Jumaat, 22 Julai 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


BERS✔H 2.0: Najib Perkecilkan Kuasa Agong Yang Menitahkan Prundingan

Posted: 22 Jul 2011 01:00 AM PDT

Susulan perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini, bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha digerakkan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

Dalam tulisan terbaru mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, Malott berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya.

"Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu," kata Malott dalam tulisan terbaru dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center.

Sehubungan itu kata Malott, negara-negara demokrasi dunia "perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia."

"Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang
," kata beliau.

Malott yang berkhidmat sebagai duta ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai.

"Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara," tulis beliau lagi.

Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.

Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul "Running Scared in Malaysia", Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan.

Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan "meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan" umtuk menyelesaikan isu semasa.

Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.

Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.

Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini
.

Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang "pemimpin yang moden, berfikiran liberal."

"Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia," kata Malott dan menambah, akan diketahui dalam waktu terdekat sama ada gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya dan usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan.

"Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia," katanya lagi.

Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang unyuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

"Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen," katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini. -TMI

Dalam Islam Ada Tradisi Demonstrasi

Posted: 22 Jul 2011 12:00 AM PDT

Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

"Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

"Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi," jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

"Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

"Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih," kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh 'ulama Umno', Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

"Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

"Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh," kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

"Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?," kata Dr Tareq. -HD

Kes TBH: Laporan Suruhanjaya Dedahkan Betapa Teruknya Prosedur SPRM

Posted: 21 Jul 2011 09:45 PM PDT

Laporan RCI Serlah Kepincangan SPRM

Keluarga Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa beliau meninggal dunia akibat membunuh diri.

Dalam sidang media penuh emosi di Pejabat peguam Karpal Singh hari ini, adik mendiang, Teoh Lee Lan menyatakan bahawa keluarganya tidak dapat menerima motif Beng Hock membunuh diri.

"Beng Hock dibunuh. Apa yang dibuktikan RCI? Ia memberitahu kita betapa teruknya prosedur SPRM tapi tak beritahu kita apa yang berlaku kepada Beng Hock," kata beliau dengan sebak.

Beng Hock 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Lee Lan menyatakan bahawa beliau dan keluarga akan terus berjuang memastikan kematian Beng Hock terbela.

"Apakah suruhanjaya diraja ini sudah menjalankan tugasnya? Kami akan meneruskan perjuangan untuk keadilan. (Keputusan) ini bukan jawapan kepada kami," kata Lee Lan lagi.

Justeru Teoh Lee Lan berkata pihak keluarga akan membuat semakan kehakiman ke atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh, beliau akan melakukan penyelidikan terperinci terhadap laporan tersebut dan akan memfailkannya di Mahkamah tinggi pada minggu hadapan.

"Kami mahu membuat semakan hakiman terhadap keputusan suruhanjaya diraja ini di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. Ini kerana suruhanjaya diraja merupakan tribunal yang bertaraf lebih rendah (inferior) berbanding semakan kehakiman Mahkamah Tinggi," kata Karpal dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Merujuk pada penemuan suruhanjaya diraja tersebut bahawa memang terbukti siasatan SPRM bersifat zalim, Karpal turut menyatakan beliau akan membuat apa yang boleh dilakukan undang-undang dalam memastikan kematian Beng Hock terbela.

Beliau juga menolak permohonan maaf atau kompensasi dari pihak SPRM atau kerajaan.

"Maaf tidak cukup. Apa yang kita cari ialah keadilan.

"Lihat menteri (Nazri) ketika umumkan keputusan RCI hari ini. Dia tersenyum (bangga). Ini ialah perkara yang serius," katanya lagi. -tvsnews



Ulasan GB

Semalam GB sudah mengulas hal ini. Petikan:


... bahawa "membunuh diri" itu hanya satu andaian yang dilakukan secara kolektif oleh pihak Suruhanjaya Diraja. Tiada bukti nyata dan tiada bukti jelas kejadian Teoh membunuh diri. Teoh tidak dapat bangkit semula untuk menjelaskan kenapa beliau mati dan berada di tingkat bawah bangunan Plaza Masalam.

TETAPI Teoh didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperangai binatang itu adalah kenyataan, penemuan yang diakui sendiri oleh Suruhanjaya Siasatan.

Justeru itu mengapa penderaan oleh pegawai-pegawai SPRM itu tidak boleh dikatakan sebagai penyebab kepada kematian Teoh?

Malah di dalam soal-siasat terhadap pegawai-pegawai SPRM didapati kebanyakan mereka dan di dalam banyak ketika, berdiam diri, seolah-olah untuk menyembunyikan satu kebenaran!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri membela SPRM menyatakan pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Di dalam kes sebegini, ia bukan soal niat atau tidak berniat. Pokoknya, SOP telah dilanggar dan "pembunuhan" telah terjadi. Justeru tiada kaitan lagi soal niat.

Akal waras tidak dapat menerima hanya kerana siasatan RM2,400 maka Teoh mengambil langkah membunuh diri.

Tetapi akal waras dapat menerima Teoh dibunuh kerana adanya pegawai-pegawai SPRM yang bukan dari kalangan manusia, yang tidak mengikut peraturan undang-undang dan etika kerja.



Peserta BERS✔H Solat Dengan Tangan Diikat Polis, Tiada Dalam Video PDRM

Posted: 21 Jul 2011 08:00 PM PDT

Gambar peserta Bersih solat dengan tangan diikat polis
bukti 'layanan baik' polis Malaysia

Inilah layanan baik polis Malaysia yang tak mampu ditayang dalam video cut and paste polis.

Tidak bolehkah mereka membuka ikatan bagi membolehkan anak muda ini bersolat dengan selesa berhadapan Allah.

Anak muda ini bukan pembunuh, perompak , perogol tapi umat Islam yang taat kepada perintah Allah.

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari (terikat). Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.

PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.

Syabas kepada anak-anak muda ini ............ -PASPB

Ulasan GB

Allah dan RasulNya jadi saksi kezaliman polis.

Kes TBH: Hishamuddin Angkuh, Arman Pembuli, Ashraf Salahguna Kuasa

Posted: 21 Jul 2011 06:00 PM PDT


Kes Teoh: Tiga pegawai SPRM dilabel 'pembuli, salah guna kuasa dan angkuh'

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Suruhanjaya diraja siasatan yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata bekas setiausaha politik itu 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Menurut laporan suruhanjaya itu, "Arman yang membuli" kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.

"Ashraf salah guna (kedudukan)," kata suruhanjaya merujuk kepada kaedah yang digunakannya mendapatkan bukti.

Elemen paling teruk dalam penilaian laporan itu mengenai kaedah-kaedah SPRM adalah gambaran suruhanjaya tentang Hishammuddin.

"HH merupakan seorang pemimpin angkuh, yang akan menggunakan apa sahaja selagi matlamatnya tercapai, tidak kira cara yang digunakan,"
kata laporan tersebut.

Sebagai ketua, Hishammuddin dikatakan menyemai ketakutan di kalangan pegawainya.

Di bawah kepimpinan Hishammuddin, kata laporan suruhanjaya ini, kebanyakan pegawai ada tabiat berbohong. -TMI


Hishamuddin Seorang Yang Angkuh, Memberi Maklumat Tidak Benar...

Suruhanjaya: HH tiada 'sentuhan' dalam kematian Teoh, tapi perlu tanggungjawab

Hishamuddin HashimKUALA LUMPUR, 21 Julai — Seorang pegawai kanan SPRM Selangor telah melancarkan operasi skala besar-besaran untuk menyiasat satu dakwaan salah guna dan hanya berdasarkan kepercayaan seorang pemberi maklumat, tanpa fakta-fakta sokongan, demikian menurut suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Dalam laporannya, suruhanjaya mendapati Hishammuddin Hashim (HH) (gambar), pengarah SPRM Selangor ketika itu, terlibat dalam operasi rasuah terhadap seorang Adun DAP, yang membawa kepada kematian Teoh, yang didapati membunuh diri.

"Tiada bukti langsung yang boleh membuktikan bahawa HH ada sentuhan dalam kematian TBH (Teoh Beng Hock).

"Bagaimanapun sebagai seorang pegawai paling kanan yang terlibat dalam operasi, beliau harus bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil olehnya dan pegawai-pegawainya, yang membawa kepada TBH, dengan membunuh diri," kata suruhanjaya ini lagi.

Dalam laporannya tambah suruhanjaya, pihaknya mendapati Hishammuddin sangat angkuh dan memberi maklumat tidak benar selain sikapnya yang tidak boleh berkompromi.

Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin secara berterusan menafikan pembabitan aktifnya dalam operasi ketika kejadian.

Panel suruhanjaya berkata pihaknya mengetahui keadaan sebenar apabila dua pegawai Hishammuddin memaklumkan bahawa bekas pengarah SPRM Selangor itu yang mengeluarkan segala perintah dan mengarahkan pegawai-pegawainya siapa dan bagaimana perlu disoal siasat.

Hishammuddin kini merupakan pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Kata suruhanjaya, pihaknya dari awal mendapati bahawa Hishammuddin yakin dengan kebenaran maklumat yang diperoleh.

"Bagaimanapun, dia sedar fakta bahawa maklumat itu bersandarkan kepercayaan bahawa Adun Selangor terbabit menerima wang daripada peruntukan tanpa adanya program-program dilaksanakan," kata suruhanjaya.

Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin yang ada 19 tahun pengalaman seharusnya telah berhati-hati memandangkan aduan yang dibuat adalah serius dan membabitkan kerajaan negeri Selangor.

Sebaliknya menurut suruhanjaya, daripada menjalankan kerja-kerja awal berdasarkan maklumat yang diterima, Hishammuddin menjalankan operasi besar-besaran. -TMI


BERS✔H: Tayangan Video Versi PDRM - Nak Bodohkan Rakyat Pun Biarlah Berpada-pada

Posted: 21 Jul 2011 04:30 PM PDT

Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.

Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong." tambahnya. -tvnews


Video 'layanan baik' polis ditayangkan

Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis," kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasuki kawasan hospital)," katanya pada sidang akhbar petang ini.

Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.

Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan "layanan baik" mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.

Semua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.

Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, bagi menjawab salah laku yang didakwa dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2,0 pada hari berkenaan. -mk




Ulasan GB

Seperti dijangka, Polis hanya menyiarkan klip video yang cantik dan yang wangi untuk PDRM, tetapi yang hodoh, yang buruk yang kejam tidak disiarkan.

Nak membodohkan orangramai. Disangkanya orangramai juga bodoh seperti mereka.

Polis mendakwa mereka diprovokasi. Sedangkan yang polis sendiri memprovokasi tidak pula didedahkan.

Satu dunia dah saksikan dan dah tahu keganasan polis pada perhimpunan BERSIH 9 Julai. Agensi berita luarnegara seperti Al-Jazeera, BBC, AP, AFP, malah dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura juga membuat liputan. Semua mereka berbohong?

Come on police, be real. You can fool some of the people all the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all of the people all the time.

Ini bukan zaman batu, bukan zaman Ahmad Nisfu. Ini zaman teknologi. Ini zaman I.T. Ini zaman maklumat di hujung jari.

Seperti yang GB selalu utarakan, bukan kita menghasut orang membenci polis, tetapi tindakan polis sendirilah yang selama ini menyebabkan mereka dibenci.


Jika Demikian, Tidakkah Juga Tindakan Pegawai SPRM Penyebab Kematian Sarbani? [updated]

Posted: 21 Jul 2011 08:20 AM PDT

Keluarga Teoh tolak laporan suruhanjaya, mahu semakan semula

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Keluarga Teoh Beng Hock kemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian setiausaha politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.

"Keputusan bunuh diri tidak dapat diterima oleh keluarga (Teoh)," kata peguam kepada keluarga Teoh, Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

"Suruhanjaya diraja adalah tribunal yang rendah dari struktur undang-undang dan apa sahaja keputusan dibuat oleh tribunal yang rendah boleh disemak balik oleh Mahkamah Tinggi," kata beliau.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu "baris demi baris" untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.


Kit Siang: Tekanan ke arah bunuh diri juga mirip tindakan membunuh

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Lim Kit Siang mendakwa tindakan membunuh diri Teoh Beng Hock dalam suasana tekanan akibat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersamaan dengan tindakan membunuh dan mahu mereka bertanggungjawab berhadapan dengan "kesan sewajarnya".

Ahli Parlimen veteran dari DAP ini berkata, sesiapa sahaja orang biasa akan bersetuju tindakan mengenakan tekanan sehingga menyebabkan membunuh diri di kalangan pegawai SPRM tidak sama dengan perbuatan membunuh diri tetapi "bersamaan dengan tindakan membunuh."

"Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri," kata beliau kepada The Malaysian Insider. -TMI



S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan suruhanjaya itu menyebut bahawa tindakan yang dilakukan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut.

Laporan itu menyebut sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar.

Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan
.

Pegawai SPRM telah memberitahu inkues dan siasatan suruhanjaya diraja bahawa soal siasat terhadap Teoh tamat pada jam 3.30 pagi dan setiausaha politik DAP itu dibebaskan. Bagaimanapun, mereka mendakwa Teoh tidak pulang tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidur di atas sofa di pejabat SPRM.

Tetapi laporan RCI menyatakan Teoh tidak dibebaskan selepas sesi soal siasat SPRM.

Bagaimanapun, Nazri berkata, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

"SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor dan Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.

"Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP.

"Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya.

Bagaimanapun, tambah Nazri, suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh.

Menurut Nazri, hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soalsiasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakannya yang lemah, telah menyebabkan dia membunuh diri.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas. -mk



Isteri Sarbaini syak ada unsur jenayah

Maziah Manap balu Allahyarham Sarbaini Mohamed yang dijumpai mati di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur mengesyaki wujud unsur jenayah serta mahu polis menyiasat.

"Kami sukacita menegaskan bahawa kami tidak menuduh bahawa arwah telah dibunuh, namun kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah atau foul play yang menyebabkan kematian arwah tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham 'didera' sebelum menemui ajal.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.
Tidak menuduh

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri)," tulis Raja Petra.

Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

Kata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.

Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.

"Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah," katanya.

Tempat kejadian

Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya -mk




Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan di SINI, bahawa "membunuh diri" itu hanya satu andaian yang dilakukan secara kolektif oleh pihak Suruhanjaya Diraja. Tiada bukti nyata dan tiada bukti jelas kejadian Teoh membunuh diri. Teoh tidak dapat bangkit semula untuk menjelaskan kenapa beliau mati dan berada di tingkat bawah bangunan Plaza Masalam.

TETAPI Teoh didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperangai binatang itu adalah kenyataan, penemuan yang diakui sendiri oleh Suruhanjaya Siasatan.

Justeru itu mengapa penderaan oleh pegawai-pegawai SPRM itu tidak boleh dikatakan sebagai penyebab kepada kamtian Teoh?

Malah di dalam soal-siasat terhadap pegawai-pegawai SPRM didapati kebanyakan mereka dan di dalam banyak ketika, berdiam diri, seolah-olah untuk menyembunyikan satu kebenaran!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri membela SPRM menyatakan pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Di dalam kes sebegini, ia bukan soal niat atau tidak berniat. Pokoknya, SOP telah dilanggar dan "pembunuhan" telah terjadi. Justeru tiada kaitan lagi soal niat.

Akal waras tidak dapat menerima hanya kerana siasatan RM2,400 maka Teoh mengambil langkah membunuh diri.

Tetapi akal waras dapat menerima Teoh dibunuh kerana adanya pegawai-pegawai SPRM yang bukan dari kalangan manusia, yang tidak mengikut peraturan undang-undang dan etika kerja.


GB yakin hal yang serupa menimpa Ahmad Sarbani. Bahawa terdapatnya pegawai-pegawai SPRM bertaraf binatang inilah yang melakukan penderaan yang tidak wajar ke atas Ahmad Sarbani sepertimana berlakunya penderaan ke atas Teoh Beng Hock!

Tidak masuk akal, rakaman CCTV Ahmad Sarbani tiba di pejabat SPRM begitu jelas, tiba-tiba rakaman terputus semasa beliau berada di dalam pejabat berkenaan dan sampailah dia ditemui mati. Kemudian rakaman itu ada semula.

Siapa punya kerja memadamkan rakaman CCTV itu? Siasat dulu bab tersebut.

Notis Tak Bagi, Waran Tangkap Nak Dikeluarkan. Undang-undang Siapa Ini?

Posted: 21 Jul 2011 06:54 AM PDT

Waran tangkap: Husam, Hatta tak pernah dihubungi

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

Setakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

Yang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya".

Manakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat. -mk


Anwar Tidak Terima Notis Polis, Kata Peguam

SHAH ALAM 21 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lain tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak polis untuk memberi keterangan bersabit perhimpunan aman Bersih, kata peguam Parti Keadilan Rakyat, N.Surendran.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR, menafikan laporan Berita Harian kononnya polis memohon waran tangkap terhadap Anwar, anaknya Nurul Izzah dan 11 individu lain kerana tidak hadir memberi keterangan kepada polis sejak 11 Julai lalu.

Surendran menyifatkan laporan akhbar kawalan Umno itu sebagai berniat mencalar imej Pakatan Rakyat.

"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa notis di bawah Kanun Acara Jenayah mahupun panggilan telefon yang diterima Datuk Seri Anwar meminta beliau agar hadirkan diri ke balai polis seperti yang dinyatakan dalam laporan Berita Harian," kata beliau.

Sehubungan dengan itu Surendren berkata, akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menuntut penjelasan terhadap laporan Berita Harian itu.

"Kita menganggap laporan ini berniat buruk dan sengaja untuk memburukkan pihak pembangkang. Saya percaya daripada senarai 13 orang itu saya boleh pastikan Sivarasa, Datuk Samad Said, Nurul Izzah dan Lathefah Koya tidak menerima notis," tambah beliau.

Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, bekas speaker Perak V Sivakumar, ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Antara lain laporan itu menyebut polis Kuala Lumpur telah menghantar laporan ke ibu pejabat polis Bukit Aman menamakan 13 individu yang gagal menghadirkan diri untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan Bersih 2.0.

Malah, polis turut membuat permohonan waran tangkap kepada kesemua individu terbabit.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu menyaksikan hampir 1,700 orang penyokong ditangkap.

Seorang meninggal dunia manakala Anwar, pegawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah antara mereka yang tercedera akibat asakan polis. -tvsnews


Ulasan GB

Apa punya bahlul?

Notis tidak pernah dihantar tetapi hendak dikeluarkan waran gangkap. Undang-undang & SOP mana yang digunakan? Ingat semua rakyat bodoh ke?

Tindakan sedemikian hanya menunjukkan bahawa ada unsur mala fide di pihak polis. Untuk mencemarkan seseorang dengan pengeluaran waran tangkap berkenaan. Kononnya biar rakyat semua takut dan tunduk, biar semua rakyat kecut perut.

Memang benar beberapa pendapat menyatakan mereka masih berfikiran kuno dan kolot. TG Nik Aziz menyifatkan ia era zaman pemerintahan purbakala.

Kebenaran tidak dapat ditutup dengan sergahan dan ugutan. Ini bukan zaman batu!

SUHAKAM, cepatlah sikit kerja. Bawa polis-polis ini ke muka pengadilan. Kesian rakyat, setelah dizalimi, diperbodohkan pula sedemkian rupa.



Tindakan Sahol Hamid, VC UiTM Sungguh Memalukan!

Posted: 21 Jul 2011 06:00 AM PDT

Anugerah Ibrahim Ali: VC UiTM berdolak dalik

Naib canselor UiTM Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung Anugerah Ibrahim Ali yang kontroversial pada 9 Jun lalu, meskipun ia belum diluluskan oleh senat universiti berkenaan.

Sesalinan surat dengan tajuk 'Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali Bersempena Konvokesyen UiTM' yang diperolehi oleh Malaysiakini menunjukkan ia diedarkan kepada semua kampus universiti itu, jabatan dan fakultinya di seluruh negara.


"Adalah dimaklumkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah menawarkan diri untuk menaja sejumlah RM5,000 setahun kepada pelajar untuk dianugerahkan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memertabatkan bangsa.

"Beliau mencadangkan supaya anugerah ini diberikan setiap kali konvokesyen kecuali jika tiada calon yang layak.

Turut dilampirkan bersama dengan pekeliling itu adalah garis panduan Anugerah Ibrahim Ali dan borang pencalonnya.


Sahol Hamid juga meminta maklumat berhubung perkara itu disebarkan kepada para pelajar dan borang pencalonan yang telah diisi dengan lengkap dihantar kepada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) sebelum 1 Julai.

Mengulas perkembangan itu, Sahol Hamid ketika dihubungi Malaysiakini berkata surat pekeliling itu hanya bertujuan mendapatkan reaksi para pensyarah.

Katanya, ia juga bertujuan melihat sama ada terdapat pencalonan untuk anugerah berkenaan.

Kenyataan naib canselor UiTM itu bercanggah dengan apa yang ditulisnya pada laman sosial Facebook semalam yang berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.

Katanya, anugerah itu perlu dibawa kepada Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.


Menurutnya lagi, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan.

"Senat ada 60 professor, dekan dan rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independen di UiTM," tulisnya di Facebook.

Sahol Hamid kemudian mempersalahkan Impak yang didakwa terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

"UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi," katanya. -mk

Bodohnya Mereka Nak Keluarkan Juga Waran Tangkap Lagi!

Posted: 21 Jul 2011 04:40 AM PDT

Waran tangkap untuk Anwar, Samad Said, Husam

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Nama tunggal wakil Umno adalah Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.

Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.

Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan. -mk



Waran tangkap 13 individu

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Antara mereka ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar; aktivis Wong Chin Huat; pengendali blog, Haris Ibrahim; peguam Latifah Koya dan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu.

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. - BH


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969
iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!


Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah?

Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan.

Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM!


GB Betul. Teoh Beng Hock Didera Oleh Soalsiasat Pegawai SPRM Bertaraf Binatang

Posted: 21 Jul 2011 03:20 AM PDT

S'jaya diraja: Teoh Beng Hock bunuh diri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Katanya, suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan", kata Nazri dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang ini.

Bagaimanapun, Nazri menambah, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu. -mk


Suruhanjaya putuskan Beng Hock bunuh diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Laporan siasatan suruhanjaya diraja memutuskan Teoh Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan daripada kaedah siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai-pegawai SPRM telah mengenakan tekanan ke atas Teoh agar menjadi saksi dalam kes terhadap seorang Adun DAP.

Hasil siasatan diumumkan oleh Datuk Nazri Aziz yang turut mengatakan bahawa keputusan suruhanjaya itu adalah sebulat suara.

Suruhanjaya diraja juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM didapati telah melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Ia mengesyorkan agar tindakan diambil khususnya ke atas tiga pegawai SPRM.


Nazri berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Kata beliau, polis perlu membuka satu siasatan dan membawa perkara tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan. -TMI


Ulasan GB

Sekalipun agak sukar diterima kenyataan Teoh Beng Hock membunuh diri seperti yang diutarakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, namun faktanya bahawa Teoh Beng Hock telah didera dengan soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bunuh diri" hanyalah andaian. Tetapi penderaan oleh pegawai SPRM bertaraf binatang adalah fakta dan kebenaran.


Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan"

Jadi tertolaklah teori Peguam SPRM, Shafee Abdullah yang menyatakan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap "merapu" demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis. This lawyer really wants to play the fool with truth and God.

Kebenaran telah terserlah seperti yang kita doakan. Dari awal lagi GB sudah suruh siasat pegawai-pegawai SPRM itu. Tepat apa yang GB katakan sebelum ini di bawah tajuk entri berbunyi Pegawai SPRM Ditegur Suruhanjaya, Siasat Lelaki Ini! dan tajuk entri Pegawai SPRM Berambut Panjang Ini Hanya Mengandaikan Teoh Yang Berbaring Di Sofa.





Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqan, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:


Firman Allah bermaksud,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Tiada ulasan: