Rabu, 27 Julai 2011

.

.


Ulasan Isu

Posted: 26 Jul 2011 05:46 PM PDT

Tindakan Pas Tolak Sistem Biometerik Betul

TINDAKAN Pas menolak penggunaan sistem biometerik kononnya untuk membenteras pengundi hantu tepat, benar dan betul. Ketegasan itu perlu disokong. Penolakan itu menunjukkan Pas bukan lagi parti pak dogol atau wak long yang boleh diperlakukan apa saja oleh Umno. Barang kali di sinilah pentingnya Pas memilik pemimpin profesional yang tangkas menghadapi segala tipu daya kontemporari Umno.

Syabas kepada Pas atas tindakan tegas dan segera itu. Kenyataan penolakan sistem biometerik itu dinyatakan Husam Musa semalam melegakan banyak pihak dan perlu mendapat sokongan. Rakyat yang cintakan kepada proses pilihan raya bersih dan adil perlu menyokong dengan masing-masing menyatakan protes mereka terhadap cadangan itu.

Penolakan itu yang dianggap sebagai jahil dan tidak profesional oleh Umno mengesahkan lagi bahawa sistem itu diperkenalkan untuk memberi keuntungan kepada Umno. Mereka yang menerima pakai sistem berkenaan sebenarnya jahil dan dayus kerana mengharapkan kemenangan daripada idea syaitan (menipu) yang melakukan penipuan dalam gelap yang boleh dihidu. Sepatah kata Ustaz Azahar Idrus, jenis bodoh.

Seperti mana kata Husam, alasan untuk menolak sistem itu ialah kerana ia tidak dapat membersihkan pengundi hantu dari senarai pendaftar undi atau pun tidak mengatasi masalah dan kebimbangan yang dicanang pembangkang mengenai berlaku pengundi dua kali.

Kata Husam sistem itu (biometerik) tidak menghalang pengundi dua kali kerana ia setakat mengesahkan nama orang yang dimasukkan dalam sistem itu saja. Jadi kata Husam kalau nama yang sudah dimasukkan dalam sistem itu bila disemak ia akan mengeluarkan nama itu di mana-mana saja pusat pengundi.

Ini bermakna mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana tidak ada halangan untuk mereka. Inilah yang diperlukan oleh UBN kerana mereka sudah menyedari sokongan kepada mereka makin berkurangan dan menirus macam ekor tikus.

Justeru kata Husam langkah atau kawalan paling berkesan ialah penggunaan dakwat kekal. Menerusi pendekatan manual ini sesiapa yang telah atau belum mengundi boleh dikesan kerana jarinya ditanda dengan dakwat. Mereka yang ditanda bermakna telah membuang undi manakala yang tidak ditanda belum mengundi.

Husam juga mempersoalkan kenapa sistem biometerik hendak digunakan sedangkan kosnya jauh lebih mahal dari dakwat kekal. Di sinilah kita dapat mentafsirkan bahawa sistem biometerik itu memberi kelabaan kepada UBN. Najib Razak sedia menghabiskan wang seberapa banyak untuk memastikan kemenangan UBN. Kerajaan yang tidak telus dan memikir kepentingan rakyat akan menggunakan seberapa banyak wang asalkan ia memuaskan hati mereka.

Sikap dan langkah inilah yang dipertikaikan oleh rakyat. UBN akan melakukan apa saja untuk kepentingan mereka. Apakah tujuan dan maksud ini tidak dapat difahami atau dibaca oleh Wan Ahmad Wan Omar? Siapa makhluk ini? Jawabnya sudah boleh dibaca tetapi dia sengaja buat bodoh lembu kerana dia secara sedar atau tidak bersekongkol dengan UBN. Cara Wan Ahmad membela akan SPR kononya bebas, tiada berlaku pengundi hantu, pengundi bertindih dan sebagainya adalah kerja orang yang menjala ikan di padang pasir saja. Sia-sia.

Pas dan Pakatan Rakyat perlu membuat penentangan secara mendada berhubung pemakaian sistem biometerik ini kalau hendak selamat. Bersih juga perlu menambah tuntutan mereka menjadi sembila; jangan pakai sistem biometeri. Lakukan apa saja untuk memastikan sistem ini tidak akan dipakai dalam pilihan raya. Sistem ini adalah tali hayat terakhir bagi Umno yang kini sudah pun dalam keadaan berbaring dan cemas untuk menghadapi pilihan raya ke-13 kelak.

Saya yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang ada kepada Husam membaca tektik musuh beliau akan berusaha untuk memastikan sistem ini tidak akan diguna pakai. Janjinya untuk mendedahkan beberapa perkara besar yang berkaitan dengan penyelewengan dan kelemahan SPR sangat dialu-alukan. Dedah jangan tak dedah. UBN hendaklah bersedia menjawab sehala pendedahan itu kerana kalau gagal menjawab ibarat kata UBN akan bungkus sebab rakyat kini bukan macam pak dogol dan wak long lagi yang boleh dipermain-mainkan.

Sementara itu kononnya berlaku percanggahan pendapat dan penerimaan berhubung sistem ini di antara Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Jawatankuuasa Pas adalah tidak betul. Gambaran itu diberikan oleh media yang terlebih aji no mo saja. Apa yang berlaku Nik Aziz sedia menyokong kalau sistem berkenaan membawa kebaikan boleh membersihkan pilihan raya.

Beliau mengatakan "jika"... jika ertinya sekiranya, ataupun seandainya. Jadi kalau sistem itu tidak membawa kebaikan ini bermakna Nik Aziz menolak dan akan menyumpahnya. Hanya mereka yang tidak faham bahasa Melayu saja akan 'berpulas jarah' untuk memahami apa yang dimaksudkan Nik Aziz. Ataupun ianya didengari oleh pemberita daerah yang bertelinga tuli. [wm.kl.9:00 am 27/07/11]

Perhatian

Posted: 26 Jul 2011 07:17 AM PDT

Kisah Ustaz Dakwa Pejabat Najib Ada Jin, akan disambung esok. Hari ini terlalu letih sangat. Kepada penjenguk budiman harap sabar, takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Wassalam. Salam Hormat MSO.

Susupan malam

Posted: 26 Jul 2011 06:22 AM PDT

Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereevasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.

Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.

Bagaimana pun terima kasih atas keberanian Wan Ahmad yang sedia jadi pelepah nyiur untuk tahan muka berdepan dengan khayalak. Nampak Wan Ahmad marah benar sehinggakan hendak mengolahkan semula para hadiri yang mengejek dan mengboo beliau. Bagus juga sekurang-kurangnya Wan Ahmad dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah dan dimaklumkan kepada bosnya Abdul Aziz Yusuf. Patut Aziz datang sama.

Kesediaan SPR untuk berdilog dengan Bersih hari ini juga menyebabkan saya jadi bengong dan pelik. Sebelum ini polis dan Najib dan Udin anak Yassin mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram. Tetapi hari ini sedia pula si Wan Ahmad untuk berdialog dengan pertubuhan haram.

Saya rasa pemikiran SPR, polis dan juga Najib sudah 'masam' benar, sudah tidak dapat hendak bezakan apa-apa lagi, sudah jadi macam todi. Apakah ini menandakan negara kita sudah celaru. Satu masa kata Bersih haram satu masa boleh dibuat kira pula. Yang mana satu betul. Cara kerajaan hendak hancurkan Bersih macamlah nak lepas anak kera yang berbelit di kaki.

Kerana saya menyokong keberanian Ambiga saya ucapan tahniah kepada Ambiga. Biarlah kamu hindu dan India tetapi ternyata keberanian kamu lebih baik dari Melayu bersongkok mereng dan beragama Islam yang bermazhab ahli sunnawa jemaah yang bergaduh sesama sendiri. [wm.kl.9:29 pm 26/07/11]

Tiada ulasan: