Sabtu, 9 Julai 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar & Video] Anwar Cedera, Ust Hadi, Ambiga, Mat Sabu, Khairy Ditahan [updated]

Posted: 09 Jul 2011 01:09 AM PDT

Polis FRU dilaporkan semakin mengganas mengejar dan menahan perserta perhimpunan.

Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub
juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan telah ditahan oleh polis. Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Laporan harakahdaily

2.47 pm: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

Polis bagaimanapun melepaskannya selepas menyedari kad media yang dipakainya.

Laporan Malaysiakini

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan peserta yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.


3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.































[Bergambar & Video] Ribuan Rakyat Pelbagai Kaum Tuntut Pembersihan Pilihanraya Malaysia [updated]

Posted: 08 Jul 2011 11:50 PM PDT

Sekalipun menghadapi pelbagai tekanan dan ugutan, ribuan rakyat berjaya untuk menyertai perhimpunan bersejarah ini. Peserta BERSIH mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

Jumlah peserta yang berarak semakin ramai. Hujan lebat yang turun ada hikmahnya. Ia mengurangkan kesan pedih gas pemedih mata.

Laporan Harakahdaily

2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.

Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.

2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang berada di Hilton.

2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.

2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.

2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.

2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.

2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank.

1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.

1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.

1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Laporan malaysiakini

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!".

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!" tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.









































KLIK SINI UNTUK SAMBUNGAN LAPORAN TERKINI

[Bergambar] Perarakan Bermula, Gas Pemedih Mata Dilepaskan [updated]

Posted: 08 Jul 2011 11:07 PM PDT

Harakahdaily melaporkan beberapa tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka. Semantara malaysiakini pula melaporkan FRU lepas tembakan gas pemedih mata di Bank Agro dekat Daya bumi.

Lintas lansung Harakahdaily

1.47 pm: Mereka kini bergerak ke Masjid India selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

1.45 pm: Tren tidak lagi berhenti di Masjid Jamek. Kawasan Dataran Merdeka lengang sementara helikopter masih berlegar-legar di udara.


1.43 pm: Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

1.42 pm: Difahamkan Polis mengerahkan 30 000 anggota bertugas untuk melumpuhkan Bersih 2.0

1.40 pm: Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema.

1.33 pm: Dua kumpulan penyokong bergabung menjadi satu di kawasan Petaling Street.

1.27 pm: Ambiga berkata, Bersih berterima kasih kpd PR kerana menyokong Bersih yang menerima berbagai tekanan dan ugutan dari Umno.

1.25 pm: Sidang akhbar Bersih sedang berjalan di Hilton Sentral. Hadir sama Tuan Guru Abdul Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ambiga, Wan Azizah, Kamaruddin Jaffar, Syed Azman, Khalid Samad dan A. Samad Said.

Mereka melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan keras kerajaan dan polis. Pak Samad berkata Sasterawan harus berada di tengah untuk membersihkan politik negara kearah demokrasi

1.20 pm: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari - 441 orang, 421 orang adalah lelaki dan 20 perempuan -PDRM

1.15 pm: Difahamkan seramai 9 orang peguam telah berjaya msk ke kawasan Stadium Merdeka dengan kerjasama polis.

12.54 pm: Dianggarkan 5 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka.

12.52 pm: Sedang berlaku kejar-mengejar antara polis dan orang ramai di Masjid Jamek.

12.50 pm: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.

12.40 pm: IPK KL memaklumkan 338 telah ditahan termasuk 321 lelaki 17 wanita. Mereka ditahan di sekitar DBKL, Istana Negara, Pasar Seni & Masjid Jamek


Lintas lansung malaysiakini

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]



1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: "Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan."

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

Kumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan "menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan" itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.






























SILA KE SINI UNTUK SAMBUNGAN LAPORAN TERKINI

[Bergambar] Ribuan Berada Di Masjid Negara, Salahuddin Ayub & Mahfuz Ditahan [updated]

Posted: 08 Jul 2011 09:59 PM PDT

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju. -mkini

LAPORAN LANGSUNG:

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya," kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami," kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang. -mk

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini," kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana. -mk

12.15 pm: Sekumpulan peserta himpunan dilihat sedang berjalan dari KL Hilton menuju ke Masjid Negara. -hd

12.12 pm: Polis bertindak tegas memastikan jejantas dari Stesen Pasar Seni ke Masjid Negara dikosongkan. Jumlah anggota polis dalam uniform yang pelbagai kelihatan semakin bertambah. -hd

12.10 pm: 29 ditahan di Stadium Merdeka. -hd

12.07 pm: Sebahagian peserta yang ditangkap dihantar ke Pulapol Jalan Semarak.-hd

12.05 pm: Kira-kira 3000 sedang berhimpun di stesen KTM Kuala Lumpur. -hd

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan polis PAS Misbahul Munir. Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

12.40pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.33 pm: Kumpulan dari Masjid Negara telah bergabung dgn kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka.

12.31 pm: Kira-kira 100 orang peguam pemerhati memasuki jalan ke Stadium Merdeka dengan dikawal ketat polis dan FRU.

12.30 pm: "Dengan tangkapan polis ini, sahlah Malaysia sama kategori dengan Bahrain, Syria dan Libya," Datuk Kamaruddin Jaffar.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11.00am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.




"Semakin ditahan, ia akan terus melanda" - Abd Hadi

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.

Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan, ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.

Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.

Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.

Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya.

Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.

"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara.

Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini. -hd



Kredit Foto mkini

























KLIK SINI UNTUK SAMBUNGAN LAPORAN TERKINI

[Bergambar] TERKINI: Suasana KL Macam Negara Di Ambang Perang [updated]

Posted: 08 Jul 2011 06:50 PM PDT

Bersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

"Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki," katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.

"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung," kata Nizar.

Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur.

"Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah.

"Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.

"Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya," kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.

Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.

Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.

"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami," katanya. -mkini


TERKINI!!

0640 hrs - Semua hotel yang digeledah malam tadi sudah dipenuhi dgn SB dan polis beruniform dan mereka menunggu di hadapan jalan bagi memastikan peserta Bersih tidak keluar (yang disyaki)

0710 hrs - Keseluruhan jalan masuk ke pusat bandaraya KL sudah ditutup KECUALI kenderaan polis yang meronda terutamanya di Jalan Raja Laut, Lebuhraya Mahameru, Jalan Bukit Bintang dan KLCC.

Laluan dari arah utara dikhabarkan sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta kerana sekatan jalan masih berkuat kuasa!

0738 hrs - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dikhabarkan sudah berada di sebuah lokasi di pusat bandaraya sambil makan sarapan pagi bersama dengan puluhan Sukad AMK yang bertugas.

0802 hrs - Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberitahu bahawa Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di Jalan Pudu telah ditutup laluan masuknya! Ini bermakna polis sudah berkawal di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Cochrane.

8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju Masjid Negara.

Geng kita sudah ramai yang berada dekat stesen ktmb yang lama. mereka masih cool dalam kedai mamat. polis sudah nampak gelabah. ayuh kawan, ada masa lagi. tolong dengar arahan dari pihak kita. jumpa kat sana nanti.


Macamlah negara di ambang perang

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.

"Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?

"Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?" soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena.

"Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain.

"Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang.

"Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu.

"Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat," kata beliau dengan sinis.

Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …'macamlah' negara berada di ambang perang," kata beliau.

Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama.

Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara.

Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.

Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.

Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi.

"Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini," selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk 'membungkus' UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi.

Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi.

Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso).

Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat.

Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman.

Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM). -hd

LANGSUNG perjalanan himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup




Kredit foto malaysiakini














PERKEMBANGAN TERKINI DI SINI

Hari Ini, 9 Julai, Rakyat Bangkit!

Posted: 08 Jul 2011 05:40 PM PDT

Ingat tarikh 9 Julai, rakyat bangkit'

"Walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!", kata Bersih.

Begitulah nampaknya! Sudah cukup rasanya Bersih dikhianati dan diaibkan oleh kerajaan yang kini telah hilang maruah diri!

Dalam satu kenyataan tegas yang dikeluarkan lewat semalam, Bersih bertegas, "walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!"

Inilah jawapan terakhir Bersih untuk menangkis segala halangan, amaran dan alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk menyekat perhimpunan Bersih di stadium.

Bersih tetap terus mengadakan perhimpunan walaupun berpindah lokasi dari demonstrasi di jalan raya ke stadium ekoran dari campurtangan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan selepas Najib menawarkan stadium sebagai lokasi untuk perhimpunan itu.

Dan adalah sesuatu yang sungguh memeranjatkan apabila Najib dan kerajaannya pusing 360 darjah dalam tempuh sehari sahaja.

Baru petang Selasa lalu (5 Julai) Bersih menghadap Seri Paduka ketika mereka menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium bagi menyelesaikan kemelut di antara Bersih dengan kerajaan.

Dalam menangani isu ini kerajaan Barisan Nasional kelihatan sungguh panik apabila terserlah dari tindak tanduk mereka dengan membuat beberapa tangkapan bagi menghalang demonstrasi jalanan.

Ketika Bersih bersetuju untuk tidak mengadakan demonstrasi jalanan, Najib segera menyatakan kesudiannya untuk bertemu dengan Bersih mengenai stadium yang sesuai untuk tujuan itu.

Pada hari berikutnya, Rabu (6 Julai), Bersih menyatakan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka berdasarkan tempat itu mempunyai kesan sejarah dan kedudukannya yang strategik.

Bersih turut menyatakan bahawa mereka yakin stadium itu boleh digunakan pada 9 Julai memandangkan konsert yang dijadualkan esok telah dibatalkan.

Penentangan dari Pemuda Umno

Tetapi Pemuda Umno lantas berkata, "kami menentang penggunaan Stadium Merdeka oleh Bersih. Ini bukan tempat untuk perhimpunan politik. Lakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat."

Seterusnya pihak pengurusan stadium menolak permohonan Bersih dengan alasan ada "acara sukan staf pengurusan" dan "penambaikan stadium".

Apa yang Perdana Menteri, yang bersetuju perhimpunan itu diadakan di stadium, katakan berhubung perhimpunan di Stadium Merdeka?

Beliau berkata terpulanglah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menangani isu ini untuk bertindak mengikut keperluan keselamatan dan ketenteraman negara.

Najib menekankan bahawa kelulusan hanya akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar tetapi Bersih tidak pernah berdaftar maka ianya sebuah pertubuhan haram.

Beliau tidak pula menunjukkan tanda-tanda bahawa Bersih boleh mendapat kelulusan untuk menggunakan stadium itu.

Kemudian Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang telah pun mengisyitharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram, membuat pengumuman yang mengejut dan memeranjatkan.

Katanya, Bersih masih haram walaupun isu ini berjaya diatasi mengikut kehendak Perdana Menteri di mana Seri Paduka bertindak sebagai orang tengah.

Hishammuddin berkata, "mereka telah diharamkan. Tidak ada sesiapa yang boleh meletak mereka di atas undang-undang. Hanya kerana Seri Paduka bertemu dengan mereka, ini tidak bermakna mereka tidak lagi haram."

Walaupun ianya dianggap sebuah pertubuhan haram, Hishammuddin membuat kenyataan bahawa Bersih masih boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi tidak memberi jaminan bahawa permit itu akan diluluskan.

Bersih dikhianati

Akhirnya pintu untuk Bersih mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur telah ditutup apabila Menteri Penerangan, Kesenian dan

Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk mengharamkan Bersih dari mengadakan demonstrasi di mana-mana stadium di sekitar Kuala Lumpur.

Sebaliknya, Rais mencadangkan supaya Bersih mengadakan perhimpunan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, tekanan polis terhadap penyokong Besih berterusan, menahan siapa saja yang memakai baju T bewarna kuning atau membwa apa saja cenderahati atau bahan berkaitan Bersih.

Setakat ini, terdapat lebih 200 tangkapan telah dibuat, termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. Setengahnya didakwa di mahkamah manakala yang lain didakwa di bawah akta zalim, Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara yang secara tradisinya digunakan untuk membendung kegiatan jenayah maksiat.

Menteri-menteri dan pihak polis memberi amaran bahawa walaupun kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium diluluskan tetapi sesiapa sahaja yang menyokong Bersih termasuk memakai baju T kuning akan dtahan.

Undang-undang karut-marut

Maka, Bersih telah dipermainkan!

Bersih berkompromi dengan melepaskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi jalanan adalah atas dasar hormat kepada Agong dan bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri.

Tetapi sebagai balasannya, Bersih dinafikan penggunaan stadium untuk perhimpunan aman itu. Para penyokong terus diburu dan didakwa melalui salah guna polis yang berleluasa dan berselindung disebalik undang-undang yang didakwa sah.

Hishammuddin mendakwa Bersih sebuah pertubuhan haram kerana ianya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan maka mana-mana bahagian atau aktiviti yang mempromosi Bersih adalah haram, termasuk demonstrasi jalanan.

Tetapi ini betul-betul merupakan undang-undang yang karut.

Bersih bersifat sementara dan gabungan yang longgar melibatkan 62 buah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar, yang bersama-sama turut bekerjasama menuntut reformasi pilihan raya bersih dan adil.

Jika NGO-NGO ini merupakan entiti yang berdaftar, bagaimana mungkin mereka menjadi haram hanya kerana mereka bersatu padu dalam mencapai objektif yang murni?

Jika Bersih diharamkan maka kesemua NGO dalam kumpulan ini juga dianggap haram dan termasuk ahli-ahli yang menganggotai NGO -NGO ini.

Begitu juga, dengan mana-mana kumpulan yang berdaftar yang menyertai perjuangan yang mempunyai matlamat bersama juga mesti dianggap sebagai haram termasuk Pakatan Rakyat, yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.

Kenapa Hishammuddin tidak mengharamkan Pakatan Rakyat dan mengisytihar matlamat bersama mereka juga haram?

Bolehkah Hishammuddin menjelaskan kenapa pihak polis masih memburu dan menangkap individu-individu yang memakai simbol Bersih, gabungan yang diakui sah oleh Perdana Menteri sendiri ketika menawarkan stadium sebagai tempat alternatif?

Bukankah seluruh jentera kerajaan Barisan Nasional – Perdana Menteri, kabinet, polis dan kehakiman – menunjukkan kebodohan mereka apabila mendakwa gerakan-gerakan massa ini dengan memperalatkan undang-undang yang direkacipta?

Tidak menghormati Agong

Tetap dengan pendiriannya bahawa Bersih adalah haram walaupun persetujuan telah dicapai dengan PM di bawah naungan Seri Paduka, bukankah ini bermakna Hishammuddin telah mencemar ke bawah duli Tuanku dan menghina Agong serta sekaligus tidak menghormati dua pemimpin tertinggi di negara ini?

PM pula kelihatan seolah-olah mempersenda usaha murni Seri Paduka untuk mencapai persetujuan apabila Najib tidak mematuhi janjinya sendiri untuk membenarkan Bersih meneruskan perhimpunan aman itu.

Ditengah-tengah pengkhianatan para pemimpin BN, kita ingin merakamkan tahniah kepada Bersih di atas tekad dan keazaman mereka untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Dalam satu kenyataannya yang ditandatangani oleh kesemua 14 ahli jawatankuasa pemandu semalam, Bersih berkata,

"Sebagai anggota masyarakat yang komited dengan prinsip integriti, kami bertekad untuk mematuhi arahan Seri Paduka dan akan menganjurkan perhimpunan kami dalam stadium bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Sama ada kerajaan akan mematuhi prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan memegang kepada prinsip kami. "Keazaman dan tekad kami untuk menggunakan hak kami yang dijamin dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi memperjuangkan matlamat yang murni dan adil ini tidak pernah luntur."

Memandangkan Bersih kini mengendalikan operasinya dengan berhemah, kita juga harus memberi respon dan kerjasama sepertinya.

Inilah masanya untuk kita bangun untuk menuntut hak kita – kebebasan dan maruah serta hak kita untuk menentukan masa depan kita sendiri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Marilah kita keluar beramai-ramai dengan memakai serba kuning dan biarlah pengkhianat-pengkhianat negara tenggelam dalam lautan kuning di Kuala Lumpur esok.

Jadikan 9 Julai sebagai satu tarikh yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai hari di mana rakyat Malaysia akhirnya bangkit untuk menuntut hak mereka daripada cengkaman pemerintah yang zalim. -FMT

Pesanan Akhir Untuk Peserta BERSIH 2.0 - Perutusan Dari Dewan Ulamak PAS

Posted: 08 Jul 2011 04:20 PM PDT

Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.

"Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.

"Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad'u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan.

Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali.

"Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir.

Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS.

Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.


Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu.

"Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. -HD


Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0'

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9



Himpunan BERSIH 2.0 Serentak Di 24 Bandaraya Dunia Esok!

Posted: 08 Jul 2011 08:30 AM PDT

Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun padaazlan masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.

"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."

Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman. -mk

Ulasan GB

Pemerintahan kuno rejim Najib bersama polis yang lebih kuno menganggap rakyat bodoh wajar ditentang habis-habisan.

Mengapa GB katakan mereka kuno?

Kerana mereka masih mahu mengekalkan kuasa dengan cara kekerasan, dengan cara ugutan, dengan cara memanipulasi SPR, dengan cara penipuan, dengan cara tekanan, dengan cara tangkapan, dengan cara yang jijik seperti mewujudkan kisah-kisah dongeng seperti terjumpanya parang dan bom molotov coktail untuk memburukkan BERSIH, malah tanpa segan silu menggunakan mimbar jumaat cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci BERSIH.

Kita merasa hairan di zaman era internet ini, di zaman digital ini, mentaliti pemimpin negara dan polis masih terjajah dengan pemikiran lapuk sedemikian sedangkan rakyat sedunia sudah mara ke depan menghormati kebebasan rakyat berhimpun dan bersuara.

Didokong pula oleh media massa yang juga bermentaliti kuno sama seperti menteri-menteri kabinet Malaysia yang diterajui UMNO BN.

Tidak hairan di satu ketika baru-baru ini, pemimpin Papua New Guinea menyifat negaranya saling tak banyak beza dengan Malaysia!


Pemimpin PAS Dan Pakatan Tetap Hadir Esok Walaupun Ada Larangan

Posted: 08 Jul 2011 07:30 AM PDT

Pemimpin PAS tetap turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai (jam 2 petang esok) meskipun terdapat larangan berada di Kuala Lumpur seperti perintah mahkamah yang dikeluarkan semalam.

Dalam keputusan berdasarkan permohonan sebelah pihak polis kepada mahkamah itu, hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu yang dihalang berada di ibu negara pada esok hari.

Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayub menegaskan pemimpin dan ahli PAS tetap akan hadir ke perhimpunan rakyat di Stadium Merdeka dalam usaha menuntut pilihan raya bersih dan telus dalam negara.

Beliau menyifatkan tindakan BN menggunakan mahkamah untuk keluarkan larangan menghalang 91 individu berada di KL esok hari sebagai tidak demokratik.

Jelasnya, tindakan menghalang dan mengugut itu jelas bertentangan dengan titah khas Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang mahu semua pihak berunding.

"Tindakan menghalang itu jelas bertentangan dengan ruh dan semangat titah baginda," tambahnya yang juga termasuk dalam senarai 91 individu yang dihalang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli pula berkata, pimpinan Pakatan Rakyat kekal mantap untuk jayakan himpunan Bersih itu meskipun terdapat berbagai halangan.

Dalam satu kenyataannya, beliau yang juga dihalang berkata, setakat ini belum menerima sebarang surat secara hitam putih tentang keputusan mahkamah majestrit itu.

"Jika benar, ini merupakan satu bentuk pencabulan hak saya untuk bergerak secara bebas dalam negara sendiri.

"Pemerintah semakin tenggelam punca dalam menghadapi kebangkitan rakyat," tegasnya.

Penegasan sama turut dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Gerakan Pilihan Raya Adil dan Telus di Seksyen 18, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu dalam jawapan ringkasnya. AJK PAS Pusat, Haji Khalid Samad berkata, tindakan ini membuktikan pemimpin BN sudah tidak siuman.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula hanya ketawa geli hati dengan tindakan ini sambil menyatakan akan terus hadir. -HD


Pemimpin Pakatan tak akan hirau larangan ke KL

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, "Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri".

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan antara 91 individu berkenaan, mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.

Katanya, adalah tidak kena, perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.

"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi takkan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok.

Dalam satu kenyataan, Kok berkata perintah larangan mahkamah itu adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan polis tersebut jelas dibuat demi menjaga kepentingan politik kerajaan BN.

"Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan telahpun mengumumkan bahawa jawatankuasa BERSIH 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

"Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan polis masih lagi menghambat BERSIH 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram," katanya.

Menurut Teresa tindakan polis menekan demokrasi, mengaibkan hak perlembagaan dan mengadakan sekatan jalan menunjukkan mereka tidak menghormati institusi diraja dan titah Seri Paduka.

"Bagi diri saya selaku ahli parlimen Seputeh, perintah mahkamah yang melarang saya hadir di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan BERSIH 2.0 selaku ahli parlimen Seputeh.

"Lebih-lebih lagi, saya bekerja dan tinggal berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Tidakkah perintah mahkamah ini juga telah menjadikan saya seolah-olah di bawah tahanan rumah (house arrest)?" soalnya.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata akan tetap menghadiri himpunan aman BERSIH 2.0 walaupun namanya disenaraihitamkan daripada memasuki Kuala Lumpur esok.

Ini kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).

Menurut Khalid, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.

"Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, BERSIH ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan BERSIH dengan Israel."

"BERSIH ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shaharin berkata beliau masih tidak menerima apa-apa dokumen rasmi dari polis dan tetap akan menghadiri himpunan BERISH 2.0 esok.

Menurut Badrul, dokumen rasmi menghalang beliau dan 90 individu lagi daripada memasuki kawasan Kuala Lumpur esok, sepatutnya dikeluarkan lebih awal bagi membolehkannya memberikan maklum balas.

"Secara undang-undang teknikalnya saya tak pasti saya dapat ke tidak, kalau ada perintah mahkamah dia (polis) harus hantar kepada saya, perintah mahkamah tak boleh beritahu melalui media, saya pun sibuk dan saya tak tahu apa yang dilaporkan oleh media." katanya kepada TV Selangor.

Menurut beliau, kerajaan tidak pernah mengiystihar Kuala Lumpur dengan perintah berkurung, darurat dan sebagainya, justeru tidak ada alasan untuk polis menghalang 91 individu daripada menghampiri ibu negara.

"Itu terpulang kepada pihak polis atau penguatkuasaan undang-undang menyebut negara ini ada hukum dan saya perlu dimaklumkan secara rasmi mengenai perintah tersebut, saya setakat waktu ini, saya tidak dapat sebarang makluman," katanya. -mk


46 Peguam PAS Mula Bertugas Malam Ini

Posted: 08 Jul 2011 05:55 AM PDT

Kuala Lumpur, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Gambar: Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.

Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

(Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. -hd


Ulasan GB

Dengan adanya berita di atas, terbatallah SMS-SMS palsu yang beredar yang mendakwa kononnya pucuk pimpinan PAS memutuskan individu yang dutahan pihak berkuasa semasa demo perlu menguruskan guaman sendiri kerana dikatakan pihak PAS tidak menyediakan khidmat guaman.

SMS yang berkeliaran itu untuk menakut-nakutkan ahli PAS daripada menghadiri himpunan aman BERSIH esok.

JANGAN TAKUT!

Tengkorak Kepala Ayu Sudah Ditemui

Posted: 08 Jul 2011 04:15 AM PDT

Johor Bharu: "Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.

"Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu," kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.

Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.

Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.

"Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

"Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. "Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.

"Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini)," katanya. -hm

Berita sebelum ini (klik):





Tiada ulasan: