Kelab Greenboc |
- Kuala Lumpur Sesak Teruk: Langkah Polis Adakan Sekatan Susahkan Rakyat Dikecam
- Intimidasi Berterusan Terhadap BERSIH: Bawa KPN & Timb KPN Menghadap Agong
- SYABAS Diperintahkan Bayar RM40,000 Kepada Peguam & Harakah
- TGNA: Kebangkitan & Kesedaran Rakyat Sudah Sampai ke Kemuncaknya
- Titah Agong Disambut Baik, Padamkan Provokasi Melampau Terhadap Himpunan Bersih
- Himpunan BERSIH: Mengapa GB Pilih Stadium Shah Alam?
- Tragedi Menyayat Hati: Kembar Seiras Rentung Berpelukan Dalam Kebakaran
- Ramai Lega BERSIH Diteruskan Walaupun Di Stadium
- Ibrahim Ali Terkujat, Ambiga Diperkenankan Menghadap Agong
- Waran Tangkap Pembantu Taska Di Dungun
- Pemuda PAS Kesan 10,000 Pengundi Hantu Di Selangor
Kuala Lumpur Sesak Teruk: Langkah Polis Adakan Sekatan Susahkan Rakyat Dikecam Posted: 06 Jul 2011 12:30 AM PDT Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the..... Don Sha: Hapa pun tableh! Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau.... Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la! Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah. RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads... RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use. RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour! RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam! RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya. RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh! @kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents. |
Intimidasi Berterusan Terhadap BERSIH: Bawa KPN & Timb KPN Menghadap Agong Posted: 05 Jul 2011 10:20 PM PDT Hambatan ke atas BERSIH 2.0 berterusan Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium. Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH. Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0. Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian. Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya. Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan. "Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium," kata Badrul Hisham ketika dihubungi. Malam semalam, sebuah dewan di Kota Damansara, Petaling Jaya yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu. Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis. Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu. "Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu). "Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan," katanya ketika dihubungi. Ulasan GB Polis perlu hentikan gangguan dan tekanan terhadap semua aktiviti BERSIH kerana ia jelas memperlihatkan sikap derhaka kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju membenarkan perhimpunan BERSIH diadakan pada hari Sabtu ini bertempat di stadium. Sikap degil yang ditunjukkan oleh pihak polis sekalipun telah mengatahui perkenan Agong tersebut terhadap jawatankuasa BERSIH amat dikesalkan dan boleh dikenakan tindakan. Integriti dan kredibiliti polis kini benar-benar tercemar. Ternyata mereka kini BUKAN untuk menjaga keselamatan negara tetapi untuk kepentingan parti UMNO BN. |
SYABAS Diperintahkan Bayar RM40,000 Kepada Peguam & Harakah Posted: 05 Jul 2011 09:00 PM PDT Peguam kerajaan Selangor Fahda Nur Ahmad Kamar (gambar) dibebaskan daripada dakwaan menghina mahkamah dalam prosiding sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan bahawa kenyataan Fahda dalam program ceramah untuk guru-guru agama, yang dilaporkan organ PAS Harakah, tidak menghina mahkamah. "Langganan Harakah hanya terhadap kepada anggota PAS dan oleh itu tidak mungkin dapat mempengaruhi penghakiman perbicaraan yang merupakan hakim profesional, dalam mendengar saman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)," katanya. Hakim Mohd Arif mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Fahda dan jumlah sama kepada Harakah. SYABAS memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan Selangor tahun lalu kerana tidak menaikkan tarif air. Syarikat itu kemudiannnya memfailkan prosiding menghina mahkamah kepada Fahda yang mewakili kerajaan Selangor. Artikel dalam Harakah bertarikh 7 Disember 2010 itu bertajuk "SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air". -mk
|
TGNA: Kebangkitan & Kesedaran Rakyat Sudah Sampai ke Kemuncaknya Posted: 05 Jul 2011 07:30 PM PDT Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz KUALA LUMPUR, 5 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium. Menteri Besar Kelantan berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan "politik jahat" Umno-Barisan Nasional (BN). "Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN. "Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat," kata Nik Aziz dalam laman Facebook. Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi "mempunyai kuasa" untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik. "Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka. "Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya," katanya. Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana. Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. -TMI
|
Titah Agong Disambut Baik, Padamkan Provokasi Melampau Terhadap Himpunan Bersih Posted: 05 Jul 2011 06:00 PM PDT Titah YDPA Disambut Baik, Redakan Kemarahan Rakyat SHAH ALAM 5 JULAI : Titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menegur kedua- dua pihak bersabit penganjuran himpunan BERSIH 2.0 disambut baik oleh semua pihak. Tentunya titah baginda ditafsir menerusi pelbagai versi, namun yang pasti mesej yang ringkas lagi padat itu meredakan kemarahan rakyat yang semakin meluap- luap dengan provokasi melampau yang dikenakan ke atas himpunan aman itu. Turut menjunjung titah, ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib. Beliau berkata, titah baginda yang menegur kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak agar melaksanakan tugas dengan adil seperti mana yang diamanahkan rakyat jelata membuktikan baginda melampaui mana- mana parti politik. Shaari menambah, kerajaan pemerintah juga perlu jelas akan sempadan kuasa mereka yang turut terikat pada Perlembagaan Persekutuan. Justeru, mereka tiada hak untuk menghalang dan menangkap rakyat negara ini yang menyertai mana- mana himpunan aman selain berhak menyatakan pendapat terhadap apa- apa isu. "Hak kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, itu kena dikompromikan dan diselaraskan. Sudah pasti kerajaan bertanggungjawab menjaga keamanan kerana tidak boleh dikaitkan dengan satu aktiviti yang sudah pasti berlaku jenayah, sedangkan sudah termaktub dalam perlembagaan kuasa dan bidang tugas menjaga keamanan itu tertakluk kepada kerajaan," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mengulas tindakan kerajaan pemerintah yang sewenang- wenangnya mengenakan Ordinan Darurat terhadap ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kononnya cuba menghidupkan fahaman komunis melalui himpunan BERSIH 2.0. Ujar beliau tindakan yang dilakukan ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan takut kepada rakyat terhadap penguatkuasaan undang-undang sekaligus mencabul hak asasi manusia. "Tidak ada peruntukkan menangkap orang sebelum melakukan sesuatu, polis ambil tindakan itu atas peruntukkan apa? Kalau nak ada pun di bawah ISA ordinan darurat, tapi kita tahu undang-undang ISA itu zalim dan dibenci oleh rakyat dan undang-undang ini tak patut wujud." Sabtu lalu, polis menahan ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota PSM atas dakwaan cuba menghidupkan fahaman Komunis meskipun berkali- kali dinafikan pemimpin PSM yang lain. -tvsnews Ulasan GB Akhirnya Himpunan Bersih 2.0 menjadi begitu bersih - akan ke stadium untuk berhimpun. Hasil daripada tindakan kerajaan dan polis, apa yang jelas kini ialah BERSIH 2.0 mendapat publisiti percuma yang cukup meluas dan ia menimbulkan semangat yang lebih kuat kepada rakyat untuk menyertai perhimpunan hari Sabtu ini. Setiap yang busuk dan yang jahat itu akhirnya akan sentiasa dikalahkan dengan setiap yang murni dan yang baik. Itu adalah hukum alam. Segala provokasi dan tohmahan liar yang bukan-bukan dilemparkan ke atas BERSIH 2.0 akhirnya akan berbalik kepada pelemparnya. Itu yang dinamakan "hikmah" - kebaikan yang tersembunyi di sebalik percubaan pihak tertentu untuk menconteng arang ke arah penganjuran BERSIH 2.0. Itulah sunnatullah - yang tidak akan berubah sepanjang zaman. |
Himpunan BERSIH: Mengapa GB Pilih Stadium Shah Alam? Posted: 05 Jul 2011 03:50 PM PDT Bersih: MB tawar Stadium Shah Alam SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor menawarkan kemudahan stadium di negeri ini untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kerana usaha untuk memupuk pilihan raya yang adil dan telus akan memanfaatkan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu. "Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid. Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan. "Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih. "Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau. Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perarakan aman pada 9 Julai dibatalkan dan sebaliknya perhimpunan itu di adakan di stadium. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus. Lebih 150 orang ditangkap hanya kerana memakai baju dengan logo Bersih. Kerajaan dan polis juga dikecam kerana menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat yang menentapkan penahanan tanpa perbicaraan. Ulasan GB GB dari awal lagi telah mencadangkan agar perhimpunan BERSIH 2.0 di adakan di Stadium Shah Alam. GB dasarkan pilihan tersebut kepada beberapa faktor. Stadium Shah Alam merupakan satu-satunya stadium yang terbesar yang dimiliki oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat. Stadium ini sering digunakan untuk penganjuran sukan bertaraf dunia, boleh memuatkan 100,000 orang dan hampir 8,000 tempat parkir kenderaan. Mungkin ada yang mencadangkan Stadium Bukit Jalil. Namun bagi GB, dari sudut kawal-selia, kedudukan geografi dan karenah birokrasi, maka Stadium Shah Alam adalah pilihan yang lebih tepat. Kita akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri Selangor seperti kenyataan Menteri Besar di atas berbanding dengan penggunaan stadium-stadium lain. Dan yang paling utama kita tidak mahu provokasi - tak kira siapa dalangnya. Jika di Bukit Jalil masih terdedah dengan provokasi banyak pihak kerana sesiapa pun boleh diundang untuk masuk ke situ dan menimbulkan huru-hara. Selain dari itu kita dapat membantu memajukan peniaga-peniaga di sebuah negeri Pakatan Rakyat yang mana kita telah awal-awal ditolak oleh peniaga-peniaga di WP. Jadi, sekurang-kurangnya peniaga-peniaga kecil dapat menumpang mencari rezekinya di hari berhimpunnya peserta-peserta BERSIH yang MAJORITInya saya yakin ahli kepada parti komponen Pakatan Rakyat. Biarlah PERKASA, PESAKA, Pattriot dan gerombolan FRU di Bukit Jalil. |
Tragedi Menyayat Hati: Kembar Seiras Rentung Berpelukan Dalam Kebakaran Posted: 05 Jul 2011 08:25 AM PDT Kuala Terengganu: Pasangan kembar perempuan berusia tiga tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Durian Mas, Manir di sini musnah dalam satu kebakaran pagi Selasa. Gambar: Hamid Mustafa menenangkan isterinya, Suriani Sulong selepas rumah mereka terbakar dan turut mengorbankan dua anak kembar mereka di Kampung Durian Mas, Manir di sini, hari ini. Nor Fatin Fazanah Hamid dan Nor Fatin Fazana ditemui mati dalam timbunan kain di bilik mereka oleh pasukan bomba sejurus selepas berjaya memadamkan kebakaran yang bermula kira-kira 9.18 pagi itu. Menurut bapa kembar itu, Hamid Mustafa, 44, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu dan hanya menyedari tentang kebakaran tersebut setelah dikejutkan oleh sepupunya Wan Norizan Wan Ismail, 40, yang duduk berjiran dengannya. "Saya hanya menyedari kejadian setelah sepupu menjerit rumah saya terbakar dan saya cuba mencari dengan memanggil kedua anak tetapi gagal," katanya dengan penuh sugul ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Hamid yang menghidap penyakit epilepsi tidak menyangka kerenah kembarnya yang merupakan anak kelima dan keenam itu meminta dihantar ke klinik setelah demam dua hari merupakan petanda mereka akan pergi untuk selama-lamanya. "Sebelum tidur, anak ada menyuruh hantar ke klinik sebab demam dan ada mereka memberitahu nak ke klinik dan tidak mahu balik lagi," katanya. Ibu kanak-kanak itu, Suriani Sulong, 40, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah pula berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. Gambar: Seorang anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa tempat kebakaran yang meragut pasangan kembar di sebuah rumah di Kampung Durian Mas, Manir di sini, hari ini. "Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan kira-kira 9.30 pagi yang menyatakan rumah saya terbakar," katanya dengan sayu dan kelihatan masih kebingungan dengan kejadian malang itu. Menurutnya, pasangan kembar itu sempat memintanya mencium mereka sebelum dia keluar bekerja kira-kira 7.30 pagi. Pasangan suami isteri itu mempunyai enam anak terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan yang berumur antara tiga dan 18 tahun, bagaimanapun kerana kesempitan hidup, dua daripada anaknya yang berumur 11 dan 17 tahun tinggal dengan saudaranya di Kemaman. Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Salleh Sarbini berkata bomba tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas menerima panggilan 9.20 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian hampir 95 peratus rumah itu telah terbakar. Katanya tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bersama 20 anggota dan pegawai mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran rumah itu yang dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Kita masih menyiasat punca kebakaran ini dan nilai kerugian dianggarkan RM50,000," katanya. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turut melawat keluarga mangsa dan berjanji memberikan bantuan segera kepada keluarga malang itu. -BERNAMA |
Ramai Lega BERSIH Diteruskan Walaupun Di Stadium Posted: 05 Jul 2011 07:00 AM PDT Jika perarakan tidak boleh, acara lain mesti ada' PETALING JAYA: PAS tetap mahu aktiviti menuntut pilihan raya yang bersih dan adil diteruskan kerana ia kehendak rakyat. Pemuda PAS Johor umpamanya menegaskan sekalipun Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya perhimpunan Bersih dibatalkan, satu acara dalam bentuk lain perlu diadakan. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, jika Bersih memberhentikan terus aktiviti rakyat akan kecewa. "Ini kehendak rakyat. Rakyat mahu event (acara), walaupun yang berbeza sedikit dari perhimpunan tetapi bagi saya yang paling baik ialah perarakan. "Tetapi kalau perarakan tidak boleh, event dalam stadium pun tidak mengapa. Yang penting ada event," katanya. Suhaizan berkata, Bersih boleh mencontohi program seperti gerakan memansuhkan judi Piala Dunia 2010 anjuran PAS pada tahun lalu. Katanya, PAS membuat perhimpunan di perkarangan Masjid Negara menjelang kejohanan tersebut dan akhirnya kerajaan membatalkan pengeluaran lesen judi Piala Dunia. `Buat di rumah sahaja' Bagaimanapun, PAS Melaka tidak setuju jika perhimpunan tuntutan pilihan bersih dan adil hanya dibuat di dalam stadium "Kalau buat di dalam stadium baik tidak payah buat, lebih baik buat di rumah sahaja," katanya. Menurutnya, tindakan kerajaan mahu perhimpunan itu diadakan di dalam stadium bertujuan untuk membekukan jiwa rakyat. Timbalan Setiausaha Agung PAS, Syed Azman Ahmad Nawawi yang dihubungi berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat esok akan menentukan tindakan lanjut. "Biar Pakatan Rakyat membuat keputusan esok," katanya ketika dihubung hari ini. Bersih akan mengadakan mesyuarat esok untuk menentukan sama ada perhimpunan besar-besaran Sabtu ini diadakan atau tidak. Ini berikutan titah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa perhimpunan seumpama itu memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan. Semalam, Perdana Menteri membenarkan Bersih menggunakan stadium untuk mengadakan perhimpunan. -FMT
Ulasan GB Ramai lega dengan pengumuman Pengerusi BERSIH petang tadi bahawa perhimpunan BERSIH tetap diadakan, tetapi kali ini di stadium. Tiada siapa kacau lagi selepas ini. tidak perlu ada katak, tidak perlu ada FRU tidak ada apa-apa yang rosak tidak ada sesiapa yang boleh ganggu Tambahan: Dengan sendirinya baju BERSIH sudah boleh dijual dan dipakai jika perhimpunan itu diadakan di stadium. Jika sebelum ramai yang takut kerugian baju BERSIH tak laku, kini peniaga-peiaga boleh tersenyum, boleh cetak lagi untuk dijual kepada seluruh rakyat Malaysia. Dan kepada polis yang telah merampas baju-baju BERSIH sebelum ini, sila kembalikan SEGERA kerana rampasan itu sudah tidak sah. Klik dan baca artikel sebelum ini: |
Ibrahim Ali Terkujat, Ambiga Diperkenankan Menghadap Agong Posted: 05 Jul 2011 06:00 AM PDT Ibrahim Ali pertikai BERSIH 2.0 jumpa Agong Datuk S Ambiga tidak harus dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan yang hendak dianjurkannya memandangkan pertubuhan yang diketuainya adalah tidak sah, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Presidennya Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama hari ini bahawa Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong. Katanya tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam "perjuangannya". "Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja," kata Ibrahim. Dalam satu titah khas pada Ahad lalu, Tuanku Mizan meminta semua pihak membatalkan hasrat masing-masing menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara. PERKASA dan satu lagi kumpulan dikenali PATRIOT, yang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang perhimpunan oleh kumpulan diketuai Ambiga itu, mengumumkan keputusan masing-masing untuk patuh kepada titah Seri Paduka Baginda. Ulasan GB Besar sangatkah kuasa Ibrahim Ali yang nak menghalang orang lain bertemu Agong? Ambiga sudah pun menghadap ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong dan telah pun mendengar nasihat Agong supaya perhimpunan BERSIH di adakan di stadium. Diantara salah sebab himpunan di jalanraya dibatalkan adalah kerana provokasi melampau PERKASA sebelum ini dan ia di dalam pengetahuan Agong. Maka sebab itu Agong menasihatkan BERSIH untuk stadium. Kini PERKASA boleh menghisap jari... melompat sana-sini untuk mewujudkan provokasi sesama sendiri denghan UMNO. Sehari dua ini, kita harap kita tidak menerima berita ada Ahli Parlimen yang bakal masuk ICU semula kerana kali ini, jantungnya lemah kerana gagal menjalankan misi busuknya untuk timbulkan huru-hara dan kekacauan di perhimpunan BERSIH. |
Waran Tangkap Pembantu Taska Di Dungun Posted: 05 Jul 2011 05:20 AM PDT Dungun - Seorang pembantu taska menghadapi satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir pada perbicaraan membabitkan dakwaan kes jenayah syariah yang dikenakan ke atasnya dan pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah, pagi semalam. Tertuduh, Norfazilah Che Mat Zin, 19, beralamat di Kampung Sura Tengah gagal hadir perbicaraan tanpa sebarang makluman kepada pihak mahkamah selepas dia bersama pasangannya, Wan Mohd Amirul Shafiq Wan Ibrahim, 20, didakwa mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan. Mengikut fakta kes yang dibentangkan pihak pendakwa raya, ketika serbuan dilakukan pihak penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.55 malam di rumah sebuah rumah di sini, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai tuala manakala pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh berada dalam bilik di atas tingkat rumah dalam keadaan badan hanya tertutup dengan 'toto'. Pasangan terbabit dalam keterangannya juga mengakui terlanjur sebelum serbuan itu dilakukan dan beberapa barang milik tertuduh dirampas sebagai bahan bukti. Pasangan lelaki yang hadir menghadapi dakwaan terbabit bagaimanapun mengaku bersalah sebelum Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda. Dalam kes berasingan pula, seorang pekerja spa di sebuah resort terkemuka didenda RM2,000 atau satu bulan penjara oleh mahkamah selepas dia didapati bersalah berkhalwat bersama pasangannya. Normala Aziz, 27, berstatus janda ditahan penguat kuasa agama ketika berada bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya, Mohd Faizal Abu Bakar, 30, di sebuah rumah di Taman Rakyat Jaya, kira-kira jam 8.40 pagi 5 November 2010 lalu. Mohd Faizal yang beralamat di Sungai Buaya dan Normala dari Kampung Binjai yang hadir tanpa diwakili peguam itu menjelaskan denda. -SH |
Pemuda PAS Kesan 10,000 Pengundi Hantu Di Selangor Posted: 05 Jul 2011 04:30 AM PDT Pemuda PAS dakwa 10, 000 pengundi hantu di Selangor Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian. SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian. "Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang. "Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini. "Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN," katanya. Sokong Bersih Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil. Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini. Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang. "Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu," katanya. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan