Ahad, 10 Julai 2011

.

.


Sebelum Jam 3:00 Petang

Posted: 09 Jul 2011 11:56 PM PDT

Balas Si Otat Kemetot

LAMA saya tidak bermain dan bercanda dengan pengomen blog saya yang otak kemetot. Sesekali perlu juga untuk menenangkan keadaan atau melepas angin. Di bawah ini saya turunkan komen beliau terhadap posting terbaru "Ulasan Kedua Bersih".

***
Mustaqim has left a new comment on your post "Ulasan Kedua Bersih":

Sdr ini amatlah bodoh kerana sudah lama duduk dalam temperung sejak dari sekolah lagi.

Mana ada Rakyat Malaysia yg majority menyokong BERSHIT 2.0 ini? Mengikut CNN pun baru 10,000 org?

Mana dia 300,000 yg nak dikumpulkan itu?

***

Saya boleh mengakui kalau saya bodoh dari sejak sekolah lagi. Tidak akan boleh lawan orang bernama Mustaqim yang berani dari sekolah Tadika Umno hingga ke Universiti Umno. Tenguklah blognya hebat mendapat sambutan hampir 1 juta pageview sehari. Idea yang dilontarkan juta hebat.

Dia mempertikaikan angka himpunan semalam katanya menurut CNN tidak pun sampai 10,000. Kalau hendak ambil sanad dan perwai media pun janganlah yang bias ataupun yang laporannya tidak meluas. Saya rasa bukan saja puak Bersih puak Umno sendiri tidak bersetuju dengan angka berkenaan.

Sdr kita yang otak kemetot ini sebenarnya tidak pernah keluar dari ketiak ibunya. Jauh sekali untuk berada di jalan raya menyaksi sendiri. Apa lagi hendak berlari berungga, mengambil gambar. Dia juga fikir lokasi himpunan hanya satu saja di depan rumah dia.

Dia tidak tahu berapa tempat himpunan semalam. Berapa ramai jumlah polis. Berapa das tembakan dan berapa yang kena tangkap. Kalau orang bijak sifir dan mencongak ilmu hisab (bukan hisab dadah) dapat mengira berapa ramai yang hadir. Kalau polis membuat tangkapan seramai hampi 1,500 hitunglah sendiri jumlahnya.

Saya nak khabar sekali lagi mengenai jumlah kehadiran kepada si otak kemetot ini kalau dia tidak baca kronolo yang saya tulis semalam. Himpunan bukan saja di masjid Kampung Baru. di situ sahaja 10,000 orang. Masih banyak lagi tempat, di Sogo, Pasar Seni, di luar stadium Merdeka, KLCC, KL Central, Pasar Seni, Jalan Petaling, Bukit Bintang... ini tidak termasukan himpunan di masjid Jamik, Brickfields dan lain-lain.

Apakah sempat dan termungkin oleh wartawan CNN untuk melihat semua sekali. Janganlah tersilap dan keluarlah dari kampus universiti Umno, bahawa wartawan jurukamera CNN tidak akan sempat untuk memantau sekali dan ia hanya boleh tunjukkan di satu venue sahaja. Dan mungkin si otat kemetot dan suki bulat ini hanya tenguk di satu venue yang dilaporkan oleh CNN sahaja... I am sorry.

Ulasan Kedua Bersih

Posted: 09 Jul 2011 11:24 PM PDT

Gelombang Tsunami Sudah Berkocak

[Ulasan yang terlewat diposkan] PAGI ini ruang udara Kuala Lumpur sudah kembali aman. Tidak ada deruan halekopter seperti hari semalam, berdaung dan berdegung di segenap ruang angkasa Kuala Lumpur. Jalan raya juga di buka sepenuhnya. Perniaga juga sudah membuka semula gedung-gedung peniagaan mereka. Begitu dengan peniaga kecil Melayu turut membuka semula gerai niaga mereka di celah-celah bangunan tinggi atau tercorot di belakang plaza.

Semalam semua gedung tutup, gerai juga tutup. Gambaran media massa penjilat buntut kerajaan peniaga sendiri yang mengambil keputusan itu kononya bimbang dengan himpunan Bersih yang menganggu kedai mereka. Walhal apa yang diketahui arahan tutup itu dibuat oleh polis. Apakah arahan itu untuk langkah keselamatan atau sengaja untuk menimbulkan kemarahan pekadai? Jadi kalau peniaga rasa rugi dengan peristiwa semalam kerana tindakan tutup kedai tuntutlah insuren kerugiannya dengan polis.

Mana-mana pekedai yang berani membuka kedai mereka semalam untung besar. Sebuah kedai runcit di Jalan Pudu kehabisan stok makanan ringan dan juga air mineral. Bayangkan berapa banyak untungnya kedai berkenaan kerana kegeligaan tuan punyanya.

Begitu juga dengan sebuah restoran Cina berhampiran Mybank juga kehabisan stok. Roti canai, magie dan minuman tin juga habis. Gula, milo, coklet dan gula-gula dan segala macam jenis minuman habis licin. Tisu juga habis keran dibeli untuk tutup muka dan sapu peluh yang membepali dari leher hingga ke labu betis. Manusia berdyun masuk ke kedai untuk menghilangkan penat selepas lari dari serangan polis.

Jadi dakwaan mengatakan himpunan Bersih merugikan pekedai tidak betul. Yang rugi ialah mereka yang percaya kepada provokasi polis dan UBN. Yang percaya kepada momokan Khalid Bakar. Kalau mereka memahami tuntutan dan tujuan himpuann mereka akan tidak akan merasa gentar. Tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku semalam.

Tidak ada laporan mengatakan kedai dipecah. Atau pun harta awam dirosakkan. Usahkan kereta dibakar, ting sampah pun tidak ditendang. Semuanya baik dan teratur. Hakikat ini kena diakui oleh DBKL dan polis. Himpunan Bersih dengar kepada perintah dan peraturan. Mereka orang yang rasional. Macam mana rasional dan profesionalnya Ambiga begitulah mereka.

Sesudah selesai himpunan ada sekumpulan perempuan Cina membawa beg plastik berwarna sambil melaungkan sambil melaungkan masukan sampah ke sini. Kumpulan ini berjalan sambil membawa plastik dan mengambil apa-apa sampah yang ada. Inilah contoh dan gambaran yang ada dan dapat dilihat sendiri. Samje?

Apa yang didedahkan oleh media penjilat butut adalah satu pengkhinatan. Satu perogolan ke atas etika press sendiri. Mereka mahu memberi gambaran himpunan itu jahat, menyusah dan menganggu orang ramai. Sebab itu ada penulis atau wartawan cabuk melebelkan para himpunan itu sebagai perusuh. Siapa yang merusuh? Orang ini tidak dapat hendak bezanya diantara perusuh, perompak dan penutut hak diri sendiri.

Begitu juga kerajaan sengaja melebelkan sebagai himpunan haram? Apa haramnya. Untuk menuntut hak rakyat yang dijamin oleh demorkasi dan perlembagaan haram. Kalau benar-benar haram kenapa semalam tentera dan polis tidak bom dan bunuh semua himpunan? Bukankan sesuatu yang haram itu sangat buruk konotasinya. Bom sahaja biar ratusan ribu mati dan saya jamin selepas ini Najib dan Rosmah dapat bersela makan dengan tenang dan Najib boleh minta Agong istyharkan parlimen dibubarkan.

Kenapa tidak bom?

Sebenarnya kerajaan UBN menafikan hak asasi rakyat. Mereka tidak pandai dan memahami pelembagaaan yang mereka baca. Mereka juga tidak faham dan menghormati apa yang cuba diajarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila Tuanku Mizan sedia berjumpa dengan rombongan Bersih itu bermakna tindak bersih menuntut lapan perkara itu sebagai sah atau perkara yang boleh dipertimbangkan dan bukannya ditolak mentah-mentah.

Kenapa UBN termasuk Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Bakar begitu biul untuk memahami perkara ini. Pada saya himpunan semalam tidak akan berlaku dan UBN tidak akan merasa resah dicemuhi rakyat kalau Aziz bijak melayani tuntutan Bersih. Tetapi kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka terjadilah apa yang telah berlaku.

Begitu juga kalau polis dapat memahami dan bijak menguruskan kesanggupan yang Najib berikan, membenarkan himpunan diadakan di stadium, ia tidak akan jadi seperti semalam. Himpunan akan berlaku aman dan tidak menganggu orang awam. Rakyat kita yang kita kasihi tidak akan luka, pecah kepala dan ada yang meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan bom asap polis? Jadi sekarang siapa hendak bertanggungjawab.

Ingat sebagai orang Islam saya percaya kepada ketua polis negara Ismail Omar dia orang Islam. Besok dia akan ditanya diakhirat atas kematian orang bernama Baharudin Ali. Baharudin mati kerana mempertahkan haknya disuruh oleh Allah. Apabila dia mati dalam peperangan mempertahankan hak yang dia yakin dia syahid.

Pasukan Islam yang menyebabkan Baharudin mati akan disoal atas status dia sebagai orang Islam yang mempercayai ada hari pembalasan. Lainlah kalau Ismail dan pasukannya tidak yakin kepada hari pembalasan dan dunia akan hancur.

Sebenarnya kerana kurang bijaksana polilah terjadi pembunuhan dan boleh menyebabkan berlaku kematian ramai-ramai. Sekiranya polis melapangkan dada sedikit dan tidak cuba menjadi pak sanggup atau kaki bodek untuk kepentingan diri kerana kedudukan dan kenaikan pangkat, mereka sedia buka stadium merdeka. Tetapi sayang tidak begitu pengkat dan kedudukan serta kuasa yang boleh diguna untuk menyamun menjadikan mereka terlupa kepada sumpah dan ikrar.

Kalau stadium Merdeka dibenarkan dijadikan tempat himpunan keadaan akan aman dan tidak perlu semua jalan ditutup dan membuat provokasi menakutkan rakyat. Al hasilnya tindakan polis yang dibuat dengan tanpa memikir kesan kepada UBN terjadi sebaliknya. Niat polis hendak mengukuhkan bos-bos mereka terjadi tragedi itu.

Apa yang boleh disimpul dan disifatkan himpunan semalam berjaya mencapai sasarannya. Ia telah memberi impak dan menghitamkan bayangan ketakutan kepada UBN menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Kalau himpunan Bersih 2007 lalu yang semangat, komitmen dan sokongan tidak seperti hari semalam pun UBN kehilangan majoriti, maka ada harapan dan peluang dalam pilihan raya akan datang UBN akan tumbang terus.

Kesimpulan lain dari tragedi semalam mereka yang keluar itu terdiri dari anak-anak muda yang sudah tahu bertindak membela hak mereka sebagai warganegara. Generasi Y yang mahir dalam maklumat dan tidak mudah ditipu sudah memanfaatkan kecanggihan IT. Dalam perkiraan saya lebih 80 peratus adalah anak-anak muda di bawah 40 tahun.

Perkara lain yang nampak jelas ialah kaum Cina yang begitu ramai hampir menyamai orang Melayu. Perkembangan ini menunjukkan semua kawasan bandar dan di mana sahaja kawasan campuran 30:30:30 akan dimemangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan majoriti Cina lebih 60 peratus usah bercerita lagi.

Apabila puak Patriot keluar tidak sampai 500 orang ini menunjukkan bahawa orang Melayu yang suka memakai lilit merah, hunus pedang atau mencabar dan memaki hamun orang hanya akan menang atas kertas sahaja. Jelas bila diajak turun ke lapangan dan medan juang mereka takut.

Sepatutnya semalam Pemuda Umno harus bergabung dengan Perkasa(m) tunjuk kekuatan mereka. Panggil ahli silat yang kononya ada ratusan ribu tunjuk belang dan kekuatan mereka. Jangan cakap depan kamera dan tv saja. Tetapi bila mereka tidak keluar atas alasan kerana menghormati polis ia menjelaskan bahawa pengakuan dan sumpah itu hanya tong kosong sahaja.

Sesungguhnya kejayaan himpunan Bersih semalam memberi impak yang besar. Ia menjadi bayangan yang menganggu tidur Najib dan para kabinetnya. Pengakuan kononnya himpunan itu gagal ianya boleh diibaat Najib sebagai memasukkan bom jangka ke dalam poket seluarnya sendiri.

Hari ini ekoran kejadian semalam mungkin sudah ada menteri yang mengemaskan fail atau menghapuskan apa-apa dokumen yang boleh disabitkan di bawah rasuah dan penyalahguaan kuasa. Mereka bimbang takut sesudah tidak jadi menteri dan parti kalah nanti mereka akan ditangkap dan didakwa atas pelbagai rasuah.

Hari ini polis akan membuat postmortem, jabatan dan kementerian terbabit juga akan membuat bedah siasat terhadap himpunan semalam. Sekali lagi adalah malang kalau posmortem dibuat itu hanya untuk menyedapkan hati tetapi tidak berdasarkan hakikat sebenarnya. Postmertem demikian tidak lebih dari usaha untuk mempercepatkan Najib menutup dapur politiknya.

Dan sekiranya UBN tidak dapat mempertahankan kuasa dalam pilihan raya akan datang sebabnya ialah kerana tuntutan Bersih. Bersih menjadi arus dan gelombang untuk mengalunkan sebuah ombak besar dinamakan Tsunami kedua. Manakala orang yang kena bertanggungjawab ialah SPR serta polis. Sebab itu saya kata, atas kejayaan Bersih semalam pihak yang perlu diucapkan terima kasih ialah kepada polis dan SPR. Kerana tanpa mereka sedar atas tindak dan keputusan mereka buat ia telah mencalarkan arang hitam yang panjang ke muka kerajaan.

Sesungguhnya arus yang beralun semalam tidak akan berhenti di situ saja. Ia akan bergerak dan bergelombang... akan melabungkan bueh dan membedal pantai. Ia akan menjadi kuat dan deras pabila sesudah parlimen dibubarkan. Arus tsunami akan dapat disaksikan sekiranya Najib tergamak untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini! [wm.kl.9:20 am 10/07/11]

Balesungkawa

Posted: 09 Jul 2011 09:44 PM PDT

Rezeki Baharuddin Syahid Dalam Himpunan Bersih

SAYA lewatkan sedikit untuk posting ulasan kedua mengenai himpunan Bersih semalam yang sudah pun ditulis tetapi tidak sempat disiapkan. Saya terpaksa bergegas ke Lembah Keramat untuk menziahai jenazah Baharudin Ahmad, 58 yang syahid di medan himpunan Bersih di KLCC semalam.

Mulainya janji untuk pergi bersama dua kawan dan seorang Yang Berhormat dari Kelantan. Tetapi masing-masing ketiduran sementara, YB berkenaan tidak pasti sama ada jenazah akan diuruskan pagi atau selepas zohor. Sewaktu saya menghubunginya, dia nampak semacam macam atas katil. Nasib baik Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menghubungi memaklumkan yang jenazah sedang diuruskan, dan akan disembahyangkan dalam tempoh setengah jam. Beliau sudah berada di surau berhampiran rumah Allahyarham.

Kerana bergegas ke rumah Allahyarham saya tinggalkan dulu laptop tanpa ditutup dan tinggalkan catatan kedua Bersih dan akan dipostkan selepas ini.

Sewaktu saya sampai surau kawasan flat di kelompok Camar, di Lembah Keramat itu sudah penuh dengan orang ramai. Lagaknya macamlah satu ketumbukan yang sedang menghimpun anggota di satu lokasi Bersih semalam.

Badrul Amin sedang membaca doa. Di dalam surau penuh sesak. Surau yang boleh memuatkan 100 orang itu melimpah rasuah sampai ke luar. Untuk merakam gambar untuk tonton penjenguk budiman pun susah. Tidak jauh dari muka pintu Nurul Izzah berdiri kaku kesedihan, simpati dan geram dengan apa yang berlaku. Tanpa sempat untuk saya bertanya Izzah minta ulas mengenai peristiwa malang itu.

Kalau anda mahu melihat suasana di surau berkenaan dan upacara pengkebumian silalah ke blog lain atau Fb rakan-rakan lain. Ramai juga bloger dan jurugambar yang merakam gambar. Saya sudah tidak larak untuk berarak panjang menuju ke tanah perkuburan, yang terletak kira-kira 2 km dari rumah arwah.

Orang ramai yang mengetahui berita kematian itu terus tiba seorang demi seorang. Dalam sekejap masa saja, kawasan perumahan dipenuhi orang ramai. Satu demi satu pemimpin Pas dan PKR hadir. Antara pemipin Pas yang terjumpa ialah Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Hulu Klang, Saari Sungip, Ahli Parlimen Jerai, Firdaus.

Dr Mohd Hatta Ramli juga ada dalam keadaan letih lesu. Saat jenazah hendak disembahyangkan, mucul Senator Syed Husin Ali. Saya berjumpa sekali lagi dengan Syed Ali saat mahu balik yang kemudian muncul Mustapa Kamil Ayub yang sudah lama saya tidak beramah mesra dengannya.

Keadaan dan wajah mereka yang hadir berbelah bahagi. Nampak ada yang kesedihan dan ada juga yang marah kepada polis atas apa yang terjadi. Saya mundar mandir diluar untuk meninjau dan merakam suasana. Saat ini tiba-tiba serikandi keadilan S Ambiga muncul.

Begitu melihat Ambiga saya yang sudah berbaris untuk menunaikan solat jenazah keluar dari jemaah dan mendapatkan Ambiga. Sudah lama saya menanti saat untuk merakam wajah serikandi ini.

Rupanya dia sudah ada awal pagi lagi. Semalam lagi Ambiga sudah datang menziarahi dan memberi simpati kepada keluarga Baharudin. Ambiga tentu merasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana Baharudin mendapat syahid semasa mengikuti himpunan Bersih.

Bukan setakat Ambiga saja, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia juga ada sama. Dia kelihatan memberi kenyataan akhbar selepas Ambiga bercakap dengan press. Ambiga mencadangkan akan membuat mendesak Suhakam membuat siasatan berhubung kematian berkenaan yang disalahkan kepada pasukan polis. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang juga ada sama. Wakil Rakyat Bukit Antarabangsa yang bersebelah dengan kawasan rumah arwah, Azmin Ali bagaimana pun tidak terserempak.

Baharuddin adalah seorang ahli Pas, manakala isterinya adalah ketua wanita cabang PKR. Allahyarham bernasib baik saya kira kerana dijemput Allah gara-gara Bersih. Kematiannya walaupun tidak diminta tetapi telah memberi sesuatu yang amat bererti dalam perjuangan rakyat menuntut pilihan raya Bersih. Bolehlah disimpulkan perjuangan semalam telah mengorbankan satu nyawa di samping menumpahkan banyak darah. Untuk roh Baharuddin ia sungguh membahagiakan kerana ramai yang bersolat jenazahnya.

Menurut Dr Hatta anak Allahyraham adalah seorang doktor di hospital besar kerajaan. Sebelum Baharuddin hendak menyertai Bersih katanya malam sebelumnya, anaknya itu telah berpesan supaya memasangkan niat turun ke medan sebagai seorang pejuang Islam dan kalau mati, akan mati syahid. Baharuddin juga katanya jarang mengikuti himpunan tetapi ini adalah yang pertama yang mahu sangat diikutinya.

Saat beliau pangsan terkena gas pemedihan mata, beliau tidak bersama isterinya, kerana isterinya sudah berada di perkarangan stadium Merdeka.

Mursyidul Am Pas yang akan tiba dari Makkah tengah hari ini dijangka akan menzirahi keluarga Allahyarahm lewat petang ini. Didoakan semoga roh Baharuddin diterima Allah dan ditempatkan pada makam orang-orang soleh. Kepada pejuang rakyat pula khususnya para peserta Bersih kematian Baharuddin harus dibayar dengan sebuah kemenangan. [wm.kl.12:59 11/07/11]

* Lagi gambar orang ramai yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharuddin dalam Facebook saya.

Celoteh Murai 84

Posted: 09 Jul 2011 06:07 PM PDT

Ke Mana Salentia Menghilang?

Semalam puas Murai terbang hampir ke seluruh sudut di perkarangan stadium Merdeka lokasi himpunan Bersih untuk mencari kalibat Salentia dan gengnya. Murai mahu tenguk seramai mana puak-puak Salentia pergi berkokok di situ untuk menghalang Bersih. Murai mahu tenguk berapa banyak darah yang tumpah dan berapa ramai dari kalangan himpunan Bersih yang bengkak kerana digodam oleh puak-puak Salentia.

Murai mahuy kira berapa Cina dan India yang dibunuh oleh puak-puak Salentia. Kerana kalau ikutkan cakap dan bual mereka, seolah mereka akan pancung seorang demi seorang, kemudian menghisap darahnya. Apa tidaknya kalau bercakap kekebuk kata orang.

Murai nak rakam peperangan di antara puak ini. Murai bawa kamera besar untuk tujuan itu. Malangnya semua sudut dan tempat yang Murai pergi usahkan kaki Salentia, kelibat batang hidup pun tak kelihatan. Ke mana dia menyerok pun tidak tahu. Habis longkong, kolong dan tempat busuk Murai buka dan belek takut-takut dia ada terselit, tak juga jumpa.

Selepas bertanya orang barulah Murai tahu bahawa yang Salentia tidak datang. Tidak berani datang. Dia menggunakan berbagai helah untuk menghalalkan rasa takutnya. Murai sudah tahu tektik ini kerana bukan baru Murai mengenalinya. Bukan saja tapak kaki, kalau terbau kentutnya Murai tahu yang ketut itu kentutnya. Kentut Salentia bukan saja busuk tetapi pahit!

Salentia hanya besar mulut sahaja jiwa lebih kecil dari jiwa semut. Cakap dia berdengar degar tahu lekat di gelegar. Kenapa tidak dia hanya berani dengan mengupah orang saja, Berani dengan senjata duit.

Baru ni dia bakar gambar Ambiga di depan tangganya di Pasir Mas, berani di laman rumah sendiri, Tetapi kecut perut dan tidak berani kalau di luar rumah, Mungkin dia tidak pergi semalam dia takut Ambiga jolok matanya dengan lidi.


Katanya dia dan kumpulannya buat himpunan jauh di stadium Merdeka, di Taman Tasik Titiwangsa. Barangkali kalau himpun disitu senang, bila polis serang mudah untuk terjun ke dalam tasik dan menyelam. Al maklumlah dia bijak bak melompat dan tenggelam sambil minum air ini.

Khabarnya dalam himpunan puak Salentia di Taman Tasik Titiwangsa itu mengalahkan himpunan Bersih yang mencecah puluhan ribut. Menurut maklumat yang Murai terima katanya lebih 23 orang yang berhimpun di taman itu. Bolehlah baca Utusan tentu angka yang ditulisnya mencecahkan ratusan ribu. Riuh rendah bunyinya dengan berbagai irama nyanyian selepas hujan.

Malangnya Salentia tidak juga kelihatan di situ. Dia sendiri tidak hadir dan diserahkan kepada anak buahnya saja. Ke mana dia menghilang tidak diketahui... cuma apa yang Murai dapat agakkan mungkin dia melompat masuk ke dalam tempang budu di bawah dapur rumahnya. Melarikan diri kerana takut apabula mendengare bumi Kuala Lumpur sudah digegarkan oleh Bersih.

Apakah haiwan ini sudah keluar dari pesembunyiannya? Sama-samalah tunggu Murai rasa hari ini dia akan mengulas dan memberi komen, seperti biasalah...bila berhenti hujan dia akan mula berkokok dan akan merayap semula ke bumi Allah ini untuk mencari ungas, lipas, lipan dan kalkatu untuk dibahamnya. Salentia biasanya akan berkokok bila lapar.

Murai: Hairan kerana masih ada lagi orang yang mengikutnya dari belakang.

Marah-Marah Malam

Posted: 09 Jul 2011 06:32 AM PDT

Ismail Omar Baik Diam... Nanti Sakit Jantung Lagi

SEBELUM Utusan dan media arus perdana membuat bohong besar esok mengenai himpunan Bersih hari ini, Ketua Polis Negara, Ismail Omar telah cuba menjadi burung belatuk, mengulas mengenai Bersih dengan membuat kenyataan bohong. Katanya himpunan Bersih hanya didua tempat saja di Puduraya dan jalan Loke Yew.

Juga beliau mengatakan polis bertindak baik kepada para himpunan.

Saya tidak pasati apakah beliau mendapat penjelasan dari timbalannya Khalid Abu Bakar yang kini sudah macam anti klimek dan menjadi pekak dengan tiba-tiba selepas dua hari himpunan hendak diadakan. Sebelum itu bukan main lahi Khalid berkukuh macam terkukur lapar padi. Atau pun beliau mendapat penjelasan dan laporan yang palsu dari ketua polis Kuala Lumpur.

Itulah jadinya kalau ketua polis hanya memantau dari jendela Bukit Aman dan tidak berani turun ke bumi melihat dengan mata kepala sendiri. Segala laporan dan maklumat yang diterimanya tidak betul dan melencung jauh.

Saya rasa saya lebih bertanggungjawab dari beliau. Saya turun dan berputar ke segenap lokasi himpunan berkenaan menyaksi sendiri dengan mata kepala sendiri. Baca laporan saya (kronologi) rasanya lebih adil dan benar daripada laporan anak buah Ismail Omar. Ada empat lokasi besar himpunan, Pasar Seni, perkarangan Masjid Jamik, di Jalan Petaling, dan perkarangan Stadium Merdeka.

Inilah kualiti polis kita bercakap selalu bohong dan menipu orang ramai. Kalau hendak gambarkan negara ini aman dan polis berjaya kawal himpunan pun jangan sembunyikan fakta. hari ini semua orang cerdik dan bukan bodoh. Zaman orang lari berceluda kerana takutkan polis sudah tidak ada lagi.

Begitu juga katanya tidak ada tembakan gas pemedih mata di Jalan Puduraya? Ismail Omar boleh tengok video yang profesional rakam dan jangan tonton yang polis ambi sajal. Kalau polis ambil banyak fakta yang disembunyikan seperti mana pembohong polis kononya ada peserta himpunan yang bawa senjata dan bom cocktail.

Belajarlah menjadi baik dan menjadi seorang Islam. Kalau polis tunduk, akur dan cium kaki pemimpin hari ini, tetapi jangan sampai kaki sebayan (busuk) pun sanggup dicium.

Saya mahu ketua polis negara saksi gambar yang dipaparkan dalam blog, mengenai himpunan yang dipukul dan diperlakukan macam anjing kurap. Rasanya sesetengah tindakan polis jauh lebih buruk dari salakan anjing. Dan apakah Ismail mendapat laporan mengenai kematian seorang peserta bernama Baharuddin Ahmad, 58 tahun. Kalau tidak tahu jenazahnya akan dikebumikan esok.

Polis perlu memohon maaf atau menyesali atas apa yang belaku.

Saya setuju kalau polis mengawal himpunan Bersih untuk tidak menular kemudian rakyat mengoncangkan pemerintahan hari ini. Tetapi lakukan secara beradab dan ingatlah kepada perkataan atau kalimah yang tertera di topi dipakai setiap anggota polis berbunyi Allah - Muhammad. Kalau kalimah itu sudah tidak dihormati buang dan ganti dengan kalimah lain. [wm.kl.9:40 pm 09/07/11]

Ulasan Peristiwa

Posted: 09 Jul 2011 03:34 AM PDT

Kronologi Saya Di Himpunan Bersih

Alhamdullilah saya baru selamat sampai ke rumah. Tiada apa-apa kecederaan cuma asap gas pemedih mata masih berbau di tubuh. Semalam saya keluar jam 3:00 petang untuk mencari tempat strategik untuk melaporkan himpunan Bersih dan sekali untuk sama-sama bergerak dan berarak bersama rakyat. Pagi tadi jam 7:00 pagi saya sudah turun dari hotel dan meninjau setiap jalan raya khususnya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sejak tengah malam tadi jalan Tuanku Abdul Rahman sama seperti menuju ke lokasi himpunan ditutup kepada semua lalu lintas. Persimpangan Sogo dan Pertama Kompleks berhimpun si gagak hitam berkuku besi (polis) sekitar 500.

Jam 10:00 pagi keadaan masih tenang. Di Sogo kerana kawalan ketat ia lumpuh sama sekali. Saya sendiri juga sempat ditanya dan diperiksa oleh polis. Pergerakan bermula di Brickfields. Jam 10:00 pagi sudah ada laporan peserta perarakan di sana telah diberkas polis. Dari Bricfields inilah kemudian himpunan bergerak ke Pasar Seni.

Pasar Seni menjadi lokasi himpunan para pemimpin, sebab itu ramai yang kena tangkap di sini. Antara yang terawal ditangkap ialah Sallahuddin Ayub dan ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang datang bersama anaknya.

Begitu juga di kampung Baru. Kebanyakan yang berhimpun di situ ialah peserta dari Kelantan yang menginap di hotel di Chow Kit dan juga Kampung Baru. Sekitar jam 11:00 pagi sudah ada beberapa orang yang membawa baju Bersih telah ditangkap. Saya sempat melihat seorang berjubah dan berserban putih di bawa atas land rover polis melalui Pertama Kompleks. Saya percaya dia ditangkap di Kampung Baru. Semasa land rover itu berhenti di trafik light saya terdengar yang ustaz berkenaan memprotes dan mengatakan sesuatu kepada si gagak hitam berkuku besi.

Jam 11:00 pagi saya masih berlegar di Sogo di samping mendapat maklumat dari beberapa lokasi lain. Sementara mahu bergerak sempat membeli kasut kerana tidak selesa pakai sandal.

Menjelang pukul 12:00 sdr Rushdan Mustafa yang sudah di perkarangan stadium memberi maklumat peserta sudah cuba memasuki Stadium Merdeka. Menurutnya orang ramai sudah pun dapat menembusi jalan yang ditutup ke Stadium.

Disebabkan sekitar Sogo keadaan tidak begitu menceritakan. Ia lumpuh... kerana itu saya bersama Dr Wan Suhaimi, ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan beberapa yang lain mula bergerak menuju ke lokasi panas. Destinasinya masjid Jamek.

Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbing masing-masing.

Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka.

Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad.

Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan.

Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000.

Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan.

Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning.

Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka.

Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan.

Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium.

Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu.

Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka.

Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur.

Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap.

Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka.

Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan.

Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain.

Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang.

Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka.

Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam.

Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan.

Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang.

Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30.

Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran.

Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium.

Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook.

Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian.

"Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis.
"Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya.
Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium.

Dekat pukul 5.15 petang sewaktu saya berhinjuk-hinjuk untuk melangkah pulang, tiba-tiba adik ipar Zarir menelefon minta ke hotel Midah, katanya di situ Pak Samad Said bersama komiti Bersih siap untuk mengadakan kenyataan akhbar.

Sebelum sidang akhbar itu usai saya bersama dua rakan dan seorang budak Terengganu yang tersesat menampak untuk pulang. [wm.kl.7:00 pm 09/07/11]


Ketumbukan di Jalan Hang Tuah di Seri Petaling.

Lagi pemandangan ketumbukan di Jalan Hang Tuah bergerak untuk ke Puduraya.

Siap sedia untuk tembak.

Kepulan asap selepas tembakan.

Kumpulan gagak hitam bercemperia selepas bom yang dibedilnya disambut dan dikembalikan semula ke arah mereka.

Locing gila sudah dibunyikan.

Tembakkkkk..... rakyat...

Ketumbukan Bersih dari hadapan Bank Pertanian.

Irene Fernandez hadir dengan kerusi roda.

Bergambar dengan wakil rakyat Tanjung Karang.



Tiada ulasan: