Kelab Greenboc |
- [Bergambar] FRU Wujudkan Ketegangan Di Ceramah PAS Di Markaz Sendiri
- Menggamit "Kehilangan" Tanjung Pagar Kepada Singapura.
- Lynas - UMNO BN Jadikan Negara Tong Sampah Bagi Australia
- BAZAR TOK GURU: Kejayaan Gemilang K'jaan Kelantan Melepasi Segala Fitnah & Cabaran
- Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat
- "Fatwa" Hishamuddin Tercabar, Ahli Parlimen PR Berpakaian Kuning
- Baju Kuning - Wakil Rakyat Jadi Sasaran Polis
- PAS Tetap Sertai BERSIH
- Kedai Komputer Di Dungun Terbakar, Iktibarnya Apa?
[Bergambar] FRU Wujudkan Ketegangan Di Ceramah PAS Di Markaz Sendiri Posted: 01 Jul 2011 12:15 AM PDT Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak ceramah itu. Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu. Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan "mereka dah datang, tutup pintu pagar!" Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan. Sekumpulan pasukan keselamatan PAS yang berjaket kuning kemudiannya mententeramkan hadirin dan menghalang mereka mendekati anggota polis berkenaan. pas ceramah, kepala batasJuruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata "mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri". -mk Kredit foto - malaysiakini & sharpshooter |
Menggamit "Kehilangan" Tanjung Pagar Kepada Singapura. Posted: 30 Jun 2011 09:20 PM PDT Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan," katanya kepada Keadilandaily. Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP). Menurut Salahuddin, tanah KTMB tidak sepatutnya hilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara ini, yang sebelum ini terlepas Pulau Batu Puteh kepada republik negara itu. "Sekarang, kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara. "Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan 'win-win situation'," jelasnya lagi. Menurutnya lagi, masih banyak isu dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerajaan seperti isu air, pencerobohan ruang udara Malaysia, Tabung Perkerja Malaysia di Singapura (CPF) dan sebagainya. "Kini kita kehilangan satu tanah warisan dan hak kedaulatan. Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional," kata Salahuddin yang merupakan anak jati Johor. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat melalui paparan di laman sosial Facebook memaklumkan satu acara 'Tangisan Tanjung Pagar' dilakukan di stesen keretapi Johor Bahru jam 6 petang tadi. Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.-Kd |
Lynas - UMNO BN Jadikan Negara Tong Sampah Bagi Australia Posted: 30 Jun 2011 08:15 PM PDT NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk. Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya. Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya. Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.
Ulasan GB 70 tangki konkrit didapati bocor? Itu standard Malaysia. Itu yang dibanggakan oleh pihak berkepentingan kononnya logi Lynas mencapai tahap kegagalan-sifar! Sedangkan Hentian Puduraya pun bocor sebelum dimulakan, bumbung parlimen bocor, stadium runtuh..... dan kini nyawa rakyat terancam dengan kebocoran awal tangki. Boleh diperbaiki tetapi apa jaminan ia tidak bocor lagi apatah lagi apabila tangki-tangki itu nanti berisi? Sekalipun panel IAEA memberikan lampu hijau namun dari awal lagi, ramai sudah menjangkakan panel tersebut tidak bebas kerana Belum Lawat Kilang, Panel IAEA Dah Kata Logi Lynas Ikut Standard! Dan UMNO BN perlu dipertanggungjawabkan nanti kerana menjadikan negara Malaysia "tong sampah" terbesar dunia untuk Australia. Kita dijajah semula kerana UMNO BN! |
BAZAR TOK GURU: Kejayaan Gemilang K'jaan Kelantan Melepasi Segala Fitnah & Cabaran Posted: 30 Jun 2011 05:50 PM PDT Biar pun masih ada usaha cuba menghalang peniaga Pasar Lama MPKB berpindah ke Bazar Tok Guru, namun berlainan pula bagi peniaga, mereka seperti tidak sabar lagi mahu berniaga di premis baru. Ramai peniaga ketika ditemui semasa mengambil kunci di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini meluah rasa gembira. Mereka seperti tidak sabar lagi mahu memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru. Seorang peniaga Siti Mastura Ismail, 33, meluah rasa gembira ketika datang mengambil kunci lot kedainya di Bazar Tok Guru. Beliau berniaga di Pasar Lama MPKB sejak 10 tahun lalu berharap perniagaannya di tempat baru lebih maju kerana kedudukannya begitu strategik. "Tidak ada apa yang kami harapkan semoga perniagaan kami bertambah maju di tempat baru ini, InsyaAllah," ujarnya. Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang peguam Nor Azli Ahamed menasihatkan peniaga menangguhkan menandatangani perjanjian jual beli lot Bazar Tok Guru kerana mendakwa terdapat sedikit kekeliruan. Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad pula dilapor mahu kerajaan negeri sekali lagi menangguh perpindahan peniaga. Difahamkan sebelum ini Umno menyediakan peguam bagi membantu peniaga dalam isu Bazar Tok Guru. Bagaimanapun apa yang berlaku pagi tadi peniaga tidak menghiraukan nasihat peguam dan Salim. Ramai peniaga menyerbu pejabat PMBK sebaik sahaja dibuka jam 8.00 pagi. Peniaga menandatangani dokumen tertentu sebelum diberi kunci lot kedai masing-masing. Peniaga juga diminta membayar kos maintenance termasuk elektrik dan air bagi tempoh setahun sebanyak RM838. Seorang lagi peniaga, Zaharah Mohd Salleh dan anaknya Rafeah Yusoff juga tidak sabar untuk memulakan perniagaan di tempat baru. Katanya, mereka akan berpindah segera ke Bazar Tok Guru untuk meneruskan perniagaan di tempat baru. Peniaga diberi peluang berniaga percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu sebagai usaha kerajaan negeri meringankan bebenan mereka. -HD
|
Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat Posted: 30 Jun 2011 03:40 PM PDT Hampir mustahil' Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu. "Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008. Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini. Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali. Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing. "Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad. "Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini. Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka. Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu. "Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang. "Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya. Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi. Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih. Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya. Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119. Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain. Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk Ulasan GB Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian. Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini. Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor. Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu? Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu. Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu. Ok, itu alasan dulu. Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk. Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi. Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik. Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan. Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi. Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini: |
"Fatwa" Hishamuddin Tercabar, Ahli Parlimen PR Berpakaian Kuning Posted: 30 Jun 2011 07:40 AM PDT Sebagai tanda sokongan padunya terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini hadir dengan mengenakan pakaian berwarna kuning sempena warna rasmi Bersih 2.0. Tindakan mengenakan pakaian kuning itu juga dibuat sebagai membantah segala usaha polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. Malah dalam merealisasikan sokongan mereka, hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai tali leher kuning manakala ahli parlimen wanita pula memakai pakaian kuning. Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan rakan sejawatnya dari Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut memakai baju T Bersih 2.0, yang mana pakaian terbabit merupakan penyumbang kepada peningkatan jumlah tahanan baju kuning itu sejak sabtu lalu kepada 108 tahanan. Malah hari ini, Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye ditahan kerana memakai baju berwarna Kuning. Sementara ADUN Pakatan Rakyat, Chan Ming Kai ditahan kerana memakai baju T Bersih di Gunung Rapat, Perak dengan dua lagi ahli parti itu pagi tadi. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan bahawa tindakan polis itu merupakan intimidasi jelas dari pihak Kerajaan. "Kami di sini untuk tunjukkan ketidakpuasan hati kami dan menyokong Himpunan Bersih yang aman. Tak dapat dibayangkan pemuda UMNO yang memakai baju Patriot kelmarin dan mereka yang mengeluarkan kenyataan 13 Mei tidak diambil tindakan. "Bagaimanapun, penangkapan ini tidak mengurangkan bilangan kami, malah makin bertambah," kata Tian merujuk pada himpunan 9 Julai ini. Beliau mengulas 'kebebasan' Himpunan Patriot yang memprovokasi Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya kelmarin. Manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, menyatakan ugutan dan provokasi Kumpulan Pendesak Melayu seperti Perkasa dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia hanyalah memalingkan sokongan daripada pihak Kerajaan. "Rakyat tidak buta dengan tindakan Polis terhadap Bersih dan kenyataan bersifat menghasut dari kumpulan seperti Perkasa dan PSSLM. Kenyataan ancaman kumpulan itu untuk melancarkan Perang terhadap penyokong bersih dan dengan Perkasa bangkitkan seolah-olah 13 Mei 1969 akan berulang langsung tidak diambil tindakan dan hanya menambah sokongan terhadap Bersih, kata beliau. Turut mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Kuala Krai Hata Ramli, dimana beliau mengutuk tindakan Polis yang memanggil personaliti seperti Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar yang berhadapan dengan Polis kerana menyokong Bersih. "(Mereka turut) memanggil Sasterawan Negara Pak Samad Said ke Balai Polis. Apakah setiap penerima anugerah Sasterawan Negara hanya boleh mengeluarkan sajak yang membodek kerajaan? Kalau begitu malulah kita. Sepatutnya kita analisis sajak itu, bukan bawak ke balai untuk menakutkan. "Untuk penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Jayakumar, saya cuba bawak usul 18 (1) kerana beliau terhalang tugas sebagai Ahli Parlimen," kata beliau. -tvsnews
|
Baju Kuning - Wakil Rakyat Jadi Sasaran Polis Posted: 30 Jun 2011 06:15 AM PDT Selepas 14 aktivis Bersih 2.0 termasuk beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ditahan di Pasar Sungai Siput, Perak ketika mengedar bendera Malaysia semalam, hari ini ahli parlimen Gopeng dari PKR Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai serta dua orang ahlinya pula ditahan. Kesemua mereka ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat kerana berpakaian kuning. Lee Boon Chye mendakwa beliau ditangkap sebaik sahaja tiba di kawasan berkenaan bagi melawati penjaja Pasar Gunung Rapat sebelum dibawa ke Balai Polis Ipoh kira-kira jam 9 pagi tadi. Sementara beberapa ahli PKR yang menyimpan baju T Bersih 2.0 didalam poket seluarnya juga turut disiasat dan ditahan pihak berkuasa itu dengan gari. Bagaimanapun ketika berada dalam trak polis Lee Boon Chye sempat bersorak dan mempersoalkan bahawa inikah caranya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) melayankan seorang ahli parlimen kerana hanya memakai baju T kuning untuk melawat kawasan pentadbirannya? Malah beliau turut mengatakan kepada polis bahawa tindakan pihak berkuasa itu merupakan satu perbutaajenayah terhadap seorang yang tidak bersalah semata-mata hanya berpakai warna kuning? "Polis lakukan jenayah dengan menangkap orang dan rakyat yang tidak bersalah…malulah PDRM," ujarnya ketika ditahan didalam trak polis. Insiden itu turut disaksikan lebih 100 anggota polis dan pegawai yang berkumpul di sekitar kawasan pasar Gunung Rapat, Ipoh, pagi tadi. Dalam pada itu, ADUN Tronoh V Sivakumar yang turut serta dalam sesi lawatan itu menyifatkan perbuatan ini terlalu zalim dan tidak sepatutnya seorang ahli parlimen diperlakukan sedemikian rupa. Ujarnya lagi, beliau hairan apakah yang ditakutkan oleh polis dan kerajaan Umno-BN sekarang? Soalnya, adakah Umno-BN takut dengan bersih ataupun warna kuning? Katanya, ini kerana ketika Dr Lee Boon Chye ditahan beliau hanya memakai baju T berwarna kuning tanpa slogan Bersih. "Mereka ada hak untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan mereka. Tetapi sekarang saya tak faham apa yang ditakutkan dia (polis), bersih atau kuning saya pun tak tahulah," ujarnya. "Saya rasa ini satu perkara yang betul-betul zalim berlaku dalam Negara kita. Saya tanya ketua jenayah Ipoh Mr Glenn mengapa tahan mereka? Dibawah undang-undang apa mereka ditahan? Tapi dia jawab, kita tak perlu tahu. Tapi saya ada hak nak tahu," tegasnya. Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH. Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah". -tvsnews |
Posted: 30 Jun 2011 04:45 AM PDT Mat Sabu: PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu. Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang. "Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini. "Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya. Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang. "Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya. Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu. Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil. Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas. "Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku)," katanya. Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman. "Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu," katanya. -mk |
Kedai Komputer Di Dungun Terbakar, Iktibarnya Apa? Posted: 30 Jun 2011 03:15 AM PDT Pak Sabah (Dungun) – "Apabila saya melihat api daripada bahagian atap, saya mengambil beberapa baldi air, cuba menyimbahnya untuk memadamkan api tersebut namun tidak berhasil. "Ketika itu saya sudah rebah, habis tenaga, nasib baik ada orang yang membantu saya menyelamatkan diri ikut pintu belakang, jika tidak saya pasti turut rentung." Demikian cerita cemas seorang pengusaha kedai komputer yang nekad menyimbah air dengan baldi sebaik sahaja melihat api kecil pada siling bangu-nan kedainya. Namun, tindakan berani itu tidak berhasil apabila api terus marak sebelum memusnahkan kedai komputer yang diusahakannya sejak sekian lama. Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 5 petang semalam ketika mangsa, Zulkifli Muda, 49, berada di bilik air rumahnya. Dalam keadaan berkain pelekat, Zulkifli difahamkan cuba memadamkan api terbabit namun dia terpaksa akur apabila mendapati usahanya itu hanya sia-sia malah api mulai marak sebelum meminta pertolongan jiran berdekatan selepas dia dipercayai mula longlai akibat panik dengan kejadian luar dugaan itu. Zulkifli yang ditemui berkata, dia mengusahakan perniagaan membaiki dan menjual peralatan komputer di sebuah kedai yang disewanya itu sejak 15 tahun lalu. Katanya, dia baru mengeluarkan modal kira-kira RM15,000 untuk menambahkan peralatan di kedai terbabit bagi meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaannya. Bagaimanapun, segalanya berkecai apabila keseluruhan peralatan bernilai kira-kira RM200,000 yang berada di premis terbabit gagal diselamatkan. Ulasan GB Baru semalam GB tertanya-tanya kenapa mutakhir ini banyak berita maksiat berlaku di Dungun. GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena. Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda: "Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll. Hadith Sohih Pemerintahan UMNO BN Terengganu terus melampaui batas-batas Allah dan terus mengundang kemurkaanNya. Tunggu saat dan ketikanya: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan