Rabu, 27 Julai 2011

Era Pasca

Era Pasca


Pokjib Trauma Buka FB

Posted: 27 Jul 2011 01:04 AM PDT



Utusan Meloya melaporkan page FB Pokjib telah digodam.Walaupun tidak jelas apakah yang dimaksudkan dengan digodam tetapi masih ada persoalan bagaimana akaun Facebook yang dikemaskini sehingga menelan belanja jutaan ringgit boleh digodam.

Inilah kerja-kerja kerajaan yang sentiasa mahu menghabiskan duit rakyat.Tahniah kepada penggodam yang berjaya membuktikan kerajaan yang dipimpin UMNGOK menipu duit rakyat!

Cerita Lanjut di SINI


al malikul akan jadi ketua pembangkang kah kah kah

Posted: 26 Jul 2011 11:20 PM PDT

Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September. 

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;


KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah  itu di mahkamah Perancis, September ini.Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru  bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu 'misteri' itu bersama  Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily
Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH kahkkkkkk ptuiiiii!!!!!
 
aik ? ini jarang2 berlaku beb ? kah kah
bila masa pulak jadi cemni beb ? kah kah
mat mongol telah mengetahui nasibnye beb.. kah kah
 
masalahnye ialah.. siapakah jantan ke 3 bersama anak razak ? kah kah
dgn altantuya dalam kapal terbang tu ? kah kah
 
pru 13 dah nak mule ?
bile ? kah kah
 
tak tak sabo2 dah ni.. kah kah
 
al malikul tersenyum lebor kah kah
berjaya jadi tibalan ketua pembangkang kah kah
atau.............
berkemungkinan menjadi ketua pembangkang yg di idam idamkan selama ini oleh al malikul sembab.. kah kah
 
sebab ketua pembangkang akan di anak sapikan ke perang cis.. kah kah
atau dgn kate lain... akan di anak babikan di mahkamah perang cis.. kah kah
 
jgn risau al malikul... lu takda skandal kah kah
menteri2 lain tu siap siage lah utk ke penjara! kah kah kah kah
 
bior rakyat mentadbir negare... kah kah kah
dgn kate lain ......
padan lu punye muke... terutama al lidahi kuntot... kah kah kah
 
anak muda ? are you ready ? to put your hand(tanganlah) for vote the rakyat ? kah kah
 
kah kah kah..
or all og u are running to become a new prime minister ? kah kah kah
bersepah gua cakap omputih tunggang langgang pasten dan presenten nye kah kah kah...
 
is not about me,
is about the roundboard.. kah kah
nothing to say... keep in that secret.. kah kah kah
is about the rakyat beb.. kah kah
 
we stand together! kah kah
we stand with rakyat.. kah kah
 
we we we we we ..... kah kah kah
 
we are the champion.... my friends..... kah kah kah
if.... kah kah ka

ORANG KETIGA DALAM KOMISEN PEMBELIAN SCORPENE

Posted: 26 Jul 2011 11:19 PM PDT

Komisyen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu 'misteri' itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily.

Menurutnya, Mahkamah Perancis semakin 'meunjukkan minat' dalam kes itu ekoran pentadbiran Najib menghantar pulang peguam Wiliam Bourdon yang mengendalikan kes rasuah berkenaan.

"Seperti rakyat Perancis yang terkejut dengan penghantaran pulang William Bourdon, kini mahkamah di negara itu semakin berminat dengan kes ini.

Kecenderungan ini sama ditunjukkan oleh mahkamah Perancis seperti kes di Pakistan," kata Cynthia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 11 jurutera Perancis mati dalam serangan bom di Karachi pada 2002.

Kejadian tersebut didakwa berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agusta 90-class.

"Jelas ada perkara sulit yang sangat-sangat ingin disembunyikan Najib sampai sanggup 'menendang keluar peguam hak asasi William Bourdon.

"Suaram juga sedang memikirkan tindakan lanjut akibat keputusan kerajaan tempoh hari," sambung Cynthia.

Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada penghantaran pulang William merangkumi arahan sebagai 'persona non-grata' iaitu individu yang dihalang dari memasuki Malaysia, atau pun larangan kemasukan bersifat sementara.

"Itu kena tanya Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri).

Mereka menghalau William tanpa asas yang jelas.

Namun, kami akan undang lagi beliau ke Malaysia.

"Apa yang menjadi isu ialah imej Malaysia tercemar teruk.

Penduduk di Eropah terkejut dengan tindakan kerajaan dan semakin tertarik untuk terus mengikuti kes ini," katanya.

Justeru, Cynthia mengalu-alukan sumbangan berterusan rakyat Malaysia kepada Suaram untuk membiayai kes perbicaraan di mahkamah Perancis yang bakal bermula September ini.

Pencacai-Semalaysia

Puteri UMNO vs Mulimat PAS

Posted: 26 Jul 2011 08:40 PM PDT


Kalau dibuat perbezaan diantara Puteri UMNO dan Muslimat Pas memang ketara perbezaanya. Perhimpunan Bersih baru baru ni menampakkan kecekalan dan displin Muslimah PAS yg sentiasa menjaga tertib mereka. Dibandingkan dengan Puteri UMNO yang memang tertib ala J-LO dan Beyonce.

Pun begitu mereka masih melekehkan PAS dan PR. Apakah ulama ulama UMNO tidak pernah menasihati mereka seperti apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS dan Pemimpin PAS dalam menjaga akhlak ahli ahlinya?
Untuk cerita lebih lanjut baca di SINI

PANAS!!! GAMBAR KETUA MUSLIMAH JOINTS UMNO

Posted: 26 Jul 2011 06:10 PM PDT

KETUA MUSLIMAH JOINTS UMNO [kah kah kah]

kalakor naa bunyik nye.. [kah kah kah]

Penyampai berita nya Azmi Awang Kelana Jaya <aakj> pulak tu... [kah kah kah]

kah kah kah tak tahan aku... nak tanya ahli-ahli PAS yang tengah membaca blog aku nih...

SIAPA MAKCIK INI??? KETUA MUSLIMAH MANA? kahkahkah


Sumber : SINI

Surat Terbuka untuk polis (Baca dan harus sebarkan)

Posted: 26 Jul 2011 03:06 PM PDT

kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat".Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
begitulah bait-bait ayat daidalam surat Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) kepada anggota polis, nak tahu lebih, sila baca di "tukanglawan"

LU KENA BEB!!!

Posted: 26 Jul 2011 07:55 AM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini kene 'boo' dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.
Ada 1 penjelasan dari Tok Wan yang MENARIK perhatian aku. Tok Wan menjelaskan bahawa SPR TIDAK MEMPUNYAI KUASA menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. TAPI cuba korang ingat balik peristiwa hitam Negeri Perak. SPR TAK ADA KUASA meminda undang undang, tetapi dalam Hal Perak, SPR MENGATASI undang undang. Kejap ada kuasa kejap xde kuasa? Kalau SPR tiada kuasa, SIAPA ada Kuasa? Contoh paling mudah dilihat, SPR menguatkuasakan melarang pondok panas semasa hari mengundi, dalam hal ni ada pulak kuasa SPR walhal tiada undang2 di digubal di parlimen. Apa guna AKTA PILIHANRAYA? Baru aku tahu AKTA itu hanya tinggal AKTA kerana SPR tiada kuasa menguatkuasakan apa dibawahnya.
Jangan terkejut jika ESOK Utusex Meloya akan keluar tajuk utama SPR MENANG DEBAT DENGAN AMBIGA. Bukan tak pernah jd dengan sorang Pak Menteri tu bila berdebat ngan Anwar. tetibe je keluar paper esoknya kata dia MENANG DEBAT, ANWAR KANTOI. Dari penelitian aku, dah jelas KEBENARAN siapa yang mengawal SPR. Terbukti SPR bukan lagi Suruhanjaya Piliharaya tetapi telah menjadi SENJATA PEMERINTAH RAKUS.
Nak gelak laaaaaaaaaaaaa... kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa​aaahh!!! BoooooooooooOOOOOOOOOOOOoooooO​oooOoooo!!!

CERITA ALTANTUYA-NAJIB KINI DI MEDIA ANTARABANGSA...

Posted: 26 Jul 2011 05:29 AM PDT


BASYIR KHAN PENYAMPAI BERITA NAJIB DI MEDIA BANGLADESH



SIAPA DIA WILLIAM BOURDON NI..?
KENAPA MAT NAJIB HALAU DIA KELUAR MALAYSIA?

APA ITU YELLOW SUBMARINE?
APA ITU KAPAL SELAM?
APA ITU KOMISEN RM7.3 BILLION?...
SIAPA TU ALTANTUYA...?

KENAPA MAT NAJIB TERLIBAT...?
MACAM MANA NAJIB TELAH MALUKAN MALAYSIA?
MCM MANA MAT NAJIB TELAH DI BOGELKAN DI
MEDIA ANTARABANGSA?

KPD YG BUTA TULI...SILA BACA PAPER NI...

(AMARAN KERAS UTK KETURUNAN IBRAHIM ALI-
TIDAK DIBENARKAN BACA SEBAB XPAHAM ENGLISH)KAHAKH

FROM THE WASHINGTON POST..
KUALA LUMPUR, Malaysia — Malaysia deported a French lawyer who spoke about an upcoming corruption trial involving a $1.2 billion submarine deal that opposition leaders have sought to link to Malaysia's prime minister, a human rights group said Saturday.
FROM THE CNBC NEWS
KUALA LUMPUR, July 23 (Reuters) - Malaysian authorities have deported a French lawyer representing a human rights group alleging corruption in the government's $1.2 billion purchase of submarines from French shipbuilder DCNS. The case could embarrass Prime Minister Najib Razak, who was defence minister at the time the submarines were bought, and who is widely expected to call for general elections next year


FROM THE FRANCE INTER

KUALA LUMPUR (Reuters) - Les autorités malaisiennes ont expulsé vendredi l'avocat français William Bourdon, qui représente une organisation locale de défense des droits de l'homme dénonçant une affaire de corruption dans un contrat d'armement avec la France

Cette société serait liée à un associé de l'actuel Premier ministre, Najib Razak, qui était ministre de la Défense à l'époque de la négociation du contrat.



KAHAKHA...BANGGALAH KITA...
PM KITA MAT NAJIB TELAH MELETAKKAN
MALAYSIA SETARAF DGN NEGARA MAJU...KHAKHA

MALAYSIA KINI DIKENALI DUNIA...KHAKHA
MALAYSIA KINI TELAH MENCAPAI WAWASAN 2020...KHAKHA

Dr MAZA tulis surat kepada POLIS.. POLIS WAJIB BACA!! JGAN WAT2 BODO JER..

Posted: 26 Jul 2011 05:02 AM PDT

"Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya".

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis – sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Tiada ulasan: