Kelab Greenboc |
- Waspada: Misi Tawan Selangor, 71,000 Pengundi Baru
- Kejayaan BERSIH 2.0: UMNO Tersentak Beruk, Mahu Tiru Bersih Buat Himpunan
- Polis Halang Samad Said Serah Memo, Bukan Sekadar Hina Seniman, Malah Hina Agong
- Menziarah Kembali Detik 10 November 2007 - [BERSIH 1.0] Persamaan BERSIH 2.0 - updated
- [Bergambar & Video] Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan
- Pengerusi & Anggota SPR Perlu Letak Jawatan, Izinkan Agong Lantik Yang Baru
- Dosa Polis Yang Sukar Diampunkan, Seorang Mati Seorang Patah Kaki
- Kezaliman Polis Dan KPN Yang Pendusta!
- [Bergambar & Video] Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan
- [Video] Sambutan BERSIH 2.0 Di Australia & New Zealand
- Bebaskan Hadi Segera Sebelum 1 juta Ahli PAS Ke Bukit Aman
- [Bergambar & Video] SUHAKAM Kecam Polis Kerana Lepaskan Gas Ke Kawasan Hospital
Waspada: Misi Tawan Selangor, 71,000 Pengundi Baru Posted: 10 Jul 2011 01:00 AM PDT Dilaporkan jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang. Pertambahan jumlah pengundi itu melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang. PAS Selangor telah mengemukakan bantahan terhadap peningkatan pengundi yang terlalu ketara itu kepada SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, namun sehingga kini SPR masih belum diberikan tindakan sewajarnya. Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan merupakan tulang belakang perkembangan ekonomi negara. Dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno-BN Selangor tidak keruan sehingga terpaksa melantik presiden Umno-BN pusat, Datuk Seri Najib untuk mengetuai Umno-BN Selangor. Dikhabarkan sebelum ini, Najib bertindak 'membakar' semangat pemimpin dan ahli Umno-BN Selangor agar berusaha sedaya upaya untuk merampas kembali Selangor daripada PR. Najib menyebut, Umno-BN perlu guna segala jenis 'senjata' termasuk guna pengundi luar (rakyat asing) sebagai pemilih untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada. Baca di sini. Tak mustahil, tindakan yang sama turut dilakukan Umno-BN untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan Umno di Terengganu dalam usaha merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu. Selagi SPR membisu, semakin bertambah keyakinan yang badan pengurus pilihanraya itu berusaha memberi kemenangan mudah kepada Umno-BN dalam pilihanraya akan datang. SPR dilihat terlampau menyebelahi Umno-BN dalam usaha parti pemerintah itu kekal berkuasa. Itu adalah salah satu dari apa yang ketua regim Umno katakan sebelum ini bahawa Umno akan melakukan apa sahaja demi menawan kembali Selangor. Bukan Umno kalau tidak menipu dan bukan SPR kalau tidak bersekongkol dengan Umno demi kelangsungan kuasa umno bn. -pakkaramu Ulasan GB Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah. Kalau tak kerana sesuatu, masakan mereka takut sangat dengan tuntutan BERSIH. Kita memohon kepada Allah agar semua pekung-pekung mereka terdedah dan semua perancangan dan penipuan SPR terbongkar dan gagal. Sama seperti kegagalan mereka untuk tawan Kelantan pada PRU yang lalu yang mana negeri tersebut diselamatkan dengan doa dan airmata TG Nik Abdul Aziz Nik Aziz, MB Kelantan di satu subuh yang hening. |
Kejayaan BERSIH 2.0: UMNO Tersentak Beruk, Mahu Tiru Bersih Buat Himpunan Posted: 09 Jul 2011 11:10 PM PDT Sehari selepas Bersih, Umno mahu pamer Najib sokongan KUALA LUMPUR, 10 Julai — Umno mengambil pendekatan segera untuk mempamerkan kesetiaan dan sokongan padu ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehari selepas ibu negara "digegarkan" dengan perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil. Tidak sampai 24 jam selepas perhimpunan Bersih 2.0, ibu pejabat Umno menganjurkan program setengah hari, yang menurut pemimpinnya bertujuan "menunjukkan referendum dan sokongan jentera" parti itu ke atas Najib selaku presiden dan perdana menteri. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di sebalik sekatan dan halangan ketat pihak berkuasa di seluruh semalam, yang menurut penganjurnya "sangat berjaya" kerana dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta di seluruh ibu negara. Polis pula menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang berkumpul di pusat bandar raya iaitu di sekitar Puduraya dan Dataran Maybank — yang terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka, lokasi perhimpunan menjadi pilihan Bersih 2.0. The Malaysian Insider difahamkan, majlis hari ini yang diusahakan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan, dikenali sebagai "Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Najib". "Ia program saat-saat akhir, dimaklumkan beberapa hari lalu (pertengahan minggu lalu)," kata seorang ketua bahagian kepada The Malaysian Insider. Seorang lagi ketua bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, notis pemakluman mula diterima sejak awal minggu ini. "Kita boleh anggap ini sebagai program menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada Datuk Seri Najib, ketika negara berhadapan dengan ujian terbaru ini," kata beliau merujuk kepada Perhimpunan Bersih 2.0. Selaku perdana menteri dan presiden Umno, Perhimpunan Bersih 2.0 meskipun pemimpin-pemimpin Umno dan BN menganggap tidak berjaya, tetapi tidak menolak ia juga satu ujian besar ke atas kepimpinan dan pentadbirannya. Pengkritik Najib menganggap perkembangan sejak 1 Julai lalu termasuk campur tangan istana sebagai satu tamparan ke atas kredibiliti beliau dan ia harus diperbaiki sebelum pilihan raya umum ke-13. Ia dilihat menjadi ujian kepada Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri 27 bulan lalu, ketika sebahagian pemimpin Umno merasakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak sewajarnya perkenan menerima kehadiran sekretariat Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu. Dua hari sebelum pertemuan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah agar setiap permasalahan yang timbul termasuk tuntutan Bersih 2.0 sekarang diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." Campur tangan dan nasihat itu tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini, yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan. The Malaysian Insider difahamkan semua ketua bahagian dan setiausaha penerangan diminta hadir pada majlis pagi ini. Selain kepimpinan bahagian, majlis itu akan dihadiri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan. SMS daripada ibu pejabat Umno yang dihantar kepada wakil-wakil media memperlihatkan keseriusan program hari ini walaupun ia diaturkan saat-saat akhir. SMS itu antara lain berbunyi "walau (pun) majlis tutup, rakaman visual atau foto semasa perdana menteri berucap untuk tunjukkan referendum, sokongan padu jentera Umno, pelbagai NGO dan pesilat. Jika melimpah, visual atau foto luar dewan juga menjadi bukti sokongan." Pertemuan hari ini juga menurut seorang ketua bahagian akan digunakan sebagai peluang mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini. -TMI Ulasan GB Walaupun media massa pro-BN menyatakan bahawa perhimpunan aman BERSIH semalam gagal, tetapi di sudut hati masing-masing terutama pemimpin UMNO, mereka terkejut beruk dengan gegaran perhimpunan itu sekalipun polis telah dikerah habis-habisan bagi menghalang berlakunya perhimpunan tersebut. Segala cara dibuat untuk mempastikan perhimpunan itu tidak menjadi kenyataan, dari melabelkan ia sebagai perhimpunan haram, pengharaman baju kuning, serangan ke atas majlis-majlis penerangan dan tangkapan pra-himpunan, menimbulkan sandiwara terjumpanya bom dan parang, sehinggalah meunggunakan mimbar masjid untuk menghalang orangramai dari menyertai BERSIH, dan yang terakhir injunksi mahkamah terhadap 91 orang pemimpin PR dan sekatan jalanraya disemua laluan masuk ke Kuala Lumpur... tiba-tiba perhimpunan BERSIH 2.0 meletup juga di tengah-tengah kota. Kita sudah mengingatkan kerajaan UMNO BN supaya jangan angkuh, jangan sombong. Jangan disekat kemaraan rakyat. Perbaiki sistem pilihanraya yang senget oleh SPR. Semua tidak diindahkan. Malah janji untuk berhimpun di stadium pun tak dikotakan. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti." Kini UMNO nak berhimpun. Nak tunjuk kekuatan mereka, mana tahu kot ia kali terakhir mereka dapat melakukannya sebelum UMNO dihantar rakyat ke liang lahad.... |
Polis Halang Samad Said Serah Memo, Bukan Sekadar Hina Seniman, Malah Hina Agong Posted: 09 Jul 2011 09:50 PM PDT Husam: Halang Samad Said serah memo bukti BN hina seniman A Samad Said (tengah, kemeja-T kuning) ketika berunding dengan pasukan polis di kawasan Stadium Merdeka, petang semalam. — Foto TMI KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Paduka Husam Musa kesal dengan tindakan polis menghalang Sasterawan Negara Datuk A Samad Said daripada menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada wakil Istana Negara di Stadium Merdeka di akhir perhimpunan semalam. Malah tegas Naib Presiden PAS, tindakan itu membuktikan polis menghina status Samad yang telah diangkat menjadi seorang seniman terkemuka tanah air. "Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menerima memorandum tapi kita dihalang, malah Pak Samad (Samad) yang membawa memorandum itu sepatutnya dimuliakan dan bukannya dihalang selain turut terkena gas pemedih mata. "Kalau di negara asing sasterawan negara akan diraikan, Pak Samad ini bukan orang politik, beliau mempunyai sikap yang telus. "Sepatutnya Pak Samad menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara, namun dihalang berbuat demikian dan apa yang berlaku ini membuktikan kerajaan tidak mendengar suara seniman, ia sesuatu yang mendukacitakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS lewat malam tadi. Semalam, walaupun terpaksa berdepan dengan sekatan dan halangan termasuk gas pemedih mata, kira-kira 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 yang diiringi Samad tiba kawasan Stadium Merdeka sekitar 3.30 petang. Mereka tiba di Stadium Merdeka tanpa disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka yang sebahagian besarnya sudah ditahan polis. Bagaimanapun Husam turut berada dalam kumpulan itu. Kata Samad, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), namun dihalang berbuat demikian. Memorandum itu terkandung lapan tuntutan Bersih 2.0. Samad juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan itu sambil menyifatkan ia keganasan paling teruk pernah disaksikannya. Sehubungan itu tambah Husam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus melaksanakan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kerana ia tidak mustahil untuk dilakukan. Malah Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata tuntutan yang dibuat itu selari dengan demokrasi "zaman moden." "Tuntutan yang dibuat Bersih 2.0 ini boleh dibuat, seperti kempen 21 hari, akses media dan undi pos ia bukan perkara yang mustahil (untuk dilakukan). "Ia mesti dilakukan dan ia sesuai dengan demokrasi zaman moden tapi ternyata Datuk Seri Najib Razak dan SPR nak gunakan pilihan raya paling kotor dan paling banyak penipuan," katanya. -FMT Ulasan GB Polis bukan sekadar menghina seniman tetapi menghina seluruh rakyat Malaysia dan menghina Yang Dipertuan Agong. Semalam GB sudah ulas. Petikan:
|
Menziarah Kembali Detik 10 November 2007 - [BERSIH 1.0] Persamaan BERSIH 2.0 - updated Posted: 09 Jul 2011 08:30 PM PDT Berikut ialah kisah silam - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa semalam, BERSIH 2.0 BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang. Pak Lah begitu sombong dan angkuh tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut. Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009. Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0? Rakyat marhain seperti GB, kini mencabar kepada Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan menteri kabinet yang lain, begitu juga kepada KPN dan sekalian polis serta Pengerusi SPR dan angg anggotanya - berlaku sombong dan angkuhlah - dan anda akan tahu akhirnya apa natijahnya nanti. Marilah kita menjenguk hasil tulisan GB di "Muzium Bersih 1.0"
Dengan meninjau arkib tersebut, maka tidak mustahil sejarah PRU12 akan berulang lagi pada PRU13. Mungkin lebih banyak negeri yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan tidak mustahil, Najib dan konco-konconya akan menerima nasib seperti Pak Lah atau akan dinobatkan Ketua Pembangkang pertama dari UMNO di Parlimen nanti! |
[Bergambar & Video] Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan Posted: 09 Jul 2011 06:00 PM PDT Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini. "Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya. Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan. Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini. Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya. "Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu. 'Macam kenduri' Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat. "Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan. Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu. "Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya. Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia. Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -mk Ulasan GB Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang? Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri? Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah. Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya. Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN. |
Pengerusi & Anggota SPR Perlu Letak Jawatan, Izinkan Agong Lantik Yang Baru Posted: 09 Jul 2011 04:30 PM PDT Husam: Episode Bersih 2, BN terluka parah Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara. Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu. Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU. Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana. Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga. Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau. Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU. Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar. Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju. Saya berucap dulu. Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur. Amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini. Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun. Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada??? Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif??? Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka? Atau ombak semangan rakyat begitu cekal? India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis! Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini. Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun. Hujan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH. Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini. Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya. Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand. SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN. Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM. Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang Bersih 2. Izin Agung lantik SPR baru Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru. Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara. Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian. Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan dengan Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin sperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang. Ugutan dan terkeman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana. Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hri ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatn regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamtan rakyat. Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH. Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang.... -husammusa Ulasan GB Lebih baik letak jawatan secara terhormat sebelum nanti mendapat balasan Allah yang lebih dasyat. Meminjam kata-kata Datuk Husam: "Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara." |
Dosa Polis Yang Sukar Diampunkan, Seorang Mati Seorang Patah Kaki Posted: 09 Jul 2011 10:00 AM PDT Mangsa gas pemedih mata meninggal KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya. Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Isteri beliau, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. -HD
Ulasan GB Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Kemenangan PR semakin nyata di dalam PRU13! |
Kezaliman Polis Dan KPN Yang Pendusta! Posted: 09 Jul 2011 08:14 AM PDT Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno. "Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini. Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. "Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?" kata beliau. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal "bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?" "Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas? "Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?" kata beliau lagi. Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. "Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. "Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.," katanya. Nik Aziz menambah, "kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti. "Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa," kata Nik Aziz lagi. Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0. "Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. "Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang," katanya. Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi. Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. -TMI
Ulasan GB KPN dan Timbalannya boleh menafikan kezaliman polis. Tetapi dunia menyaksikan, malah Tuhan juga Maha Melihat apa sebenarnya yang berlaku. Polis terlupa fakta bahawa: Selepas BERSIH 1 pada 2007 yang dihadiri oleh 40,000 peserta (akhbar kata 4,000), Barisan Nasional hilang 5 negeri pada PRU12. Kini BERSIH 2 yang dihadiri oleh 50,000 peserta (esok akhbar kata 5,000), Barisan Nasional akan kehilangan lebih dari 5 negeri pada PRU13! Ia angkara Polis full stop Mungkin Tan Sri tidak serik "pengsan" sewaktu bertugas dan perlu diajar oleh Tuhan beberapa kali lagi baru hendak sedar diri? |
[Bergambar & Video] Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Diambang Keruntuhan Posted: 09 Jul 2011 06:50 AM PDT Bersih 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa. Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)". "Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya. BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian. "Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan. Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya. -mk
Ulasan GB Bukankah derhaka dan biadab namanya apabila Agong telah bersetuju untuk menerima memo tetapi polis tiba-tiba menghalang delegasi BERSIH menyerahkan kepada Agong? Bukankah binatang namanya apabila polis bertindak semacam merekalah Agong di depan istana Yang Dipertuan Agong? GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan: GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang? Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%. Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih. Apa yang berlaku pada PRU 2008? Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing! Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah? Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan. Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM! |
[Video] Sambutan BERSIH 2.0 Di Australia & New Zealand Posted: 09 Jul 2011 05:45 AM PDT Perhimpunan Bersih 2.0 turut diadakan serentak di seluruh dunia hari ini dengan kewujudan BERSIH 2.0 Global. Diantaranya ialah di Melbourne, Australia dan Auckland New Zealand. Apa yang menariknya, sekalipun pihak Kerajaan Malaysia telah menyelar kumpulan BERSIH sebagai kumpulan yang dikatakan sebagai anti-keamanan, anti-negara dan seumpamanya, namun peserta-peserta BERSIH ini membuktikan sebaliknya. Mereka telah berhimpun dan menyanyikan lagu NEGARAKU beramai-samai sebagai bukti kecintaan mereka kepada negara. "Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu. "Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian. "Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning." Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman.
|
Bebaskan Hadi Segera Sebelum 1 juta Ahli PAS Ke Bukit Aman Posted: 09 Jul 2011 03:20 AM PDT PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman. Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis. Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis. Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap. (Abdul Hadi bersama Dr Samsuri dalam trak polis) Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai. Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini. Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan. -hd |
[Bergambar & Video] SUHAKAM Kecam Polis Kerana Lepaskan Gas Ke Kawasan Hospital Posted: 09 Jul 2011 02:40 AM PDT Sekalipun di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said telah tiba di kawasan Stadium Merdeka untuk turut bersama di dalam perhimpunan Bersih 2.0. Beliau mengetuai Delegasi BERSIH 2.0 kira-kira 20 orang untuk ke Istana Negara, tetapi telah dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana. Laporan malaysiakini 4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu. Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol. Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. 4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH. Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin. Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka. 4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel. 4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini. 4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah: Mahfuz Omar - KL Sentral Salahuddin Ayub - KL Sentral Mohamad Sabu - Jalan Mahameru Fauziah Salleh - KL Sentral Tian Chua - KL Sentral S Ambiga - KL Sentral Hadi Awang - KL Sentral Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang 4.00pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana. Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ. 3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan. Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan. 3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0. 3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan