Biaqpila |
- ROYALTI : SAMSENG BERSENJATA PARANG SERANG SUKARELAWAN GERAM
- LIVE COPA AMERICA 2011: BRAZIL VS VENEZUELA
- KEPUTUSAN PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 ASIA -03/07/11
- LIVE: TAIWAN VS MALAYSIA
- TV RADIO KAKI TIPU
- Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih
- LAWAK AHAD: AWEK BOGEL NAIK BECA
- Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman?
ROYALTI : SAMSENG BERSENJATA PARANG SERANG SUKARELAWAN GERAM Posted: 03 Jul 2011 03:00 PM PDT Lebih kurang jam 10:30 malam tadi(semalam) beberapa Sukarelawan GERAM yang sedang membuat kerja-kerja memasang Banner Royalti Rakyat Kelantan telah diserang oleh sekumpulan Samseng dipercayai upahan UMphorNO. Samseng seramai lebih kurang 30 orang, bersenjatakan Kayu, Pedang Samurai dan Parang tersebut datang dengan menaiki 6 biji kereta ke lokasi Sukarelawan GERAM memasang Banner Royalti Rakyat iaitu di atas Jejantas berhadapan dengan Ma'ahad Muhammadi Lelaki. Sebelum kejadian tersebut, pihak Sukarelawan pada sebelah siangnya telah menggantung beberapa Banner Royalti Rakyat tetapi dipercayai telah dibuang oleh Samseng yang sama dan ketika kejadian, Sukarelawan GERAM sedang menggantikan Banner-banner yang telah dibuang dengan yang baru. Samseng-samseng bersenjata kemudian datang dengan tiba-tiba, terus menyentap Banner-banner tersebut sambil mengugut akan mencederakan Sukarelawan GEGAR jika terus memasang Banner-banner tersebut dan mengarahkan mereka untuk beredar jika tidak mahu dicederakan. Bimbang dicederakan, Sukarelawan GERAM yang hanya seramai 5 orang sahaja terpaksa menurut sahaja arahan Samseng-samseng bersenjata tersebut dan beredar meninggalkan tempat kejadian. Dipercayai Samseng-samseng tersebut telah bertindak demikian hasil arahan pihak atasan UMNO kerana Banner tersebut dipasang dilaluan Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa selepas selesai Jamuan Rakyat di Wisma Persekutuan dalam lawatan seharinya ke Kelantan. Pihak GERAM sebelum ini telah memasang hampir 20 banner di sepanjang laluan Najib dalam lawatannya ke Kelantan iaitu di Pasir Putih, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa namun kesemua banner-banner yang tertulis "UMNO/BN Pengkhianat Nafikan Royalti Kelantan!!!" telah dibuang oleh pihak yang disyaki Samseng upahan UMNO. tukartiub KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
LIVE COPA AMERICA 2011: BRAZIL VS VENEZUELA Posted: 03 Jul 2011 11:55 AM PDT Live Streaming Video Football : Copa America 2011 Monday (04 July) 03:00 (GMT +8) SILA KLIK DI SINI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
KEPUTUSAN PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 ASIA -03/07/11 Posted: 03 Jul 2011 08:50 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 03 Jul 2011 03:45 AM PDT *AGGREGAT 4-4,MALAYSIA LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA BERDASARKAN KELEBIHAN JARINGAN DI TEMPAT LAWAN. Live Streaming TV2: KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PUSINGAN 2 TAIWAN VS MALAYSIA STADIUM PERBANDARAN TAIPEI AHAD (3 JULAI 2011) 19:00 (GMT +8) KLIK PADA LINK INI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI. (((LIVE STREAMING FOOTBALL))) SILA LIHAT: JADUAL LIVE STREAMING KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 03 Jul 2011 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! TV RADIO DOK MOMOK RAKYAT PERHIMPUNAN BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN HARAM PERHIMPUNAN BERSIH AGENDA KOMUNIS PERHIMPUNAN BERSIH MELEMAHKAN SYAHWAT PERHIMPUNAN BERSIH MEROSAKKAN NEGARA KAH! KAH! KAH! DEPA TERLUPA NEGARA KITA DAH LAMA ROSAK TERBARAI DIROSAKKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN RAKUS MENGHABISKAN DUIT RAKYAT SEWENANG-WENANGNYA MACAM DUIT MAK BAPAK DEPA BAIK PULIH KEDIAMAN RASMI RM3.5 JUTA BIL LETRIK SAMPAI RM160,000.00 SEBULAN BIL AIR RM33,000.00 SEBULAN BUAT PAGE FESBUK RM1.8 JUTA KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih Posted: 02 Jul 2011 09:00 PM PDT TAMPAKNYA semua usaha telah dilakukan untuk menghalang himpunan dan perarakan Bersih. Undang-undang, amaran, ugutan, tangkapan dan gangguan semuanya sudah dilakukan. Sebuah pertubuhan NGO juga tidak mampu untuk menghalang gelombang Bersih. Pemuda Umno jauh sekali berjaya untuk menyapu warna kuning dari melata. Majlis Fatwa Kebangsaan yang selalunya muncul untuk membuat fatwa dan memberi kata putus berhubung dengan aktviti agama juga keluar sama, ikut sama digunakan untuk menghalang Bersih. Majlis itu telah mengeluarkan himpunan Bersih adalah haram. ertinya agama juga digunakan untuk cegah Bersih. Hari ini pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencadangkan supaya pengerusi Bersih Ambiga Sareenesavan dilucutkan kerakyatan. Cadangan Ali ini pada saya paling bodoh dan paling tidak logik. Sekaligus ia mencadangkan pihak UBN khususnya orang Melayu benar-benar terdesak. Begitulah sikap orang Melayu kalau sudah terdesak mereka akan jadi emosional. Melayu yang berjiwa kecil tidak bijak menggunakan akal sebaliknya akan mencari kekuatan dengan menyumpah dan memaki hamun sambil memegang perang atau tombok. Cadangan Ali itu tidak tamadun dan menafikan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Sejarah kemerdekaan dan erti demokrasi mungkin tidak pernah dihafal oleh Ali Rustam yang masih berpegang kepada perangai Tuah dan Jebat. saya tidak tahu macam mana orang Umno Melaka boleh memberi kepercayaan kepada Ali untuk jadi ketua. Sebelum itu polis juga memanggil semua tokoh atau orang utama di sebalik Bersih. Berunding dan memberi kata dua. Tetapi tidak juga membuahkan apa-apa hasil. Ugutan dan amaran polis tidak sedikitpun menggetarkan hati mereka. Kenyataan timbalan ketua polis, Abdul Khalid Bakar bahawa pintu rundingan ditutup, tidak memberi bekas. Amaran itu tidak dihirau. Pertemuan, perjumpaan dan simpang siul membicarakan Bersih dalam laman sosial terus diadakan. Ini juga menunjukkan kata-kata polis tidak menjadi keramat lagi? Malahan Ambiga dan Maria Chin menegaskan Bersih tetap juga akan diadakan. Ini bererti mereka sudah sedia menghadapi apa saja hatta ditahan di bawah Isa. Inilah perjuangan yang sejati. Bagi mereka apa saja tindakan polis adalah pegnharapan buat mereka yang sudah dapat mengira bahawa sebuah perjuangan itu harus dibayar dengan harga yang mahal. NGO Perkasa(m) yang seblum ini bukan lantang sudah diam membisu. Suara ketuanya sudah makin menjauh dan mengecil ke dalam telaga buta ataupun di hujung tanjung. Ketuannya sudah kehabisan idea dan hilang bahasa untuk belasah Ambiga dengan kata-kata jelek dan joruk. Keadaan ini membolehkan rakyat menilai siapa lebih berkualiti di antara mereka berdua. Usaha pasti akan dilakukan untuk halang Bersih. Kerajaan akan berikhtiar dengan apa saja. Mereka tidak mahu himpunan itu berlaku kerana ia akan memberi bala besar kepada UBN. Justeru mungkin ia akan sampai ke peringkat usaha terakhir menggunakan bomoh Siam. Tidak mustahil sebab orang Melayu percaya kepada tahayul termasuk mempercaya bahawa Umno saja yang boleh membela dan mempertahankan Melayu. Persatuan mempertahankan diri tradisional silat juga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kekeramatan ahli silat kononya memilik keris terbang, lembing melayang atau pun boleh menghembuskan musuh dengan angin puhhhhh... saja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka yang berfikir moden dan menggunakan ruang perlembagaan tidak sedikit pun gentar kepada keris karat orang Melayu yang membenci keris. Saya sudah kata dalam pertarungan orang Melayu hari ini dengan bukan Melayu, orang Melayu sudah kalah. Orang Melayu berjiwa kecil. Kekalahan terbaru orang Melayu ialah apabila melayangnya Tanjung Pagar kepada Singapura. Itgulah lambang dan simbil keaiban besar orang Melayu. Malangnya orang Melayu masih juga tidak sedarkan diri. Masih merasa hebat dan kuat hingga sanggup 'berbunuh' sesama sendiri. Mereka tidak sedar yang mereka sedang dihayungkan kepala orang pihak lain. Orang Melayu sudah jadi musang tenggalung yang dibuang telinga dan ditutup mata kemudian dilemparkan atas gelanggang. Berbalik kepada Melayu kuno yang hidup dengan keris dan bual besar corak pemikiran mereka sudah tidak relevan lagi. Dalam saat orang mempertahankan diri dengan human right, tetapi orang mereka masih memakai samping dan keris lagi. Ingatlah senjata kuno Melayu tidak akan diterima pakai dalam mahkamah dunia. (Baca kermbali apa yang saya catatkan sebelum ini dalam bab Melayu berjiwa kecil). Kesimpulan di hujung senja ini, pihak yang menentang Bersih sudah pun tewas. Kekuatan dan moral daripada gerakan itu kini sudah pun diperolehi oleh Bersih. Kalaupun Bersih tidak boleh dilakukan... tetapi Bersih sudah ada alasan besar, bahawa mereka gagal 'memasuki' istana kerana mereka disekat dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada. Rakyat yang sihat otak boleh membuat pertimbangan siapa yang benar dan haq di dalam soal ini. Sebab fakta dan hujah yang konkrit itu juga akhirnya akan menjadi ukuran. Dalam menangis tuntutan lapan perkara Bersih ini pihak kerajaan UBN sudah tersilap. Usaha mereka samalah cuba menandak air yang sudah melimpahi empangan. Usaha bodoh sebegini akhirnya akan melemaskan mereka di atas tanah yang datar yang sudah dilimpahi air. [wm.kl.7:30 pm 02/07/11] Dipetik dari - mso bloglistpolitik KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
LAWAK AHAD: AWEK BOGEL NAIK BECA Posted: 02 Jul 2011 06:00 PM PDT Tersebutlah sebuah kisah umporno,ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu bertanya "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?" "Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan" jawab tukang beca tu. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman? Posted: 02 Jul 2011 03:00 PM PDT PERHIMPUNAN AMAN - TAHNIAH LIM GUAN ENG YANG MENGAJAR KERAJAAN PUSAT ERTI HAK BERSUARA Oleh: WFAUZDIN NS HARI ini marilah kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh KM, Lim Guan Eng kerana berjaya `mengajar dan mendidik' Kerajaan Pusat bagaimana memerintah dan menghidupkan demokrasi khususnya di dalam aspek hak asasi manusia. Siang tadi, satu demontrasi jalanan telah diadakan di negeri tersebut oleh kumpulan yang anti-Kerajaan PR P.Pinang berbaju merah diketuai oleh raja sesumpah, Ezam. Apa yang cantiknya pada masa dan tarikh tersebut tiada satu pun kumpulan dari penyokong-penyokong PR yang membuat demontrasi jauh sekali untuk membuat provokasi. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri di bawah PR menghormati hak berhimpun secara aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Melihat kepada situasi perhimpunan itu, tiada setitik pun air kimia (water canon) atau rempuhan dari FRU berlaku. Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman walaupun mereka tiada modal langsung untuk memburukkan KM P.Pinang, melainkan menaikkan sepanduk dengan tuduhan liar. Namun, kumpulan ini dibenarkan bebas berhimpun secara aman. Mengapa perhimpunan kumpulan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekecuhan? Ini adalah kerana tiada provokasi dari pihak lain, samada dari penyokong-penyokong PR dan juga tiada provokasi atau semburan air/gas dari FRU. Menonton melalui TV 3 sebentar tadi, saya terasa mahu ketawa apabila melihat raja sesumpah, Ezam yang berkokok umpama tiada tenaga lagi seperti waktu beliau berada di pihak pejuang rakyat. Beliau tiada hujah yang mantap untuk menunjukkan penyelewengan, kezaliman atau salah laku kepimpinan Lim Guan Eng. Sejurus selesai perhimpunan, seolah-olah seperti `VIP' Ezam sesumpah tanpa digari, tanpa diheret atau dikasari dengan `rela' masuk sendiri ke dalam kereta Polis dengan senyuman. Kesimpulannya, selepas PERKASA di bawah raja katak Ibrahim Ali, kemudiannya Pemuda Umno di bawah KJ, seterusnya Lokman Adam dengan `Patriot' yang datang membuat `rombongan' di tengah malam ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana bersama lebih kurang 300 budak-budak suruhannya, dan yang terbaru menampilkan raja sesumpah Ezam, jelas menunjukkan mereka memasang strategi untuk mengagalkan Perhimpunan BERSIH. Lojikkah untuk menentang perhimpunan atau demontrasi mesti dibuat dengan cara demontrasi juga? Hipokrit. Persoalan yang masih bermain di fikiran kita, adakah Kerajaan Pusat atau PDRM boleh belajar dari perhimpunan di P.Pinang siang tadi? Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman? Sekali lagi, tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang memberi ruang untuk rakyat yang kebanyakannya seperti `mamak' itu untuk berhimpun. /wfauzdin.blogspot.com Foto: Ihsan Blog Manjung Mari armormech KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan