Blog-list Malaysia |
- ‘Bom Petrol’ Dalam Botol Plastik - Satu Kerja Lawak.. Hahaha
- BERSIH: 17 lagi didakwa di mahkamah
- Peniaga dituduh jual baju BERSIH
- Bersih 2.0: Bebaskan semua tahanan, tubuh suruhanjaya diraja pilihan raya
- Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk
- Lagi Pemimpin PKR Ditangkap Malam Tadi
- Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu
- Taktik Baru SPR ??
- Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang di-Pertuan Agong
- Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz
- Bersih: MB tawar Stadium Shah Alam
- Email Daripada Seorang Kangkung
- Haramkah Lagu Baju Ini??
- Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium
- BERSIH 2.0 - Sah Akan Dibuat Di Dalam Stadium
‘Bom Petrol’ Dalam Botol Plastik - Satu Kerja Lawak.. Hahaha Posted: 06 Jul 2011 01:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan. Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi. Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah. Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. Manakala Bernama melaporkan serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia meletakkan berita itu di muka hadapannya hari ini. Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis. "Ia satu lawak, rasanya rakyat sudah biasa dan mual dengan kenyataan oleh pemerintah yang mudah memberi alasan dengan apa yang ditangkap dan dirampasnya," kata Jonah, merujuk kepada bahan rampasan tersebut, termasuk bom petrol yang diisi ke dalam 'botol plastik air mineral'. "Mereka sengaja mewujudkan perkara-perkara sebegitu untuk menakut-nakutkan rakyat dan memberi tanggapan negatif brehubung Bersih kepada orang ramai," katanya lagi. Menurut Jonah, pemerintah perlu sedar dengan tindakan mereka sebelum rakyat melabelkan pihak polis sebagai badan yang diperkudakan demi kepentingan politik. "Lagi dibuat, lagi orang akan ketawa, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat kerana tidak ada lagi yang boleh diperbodohkan pemerintah. "Macam-macam mereka terpaksa reka, sebelum ini (Bersih) dikaitkan dengan komunis, perang ke atas Agong dan sebagainya," kata beliau. Dipetik dari sini |
BERSIH: 17 lagi didakwa di mahkamah Posted: 05 Jul 2011 11:05 PM PDT Pihak berkuasa dijangka akan mendakwa sekurang-kurang 17 orang lagi hari ini dan esok berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini. Malaysiakini difahamkan 11 ahli Majlis Perbandaran Kajang akan didakwa hari ini kerana memakai baju BERSIH ketika hadir dalam mesyuarat rasminya. Peguam Lim Lip Eng, sebelas anak guamnya akan didakwa bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana didakwa menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan yang tidak sah. Sementara enam lagi, kesemuanya kakitangan NGO Empower, dijadual didakwa esok juga di bawah akta pertubuhan. Bagaimanapun, mereka turut didakwa bawah Seksyen 48(1) akta yang sama kerana bertindak bagi pihak pertubuhan tidak sah. -malaysiakini- |
Peniaga dituduh jual baju BERSIH Posted: 05 Jul 2011 10:41 PM PDT Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana dituduh menjual ratusan baju-T yang tertera perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram. Zakaria Che Will, 40, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin. Dia didakwa menjual sebanyak 388 helai baju-T berwarna kuning bertulisan BERSIH bagi kepentingan satu pertubuhan haram di sebuah pasar pagi di Jalan Datuk Pati di sini pada 10.45 pagi lima hari lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki pakaian dengan perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram. Nur Zakiyah kemudiannya menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu dan mengenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Zakaria. Zakaria diwakili peguam Abdul Rashid Yah, Mohd Murtaza Mokhtar dan Hatman Abdullah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin. - Bernama |
Bersih 2.0: Bebaskan semua tahanan, tubuh suruhanjaya diraja pilihan raya Posted: 05 Jul 2011 10:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sekretariat Bersih 2.0 akan meminta Datuk Seri Najib Razak agar mengadakan satu suruhanjaya diraja meneliti amalan-amalan pilihan raya negara ini dan membebaskan kesemua penyokongnya yang sedang ditahan, kata pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini. Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 kecewa kerana pihak polis meneruskan tindakan mereka menahan dan mendakwa meskipun Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertitah menasihatkan agar segala isu yang ada diselesaikan menerusi saluran perundingan. "Adalah lebih baik jika mereka hentikan (tindakan menahan) dan keutamaan yang sangat penting (sekarang) ialah membebaskan kesemua yang ditahan," kata Ambiga pada sidang media di sini pagi ini. Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata Yang di-Pertuan Agong telah perkenan mendengar isu-isu yang dibawa ketika pertemuan di Istana Negara semalam. "Atas semangat penyatuan, kami menerima tawaran sebuah stadium (sebagai lokasi perhimpunan) atas semangat yang baik," kata Ambiga lagi. Dipetik dari Malaysia Insider |
Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk Posted: 05 Jul 2011 07:35 PM PDT Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the..... Don Sha: Hapa pun tableh! Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau.... Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la! Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah. RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads... RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use. RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour! RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam! RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya. RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh! @kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents. Dipetik dari malaysiakini |
Lagi Pemimpin PKR Ditangkap Malam Tadi Posted: 05 Jul 2011 07:01 PM PDT Cikgu Fariz Musa ditangkap semalam Berita Blog Sharpshooter Semalam sekitar jam 3 pagi Sdr Fariz Musa (Cikgu Fariz) Ahli MPP Keadilan ditahan di Subang Jaya. Kemungkinan beliau dibawa ke Balai Polis Subang Jaya. Turut ditahan bersama Sdr. Fariz Musa adalah Sdr. Juzarim (Ketua AMK Subang). Mereka ditahan selepas mengadakan bengkel BERSIH di Subang Mengapa polis apco masih mahu buat tangkapan sedangkan keputusan rundingan sudah selesai selepas mengadap Agong dan BERSIH dibenarkan diadakan di stadium? Adakah Malaysia negara polis apco? Mengapa takut sangat dengan BERSIH? Hanya mereka yang KOTOR tidak mahu pilihanraya dijalankan secara BERSIH. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone Dipetik dati Tranungkite |
Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu Posted: 05 Jul 2011 06:20 PM PDT Demi Rakyat 7 Julai 2011 (Khamis) Program 1 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi – Kampong Nerang, Jerangau Sungai – Dungun Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Saifuddin Nasution 3. YB Wan Hassan Ramli 4. YBhg Abd Rahman Yusof —- Program 2 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Gempur Perdana Lokasi – Hujung Jambatan Kuala Berang – Hulu Terengganu Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang 3. YB Azan Ismail 4. YB Wahid Endut Dipetik dari anwaribrahimblog |
Posted: 05 Jul 2011 05:56 PM PDT Pengundi Klon ganti Pengundi Hantu? KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didakwa gagal mengesan berlakunya penipuan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan fenomena seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, trend pengundi hantu menjelang pilihan raya kini dilihat sudah berubah apabila muncul trend baru yang juga dikenal pasti sebagai pengundi klon. Beliau juga mendakwa dalam semakannya di laman web SPR berjaya mengesan perkara itu. "Semakan hampir satu jam yang dibuat semalam berjaya menemukan lebih 60 data mewakili seorang pengundi yang mempunyai dua identiti berbeza, berdaftar dalam daftar pemilih SPR. "Saya yakin, jika terus melakukan semakan, masih banyak lagi pengundi klon yang berjaya dikesan. "Justeru, saya mengambil keputusan untuk tampil menunjukkan bukti terdapat penipuan dalam daftar pemilih," katanya ketika ditemui semalam. Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata, taktik ini merupakan satu perkara baru yang diketahui serta SPR kini terpaksa berdepan dengan isu yang lebih mencabar. "Dari segi kelayakan, mereka memang layak untuk mengundi kerana mempunyai butiran diri lengkap yang telah didaftarkan. "Saya tidak terkejut mengapa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih diteruskan biarpun mendapat tentangan daripada parti pemerintah. Bersih dijalankan bukan untuk tuntutan politik, sebaliknya untuk mencari kebenaran," katanya. Beliau mahu SPR tampil membuat pengakuan bahawa wujudnya penipuan dalam daftar pemilih serta mahu pihak berkenaan membersihkan data-data pengundi klon bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan secara adil. "SPR perlu melakukan sesuatu kerana saya bimbang jika perkara ini tiada penyelesaian segera, ia akan mengelirukan rakyat dan pengundi. Hanya SPR sahaja yang mempunyai hak untuk membersihkan pendaftaran pengundi klon. "Sekiranya pihak SPR mengesahkan perkara tersebut dengan segera dan mendedahkan kepada masyarakat, ia adalahpeluang keemasan untuk redakan ketegangan berikutan perhimpunan Bersih yang semakin hebat diperkatakan. "Jika tidak, saya yakin pasti ada pihak yang akan terus mempertikai perhimpunan Bersih," katanya. Sinar Harian |
Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang di-Pertuan Agong Posted: 05 Jul 2011 09:47 AM PDT Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj Bismillahir Rahmanir Rahim. Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT. Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand. Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Patik yang menjunjung kasih, YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS). Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M Dipetik dari Jalan Pulang |
Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz Posted: 05 Jul 2011 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium. Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan "politik jahat" Umno-Barisan Nasional (BN). "Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN. "Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat," kata Nik Aziz dalam laman Facebook. Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi "mempunyai kuasa" untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik. "Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka. "Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya," katanya. Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium. Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat. Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. Dipetik dari The Malaysia Insider |
Bersih: MB tawar Stadium Shah Alam Posted: 05 Jul 2011 06:30 AM PDT SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor menawarkan kemudahan stadium di negeri ini untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kerana usaha untuk memupuk pilihan raya yang adil dan telus akan memanfaatkan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu. "Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid. Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan. "Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih. "Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau. Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perarakan aman pada 9 Julai dibatalkan dan sebaliknya perhimpunan itu di adakan di stadium. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus. Lebih 150 orang ditangkap hanya kerana memakai baju dengan logo Bersih. Kerajaan dan polis juga dikecam kerana menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat yang menentapkan penahanan tanpa perbicaraan. Dipetik dari tvs |
Email Daripada Seorang Kangkung Posted: 05 Jul 2011 05:56 AM PDT Email berikut merupakan email Naib Canselor kepada staf UITM. Warga yg DiHormati, Asalamualaikm,salam sejahtera kakitangan UiTM. Saya ingin ingatkan supaya semua kakitangan UiTM jauhkan dari Perhimpunan Haram Bersih. Beri sokongan pd Kerajaan Sekarang yg sentiasa memberi perlindungan kpd kita. Negara Aman dan Makmur dgn kerajaan pimpinan Dato Sri Najib. Kita perlu beri sokongan Kerajaan supaya kita akan maju lagi. Jangan gadaikan Agama, Bangsa dan Negara. Kita perlu hormat Semua Bangsa dan Agama Negara kita. Sent from my iPad Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar Vice Chancellor/President Universiti Teknologi MARA Shah Alam,40450 Selangor, Malaysia Tel: 603-55442222 admin - kasian kasian..nie dah boleh buat kat stadium takan tak boleh lagi kot....??? Dipetik dari Kedahlanie |
Posted: 05 Jul 2011 05:33 AM PDT |
Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium Posted: 05 Jul 2011 03:01 AM PDT Kerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan. "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman. "Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu," katanya. Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan berharap pihak penganjur akan menepati janji mereka supaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebrang kejadian yang tidak diingini. Perdana Menteri juga melahirkan ucapan junjung kasih kepada Seri Paduka di atas rasa keprihatinan yang amat berat baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh menganggu gugat keamanan and keselmatan negara kita. "Di atas rasa yang bertanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam maka baginda telah titahkan supaya semua pihak tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini," katanya. Terima kasih Sebelum ini selain BERSIH, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan bagi memprotes tindakan tersebut. "Saya ucap terima kasih semua pihak (yang) menghormati titah baginda. Dengan ini maka tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan 9 Julai nanti," katanya. Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan perhimpunan itu, pihak berkuasa khususnya polis terus menghambat rakyat yang menyokong pertubuhan itu. Mereka yang memakai baju BERSIH atau memilikinya ditangkap manakala pejabat NGO itu juga digeledah dan barangannya dirampas. - mkini |
BERSIH 2.0 - Sah Akan Dibuat Di Dalam Stadium Posted: 05 Jul 2011 02:54 AM PDT Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah. Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi. Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya". Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan. Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. -mk |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan