Blog-list Malaysia |
- Apa Motif Lakonan Semula Himpunan BERSIH??
- Kesian Aminah.. Kena Berbohong Demi Sedikit Wang
- Video : Polis suka berbohong - Mat Sabu
- Mai Pakat Gelak..
- Siapa Cakap Melayu Rasis??
- Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA
| Apa Motif Lakonan Semula Himpunan BERSIH?? Posted: 22 Jul 2011 01:05 AM PDT Polis Lakon Semula Demonstrasi Bersih...!! Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam. Menurut sumber,perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram. Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air. Demonstrasi semburan itu dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Tinjauan di kawasan terbabit mendapati, kira-kira 20 anggota forensik turut kelihatan di lapang sasar berkenaan. Difahamkan, beberapa orang pemantau terdiri daripada doktor, peguam dan ahli kimia turut berada di situ. Petugas media dilarang masuk di kawasan lapang sasar tersebut dan hanya berada kira-kira 100 meter dari lokasi, bagaimanapun kesan gas pemedih mata masih dirasai apabila mata mula berair. Semalam, akhbar melaporkan, sumber berkata, perhimpunan olok-olok membabitkan sebahagian besar anggota dan pegawai polis serta FRU yang bertugas ketika hari kejadian, diadakan bagi mendapat gambaran sebenar kesan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang awam. Katanya, perhimpunan olok-olok dan prosedur ketika perhimpunan haram itu perlu dikaji kerana banyak dakwaan mengatakan polis bertindak ganas, zalim dan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap peserta. Dipetik dari SEPANG-KEDERANG |
| Kesian Aminah.. Kena Berbohong Demi Sedikit Wang Posted: 22 Jul 2011 12:37 AM PDT PULAU PINANG 21 Julai – Peserta demonstrasi jalanan anjuran pembangkang telah diajar dengan taktik-taktik tertentu bagi menampakkan tindakan polis terhadap mereka seolah-olah ganas dan tidak berperikemanusiaan. Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah yang pernah terbabit dalam beberapa perhimpunan haram dahulu. Jelasnya, mereka yang diarah bertindak sedemikian akan menerima habuan tertentu seperti wang ringgit. "Dulu semasa berdemonstrasi kalau polis pegang sikit anggota badan, kita akan meronta-ronta bagi memaksa polis pegang kita dengan lebih kuat dan kadangkala sehingga baju terkoyak supaya nampak seperti tindakan ganas. "Ada ketika juga kita disuruh duduk di atas jalan, supaya polis terpaksa mengheret kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa pasukan itu bertindak kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di pada 9 Julai lalu. |
| Video : Polis suka berbohong - Mat Sabu Posted: 22 Jul 2011 12:00 AM PDT |
| Posted: 21 Jul 2011 11:16 PM PDT Najib dakwa Bersih 2.0 cuba guling tadbirannya KUALA LUMPUR, 22 Julai — Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya. Ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara, perdana menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa. "Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia," kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini. Najib (gambar) juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen. Dipetik dari Malaysia Insider |
| Posted: 21 Jul 2011 11:16 PM PDT Orang Melayu dan juga kaum-kaum lain di negara ini - "tidak rasis dan tidak pernah rasis" tetapi mereka bersikap perkauman kerana dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ʻkomunalisʼ, yakni kaum yang bersikap perkauman, kata Tengku Razaleigh Hamzah. "Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ʻIslamikʼ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah," katanya ketika melancarkan NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka, hari ini. "Kita berkumpul di sini... pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. "Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini," katanya. Sehubungan itu, bekas pemimpin Umno dan ahli parlimen Gua Musang itu berkata warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama tidak harus berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman di negara ini. "Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. "Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan. Sekitar 300 orang menghadiri pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini. Antara mereka termasuk presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan bekas presiden and bekas Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam. Dipetik dari Malaysiakini |
| Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA Posted: 21 Jul 2011 10:56 PM PDT Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. "Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel. Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut. Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya. Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon". Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi. Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan. Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis. Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini. Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan). Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. Dipetik dari Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan