit.

Satu laporan polis turut dibuat di IPD sama bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak polis jika perhimpunan itu diteruskan, Sabtu ini.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Kenapa Nak Tunggu Menang Baru Nak Buat Stadium Di Kelantan?

Posted: 02 Jul 2011 06:15 PM PDT

"Saya berjanji, jika BN berjaya rampas Kelantan daripada PAS pada sebelah malam, esok paginya akan diumumkan mengenai pembinaan stadium baru di negeri ini," katanya ketika merasmikan Akademi Al-Hamra (ARMY) di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang I, di Kota Bharu, semalam.
Najib juga dinobat sebagai peminat nombor satu The Red Warriors atas sumbangan yang dilakukan dalam membantu pasukan itu sehingga menjadi antara gergasi bola sepak digeruni dalam persada Liga Malaysia.

Perdana Menteri turut menyumbangkan kira-kira RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membangunkan bola sepak di negeri ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

ingat rakyat kelantan bodoh macam pemimpin umno ke? ppppuuiiihhhh!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bersih 2.0: Mat Sabu nasihat Najib jangan ‘kelirukan’ rakyat

Posted: 02 Jul 2011 05:51 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 2 Julai — Mohamad Sabu menegaskan PAS hanya menyokong Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mahu "memperbodohkan" rakyat dengan mengaitkan parti Islam itu bekerjasama dengan penganjur semata-mata untuk menawan Putrajaya.

Sebaliknya, tegas Timbalan Presiden PAS ini, beliau secara peribadi tidak mempunyai apa-apa kaitan atau jawatan dalam Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Jelas Mohamad yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu", PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Saya timbalan presiden PAS, saya tidak berada dalam jawatankuasa Bersih... PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih, jadi tidak timbul soal kita mahu menawan Putrajaya bersama Bersih.

"Dulu pada himpunan Bersih kali pertama ia dipengerusikan Syed Shahir Syed Mohamud, kita sokong tuntutan Bersih bukan ketuanya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, Najib cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS mahu menawan Putrajaya dengan apa jua cara termasuk melalui demonstrasi.

"Najib nak kelirukan orang ramai, memang kita (Pakatan Rakyat) mahu menawan Putrajaya dan ia memang cita-cita parti politik.

"Tapi kita mahu tawan Putrajaya melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil, ini yang kita mahukan dan kita tidak mahu menang melalui pilihan raya yang kotor," katanya.

Justeru tambah Mohamad, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan palsu yang dilemparkan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu.

"Itu hanya rekaan untuk kelirukan orang ramai, dia (Najib) sekadar nak perbodohkan rakyat... kita sokong tuntutan Bersih dan kalau selepas ini ada perhimpunan lain dan tuntutannya kita tidak setuju, kita tidak akan sokong Bersih.

"Sebab itu, saya kata PAS dan Bersih tidak ada apa-apa hubungan, Bersih adalah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan kita sokong tuntutan mereka, sudah-sudahlah kalau nak buat tuduhan yang bukan-bukan," katanya.

Semalam, Najib mengecam Ambiga dan PAS bahawa Himpunan Bersih 2.0 mahu diadakan untuk merampas kuasa Putrajaya.

Beliau berkata Ambiga adalah individu yang pernah menggugat kedudukan Islam dan Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1991.

Bersih, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan akan meneruskan Himpunan Bersih 2.0 walaupun polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Ambiga: Bersih adalah rakyat, langkah KDN tiada impak

Posted: 02 Jul 2011 05:50 PM PDT

Oleh Melissa Chi

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan Bersih 2.0, berkuat kuasa kelmarin, tidak akan membawa impak sebab pergerakan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya itu telah berjaya dalam memikat "hati dan minda rakyat", kata pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga tidak bersetuju dengan pentadbiran Najib yang memutuskan pergerakan tersebut menyalahi undang-undang sebab Bersih 2.0 adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan didaftarkan dan justeru, ia tidak memerlukan pendaftaran.

"Lebih penting lagi, di luar jangkauan, Bersih sekarang lebih daripada hanya satu kumpulan pertubuhan bagi rakyat Malaysia. Bersih kini satu konsep yang telah memikat hati dan minda rakyat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, "Bersih kini adalah rakyat" dan maka, apa sahaja tindakan cuba dilakukan ke atasnya tidak akan membawa sebarang perbezaan terhadap pandangan orang ramai tentang perjuangannya.

Ambiga juga tidak bersetuju dengan alasan-alasan disenaraikan oleh Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berhubung langkah mengharamkan Bersih 2.0, sebagaimana digariskan dalam satu kenyataan media semalam.

"Dari sudut perundangan, kami percaya bahawa Bersih 2.0 merupakan gabungan pertubuhan yang didaftarkan, jadi ia tidak perlu pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan," kata beliau.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang semalam, Putrajaya mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram — seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

"Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai," kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.

Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada hari yang sama di ibu negara.

Awal minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.

Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan.

Kelmarin, polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Kesian! Najib Diperbodohkkan Oleh Pemimpin Umno Kelantan

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Husam: Saya malu Najib diberi info silap isu stesen teksi Pasir Puteh
July 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menegaskan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak pernah menjual tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di bandar berkenaan.

Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

Kata beliau, perdana menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka.

"Sudah tentu perdana menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selaku rakyat Malaysia, kata Husam, beliau merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Najib menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapannya.

"Saya menggesa agar perdana menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau," katanya lagi.

Dalam ucapan pagi tadi di Pasir Putih, Najib yang mengadakan lawatan kerja ke Kelantan berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

"Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru," katanya.

Selain itu, kata Husam, perkembangan pagi tadi juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.

"Saya yakin, jika perdana menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.

"Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihan raya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan," katanya lagi.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau yakin kerajaan negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.

Katanya, apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.

"Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan perdana menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK," katanya lagi sambil menambah, kenyataan Najib tidak berasas sama sekali.

Sebodoh-bodoh pemimpin umno kelantan, rupanya najib lagi bodoh! malu beb

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Tiada ulasan: